Air mata kembali mengalir di Mahkamah Koroner apabila inkues kematian pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, diteruskan. Saksi kelapan, Azhari Abd Sagap yang juga Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, tampil memberi keterangan penuh emosi.
Menurut laporan Harian Metro, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa pihak sekolah mahu menutup kebenaran tentang apa yang berlaku kepada arwah. Malah, Azhari menceritakan usahanya menyelamatkan Zara pada hari kejadian — membawa ke hospital, menghubungi ambulans, menemani ibunya di hospital hingga ke petang, serta hadir ke pengebumian di Sipitang. Semua itu dilakukan kerana rasa tanggungjawab terhadap anak jagaan sekolah.
Ads
Namun, apa yang menyedihkan, dirinya dan pihak sekolah tetap berdepan tohmahan. Nama seorang pelajar, dikenali sebagai Kak M, turut dikaitkan sehingga wajahnya tular di media sosial. Bagi Azhari, tuduhan terhadap pelajar itu sangat kejam kerana hakikatnya dialah yang mula-mula menemui Zara dan berusaha membantunya.
“Kalau bukan kerana dia, mungkin Zara sudah kehilangan nyawa lebih awal. Tetapi ini balasan yang dia terima — dituduh dan difitnah,” katanya sebak.
Azhari juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang aduan rasmi dibuat oleh arwah atau ibunya mengenai isu yang dikaitkan dengan Kak M. Beliau turut berkongsi detik peribadi apabila Zara pernah menulis tentang subjek ajarannya dalam diari, membuatkannya terharu dengan ingatan itu.
Ads
Ads
Kes Zara Qairina membuka mata ramai ibu bapa bahawa keselamatan anak di sekolah perlu sentiasa dipantau. Walaupun anak-anak membesar di asrama, komunikasi terbuka antara ibu bapa, guru dan pelajar amat penting agar sebarang masalah tidak disimpan hingga terlambat.
Buat keluarga arwah, masyarakat terus mendoakan agar kebenaran terbongkar dan keadilan ditegakkan. Buat ibu bapa lain, kisah ini jadi peringatan betapa besar amanah menjaga keselamatan, emosi, dan kesejahteraan anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun sudah kenal bertahun-tahun, tidak akan sama apabila sudah tinggal sebumbung. Ketika bercinta, kita merasakan sudah cukup untuk memahami pasangan kita. Tetapi sebenarnya tidak!
Suami ini, Ashman Mat Saleh, turut berkongsi tentang kekeliruan yang dialaminya sepanjang perkahwinan dengan isteri tercinta. Menurutnya, dia juga ada masanya pening dengan kerenah isterinya. Bergaduh kecil juga hal biasa, tetapi tetap juga sukar untuk memahami si isteri.
S E L A S A D A Y 🍿
Masa kau bujang mesti kau akan cakap kau dah faham sangat perangai awek kau. Dah boleh tahu semua benda. Kau dah couple bertahun pun sebenarnya kau baru tahu 10% 😅
Bila dah kahwin, kau baru tahu apa itu keliru/confuse 🤣 Bila dah kahwin, dah duduk serumah, tidur sekatil. Barulah nanti kau akan faham dan kau akan sedar sebenarnya kau belum faham lagi isteri kau, walaupun kau couple bertahun tahun.
Saya kadang2 pun pening, kadang2 bergaduh, tu biasalah. Barulah seri tu ada. Cewahh.
Perempuan ni banyak perangai, dia yang mimpi saya kahwin lain, saya yang kena marah. Dia yang mimpi, saya yang kena. Siap warning nak potong semua bagai. Saya pun pening, “ aku yang salah ke?, bangun2 kena marah “ 😂
Tu belum cerita dia merajuk, dia buat kita marah, bila kau marah, dia kata kau tak sayang. Bila kau diam, dia pulak akan merajuk, bila tak pujuk kata tak sayang. Padahal dia yang start dulu 🤣.
