Lebih sebulan melahirkan cahaya mata sulungnya, pelakon Datin Intan Najuwa reda menerima teguran daripada segelintir individu kerana minum ais biarpun baru sebulan menjalani pembedahan caesar (czer).
Biarpun dikecam ramai namun kata Intan dia punya alasannya sendiri dan yakin dengan tubuh badannya.
Kata Intan, air sejuk yang diminum akan bertukar mengikut suhu badan dan tidak akan menjejaskan kesihatan ibu terutamanya selepas melahirkan anak.
Ibu kepada Imane Lunara itu menjelaskan perkara tersebut ketika membalas komen seorang wanita dalam sebuah hantaran di laman Instagramnya.
“Air sejuk kalua masuk badan akan tukar ke suhu badan kak.
“Kalau masuk perut insyallah tak sejuk perut,” tulisnya diruangan komen.
Enggan memanaskan keadaan, ibu cantik manis ini sempat berseloroh dengan peminatnya.
Ads
“Mak aku pantang tak minum ais”, “jiran aku pantang tak sentuh ais”, “nenek aku pantang minum itu ini,”
“Ha apa lagi? Aku lah redha jela, aku jadi kucing jela senang,” katanya berseloroh.
Ads
Terdahulu, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu. Intan melahirkan cahaya mata pertama bernama Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada macam-macam cara untuk mencari rezeki. Asalkan ia tidak menyalahi undang-undang dan halal, tak kisahlah bagaimana janji boleh menjana pendapatan. Salah satu cara yang menjadi pilihan adalah dengan berbisnes.
Kecil atau besar perniagaan itu, asalkan dibuat dengan tekun dan sabar pasti dapat bertahan. Paling penting tak boleh ada rasa segan tak bertempat, barulah boleh bercakap dengan orang ramai.
Sesetengah ibu ayah mengajar anak-anak mereka untuk turut sama berniaga. Cara ini bukan saja dapat mendidik anak menjadi lebih yakin, tetapi sebenarnya bagus untuk membina jati diri mereka.
Selain itu, anak juga dapat belajar untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
Begitulah yang dikongsikan oleh akaun TikTok @norezzatiumaira ini, yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan seorang penjual buah di Sandakan, Sabah sedang menyanyi.
Penuh keyakinan dan berbakat besar tetapi yang menarik perhatian warganet adalah rupanya yang kacak biarpun masih kecil.
Jom saksikan video ini;
Nampak seperti malu-malu pada awalnya dan berkata hanya satu kali saja untuk menyanyi. Dia terus ambil mood dan terus memukau perakam video dengan suaranya yang merdu dan boleh ‘ditarik’ tinggi.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Baguslah dia, kecil-kecil dah berniaga. Semoga awak terus berjaya dan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan. Dengan suara yang merdu begini, tak mustahil bakatnya akan menarik perhatian komposer terkenal tapi paling penting biarlah seiring dengan pendidikan juga. Good luck dik!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 315 kes positif wabak Covid-19 adalah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 14 tahun.
Melalui sidang media harian Covid-19 di Putrajaya petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan enam peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 5,182 kes yang dilaporkan di negara ini.
“Daripada jumlah itu, 83 pesakit masing-masing di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan lima hingga sembilan tahun.
“Pesakit berumur antara 10 hingga 14 tahun pula adalah seramai 149 orang, menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak berusia bawah 14 tahun yang dijangkiti COVID-19 ialah 315 individu,” katanya lagi.
Jelas kes yang melibatkan jangkitan kepada kanak-kanak ini kebanyakannya mendapat jangkitan daripada ibu bapa atau ahli keluarga yang positif wabak berkenaan.
“Biasanya kanak-kanak ini dapat jangkitan bersama keluarga sama ada ibu atau ayah. Kalau mereka dapat sekali jangkitan, kita akan letakkan bersama dalam wad atau bilik.
