Mak ayah mana yang tak bahagia bila anak paling suka dan dekat dengan Al-Quran. Pun begitu mengajar anak menghafal surah misalnya bukanlah mudah.
Penulis Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi tip anak senang menghafal. Mudah saja caranya. Jom praktik pada anak.
Ni saya bagi lima cara mudah nak anak mudah hafal Al-Quran.
Ni saya praktik pada anak saya sendiri tau dan alhamdulillah memang laju dia hafal. Ada yang beberapa minit je dah hafal.
1. Cari satu potongan ayat pendek dari surah Al-Quran. Jangan terus minta anak hafal seluruh surah
Ads
2. Minta anak ulang-ulang baca sebanyak 10 kali ayat tersebut
3. Minta anak baca ayat tu dengan suara yang kuat tau. Anak kita ni ada sisi Auditory mereka yang mana kadang mereka lebih hafal apa yang mereka dengar daripada cuma melihat semata
4. Selepas dah habis baca 10 kali baru suruh anak mula menghafal. Masa tu kita akan tengok anak mudah betul nak hafal ayat Al-Quran tu.
Gambar hiasan
5. Kadang anak kita cuma perlu masa beberapa minit je untuk hafal sebab memori tu jadi kuat dengan “repetition” sepuluh kali bacaan di awal tadi
Ads
Cubalah sendiri nanti. Cuma nak lagi mudah gunalah buku Hafazan. Complete arahan dan cara mudah nak hafal semua ada.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak, berisiko lahirkan anak yang ‘entitle.’ Anak yang mempunyai sifat ini sering kali sukar untuk menghadapi cabaran, tidak menghargai usaha orang lain, dan mudah merasa kecewa apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun ada kalanya niat yang baik boleh mengakibatkan kesan yang sebaliknya. Salah satu risiko yang semakin menjadi perhatian adalah melahirkan anak yang bersifat “entitle” atau merasa berhak terhadap segala-galanya tanpa usaha yang sewajarnya.
Sifat ini boleh membawa pelbagai masalah dalam kehidupan anak tersebut, termasuk dalam hubungan sosial, akademik, dan kerjaya.
Beberapa hari ini, banyak terlintas video berkenaan anak-anak yang ‘entitled’.
Video pertama, tentang seorang mak yang sudah tak tahan nak besarkan anaknya yang sudah dewasa.
Dari kecil, diberi segala yang dimahu. Dimewahkan. Dan dibuatkan segala.
Anak buat salah pun, dia back up. Sekarang, dia nak let go anak dia bekerja sendiri. Meraung-raung anak dia taknak..sebab dah hidup selesa.
Video kedua, tentang seorang anak yang bagi syarat kat mak ayah. Kalau nak dia ke sekolah, belikan kereta mewah. Bukan 18 tahun pun anak dia. Baru 5 tahun.
Video ketiga, anak gadis kaya melanggar orang sampai mati. Walaupun ditahan polis dia tetap dengan pendiriannya yang dia tak bersalah.
Geram sangat-sangat saya tengok yang ini. Tak ada langsung rasa bersalah. Malah dia rasa dirinya kebal dan untouchable.
Urut dada saya. Takkan sengaja Allah lintaskan video ini kepada saya. Melainkan buat peringatan untuk diri. Dan berkongsi ingatan ini dengan yang lain.
Di bahagian komen, ada ramai yang cakap,
“Ni la kesan bila manjakan sangat anak. Berlembut sangat.”
Betullah tu.
Cuma tolong jangan samakan ‘berlembut’ itu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut yang di atas itu adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan/peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
LIMA kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
Memberi Apa Saja Yang Anak Ingini
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata.
Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
Tak ada kawalan/sempadan/peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya.
Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective.
Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
Puji Berlebihan Untuk Usaha Anak Yang Sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ini sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Mendidik anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada sifat “entitle” dalam diri anak-anak mereka.
Dengan memberikan didikan yang seimbang antara kasih sayang, disiplin, dan tanggungjawab, ibu bapa boleh membantu anak-anak membesar menjadi individu yang matang, berdikari, dan menghargai setiap usaha dalam hidup.
*Wawa Shauqi merupakan seorang penulis yang gemar berkongsi ilmu yang dipelajarinya dari seminar, bengkel dan konvensyen serta kelas yang dihadirinya. Hasil penulisannya adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi dari ahli-ahli yang berkaitan dalam bidang pendidikan awal kanak-/kanak, psikologi kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.
Anak Zahirah MacWilson buat muffin, ramai geram dengan aksi comel Isaac Raees. Sesiapa pun yang melihat telatah Isaac Raees pasti tertawan dengan kecomelan anak Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza ini. Ada-ada sahaja gelagatnya yang mencuri perhatian.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang meraih perhatian ramai. Di dalam video berkenaan, memaparkan Isaac Raees yang membantu Zahirah Macwilson membuat muffin buah-buahan yang merupakan makanan kegemarannya itu.
Rata-rata warga maya teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Isaac Raees seorang kanak-kanak yang bijak dan rajin membantu. Tambah mereka lagi, berkemungkinan pada masa hadapan, Isaac Raees boleh menyertai pertandingan Chef Cilik kerana dia sangat suka memasak.
Imam Muda Asyraf timang anak ke empat, isteri selamat lahirkan bayi lelaki. Pendakwah bebas ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 39 atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf timang cahaya mata ke empat.
Berita gembira itu dikongsikan dilaman Instagramnya.
Tepat jam 1.13 pagi tadi bersamaan (18/7/2024). Isteri saya Nur Husna Bt Yusoff baru sahaja selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru kami ini, menambah lagi keberkatan serta memberi rahmat buat alam seluruhnya. Ameen Ya Rabbal alamin. – tulisnya di ruangan kapsyen.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.