Macam2 ragam. Tapi ingat, mereka memang banyak ragam dan memang di ciptakan begitu. Kita sebagai lelaki kenalah faham, jangan cepat melatah. Kalau isteri marah, diam saja, jangan melawan sebab kita takkan menang.!!! TAKKAN!! nak seri pun susah. Mesti kalah 🤣.
Baik Diam atau terus keluar, ambil angin bagi tenang. Nanti isteri cool down lah sendiri. Janganlah dia tengah marah kau pergi balas balik, memang tak jadi apa, mungkin macam2 benda buruk boleh jadi.
Macam saya, kalau isteri marah, saya diam, buat2 tidur ke (tu pun kene marah sebab tak dengar apa yang dia nak marah) ,keluar pergi dapur ke, biar dia membebel sorang2, nanti dia diam dan cool sendiri. Hehe.
Kita kena faham, lagi2 bila ada anak, mungkin dia penat seharian layan anak, buat kerja rumah, masak, cuci baju, kemas bilik/rumah.
Yang penting saling memahami. ☺️
Bukan takut isteri tapi taknak benda buruk berlaku. Benda boleh kita elak, kita elak, sebab kadang2 tengah marah fikiran kita tak waras, kita tak boleh fikir dengan rasional. Tu yang bergaduh teruk, pukul, cerai semua tu.
Kalau sorang dah api, biarlah kita mengalah. Mengalah untuk kebaikan.
Sayangilah isteri kita 🥰
#DaddyCool~~ #AshmanFamilia
Seri sesebuah perkahwinan itu adalah apabila kita saling belajar mengenali si dia. Setiap hari, ada sahaja perkara baharu yang akan kita ketahui tentangnya. Itulah yang membahagiakan dan buat kita terus saling mencintai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak perempuan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlukan kesabaran, kelembutan, dan juga ilmu supaya setiap teguran dan nasihat benar-benar membentuk peribadi yang baik.
Membesarkan anak perempuan bukan sekadar memastikan dia membesar dengan cukup makan dan pakaian. Ia adalah amanah besar yang menuntut didikan, perhatian dan doa yang berterusan. Dunia hari ini penuh cabaran, lebih-lebih lagi buat anak perempuan yang sedang mengenal erti persahabatan, perhatian dan kasih sayang.
Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu pendekatan yang betul bukan sekadar mendidik, tapi memahami jiwa dan emosi mereka yang sedang membesar. Perkongsian daripada Ustaz Wadi Annuar ini sangat menyentuh hati dan penuh dengan pengajaran yang bermanfaat untuk kita semua sebagai ibu bapa.
Sepuluh pesanan ini bukan bertujuan menyekat kebebasan, tetapi sebagai panduan agar mereka membesar dengan selamat, bermaruah dan kuat jati diri.
“Pesanan kepada anak-anak bukan untuk mengongkong kehidupan mereka, tetapi untuk memastikan mereka membesar dalam perlindungan iman, maruah dan keselamatan di dunia dan di akhirat.
Sesuai dengan perintah Allah:
“Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (Surah al-Tahrim: 6)
Walaupun niatnya sekadar mahu berseronok atau mengeratkan persahabatan, bermalam di rumah rakan boleh membuka ruang kepada perkara yang tidak diingini. Ibu bapa tidak dapat memantau sepenuhnya persekitaran, ahli keluarga atau suasana di rumah tersebut. Keselamatan dan maruah diri perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Hadiah dan belanja mungkin kelihatan kecil, namun ia boleh menjadi permulaan kepada keterikatan emosi atau manipulasi. Anak perempuan perlu faham bahawa setiap pemberian ada maksudnya. Libatkan ibu bapa dalam setiap perkara agar tidak terjebak dalam situasi yang sukar dikawal.