“Sekiranya kanak-kanak dijangkiti tetapi ibu bapa tidak dijangkiti, ibu bapa yang ingin menjaga anak perlu menandatangani persetujuan. Malah KKM juga menggalakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti Covid-19 memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) sepanjang tempoh penjagaan itu,” katanya lagi.
Terdahulu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut melaporkan kes COVID-19 dengan kes baharu dilaporkan sebanyak 110 orang dengan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di iaitu sebanyak 5,182.
Manakala kes sembuh pula sebanyak 119 dengan seramai 29 orang memerlukan bantuan alat pernafasan serta satu kematian
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mendengar cerita sahaja kita sudah merasa gentar, sedih dan sayu bila mana terpaksa berdepan apabila disahkan positif Covid 19, namun bila mendengar cerita dan perkongsian wanita ini yang juga sahabat terdekat kami, Zuraita Anua, hati jadi makin sayu.
Kekuatan yang dibawanya bukan sedikit. Lebih-lebih lagi saat melihat anak bongsunya di bawa pergi menaiki ambulance di saat semuanya masih baru dan samar. Hati ibu ini luluh, sedih dan pedih. Dalam pada kesedihan dia bangkit dan percaya Allah mengaturkan sesuatu yang baik buat dirinya, suami dan anak-anak. Alhamdulillah kini keluarga kecil ini sudah pun dapat bersama kembali.
Assalammualaikum wbt.
Semuanya bermula pada Ahad 1 March 2020. Suami saya telah mendapat panggilan telefon dari company secretary memberitahu terdapat satu kes positive COVID-19 di syarikatnya bekerja. Setelah kes tersebut disahkan, semua yang ada dalam meeting dengan anggota pekerja terbabit seminggu sebelumnya diarahkan kuarantin di rumah serta merta berserta family. Suami saya pun terlibat! Allahuakbar, DIA sahaja yang tahu betapa takut, keliru dan sedihnya kami waktu itu. Masih segar di mata saya wajah pucat suami sebaik menerima berita itu.
Suami terus kuarantin diri di dalam bilik. Saya dan anak-anak bingung. Kami takut kerana kami tak tahu bagaimana untuk mendepaninya. Ini sesuatu yang baru. Selama ini kita dengar virus itu jauh di Wuhan China, rupanya virus itu sudahpun mengetuk pintu rumah kami sekeluarga.
Sehari selepas itu, suami dan beberapa orang contact yang telah dikenal pasti diminta menjalani swab test di hospital. Menunggu keputusan sepanjang tempoh itu adalah saat-saat yang paling menakutkan. Hati tak putus-putus berdoa agar keputusannya negatif. Ketakutan semakin kuat apabila seorang demi seorang rakan sekerjanya disahkan positif. Allahuakbar!
Suami saya pula tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara. Dua tiga hari sebelumnya, suami cuma mengadu badannya terasa macam nak kebah dari demam. Selain itu, deria baunya juga tiba-tiba sensitif. Itu sahaja.
Keesokan harinya lebih kurang jam 6.30 petang (3 March), suami mendapat panggilan telefon dari doktor terlibat, memberitahu kenyataan yang tak ingin kami dengar. Dia positive! Antara ingin menerima dan menafikan, Allah SWT sahaja yang tahu betapa dahsyatnya situasi kami ketika itu.
Tiada salam, tiada pelukan, hanya doa iringi suami
Doktor meminta suami bertenang, packing barang yang perlu sahaja. Ambulance akan datang lebih kurang jam 12.50 malam. Saya amat sedih waktu itu. Walaupun kerajaan belum menganjurkan social distancing, kami telah terlebih dahulu melakukannya. Suami tak benarkan saya masuk ke dalam bilik dan menghampirinya langsung. Dia packing barangnya sendiri.
