Aktres Lana Nodin yang kini sedang hamil anak kedua dilihat memakai gaun hospital dan memakai tag pesakit pada pergelangan tangan.
Mungkin ramai yang beranggapan Lana sudah pun bersalin,rupa-rupanya dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi pada kandungannya.
Lana yang sudah memiliki seorang anak perempuan, Gia Quin McKenzie. Lana yang pulang ke Malaysia beberapa hari yang lalu untuk bersalin dan menjalani proses berpantang di tanah air.
Ads
Lana memuat naik video dan memberikan penjelasan yang kandungannya mengalami sedikit komplikasi kerana terlalu aktif dan bayi dalam kandungan juga aktif. Isteri kepada Mohd Daud McKenzie ini juga memohon agar para peminat mendoakan agar dia dapat melahirkan apabila tiba masanya nanti. Lana telah dipantau selama 24 jam sebelum dibenarkan pulang.
lananodinmckienzieMMD&G❤️ terima kasih banyak2 to @rampaiputeri yg menjaga lana dan beri layanan dengan baik dan selesa pada family lana…. Tq so much ??Alhamdulillah semuanya selamat dan baik2 belaka dan hari ni dpt discharge setelah di monitor 24 jam….dan harapakan lana doakan lana dan kandungan semoga sihat sampai pada masanya… Amin ????aminnn
Baru saja mengumumkan kehamilan dirinya, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad terpaksa berdepan dengan pembedahan bila mana mengalami masalah apendiks yang terpaksa dibuang.
Melalui Instagramnya, isteri kepada Raja Syahiran ini memaklumkan dirinya kini selamat menjalani pembedahan membuang apendiksnya malah kandungannya turut berada dalam keadaan baik.
Menurut kata Uyaina, dia pada mulanya mengalami sakit pada bahagian bawah perut sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh suaminya.
“Syafakillah Uyaina & Baby. Semalam Uyaina baru je kena operate sebab Appendix. I’m lucky sebab Appendix tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah.
“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat-sangat belah bawah kanan perut. Sakit yang takleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit.
“Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Dr terus tahan ward,” tulisnya berkongsi.
Malah menurut kata pelakon berbakat ini lagi, pembedahan membuang apendiksnya berjalan dengan lancar malah kandungannya juga berada dalam keadaan baik.
Bakal ibu ini juga turut memohon doa semua agar kehamilannya dipermudahkan serta bayi dalam kandungannya sentiasa dalam keadaan sihat.
“Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor & nurse di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin ♥️
“Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat. Dan semoga Baby sihat. Kesian Baby. Aamin,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada awal April lalu, Uyaina mengumumkan kehamilan sulungnya selepas mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang tidak tahu malah adakalanya menolak untuk mengambil suntikan ini dengan pelbagai alasan. Ini yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan.
Darah orang mengandung ni Allah jadikan lebih pekat dari biasa, dan secara normalnya darah ibu ini senang nak membeku untuk menyediakan ibu untuk proses bersalin – kalau berlaku pendarahan yang banyak, badan sudah bersedia mengurangkan pendarahan dengan cepat-cepat mengaktifkan sistem pembekuan darah.
Rahim yang makin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar dan tersekat-sekat. Bila pengaliran darah kurang lancar ditambah pula dgn sifat semulajadi darah ibu yang senang beku, maka fenomena thrombosis / darah beku sangat senang terjadi.
Masalah darah senang membeku ini 5 KALI GANDA masa berpantang, jika dibandingkan ketika mengandung. Hal yang demikian kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin menyebabkan darah LAGI PEKAT, risiko meningkat lebeh-lebih lagi pada 3 minggu pertama lepas bersalin.
Kebiasaannya, darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis. Ibu mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan.
Sekiranya masalah ini tidak dikenal pasti dan rawatan diberikan segera, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa bergerak ke peredaran darah peparu menyebabkan saluran darah peparu tersumbat dinamakan pulmonary embolism, boleh membawa MAUT.
