Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini semalam mengejutkan ramai pihak.
Pun begitu bagi mengelakkan sebarang penularan yang tidak diingini, KKM turut mengeluarkan beberapa garis panduan bagi memberi kesedaran dan tahap berjaga-jaga kepada semua.
Berikut merupakan tanda-tanda dan gejala serta langkah-langkah pencegahan untuk semua. Jadikan penjagaan dan tahap kebersihan diri menjadi keutamaan buat kita dan anak-anak.
Tanda dan gejala jangkitan
Menurut perkongsian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki.
Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.
Ads
Langkah-langkah pencegahan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai Mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.
KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh.
Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.
Ads
Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah berkaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19) boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Peguam, Syazlin Mansor berkata, hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama dan bagi kesalahan kedua, hukuman lebih berat dikenakan kerana boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya, bagi kesalahan yang dilakukan berterusan, individu yang disabitkan bersalah boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
“Mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 boleh diambil di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Beliau berkata, sepanjang tempoh diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian, seseorang individu dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan dan kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan seseorang itu berdepan hukuman.
Sejak penularan Covid-19, arahan kuarantin sama ada di hospital atau di rumah dikeluarkan bagi mengekang penularan penyakit berjangkit itu yang diisytiharkan sebagai pandemik.
Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 125 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 553 kes.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menyimpan impian yang sama untuk menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.
Namun, tidak semua diberikan jalan yang mudah. Ada yang dikurniakan rezeki zuriat seawal perkahwinan, dan ada juga yang perlu menunggu bertahun-tahun, dengan penuh sabar dan air mata.
Itulah yang sedang dilalui oleh Ally Mukhriz, cucu kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suaminya masih menanti cahayamata sulung mereka. Kini, mereka melangkah ke fasa rawatan IVF satu perjalanan fizikal dan emosi yang cukup mencabar, namun penuh dengan harapan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram miliknya, dia berkongsi kapsyen penuh emosi namun penuh inspirasi untuk terus berjuang demi cahaya mata buat penyeri rumah tangga bersama suami tercinta.
“What a ride!! After 2 weeks of shots, I’m officially done with my #IVF jabs!!! Onto egg extraction next and hopefully a baby , InsyaAllah “
Begitulah luahan penuh rasa Ally Mukhriz, cucu kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga anak kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dalam salah satu perkongsian terbarunya di Instagram.
Perkongsian itu mungkin kelihatan ringkas di mata sesetengah orang. Tapi bagi mereka yang pernah menempuh perjalanan yang sama ia adalah suara dari hati seorang wanita yang sudah lima tahun menanti, berjuang dalam diam untuk zuriat pertamanya.
Bayangkan setiap hari berlalu dengan satu persoalan yang berulang dalam hati:
“Bila agaknya Allah akan hadiahkan kami seorang anak?”
Ally dan suami sudah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2020. Namun, selepas bertahun-tahun mencuba, mereka belum dikurniakan rezeki zuriat. Mereka tidak pernah terlalu lantang bercerita, tapi dalam diam—Ally sedang melalui perjalanan paling getir dalam hidupnya sebagai seorang wanita.
Dan sekarang, setelah lima tahun, mereka nekad melangkah ke fasa rawatan IVF (In Vitro Fertilisation).
Dalam tempoh dua minggu, Ally menjalani suntikan hormon setiap hari.
Suntikan itu bukan sekadar menyakitkan dari segi fizikal. Tapi lebih daripada itu—ia menyentuh emosi, menggugat kestabilan hormon, dan memaksa hati untuk tetap kuat walau kadangkala terasa mahu rebah.
Namun dalam kesakitan itu, dia tetap positif. Dia tetap tersenyum. Dia tetap menulis:
“So happy this part is over!!”
Sebalik senyuman itu, hanya Tuhan dan suaminya tahu betapa kuatnya seorang Ally Mukhriz.
Antara ayat yang paling menyentuh dalam perkongsian Ally adalah:
“Thank you to hubs for holding my hand through every shot, listening to all the tedious instructions from the doctors and making this gruelling process easier for me. Love you!”
Nyata, begitulah peranan seorang suami yang tidak hanya berdiri di belakang, tetapi berdiri di sisi mengiringi setiap langkah isterinya walau perit. Bukan mudah untuk melihat insan tersayang menanggung kesakitan, dan masih terus tenang memberikan semangat.
Sekarang, Ally memasuki fasa seterusnya: pengambilan telur (egg extraction). Langkah ini akan menentukan sama ada impian mereka untuk menjadi ibu bapa akan menjadi kenyataan.
Tapi yang pasti, mereka sudah memberikan segalanya. Mereka sudah berusaha. Dan yang tinggal kini adalah doa dan harapan.
Kisah Ally bukan sekadar kisah IVF. Ia adalah kisah kekuatan, kesetiaan dan harapan yang membara. Dan kepada sesiapa yang sedang melalui perjalanan sama ketahuilah, kamu tidak bersendirian. InsyaAllah, rezeki itu akan datang, tepat pada masanya.