Suami turut meminta pemandu ambulance yang datang nanti agar memadamkan bunyi siren. Ini untuk mengelakkan rasa panik jiran-jiran. Maklumlah, kes ini masih baru waktu itu. Orang ramai belum banyak maklumat mengenainya. Masih saya ingat, masing-masing pucat, tak tahu untuk bereaksi. Melepaskan suami ke hospital pun, saya rasa macam tak percaya.
Pukul 12.30 malam, suami saya turun dari bilik dengan beg yang disiapkan sendiri. Tiada salam, tiada pelukan untuk saya seperti rutin hariannya sebelum keluar bekerja. Pandangan matanya juga sayu untuk anak-anak. Laju suami keluar. Tiada satu pun barang yang disentuh. Pintu rumah pun saya yang buka dan tutupkan.
Lama juga suami berdiri di luar, menunggu ambulance yang tak kunjung tiba. Saya pula menunggu di dalam rumah. Hati saya berbalam-balam. Suami minta saya tidur dahulu. Tak mungkin! Saya tetap nak temani dia. Kami membisu seribu bahasa. Hampir jam 1 pagi, ambulance akhirnya sampai. MA turun dari ambulance, lengkap dengan suit PPE. Saya tak pasti ada jiran yang nampak atau tidak, saya tak kuasa memikirkannya. Itulah malam pertama suami di hospital.
Keesokan harinya, saya dan anak-anak perlu menjalani swab test segera kerana kami close contact suami. Sekali lagi kami hidup dalam ketakutan untuk menunggu keputusan. Dalam hati, saya amat risau memikirkan jika saya yang positive. Bagaimana keadaan anak-anak di rumah? Mampukah mereka menjaga sesama sendiri? Dalam gundah, saya penuhkan juga peti sejuk dan kabinet dapur dengan banyak stok makanan dan berdoa agar apa yang saya takuti ini tidak terjadi. Suami juga memujuk saya walaupun saya tahu dia sendiri kurang stabil. Katanya, Allah SWT Maha Adil. Kita doa yang baik-baik.
Minta Ambulance Jangan Datang Rumah
Dua hari kemudian (6 March) lebih kurang jam 6.40 petang, saya mendapat panggilan telefon dari pegawai Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) memberitahu sesuatu yang tak pernah saya jangka. Saya dan dua anak lagi negatif. Tapi lemah lutut saya menerima kenyataan tentang anak bongsu saya pula yang disahkan positive. Ya Allah!
Berkali-kali pegawai PKD berkenaan meminta saya jangan sesekali memberitahu sesiapa tentang kes anak saya ini. Kata mereka, kes melibatkan murid sekolah sangat rumit. PKD akan uruskan sendiri dengan pihak sekolah dan PPD mengikut SOP mereka. Saya akur, pada keluarga pun saya tak beritahu.
Anak saya menangis selepas mendengar khabar itu. Allahuakbar, luluh seluluh luluhnya hati saya melihat tangisannya. Saya tanya, kenapa dia menangis. Katanya dia keliru, dia tak faham. Saya pujuk dia, saya kata Allah akan jaga dan sembuhkan dia. Allah hantar dia ke hospital untuk jaga bapanya. Dia senyum dan menganggukkan kepalanya, walaupun air matanya masih bergenang.
Ketika berhubung dengan suami melalui telefon memberitahu hal ini, suami menangis berkali-kali meminta maaf. Katanya, kerana dia, kami perlu hadapi semua ini. Saya kata, tak pernah sekalipun kami menyalahkan dia. Dia keluar mencari rezeki halal, sudah tertulis Allah SWT memilih kami untuk melalui ujian ini. Siapalah kita untuk mempersoalkan takdir Allah.
Baru tiga hari dikejutkan dengan perihal suami, kena terima kenyataan tentang anak kecil pula, adalah sesuatu yang berat untuk saya. Disebabkan keadaan sudah mula ‘panas’ di taman perumahan waktu itu, saya meminta agar ambulance tidak datang mengambil anak saya di rumah. Setelah berbincang, doktor terbabit meminta saya menghantar anak saya di lorong belakang sebuah klinik berhampiran lebih kurang jam 11.30 malam. Ambulance akan ambil dia dari situ.