FAKTOR-FAKTOR MENINGKATKAN PELUANG MENDAPAT DARAH BEKU
(Nombor dalam kurungan tu memberitahu score yang diberikan pada ibu jika ada faktor tu)
Lain hospital mungkin menggunakan sistem scoring yang tersendiri dan mempunyai kriteria yang mungkin kurang daripada yang kat bawah ni. Follow doktor tu, jangan pergi bertekak ngan dia plak*
*Ibu pernah ada darah beku masa kehamilan sebelumnya (4)
* Umur ibu 36 tahun dan ke atas (1)
* Obesiti ( 1 atau 2 )
* Anak sudah lebih 3 orang (1)
* Merokok (1)
* Urat-Urat timbul pada kaki (1)
* Pre-eclampsia (1)
* Kehamilan kembar 2 atau 3 (1)
* Pembedahan Caeserean secara kecemasan (2)
* Pembedahan Caeserean secara elektif (1)
* Kelahiran guna Forceps (1)
* Proses bersalin yg panjang ( lebih 24 jam) (1)
* Tumpah Darah ( lebih 1 liter ) (1)
* Kelahiran pramatang kurang 37 minggu (1)
* Kelahiran mati (1)
* Sebarang prosedur yang dibuat ketika mengandung (kecuali repair koyakkan bersalin) – operation buang appendix (3)
* Muntah-muntah teruk masa hamil (3)
* Ibu ada jangkitan kuman teruk (1)
* Ibu tak gerak-gerak, kekeringan tak minum air (1)
Kalau tambah nombor-nombor dalam kurungan tu, jika score 4 atau lebih, ibu perlu dimulakan ubat mencegah darah beku sejak AWAL MENGANDUNG.
Kalau score 3, ubat mencegah darah beku dimulakan pada 28 MINGGU KEHAMILAN
Kalau score 2, ubat mencegah darah beku dimulakan LEPAS bersalin selama 10 HARI
Untuk makluman semua, IBU MELAYU yang meninggal akibat pulmonary Embolism ini adalah PALING TINGGI jika dibandingkan dgn kaum-kaum utama di Malaysia. Kenapa ?
Takda jawapan lagi untuk menerangkan keadaan ini. Berdasarkan analisis, ibu-ibu Melayu lebih Obes dari kaum lain, dan MAJORITI ( bukan semua ) mengamalkan pantang larang adat Melayu yang mana menegah dan melarang IBU berpantang supaya tidak minum air yang mencukupi ketika berpantang, kena banyak berehat dan baring saja dan dilarang berjalan sana sini atau bergiat aktif kerana timbulnya fahaman ‘BENTAN’.
Satu lagi, Ibu melayu kebanyakan tidak mendengar nasihat doktor untuk mengambil suntikan mencegah darah beku – Enoxaparin (clexane) kerana dikhuathiri kandungan DNA khinzir di dalamnya. Ada ibu dengan angkuhnya bercakap pada saya – Ala masa zaman mak-mak beranak dulu takde pun bagi injection bagai ni. Hidup je!
Perlu diterangkan disini, walaupun Enoxaparin (clexane) mengandungi DNA khinzir yang sangat sedikit, penggunaan enoxaparin telah difatwakan dibenarkan untuk tujuan perubatan disebabkan :
✅Tiada ubat lain setanding enoxaparin (clexane ) untuk mencegah darah beku pada ibu hamil
✅Suntikan heparin tidak memberikan kesan yang efektif seperti enoxaparin (clexane ) lebih-lebih lagi untuk ibu yang beratnya lebih 90kg. Kalau nak gak beri heparin, suntikan nya adalah 2 kali sehari, berbanding dengan clexane yang diberi hanya sehari sekali. Clexane telah terbukti lebih berkesan berbanding Heparin.
✅Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Fondaparinux tidak mempunyai kajian yang cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil – tak boleh nak cakap selamat atau tak untuk ibu hamil. Sebahagian kecil ubat fondaparinux akan keluar dalam susu ibu dan boleh mmbahayakan bayi yang menyusu ibu.
Jadi dah jelas? Ingat, dalam 100 kematian ibu di Malaysia, 60 kematian disebabkan oleh pulmonary embolism.
Allah suruh ikhtiar dan ikhtiar, bukan dok diam berpeluk tubuh, tunggu maut datang menjemput. Pastu salahkan takdir.
Berhenti menzalimi diri sendiri. PULMONARY EMBOLISM – MEMBUNUH!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pada Mac tahun depan, baru-baru ini penyanyi Syura Badron telah mengadakan majlis gender reveal bagi berkongsi jantina bayi dalam kandungannya.
Menerusi perkongsian tersebut, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang kedua tidak lama lagi.
Berita gembira yang dikongsikan penyanyi berusia 36 tahun itu turut disambut dengan penuh kegembiraan daripada tiga anak Syura yang memang mengharapkan ibu mereka mengandungkan bayi lelaki.
Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut.
Video yang dimuat naik di instagram itu juga memaparkan beberapa tetamu bermain teka teki tentang jantina anak sebelum Syura mendedahkan jawapan sebenar kepada tetamu.