Semua ibu bapa akan risau apabila bayi batuk dan selesema. Bukan apa bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.
Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.
Malah kebanyakan doktor juga akan lebih berhati-hati untuk berikan sebarang ubat-ubatan pada anak bawah dua tahun kecuali jika dah terpaksa dan mengikut dos yang paling selamat untuk si kecil.
Bagi ibu yang nak cuba cara ikhtiarkan buang kahak dan lendir untuk bayi yang sedang batuk berkahak dan selesema, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Maheran Abdul Rahim.
Selain dapat rawatan doktor, ini juga salah satu cara yang diamalkan untuk bayinya setelah mengalami masalah batuk dan selesema dalam tempoh lama.
Hanya menggunakan dua bahan asas iaitu daun sireh dan minyak telon bayi saja, tindak balas yang ditunjukkan cukup baik. Tak salah kita ikhtiar selagi tak memudaratkan anak. Apa yang penting ia dapat beri keselesaan pada bayi.
Ikhtiar untuk keluarkan kahak dan lendir supaya baby yangg selesema dan hidung tersumbat lebih selesa untuk tidur dan minum susu.. Asalnya Papa tidak percaya bila Mami kata kalau letak daun sireh kat dada baby dia akan muntah kuar lendir-lendir…. Mami try buat 3x rutin yang sama, dalam tempoh kurang 1 jam baby muntah??
3 kali buat dan 3 kali baby muntah dengan banyak. Lepas muntah baru baby mula nak menyusu. Sebenarnya, ikhtiar ni ibu pengasuh baby yang ajar. Mami pun tak tahu kenapa minyak telon campur daun sireh letak atas dada baby dia jadi muntah kuar lendir-lendir tapi mujurlah, dengan ada kaedah tradisional ni baby tak perlu untuk makan apa-apa ubat.
Layur daun sireh atas api utk beberasa saat, letak apa2 minyak angin yg sesuai utk baby kat dada bby (minyak telon).kemudian letak daun sireh atas dada dia… Mcm bby Ez’Anaqi ni mami letak minyak Mestika Bayini je sbb miyak ni je ada kat umah.. Biasany Mami akan letak minyak kat dada dan belakang baby… biarkan baby tdur dlm keadaan mcm ni… Tp dia tak akan tidur lama sbb dia dlm keadaan selesema dan batuk..Baby Ez muntah dgn bnyak dan kuar lendir2 kuning @pun hijau… Mcm bby’Ez ni,bila dia bngun tdur Mami akan tepuk2 atas blakang dia perlahan2..dlm 5-10 minit dia akan mntah lah… 3x buat 3x juga dia muntah banyak kuar lendir2 (3x buat hari yg berlainan).. Lpas mntah ni bru baby minum susu dgn banyak & tdur semula dgn lama tanpa batuk dan hidung tersumbat…??Daun sireh akan jd layu dan hitam mcm ni…
Melalui proses kehamilan serta kelahiran bersendirian tanpa keluarga memang menguji kesabaran. Dalam kita kerinduan mengingatkan ahli keluarga, sebenarnya pengalaman begini mendidik kita untuk menjadi lebih kuat dan matang menghadapi sebarang dugaan.
Bersalin di hospital kerajaan ataupun swasta adalah pilihan bakal ibu dan ayah. Di mana-mana pun tiada masalah, sedikit pun tidak merendahkan martabat mana-mana ibu yang melahirkan zuriat mereka.
Begitulah cerita seorang ibu, Ummu Aminah, yang berkongsi pengalaman indahnya bersalin di Mekah. Biarpun jauh dari keluarga, suami ada memberi sokongan.
MELAHIRKAN ANAK DI TANAH HARAM Sewaktu saya berumur 10 tahun, saya diambil jadi pembantu asuh anak jiran. Terutama ketika pulang ke kampung, agak sukar untuk seorang ibu muda mengurus anak-anak kecil seorang diri. Suami beliau ketika itu bekerja jauh di ibu kota. Sebagai upah, saya dapat rm20 dan hadiah lip gloss. Bagi saya, nilai tu besar boleh buat belanja sekolah dan melaram depan kawan-kawan. Jika tempoh hari saya menulis tentang perkongsian saya menetap di Mekah, kali ini saya ingin berkongsi pula tentang melahirkan anak di Tanah Haram.
