Ini bukan masanya! Wardina selar tindakan segelintir ibu yang mengatakan kata bertuahnya boleh jaga anak sendiri.
Seluruh negara terkesan dan hiba dengan kejadian yang meragut nyawa Allahyarham Adik Adam Rayqal. Tetapi sikap kurang sensitif para ibu di laman sosial ekoran insiden ini dengan memberikan komen betapa bertuahnya mereka tidak perlu bekerja dan boleh menjaga anak sendiri menarik perhatian Wardina.
Antara posting Instagram Wardina.
Hal ini juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengikut Wardina. Masing-masing memberikan komen seperti berikut;
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
TAK FIKIR PERASAAN ORANG LAIN
BUKAN MASANYA UNTUK BERDEBAT
Ads
TAK ADA IBU NAK BERPISAH DENGAN ANAK, BUT THEY HAD TO
TIADA JAMINAN ANAK SELAMAT WALAU DALAM JAGAAN SENDIRI
Walau bagaimana pun diuji, namun kasih dan sayang pada anak-anak takkan pernah berubah. Siapa menyangka dengan tindakan yang tidak wajar terhadap bekas isterinya, kehidupan pelakon Hafidz Roshdi kini berubah secara total.
Hafidz yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini kerana mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada sebak ketika menyebut nama dua anaknya.
Pada sidang media itu, Hafidz tiba-tiba sebak sebaik menyebut mengenai dua anaknya dan meluahkan rasa kasih serta rindu terhadap mereka selepas dua minggu tidak berjumpa.
“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun Abah lupakan kalian.
“Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang Hafidz selama ini, dan sentiasa bersama Hafidz apa jua keadaan dan situasi. Terima kasih banyak-banyak.
“Saya mengambil ujian kehidupan pada hari ini dengan tabah, dan akan terus melangkah ke hadapan, setapak, demi setapak, sehingga saya lebih berjaya berbanding sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, dalam sidang media bersama peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader, Hafidz berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya akan dituduh di mahkamah kerana mencederakan orang yang disayanginya.
“Saya adalah seorang manusia, sama seperti anda, yang inginkan kebahagiaan sehingga ke penghujungnya.
“Namun, hari ini, adalah satu episod yang paling suram dalam hidup saya. Apapun, saya reda dengan apa yang sudah ditakdirkan,” katanya.
Tambah Hafidz, dia menyerahkan nasibnya kepada pihak mahkamah untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
“Saya yakin bahawa mahkamah akan membersihkan nama saya bagi pertuduhan di sini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus mendoakan kebaikan serta kesejahteraan buat saya dan keluarga sehingga kini, dalam menghadapi tempoh sukar dan sulit ini.
“Kepada pihak di luar sana, hentikan membuat spekulasi, dan menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga saya di media sosial untuk isu-isu yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya,” katanya.
Terdahulu, Hafidz Roshdi dihadapkan ke mahkamah selepas tuduhan mengasari isterinya, Nurul Syuhada.
Baru sahaja habis berpantang, ibu dan bayi ini terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika ingin pulang ke kampung.
Memetik laporan Kosmo! Online, kemalangan tersebut berlaku pada jam 6.30 petang telah mengorbankan bayi lelaki, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, dua bulan, dan neneknya, Noreha Mohamed, 53, akibat kecederaan pada bahagian badan dan kepala.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin,23, pula meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, kemalangan itu juga telah menyebabkan dua adik mangsa iaitu Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, masing-masing mengalami patah kaki kanan dan patah bahu kiri.
Baharudin Abdullah berkata, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Semat, Wakaf Bharu, Kelantan dari rumah Raja Nurhanani Nabila yang terletak di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, Pahang.
Namun, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu adik mangsa, Raja Haikal Najmi dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba lalu terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di tepi lebuh raya sebelum terbalik.
“Kesemua yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh anggota bomba,”ujarnya.
Ibu mana yang sanggup berpisah lama dengan anaknya. Walau hanya beberapa jam sahaja, rindu semakin menebal. Tak mampu berpisah lama.
Namun perkongsian video seorang pengguna Tik Tok yang berkongsi kisah adiknya yang terpaksa berpisah dengan anaknya dek kerana tuntutan kerja menyentuh hati ramai.
Kongsi pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Anaid, @anaidger ini lagi, adiknya terpaksa meninggalkan anaknya kerana mendapat panggilan bertugas sebagai pensyarah di UNISZA, Terengganu.
Namun dek kerana tiada pengasuh yang sesuai, bayi kecil bernama Adriell itu terpaksa ditinggalkan dahulu bersama keluarganya di Sarawak.
“Demi kerjaya terpaksa ibu dan anak berpisah! Moga mereka berdua kuat dan terus berdoa agar dapat jumpa pengasuh yang baik untuk si kecil🙏🏻.
“Kuat kan diri ye Adikku. Adriell akan baik-baik aja❤️,” tulisnya.
Menjawab pelbagai persoalan ramai di ruangan komen kata Anaid lagi, adiknya tekad bagi menggalas tanggungjawab sebagai mendidik anak bangsa, dia menguatkan dirinya walau terpaksa berpisah lama.
“Terima kasih pada semua. Adik saya terpaksa meninggalkan anaknya kerana beliau terpaksa bertugas demi anak bangsa di Terengganu (Lecture),” kongsinya sayu.
Tidak hanya mengendong bayinya kemas, bahkan wajah anak kesayangannya itu dikucupnya berkali-kali sambil berlinangan airmata.
Jelas pandangan mata sayu seorang ibu yang terasa berat hati untuk melangkahkan kaki meninggalkan bayinya. Sayu.
Video perkongsian di Tik Tok itu turut mendapat pelbagai reaksi ramai malah yang mendoakan ibu dan anak ini akan dapat kembali bersatu.
Semoga terus kuat dan semoga baby Adriell dapat bersama ibunya sedikit masa lagi.