Siapa yang tidak mahu anak. Lambat atau cepat semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah. Namun kita perlulah sentiasa berusaha pelbagai cara sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah sering mengamalkan detox rahim, kaedah menyingkirkan toksin dalam badan. Bila badan sihat, mana tahu usaha untuk mendapatkan cahaya mata lebih mudah.
Kaedah ini dianggap dapat mengatasi pelbagai masalah hormon seperti myoma, cyst, PCOS dan masalah organ intim lain. Bagaimana detoks berfungsi dan apakah tanda-tanda detoks rahim berjaya? Jom ikuti perkongsian ini.
Detox rahim
Detox rahim adalah kaedah membersihkan rahim untuk membuang toksin dalam badan. Di mana, ia bagus untuk kesihatan rahim secara keseluruhan.
Menurut American College of Obstetrics and Gynecology dan American Society for Reproductive Medicine, bahan kimia persekitaran toksik adalah pendedahan terbesar kepada manusia.
Kesan pendedahan kepada persekitaran beracun ini dipercayai juga boleh menjejaskan kesihatan reproduktif. Jadi, program kehamilan yang dirancangkan mungkin akan terganggu.
Kemunculan pelbagai penyakit reproduktif seperti PCOS, fibroid rahim, kehamilan ektopik, kegagalan ovari pramatang dan pelbagai penyakit reproduktif lain dipengaruhi oleh bahan kimia toksik dari persekitaran.
Ads
Bagi membersihkan kepada pendedahan ini dan meningkatkan kesuburan, anda boleh melakukan detox rahim. Menurut Premama Wellness, detox rahim sangat disyorkan untuk wanita yang mempunyai masalah hormon seperti:
PCOS
Myoma
Cyst
Haid tidak teratur
Rahim kotor
Herba atau bahan semula jadi disyorkan untuk digunakan sebagai detoks rahim kerana ia dianggap lebih natural dan selamat. Kandungan bahan semula jadi mempunyai kesan yang berpanjangan. Walau bagaimanapun, kaedah detoks ini dijalankan dengan cara tertentu dan dalam jangka masa yang panjang.
Tips detox rahim yang selamat untuk tubuh
Bagi mengetahui tanda-tanda detox rahim yang berjaya boleh dilakukan dengan cara yang selamat dan semula jadi, menurut Natural Fertility, iaitu:
Ads
* Hanya makan makanan sihat.
* Rajin bersenam.
* Minum air lemon setiap hari dan seimbangkan dengan air putih.
* Rajin lulut (peeling) kulit tubuh.
* Detox dengan ramuan herba.
* Buat kawalan minda dan pengurusan tekanan.
* Mencuba urutan kesuburan.
* Manfaatkan terapi minyak jarak (castor oil).
* Mandi detox.
* Mengubah pola pemakanan sihat.
Beberapa bahan semula jadi untuk detox rahim yang disyorkan seperti:
* Halia
* Motherwort
* Cengkih
* Lemon
* Madu
* Kayu Manis
* Ketumbar
* Pelaga
* Raspberi
* Rumpai Laut
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Sepanjang bulan Ramadan, ramai di kalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah yang berada di dalamnya dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna. Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil?
BERPUASA BAGI WANITA HAMIL
Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.
Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudharatkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri.
Beberapa pakar perubatan juga memberikan pendapat yang berbeza sama ada setiap wanita hamil boleh meneruskan ibadah puasa atau meninggalkannya sepanjang kehamilan. Tiada suatu pendapat seragam yang sesuai digunakan untuk semua wanita hamil. Oleh itu doktor harus menilai wanita hamil secara individual kerana hukum bagi wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang.
Oleh itu janganlah mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan pada wanita yang hamil. Hanya mereka sendiri yang dapat mengetahui kekuatan diri mereka untuk berpuasa. Oleh itu jika mengalami kekeliruan terhadap kesihatan haruslah berjumpa dengan doktor untuk berbincang.
Apabila wanita hamil datang ke pusat rawatan untuk pemeriksaan antenatal pada bulan Ramadhan, seseorang itu haruslah memberitahu masalah yang dihadapinya ketika berpuasa.
Doktor boleh memberikan pendapat sama ada wanita hamil itu boleh meneruskan puasa atau harus meninggalkan puasanya. Ini kerana sepanjang tempoh berpuasa, tubuh wanita hamil dan bayi yang di dalam rahem menggunakan segala nutrien dan tenaga yang tersimpan di hati (liver) wanita itu.