Saya masih ingat ketika umur 8 tahun lagi saya sudah pandai mandikan bayi yang baru lahir. Saya mempunyai 7 orang adik beradik. 6 orang adik lelaki dan saya anak sulung perempuan tunggal. Memang karakter saya seorang kakak yang garang dalam mengurus hampir sepasukan team bola sepak. Jarak umur pula setahun seorang. Macam-macam ragam dan faham-fahamlah anak lelaki nakal dan lasaknya memang Masha Allah.
Sepak terajang, gusti, bertumbuk tu dah biasa bagi saya. Tetapi saya lah yang mandikan serta menyediakan makan minum untuk mereka sewaktu ketiadaan mak. Ketika di peringkat sekolah rendah memang saya kurang bermain seperti kanak-kanak lain kerana masa banyak di habiskan di rumah bantu mak uruskan adik-adik. Memang agak tertekan juga kerana kita tak enjoy nak buat aktiviti sendiri. Tetapi, syukur Allah jadikan saya orang yang tabah dan kuat.
Pernah satu hari, salah seorang adik saya menconteng buku sekolah saya dengan menulis “cikgu gila” lalu saya telah dipanggil dan dimarahi guru tersebut. Saya sudah tahu, ini mesti kerja adik-adik saya dirumah. Telinga teddy bear saya juga pernah digunting mereka. Hingga cacat sebelah. Ada juga kenangan mereka cucuk dengan lidi untuk buka kunci buku diari saya dan baca sekuat-kuatnya.
Apakan daya, nak melawan dengan kudrat memang tak terlawan. Saya hanya mampu menangis. Banyak lagi memori kanak-kanak saya yang mekar dalam ingatan. Begitulah pahit manis pengalaman saya. Jika tanpa mereka, mungkin saya tidak mampu berdiri sekuat ini. Allah telah mentarbiah saya sejak kecil untuk jadi seorang yang sabar dan redha. Hari ini, masing-masing sudah besar dan saya sering menasihati mereka bahawa kehidupan bukanlah seindah syurga. Dugaan datang untuk mematangkan kita. Sentiasalah bersiap sedia.
Sewaktu kecil, emosi yang sedang bercampur baur itulah membuatkan saya banyak menyendiri. Cuma mahukan ruang dan privacy buat seketika. Saya selalu berdoa “Ya Allah bawalah saya ke tempat yang tenang dari hiruk pikuk manusia”. Dengan doa yang diungkapkan 13 tahun yang lalu, akhirnya menjadi realiti. Dipendekkan cerita, sangkaan saya pada Allah termakbul.
Setelah sebulan menikah saya berhijrah dan menetap di bumi Mekah hingga hari ini. Tempat yang paling tenang dalam muka bumi yang saya tak jumpa di negara lain. Melihat kaabah, rasa runtum dan sebak. Segala memori dan kenangan lampau menjadi jawapan untuk hikmah hari ini. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur kepada Mu.
Izin Allah, saya hamil selepas beberapa bulan berada di kota suci ini. Amat bermakna sekali proses kehamilan di tempat orang. Banyak perkara yang saya perlu sesuaikan dan pastinya harus lebih matang dan cekal. Persediaan dan penjagaan mengurus bayi bukan sesuatu yang kekok bagi saya, Alhamdulillah segalanya mudah.
Saya tidak mengalami alahan mengandung. Cuma saya mengidam makanan-makanan pasar malam di Malaysia. Hampir kesemua makanan di pasar malam saya teringin sangat nak makan. Saya hanya mampu melihat makanan arab dan bayangkan dalam fikiran saya, inilah makanan di gerai pasar malam tu. Begitulah cara yang paling mudah untuk atasi ‘mengidam’ saya ketika hamil. Sedikit sebanyak sebenarnya teknik ni membantu juga ya.
Tibalah saat proses bersalin. Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya, jadi saya tak tahu tanda-tanda awal. Keluarga di Malaysia banyak membantu dan beri info melalui Whatsapp. Bezanya hospital di Mekah ni, mereka tak akan terima pesakit selagi mana bukaan tak mencecah 4-5cm. Seminggu awal saya sudah mula rasa mild contraction tetapi sekejap saja. Macam Chipsmore. Kejap ada kejap hilang. Suami terus bawa saya ke hospital untuk maklumkan pada doktor. Setelah Dr periksa keadaan bayi dalam kandungan baik-baik saja dan bayi belum sedia nak keluar.
Mereka suruh saya pulang dan datang semula jika alami contraction yang kuat. Sebenarnya Dr dan nurse di Mekah ni sangat rilek dan santai saja. Sambil mereka periksa perut saya, boleh pula makan shawarma dan minum teh. Ayat hikmat mereka, “Hasbunallah Wanikmal Wakeel” dan “Lahawala Quwwata Illa Billah”. Saya sudah terbiasa dengan cara mereka cuma keluarga di Malaysia agak sedikit risau. Yelah, isu bersalin isu serius.
Setelah seminggu berlalu, saya mula rasa contraction yang kuat. Terus bergegas ke hospital bahagian emergency, Dr check bukaan dah 5cm. Saya terus dimasukkan ke dalam ward. Nasib baik dah buka 5cm kalau tak, mahu saya disuruh pulang lagi. Adudu. Syukur, semasa di dalam ward bersalin sangat selesa sekali. Hospital bersalin kerajaan di Mekah seperti Hospital swasta di Malaysia. Bilik bersalin juga berasingan.
Saya berada di bawah jagaan nurse Philipine dan India, mereka sangat baik MashaAllah layanan begitu lemah lembut sekali. Memandangkan mereka tahu saya di sini bersendirian tanpa keluarga, fokus lebih diberikan kepada saya. “Allah loves you Habibi” Sejuta kali ungkapan nurse India ini berikan kepada saya ketika sedang berlawan dengan contraction. Alhamdulillah, setelah azan zohor berkumandang di corong pembesar suara hospital, saya selamat melahirkan anak perempuan di Tanah Haram.
Satu lagi nikmat besar yang saya rasakan adalah dapat bersalin di tanah yang penuh barakah. Hilang segala sakit bersalin apabila mengenangkan kebesaran Allah begitu mencintai saya. Ketenangan menyelubungi sanubari dapat dinikmati walau kesakitan itu perit.
Sahabat-sahabat, apa yang saya mahu sampaikan di lembaran kali ini ialah;
1) Untuk menggapai redha Allah bukanlah sesuatu yang mudah seperti kehendak kita pada material dunia. Ada wang boleh miliki. Ada pangkat boleh kuasa semuanya.Tidak. Redha Allah ini sesuatu yang tidak boleh dimiliki selagi kita tidak redha kepada Nya. 2) Insan yang paling hebat adalah yang paling kukuh kebergantungannya pada Allah. Peganglah tali agama sekuatnya walau badai memukul pasti anda tenggelam bersama mardhotillah (redha allah). 3) Pandanglah masa silam itu sebagai tunjuk ajar daripada Allah untuk menjadikan kita manusia yang mengagungkan Nya tanpa batas sesuatu. 4) Jujurlah dalam mencintai Allah, ketika beribadat kepada Nya dengan harapan Allah memelihara hambanya dari perbuatan kafir, kufur dan maksiat. 5) Sujudlah kepada Allah, meski hidupmu sakit dirobek atas kejahilan lampau, kerana Allah mencintai hambanya yang sentiasa bertaubat. Bukanlah untuk bercakap pandai. Pesan ini berbalik jua kepada diri sendiri yang dhaif dan fakir. Ambillah sebagai perkongsian kebaikan. Semoga menjadi ibu bapa yang baik, suami isteri yang soleh dan anak-anak yang taat. Ketaatan makhluk bermula dengan ketaatan kepada Allah Jalla Wa’ala. Doakan saya ya agar dapat menjadikan penulisan sebagai medium kebaikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ramai ibu bapa yang ragu-ragu adakah sesuai bayi bawah setahun berada dalam bilik atau rumah yang beraircond. Ini kerana ada yang risau takut menjejaskan kesihatan bayi.