Dalam ketakutan dan kepasrahan, saya bawa anak saya ke tempat yang dijanjikan. Bayangkanlah betapa luluhnya hati saya waktu itu. Nak pegang dia tak boleh, nak peluk pun tak boleh. Hanya air mata yang tak henti-henti mengalir. Inilah antara pengalaman yang takkan saya lupakan seumur hidup.
Namun sedikit sebanyak saya lega kerana bapanya ada menanti dan akan menjaganya di hospital. Namun, melepaskan dua orang belahan jiwa untuk diasingkan kerana virus baru ini, adalah sesuatu yang sangat sukar untuk saya atau sesiapa sahaja lakukan. Hanya Allah SWT yang tahu.
Untuk kes anak saya sahaja, ada 50 orang close contact telah dikenal pasti. Mereka perlu menjalani swab test. Allah Maha Besar, alhamdulillah tiada seorang pun close contact anak saya yang positive, semuanya negative! Dan, bagi close contact suami pula, cuma anak bongsu kami sahaja yang positive, manakala saya, dua orang anak dan rakan-rakan sekerjanya semua negative. Syukur!
Saya yakin, anak saya dihantar ke hospital adalah atas takdir Allah SWT. Setelah saya dan suami duduk dan berfikir, kami yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Anak saya ini sangat manja dengan bapanya. Mereka berdua amat rapat. Saya percaya, kehadirannya ke sana adalah sebagai penguat semangat untuk membantu bapanya sembuh. Terkurung di dalam isolation ward 24 jam selama 11 hari, bukanlah sesuatu yang mudah. Minda sentiasa berperang dengan hati. Bak kata suami saya, depressed adalah perkataan paling tepat untuk menggambarkan perasaannya sepanjang di situ.
Dugaan saya di rumah juga tak kurang hebatnya waktu ini. Group WhatsApp sekolah dan taman sangat panas. Masing-masing memperkatakan tentang hal itu walaupun mereka tidak tahu maklumat lengkap. Hari-hari saya hidup dalam ketakutan. Takut dengan reaksi jiran, takut dengan apa yang akan datang lagi selepas ini. Tetapi saya tak kongsikan banyak dengan suami. Saya tak mahu dia tertekan kerana ia boleh mengganggu proses penyembuhannya. Emosi suami lebih penting waktu ini. Hal-hal di luar ini biar saya tangani sendiri.
Hari-hari juga saya membuat solat hajat. Mohon kekuatan sungguh-sungguh dariNya. Kuasa doa memang sangat hebat waktu ini. Saya tak kuat tapi saya minta Allah menguatkan saya. Satu yang melegakan hati, keadaan suami dan anak saya stabil. Mereka tak demam, batuk dan sebagainya. Mereka cuma perlu dikuarantin untuk membiarkan antibodi bertindak sendiri melawan virus tersebut. Keletah anak saya tetap sama macam biasa. Selalu suami saya hantar video anak saya. Terubat rindu. Saya di rumah sering menangis. Keadaan amat sukar. Sedih, rindu, risau, sunyi.
Saya akui saya mungkin kuat jika hanya suami yang melaluinya. Saya percaya dia mampu. Namun apabila memikirkan tentang anak bongsu, saya jadi lemah. Sepanjang waktu itu, saya benar-benar merindui mereka berdua terutama si kecil itu. Teringat wajah manisnya, senyumannya, gelagatnya. Sungguh saya tak kuat. Tak pernah kami berjauhan selama ini.
Syukur ahamdulillah selepas dua kali negatif swab test, masing-masing dibenarkan pulang ke rumah pada 14 March 2020. Saya sendiri yang menjemput mereka di hospital pada jam 1.30 pagi.
