Sepanjang tempoh PKP ini rakyat memang dinasihatkan patuh arahan untuk duduk di rumah. Namun jika semua ahli keluarga berkumpul, mungkin jumlah penggunaan elektrik akan turut meningkat.
Maklumlah kipas atau televisyen mungkin akan dibuka sepanjang masa. Tak termasuk lagi tambahan alat elektrik yang lain seperti aircond, penggunaan mesin basuh atau gajet yang digunakan lebih dari kebiasaannya.
Mungkin ramai ibu bapa dah mula membayangkan bil yang akan diterima nanti macam mana kan? Memahami keadaan tersebut, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang mana pengguna kediaman atau domestik juga akan diberikan diskaun untuk pembayaran bil elektrik bermula 1 April sehingga 30 September depan.
Bagaimanapun masih ada yang belum memahami kaedah diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini.
Ads
Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:
Ads
Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.
Perlu faham kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.
Tiada siapa menduga perjalanan di subuh hari itu adalah yang terakhir buat bayi 9 bulan ini apabila maut dalam kemalangan. Sebaknya!
Perginya anak kecil dalam keluarga ini. Siapa sangkaa perjalanan mereka sekeluarga pada pagi ini adalah yang terakhir buat si kecil ini apabila kereta yang dipandu bapa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Lepar, Kuantan hari ini.
KERETA DIPANDU PAPA HILANG KAWALAN
Perjalanan empat sekeluarga termasuk si kecil Allahyarham Nurul Afiqah Umaira Muhammad Hafiq, 9 bulan itu. Tiada siapa menyangka ia adalah yang terakhir buat si kecil ini apabila dia bersama kakaknya berusia empat tahun, ibu dan bapanya terlibat kemalangan. Kereta dipandu bapanya,Muhammed Hafiq Halim hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri bahu jalan dan terbalik. Lebih memilukan, penumpang termuda ini meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta model Proton Iswara dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke Kuantan.
HILANG KAWALAN SEBELUM TERBABAS
Kamarulzaman memberitahu yang pihaknya percaya pemandu hilang kawalan sebelum terbabas. “Akibat kemalangan itu anak mangsa yang juga bayi perempuan berusia sembilan bulan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada Harian Metro.
KAKAK 4 TAHUN CEDERA
Menurut Kamarulzaman berkata kemalangan ini turut menyebabkan kecederaan kepada ibu bapa Nurul Afiqah iaitu Muhammed Hafiq, Roslinawati Ismail serta kakak Allahyarham iaitu Nurul Atiqah Umaira, 4 tahun. Ketiga-tiga mereka cedera dan dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
JALAN LURUS, CUACA BAIK
Kamarulzaman turut menyatakan yang siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan jalan lurus dan ketika kejadian cuaca berkeadaan baik. “Kita minta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya. Difahamkan ketika kejadian semua mangsa dibawa keluar oleh pihak bomba dan orang ramai sebelum dihantar ke hospital.
Kamarulzaman berkata, jenazah Allahyarham Nurul Afiqah Umaira dibawa ke HTAA untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pelakon Wanita Popular, Fasha Sandha memuat naik sebuah video dimana bekas suaminya, jejai sedang menjemput anak-anak di rumahnya untuk sambutan Hari Raya Aidiladha. Gelagat mereka yang bersahaja sambil masing-masing mengucapkan selamat hari raya menandakan tiada lagi krisis antara keluarga ini.
Demi anak-anak, hubungan seperti ini sepatutnya terjalin dengan baik. Tiada lagi persengketaan antara mereka. Video ini mendapat tontotan lebih 400 ribu penonton di Instagram beliau.
Tahun ni Aidiladha dada nak ambik anak, ibu mengalah… Pls take care of my babies ok … 3 days without my babies sama dengan 3 tahun. Ill call them every two hours ok!
Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua followersku. maaf zahir dan Batin (walaupun bukan raya Puasa tak salah mintak maaf)
Dudaku untuk dilelong. DM dia untuk berkenalan. Masih single and available, kesian dudaku…kriteria yang diperlukan, adalah perempuan yang sama macam ibu.
Wanita yang berkerjaya, independent dan sedap mata memandang. Sebab dia sejenis very fussy.
Video yang dimuatnaik mendapat perhatian netizen, rata-rata berpendapat Jejai masih sayangkan Fasha. Ada juga yang berpendapat keluarga mereka sangat beruntung, walaupun sudah berpisah tapi masih boleh jadi satu keluarga yang bahagia.
Suka tengok, dia still sayang dengan Fasha
Cara Fasah wish selamat hari raya tu win, part jejai jawab pun lawak
Baru-baru ini viral kisah ibu bersalin ketika dalam koma. Kelahiran yang penuh keajaiban itu menarik perhatian ramai termasuk pasangan pengacara rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima iaitu Datin Fouziah Gous dan suami Datuk Zhafran Yusof.
Ibu bapa kepada dua cahaya mata iaitu Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf ini amat prihatin dan mengambil keputusan melawat sendiri keluarga berkenaan bagi melihat sendiri keadaan Kamareeah Arwae, 36 serta anak bongsunya yang dilahirkan pramatang semasa masih dalam keadaan koma.
Sementara itu, Zhafran berkata, dia dan isterinya melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga memerlukan, selain menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berada di sekitar pantai timur sejak kejadian bah kuning di Kelantan pada 2014.
“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban yang berlaku ke atas Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.
“Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” katanya.
Dalam pada itu, suami Kamareeah Arwae, 36 ,ibu yang bersalin semasa koma Fairol Haziri Rahim melahirkan harapan untuk melihat isterinya sedar dan menyusukan bayi mereka.
“Saya mengharapkan keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” katanya.
Anak kedua mereka yang dilahirkan semasa koma, Farah Hanis ianggap keajaiban oleh pengamal perubatan. Dia awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan kerana Kamareeah yang menghidap tumor di kepala Disember lalu menjalani banyak proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu.
Fairol berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, doktor memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh suatu hari nanti, namun tidak dapat memberi tempoh berapa lama isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.
“Lebih menyedihkan, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menyusukan bayi kami seperti yang dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu, dia enggan minum susu formula.
“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Pantai Cahaya Bulan.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan, Kamareeah yang terlantar akibat ketumbuhan di bahagian kepala sejak tujuh bulan lalu melahirkan anak bongsunya Farah Hanis secara pembedahan ketika berada dalam keadaan koma.
Menurut bapa kepada dua anak ini selepas kisah menyayatkan hati tentang keluaga mereka tular di media sosial dan mendapat liputan akhbar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai datang ke rumah dan menyerahkan sumbangan untuk meringankan bebannya.
“Alhamdulillah, kos untuk membeli lampin pakai buang dan susu kepada isteri serta anak bongsu dapat dijimatkan apabila ada pihak yang menyumbang barang berkenaan untuk mereka.
“Sumbangan yang diberikan cukup besar maknanya kepada saya, lebih-lebih dalam keadaan saya sudah tidak boleh bekerja kerana perlu menguruskan isteri sepanjang masa.
“Sejak isteri terlantar, hanya saya seorang yang menjaganya dari menukar lampin pakai buang, mengelap tubuh badan, memberi susu khas melalui wayar yang dipasang di hidungnya sehingga membersihkan wayar di bahagian lehernya yang ditebuk,” katanya.
Katanya, memandangkan dia perlu menguruskan keperluan isteri, buat sementara waktu, Farah Hanis dijaga oleh sepupunya yang tinggal berjiran dengannya.
“Sebelum ini, saya menerima beberapa panggilan daripada individu yang mahu mengambil Farah Hanis sebagai anak angkat, namun saya tidak bersetuju kerana biar sesukar mana, saya tidak akan berpisah dengan anak,” katanya.