Berikut antara beberapa persoalan dan penjelasan yang diberikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad:
1.Adakah bayi yang berumur setahun ke bawah boleh untuk berada dalam air-conditioning bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas?
2.Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung dan paru-paru bayi?
3.Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi?
Jawapan:
1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius.
2. Suhu yang terlalu sejuk dalam bilik, sudah pasti akan menjejaskan kesihatan bayi terutama bayi berusia bawah setahun. Jika tidur pastikan bayi memakai baju yang agak tebal.
Namun saya tidak menggalakkan penggunaan penghawa dingin terlalu lama. Jika bilik terlalu panas, boleh buka penghawa dingin untuk sementara, kemudian tutup. Gantikan dengan kipas untuk melancarkan pengudaraan dalam bilik.3. Membiarkan bayi berpeluh bukanlah sesuatu yang baik. Bayi puan tidak akan selesa. Dia mungkin mengalami ruam yang teruk. Bayi perpeluh banyak semasa tidur mungkin disebabkan oleh suhu bilik yang panas. Bukalah kipas atau gunakan penghawa dingin untuk sementara waktu.
Pada masa kini memang semakin ramai bayi dijangkiti jaundis atau demam kuning sebaik sahaja dilahirkan. Keadaan ini berpunca daripada peningkatan bilirubin dalam darah dan keadaan organ hati yang belum matang.
Disebabkan itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan penyusuan susu ibu secara eksklusif amatlah disarankan untuk meningkatkan imun sistem dalam badan si kecil tersayang.
Tapi ada antara ibu baru yang mungkin kurang arif untuk mengenalpasti si kecil yang terkena jangkitan jaundis. Perkongsian daripadan Puan Nurasyikin Ali, Breasfeeding Peer Counselor mungkin boleh dijadikan panduan.
Ikuti perkongsian beliau:
PENYUSUAN DAN BAYI JAUNDICE
Ada ke anak-anak ibu yang pernah kena jaundis? Jaundis atau demam kuning selalu terjadi pada bayi berpunca dari peningkatan bilirubin dalam darah dan keadaan organ hati yang belum matang.
Bilirubin ni pulak adalah pigment hasil pemecahan sel darah merah yang kemudian diproses dalam hati sebelum keluar ikut najis bayi.
Biasanya bayi akan kena demam kuning bermula dalam masa 24 jam ke 2 hari atau minggu pertama selepas lahir.
Tapi macam mana nak tahu bayi kena jaundis atau tak? 1. Bayi akan kelihatan tidak aktif
2. Bayi tak nak menyusu
3. Najis bayi pucat
4. Air kencing pekat
5. Kulit, mata bayi kekuningan
6. Bayi suka tidur
7. Demam
8. Tangisan yang tak normal
Sebab tu WHO menyarankan penyusuan susu ibu secara eksklusif (tanpa tambahan makanan lain) sehingga bayi umur 6 bulan ke 2 tahun.
Apa yang ibu boleh buat adalah kejutkan bayi setiap 1-2 jam untuk menyusu.
Tak perlu berikan air kosong kepada bayi. Sebab kandungan air dalam susu ibu sudah memenuhi keperluan bayi, bantu tingkatkan imuniti bayi dan penawar terbaik untuk jaundis.
Jika bayi kekurangan susu, maka bayi akan kurang membuang. Sebaliknya, jika lebih banyak bayi minum susu, maka lebih banyak membuang dan dapat singkirkan bilirubin keluar.
Ibu-ibu jangan khuatir dan panik. Segera bawa bayi ke hospital untuk dapatkan rawatan.
Sampel darah (Total serum bilirubin) akan diambil pada bayi yang menunjukkan bacaan kuning dan akan di pantau melalui rawatan phototherapy.
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.