Iras Muka Arwah Ibu & Abang Uwais. Menginjak Usia 2 Bulan, Shuib Kongsi Wajah Ayash

Share

Bakal menginjak usia dua bulan pada 6 Oktober ini, akhirnya Shuib mendedahkan wajah anak bongsunya bersama Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan kepada umum. Perkongsian tersebut memaparkan satu video yang mana Ayash sedang nyenyak tidur.

Melihat Ayash yang tidur dalam sebuah katil yang siap dilengkapi dengan kelambu itu membuatkan ramai yang sebak kerana perjuangan arwah memberi hadiah bermakna pada Shuib sangat besar pengorbanannya.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira.

“Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulisnya dalam ruangan kapsyen ringkas.

Rata-rata rakan artis dan peminat Shuib menitipkan doa buat Ayash agar membesar menjadi anak yang soleh pada satu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN [“Dia Macam Dia..” Shuib Syukur Abang Rajin Melayan Adik, Tengok Uwais Teringat Arwah]

“Ayash the warrior….. Alaaa nangis kami tima kasih shuib semoga baik baik selalu kami doakan..

“Lambang pengorbanan ibu…jangan lupa ibumu nak. Sedihnya tiap kali teringat Almarhumah Siti Sarah..Alfatihah buatnya..”

“Allahuakbar..comelnya kamu sayang..ada iras muka arwah ibu dan abang Uwais.. Semoga sihat, menjadi anak yang soleh. Amin..”

Sementara itu, Shuib dalam satu hantarannya sebelum ini menyatakan tarikh lahir Ayash sepatutnya 30 September mengikut hasil perbincangan bersama doktor.

“Tarikh 30 September 2021, tarikh sepatutnya Ayash dilahirkan. Tarikh yang kami sudah pilih dan bincang dengan doktor tetapi Allah SWT lebih maha mengetahui yang terbaik,” katanya.

Apa yang menyentuh hati, pelawak terkenal itu memberitahu 30 September telah bertukar menjadi hari pertama membawa Ayash untuk sesi temu janji pemeriksaan kesihatan tanpa ditemani seorang ibu.

“Hari ini telah diganti menjadi hari pertama pemeriksaan kesihatan Ayash tanpa kehadiran ibu (Siti Sarah).

“Insya-Allah sabarlah wahai hati. Saya sayangkan awak,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, selepas kelahiran Ayash 6 Ogos lalu, setelah lebih sebulan berada dalam pemantauan doktor Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur, dia telah dibawa pulang pada 14 September.

Untuk rekod, Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

Kredit: IG Shuib Sepahtu

Mama jom rileks jap, klik link ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

IKLAN