Di era digital, satu klik boleh membawa kesan seumur hidup. Gambar atau video yang dihantar atas dasar percaya boleh disalahgunakan. Jagalah privasi dan kehormatan diri. Apa yang dikongsi di alam maya sukar dipadam sepenuhnya.
Keselamatan fizikal adalah tanggungjawab utama. Jangan mudah bersetuju untuk keluar atau menumpang kenderaan orang lain tanpa pengetahuan ibu bapa. Setiap pergerakan perlu dimaklumkan agar keselamatan sentiasa terjamin.
Jika seseorang meminta untuk menyimpan rahsia daripada ibu bapa, itu adalah tanda amaran. Ibu dan bapa adalah pelindung terbaik. Didik diri untuk sentiasa terbuka dan jujur dengan mereka, walaupun perkara itu kelihatan kecil.
Maklumat peribadi seperti lokasi, alamat rumah dan rutin harian boleh mengundang bahaya jika jatuh ke tangan yang salah. Berhati-hatilah dalam berkongsi maklumat, terutamanya di media sosial.
Zaman persekolahan adalah masa membina masa depan. Perasaan suka itu fitrah, namun jangan sampai mengganggu fokus terhadap pelajaran. Kejayaan dan ilmu adalah bekalan yang lebih berharga untuk masa depan.
Anak perempuan sering diajar untuk menjadi lembut dan menjaga hati orang lain. Namun, jangan sampai mengorbankan prinsip dan keselamatan diri. Belajar berkata tidak apabila sesuatu itu membuatkan diri tidak selesa.
Cara berpakaian dan bergaul mencerminkan harga diri. Jagalah batas pergaulan dan aurat agar dihormati. Maruah diri adalah mahkota yang perlu dipelihara sepanjang masa.
Solat bukan sekadar kewajipan, tetapi benteng perlindungan jiwa. Ia mendidik disiplin, ketenangan dan hubungan yang kuat dengan Allah. Dengan solat, hati menjadi lebih kuat untuk menolak perkara yang tidak baik.
Sebagai ibu bapa, pesanan ini perlu disampaikan dengan kasih sayang, bukan paksaan. Anak perempuan bukan untuk dikongkong, tetapi untuk dibimbing agar tahu menjaga diri. Dunia mungkin berubah, namun nilai agama, maruah dan keselamatan tetap menjadi asas yang tidak boleh diabaikan.
Didikan yang berterusan, doa yang tidak putus dan komunikasi yang terbuka akan menjadikan pesanan ini lebih mudah diterima. Anak perempuan yang dibesarkan dengan kefahaman tentang iman dan maruah akan lebih yakin menghadapi cabaran semasa.
Semoga setiap anak perempuan membesar sebagai wanita yang kuat, berilmu dan beriman.
Kemunculan anak pasangan selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal sentiasa dinantikan oleh peminatnya.
Namun sekian lama menanti wajah comel Bilal, kelibat anak kesayangan pasangan ini hanya muncul sipi-sipi di Instagram ibunya.
Terbaru, Muhammad Bilal yang kini sudah pun berusia lapan bulan kini sudah pun didedahkan dengan pelbagai jenis rangsangan di rumahnya.
Melalui Insta Storynya, Neelofa turut memuat naik video comel Bilal yang begitu teruja.
“Masyaallah ada orang tu happy sangat at his first class,” tulisnya dikapsyen.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan oleh Neelofa, Bilal memulakan kelas pertama dengan mengenal jenis haiwan melalui alunan lagu dan lampu-lampu.
Ternyata anak kecil itu begitu teruja hingga melompat-lompat kala di pasangkan lagu dengan intonasi yang sesuai ditambah pula dengan lampu-lampu yang menarik perhatian. Nampak Bilal cukup teruja dengan sesi pertama itu.
Dalam pada itu, perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun kelab peminat Neelofa itu turut mendapat perhatian ramai.
Terdahulu, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari yang lalu dan kini Bilal sudah pun berusia lapan bulan.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.