Kekuatan wanita hamil untuk bertahan terus berpuasa bergantung kepada beberapa faktor:
1. Berapa lama wanita itu telah hamil? (stage of pregnancy)
2. Berapa lama tempoh berpuasa? Jika di Malaysia tempuh berpuasa antara 12-13 jam, tetapi di negara Eropah mungkin ia lebih lama dan mungkin juga lebih pendek. Jika terlalu lama ada sesetengah wanita hamil tidak sanggup berpuasa kerana banyak nutrien yang disimpan dikongsikan bersama bayi dalam rahem.
3. Adakah bulan Ramadan secara kebetulan bersama-sama dengan cuaca panas atau amat sejuk? Dalam musim yang terlalu panas atau terlalu sejuk (terutama di negara yang mempunyai 4 musim), banyak tenaga yang digunakan untuk mengekalkan haba tubuh di musim sejuk sementara di musim panas, dehidrasi mudah berlaku dan sangat bahaya pada bayi yang dikandung.
4. Bagaimana kesihatan wanita hamil sebelum beliau hamil? Jika wanita hamil itu telah mengalami masalah penyakit kronik sebelum kehamilannya, maka beliau mudah menjadi lemah jika tidak makan dan minum.
Oleh itu saya sering menasihatkan wanita yang merancang untuk hamil atau pun telah hamil di bulan Ramadhan harus berbincang dengan doktor. Ini sangat penting terutama bagi wanita yang mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah (complicated pregnancy) sebelum ini, seelok-eloknya harus merancang bersama doktor.
Jika terdapat tanda-tanda berikut, sebagai panduan asas, wanita hamil boleh berbuka puasa. Antaranya:
i) Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 min hingga sejam.
ii). Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.
iii). Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidsrasi berlaku wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.
iv). Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahem menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahem mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrient dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.
v). Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.
vi). Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrient yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.
vii). Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.
Pada masa yang sama, doktor akan melarang seseorang wanita itu berpuasa jika dia mempunyai komplikasi kehamilan seperti:
TIPS PEMAKANAN
Untuk mengelakkan kekurangan tenaga dan nutrient yang sepatutnya digunakan oleh bayi di dalam rahem, ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi persiapan berpuasa.
– Minumlah air yang banyak ketika bersahur dan berbuka (Iftar) bagi mengurangkan dehidrasi yang merbahaya pada bayi.
– Makanlah makanan yang memberikan tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacang ketika berbuka puasa. Makanan seperti ini akan memberikan tenaga berterusan walaupun beberapa jam telah berpuasa.
– Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah, dan kita akan rasa mengantuk. Selain itu ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi hanya sebentar saja.
– Makan makanan yang banyak protein – daging dan telur untuk pembesaran fizikal bayi.
Selain itu bagi wanita yang hamil, boleh mengikuti cara-cara berikut untuk mengelakkan keletihan ketika berpuasa untuk wanita hamil.
Kesimpulannya, seorang wanita hamil boleh berpuasa jika beliau mempunyai kekuatan dan tidak mengalami komplikasi kehamilan. Bagi wanita yang tiada kekuatan akibat penyakit yang sedia dihidapi semenjak sebelum berkahwin, dibenarkan berbuka dan harus menggantikannya.
Bagi wanita yang mempunyai komplikasi kehamilan yang mana dinasihatkan oleh doktor agar tidak berpuasa, boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya (jika ia melibatkan diri wanita hamil saja) atau menggantikannya dan membayar fidyah (jika dikhuatiri bayinya mengalami kemmudharatan akibat berpuasa).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes Covid-19 setiap hari sangat membimbangkan kerana hampir setiap hari kes mencecah 5 angka. Apabila kes dalam komuniti meningkat maka risiko kepada ibu hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak juga akan meningkat.
Bercerita tentang topik Vaksinkan Ibu, Melindungi bayi dalam Webinar Mama Tak Penat Susukan Anak; Dr Hairin Anisa (Pakar Kanak-kanak & Pakar Laktasi) menjelaskan tentang kebaikan mengambil vaksin bagi ibu hamil dan juga ibu menyusu.
Vaksinkan Ibu, Melindungi Bayi
Vaksin adalah kaedah pencegahan bukan merawat jangkitan
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat tentang sejauh mana vaksin selamat ataupun tidak.
Selain daripada memakai mask, memakai hand sanitizer, vaksin adalah antara kaedah untuk mencegah jangkitan. Ramai yang salah faham kerana menganggap kaedah vaksin sebagai kaedah merawat.