Dalam dunia keibubapaan moden hari ini, ramai ibu bapa buntu apabila berdepan dengan sikap anak lelaki yang degil, aktif dan sukar dikawal. Namun, di sebalik kekalutan itu, pesanan daripada Coach Parenting terkenal, Mohd Fhais Salim, hadir mengingatkan sesuatu yang sangat mendalam bahawa didik anak lelaki dengan lembut bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan sebenar dalam membentuk hati dan jiwa mereka.
Menurut Coach Fhais, “Wahai ibu dan ayah sekalian, senakal dan sedegil mana pun anak lelaki, tegurlah dia dengan cara yang lembut.” Kelembutan bukan sekadar pada suara, tetapi juga pada bahasa, pergerakan, nasihat, dan ketegasan. Itulah asas utama untuk didik anak lelaki dengan lembut agar mereka membesar dengan hati yang baik dan penuh kasih sayang.
Coach Fhais menjelaskan bahawa ramai anak lelaki membesar menjadi kasar, buas dan keras hati bukan kerana mereka dilahirkan begitu, tetapi kerana mereka dididik untuk menjadi keras. Anak-anak belajar daripada cara kita menegur, daripada nada suara dan bahasa tubuh yang mereka lihat setiap hari.
“Setiap kata-kata ibu dan ayah memberi kesan besar kepada hati anak. Sama ada mereka dengar atau tidak, yang pasti kata-kata itu akan sampai ke hati dulu,” ujarnya dengan penuh makna. Bila hati anak keras, tutur kata mereka juga menjadi kasar. Bila hati lembut, tingkah laku dan tutur katanya akan mencerminkan kelembutan itu. Sebab itu, hati anak perlu dijaga — kerana dari situlah lahirnya keperibadian sebenar.
Coach Fhais menegaskan bahawa hati adalah pusat keperibadian seorang manusia. Bila hati kasar, cara bercakap dan tingkah laku juga akan menjadi kasar. Maka, dalam mendidik anak lelaki, kelembutan adalah senjata paling ampuh. Didikan hati yang lembut membentuk anak lelaki yang penyayang, sabar dan berjiwa besar.
Beliau mengingatkan: “Nak ajar anak bertukang, berkebun, atau berperang sekalipun, ajarlah. Tapi bila menegur, gunalah cara yang sopan dan lembut.” Pesanan ini menekankan pentingnya didik anak lelaki dengan lembut kerana di situlah kekuatan sebenar terletak.
Menurut Coach Fhais, anak lelaki perlu belajar tentang kekuatan yang sebenar — bukan kekuatan pada lengan atau suara, tetapi kekuatan pada hati. Anak perlu tahu bahawa kekuatan manusia bukan terletak pada otot, tetapi pada hati yang sabar, tenang dan penuh kasih.
Yang kuat sabarnya
Yang kuat tahan marahnya
Yang kuat lawan nafsunya
Yang kuat tunduk egonya
Yang kuat kebaikannya
Makin lembut hati anak lelaki, makin mudah untuk kita lentur dan bentuk dia kelak. Itulah erti sebenar kekuatan — hati yang lembut tapi tabah menghadapi kehidupan. Inilah falsafah penting dalam usaha untuk didik anak lelaki dengan lembut.
Pesanan ini cukup lembut tetapi menusuk jiwa. Sebagai ibu bapa, kita diajak untuk menilai kembali cara kita menegur dan mendidik. Setiap nada suara, setiap perkataan dan setiap reaksi kita sedang membentuk hati anak sama ada menjadi manusia yang lembut dan penyayang, atau keras dan menjauh.
Kerana semakin lembut hati seorang anak lelaki, semakin mudah untuk kita membentuk dan melenturnya menjadi insan yang penuh kasih dan hormat. Itulah kekuatan sebenar dalam didik anak lelaki dengan lembut.
Kalau anak tengah marah, kecewa atau memberontak — bukan masa terbaik nak bagi nasihat. Tunggu dia tenang dulu. Bila hati dah reda, baru suara kita boleh tembus ke hati dia.
Masa anak tengah gembira atau bercerita, masa itulah ruang terbaik untuk “selitkan teguran”. Anak lebih mudah terima sebab hati dia lembut waktu itu.
Pegang bahu, usap kepala atau peluk anak masa bercakap. Sentuhan lembut memberi mesej bahawa kita tegur kerana sayang, bukan kerana marah.
Kadang bukan apa yang kita cakap yang buat anak melawan, tapi cara kita cakap. Nada lembut tapi tegas jauh lebih berkesan daripada jeritan.
Bila dah habis usaha, jangan lupa doa. Sebab yang pegang hati anak bukan kita, tapi Allah. Doakan setiap hari agar hati dia lembut, mudah dibentuk, dan sentiasa tunduk pada kebaikan.
Kalau kita boleh kawal marah depan dia, dia pun akan belajar kawal marahnya. Anak lelaki lebih banyak meniru daripada mendengar.
Ganti ayat kasar macam “Awak ni degil sangat!” dengan ayat yang sentuh hati seperti “Mama tahu awak boleh buat lebih baik daripada ni.” Nada lembut tapi tetap tegas lebih mudah diterima.