Moral daripada kisah saya ini, saya yakin Allah pilih kami untuk melaluinya kerana Allah tahu kami mampu. Tapi sebenarnya kemampuan kami mengharungi semua ini pun atas izin dan pertolonganNya juga. Terasa kerdil dan penuh dosa apabila kami muhasabah diri tatkala diuji ini. Kadang-kadang ujian itu tak berat, tapi Allah hadirkan rasa gelisah seketika untuk menjadikan kita lebih kuat. Alhamdulillah, kami bergantung penuh padaNya.
Dalam kesusahan, DIA hadirkan kelapangan. Dalam kerisauan, DIA hadirkan ketenangan. Syukur alhamdulillah, dulu pahit kini manis akhirnya. Moga kami lebih istiqamah padaNya. Banyak yang telah mengubah saya dan suami daripada ujian ini. Alhamdulillah semuanya manis-manis. Itulah hikmah dari sebuah ujian.
Walaupun cuma dua minggu, namun ia adalah dua minggu yang penuh makna. Syukur alhamdulillah semuanya sudah kembali seperti sediakala. Semoga kita semua terpelihara dari wabak ini. Semoga wabak ini juga segera pergi. Moga Allah SWT mencucuri rahmatNya untuk mereka yang terkorban akibat virus ini. Moga Allah SWT menyembuhkan mereka yang sedang dirawat dan memudahkan urusan ahli keluarga mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil, Maha Pengasih Lagi Maha Pengasihani. Aamiin.
Suami Di Pilih Jadi Penderma Plasma Darah Pertama Malaysia Untuk Rawatan Covid-19
Kini keluarga kecil ini sudah pun kembali bersama selepas 14 hari terpisah. Malah menerusi perkongsian terdahulu, beliau juga turut berkongsi kisah suaminya, Reza Huzairi Zayn, yang dipilih menjadi penderma plasma yang mana ianya bakal digunakan sebagai serum untuk rawatan COVID-19. Syabas!
Saya ingin berkongsi pengalaman tentang Convalescent Plasma donation yang baru saya lakukan siang tadi. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.After two weeks discharge and follow up checkup di HSB, on the 31st March, Dr. dari HSB called me and informed that I had been chosen as Convalescent Plasma donor. Plasma yang didermakan ini akan diuji dan jika berjaya, ianya bakal digunakan sebagai serum untuk rawatan COVID-19.
According to Dr., I am the 1st Malaysian to donate my blood plasma for this research. Rasa proud and bersyukur, Allah gantikan kesedihan saya pada 2020 ini dengan rasa terharu dan bangga kerana berpeluang membantu pesakit-pesakit COVID-19 dengan pendermaan plasma darah ini. If this success, the plasma or serum will be used to the selected COVID-19 patient to help them for faster recovery. But the amount extracted from me at one time only enough for a few patients. It is a bit sad, but In Sha Allah in two weeks, saya akan menderma lagi. And more ex-COVID-19 patients will be called soon to help.
Why have I been selected? According to Dr., my antibody works great in fighting the COVID-19 virus. Also I don’t have any chronic disease dan tidak mengambil sebarang ubat untuk jangka panjang. Sesuai untuk the 1st donor. So guys, stay healthy.
It is really important to take care of our health, not only for us bahkan juga untuk keberuntungan orang lain di sekeliling kita. Anyway, saya mengharapkan doa-doa anda agar kajian ini success dan kita dapat menolong lebih ramai pesakit COVID-19 yang masih berada di hospital terutama yang berada pada tahap kritikal.
Last but not least, saya berdoa agar semua yang saya kenal di sini dan juga di luar sana agar sentiasa dilindungi daripada wabak ini. Semoga wabak ini juga segera berlalu pergi. In sha Allah.
Semoga prosedurnya dipermudahkan dan plasma yang didermakan dapat dijadikan serum yang memulihkan kesemua pesakit di negara ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.