Vaksin bertujuan untuk menghasilkan antibodi di dalam tubuh kita. Badan kita akan mula mengesan untuk menghasilkan sel-sel pertahanan untuk melindungi badan daripada sesetengah kuman.
Tiada dalam dunia ini KAEDAH PENCEGAHAN yang 100% memberikan perlindungan sebab itu kita masih perlu mengikuti SOP yang ditetapkan.
Vaksin ini bukan merawat tapi sebenarnya bertujuan untuk merangsang penghasilan antibodi dalam tubuh kita. Tubuh kita akan menerima antigen, badan kita mula mengesan antigen jahat atau baik dan tubuh kita akan mula menghasilkan sistem pertahanan dan antibodi yang spesifik kepada Covid-19.
Banyak bahan yang ada dalam vaksin antaranya virus hidup yang lemah ataupun virus mati.
Apa yang ada dalam vaksin Covid-19?
Aktifkan sistem imun untuk menghasilkan antibodi melawan virus.
Kenapa Saintis Risau Tentang Varian?
Varian menyebabkan peningkatan kepada kadar kebolehjangkitan virus, tahap keriusan gejala yang dialami (peningkatan kemasukan ke hospital & kematian, peratusan perlindungan daripada antibodi yang terhasil selepas vaksin diberikan ? setelah dijangkiti sebelum itu, pengurangan keberkesanan rawatan atau kegagalan mengesan lebih awal (ujikaji kurang sensitif)
Pelbagai Faktor Imun Dalam Susu Ibu
Susu ibu adalah yang terbaik kerana virus tak mampu masuk dalam susu ibu. Bila virus masuk je terus kena bunuh dengan sistem imun.
1 sudu kecil susu ibu mengandungi sistem imun yang boleh membunuh sel-sel virus jahat dan susu formula tak ada sistem pertahanan seperti ini.
Dalam susu ibu ada terdapat beratus-ratus sel imun yang mana bila ibu sakit, sel imun ini akan protect susu ibu daripada terkena jangkitan dan sel imun ini tidak ada di dalam susu formula!
Antara sistem imun yang terdapat dalam susu ibu:
Susu Ibu Adalah Imunisasi Pertama Bayi
Antibodi IgA antara barisan yang pertama akan duduk di saluran perut, saluran pernafasan bayi. Bila IgA ini dapat sahaja kuman atau vaksin ibu akan menghasilkan imun IGA.
Selepas Ibu Mendapatkan Vaksin Covid-19
Teruskan menyusu selepas ambil vaksin. Tiada masalah! Vaksin tidak akan masuk ke dalam susu ibu.
Tiada Gejala Sampingan Yang Teruk
Hanya 1.7% sahaja mendapat kesan sampingan yang teruk.
Kesimpulan
Vaksin adalah selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Antibodi yang terhasil setelah ibu yang divaksinasikan (IgA & IgG) akan masuk dalam susu ibu yang memberikan perlindungan pasif kepada bayi daripada di serang oleh kuman / patogen yang sama.
Sel-sel imun ibu akan mengajarkan sel-sel imun bayi untuk menghasilkan sel imun yang spesifik dan seterusnya dapat hasilkan antibodi. Sentiasa patuhi SOP, tiada kaedah pencegahan yang berjaya 100%!
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Wanita hamil di UK akan diberitahu bahawa mereka perlu tinggal di rumah selama tiga bulan bermula dari hujung minggu ini kerana mereka adalah antara golongan yang paling mudah terdedah kepada coronavirus.
Kerajaan UK telah menambah golongan ibu hamil dalam senarai orang yang paling ‘berisiko’ untuk kali pertama bersama dengan golongan orang tua dan golongan yang mempunyai kesihatan yang lemah.
Pegawai berkata langkah itu adalah sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ kerana terlalu awal untuk mengatakan sama ada COVID-19 menimbulkan ancaman besar kepada ibu hamil.
Secara amnya wanita mengandung lebih cenderung untuk terdedah dengan jangkitan virus berbanding wanita yang tidak hamil.
Walau bagaimanapun, ketua doktor di England sebelum ini mengatakan dia tidak rasa wanita hamil perlu bimbang memikirkan tentang jangkitan virus korona pada bayi. Pada masa ini tiada bukti klinikal menunjukkan bahawa virus itu boleh ditularkan melalui rahim atau melalui susu ibu.