Bahaya ada di mana-mana. Tak kira siapa pun kita, anak menteri sekalipun tak terlepas daripada menjadi mangsa serangan.

Kejadian di Putrajaya petang semalam membuktikan bahawa keselamatan anak-anak sentiasa perlu diberi perhatian, walau di tempat awam.

Dalam kejadian sekitar jam 1.45 petang, anak Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang berusia 12 tahun itu dipercayai diserang ketika memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.

Beliau berkongsi kronologi kejadian itu di Facebook miliknya menerusi kenyataan media yang dimuat naik semalam.

‘Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran’

‘Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran’ – Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi 

Ads

𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗬𝗔
Sekitar jam 145 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.

Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya.

Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal. Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya.

Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.

Ads

ANAK KINI DAPATKAN RAWATAN UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT

‘Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran’ – Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi 

Anak saya telah dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan.
Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini.

Ads

Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofail awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini. Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.

Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar.
Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa.

PDRM BERTINDAK SEGERA

Sementara itu menurut laporan Sinar Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli di Putrajaya pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan menegaskan PDRM akan mengenal pasti serta membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Sumber: Rafizi Ramli dan Sinar Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads