Sejak pemergian arwah Siti Sarah, ramai yang sentiasa nak tahu perkembangan anak-anak arwah. Lagi-lagi mengenai anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan arwah sebelum dijemput ilahi.

Terbaru, dalam perkongsian di instagram Shuib Sepahtu dia ada memuat naik perkembangan Ayash yang begitu disayangi oleh abang dan kakak. Beruntung sungguh Ayash ramai yang sayangkannya walaupun tak sempat rasa kasih ibu.

Dalam satu video pendek itu, kelihatan Ayash sedang menangis tetapi dipujuk dan ditepuk oleh abang sulung, Uwais Al Qarni. Kelihatan Uwais tidak kekok dan begitu setia di sisi adiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Nampaklah Uwais seorang abang yang bertanggungjawab dan boleh diharap Shuib untuk menjaga adik walaupun diusianya baru 10 tahun.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad,37, dia berasa bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang sangat bertanggungjawab dan ringan tulang.

“Dia Macam Dia..” Shuib Syukur Abang Rajin Melayan Adik, Tengok Uwais Teringat Arwah

Dalam hantaran tersebut, Uwais dilihat sedang menepuk-nepuk belakang badan dan memujuk adiknya yang sedang menangis mahukan susu.

“Dia Macam Dia..” Shuib Syukur Abang Rajin Melayan Adik, Tengok Uwais Teringat Arwah

IKLAN

Allahuakbar, syukur di atas segala kurniaan mu ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai peminat Shuib memuji tingkah laku Uwais yang saling tak tumpah wajahnya dengan Allahyarhamah Siti Sarah itu. Malah nampak anak sulung pasangan ini agak pemalu orangnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan.” 

“Anak sulung yang boleh diharap.. moga-moga dia menjadi anak soleh dan berguna pada masyarakat dan agama… Sejuk mata memandang muka dia . Sebiji mak dia…”

“Dia Macam Dia..” Shuib Syukur Abang Rajin Melayan Adik, Tengok Uwais Teringat Arwah

IKLAN

“Alhamdulillah… anak ibu yaaa habis muka ibu dia”

“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibu nya Siti Sarah, allahu..Tengok Uwais terubat juga rasanya rindu Shuib pada arwah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak, walau bagaimanapun hidup mesti di teruskan ,Al fatihah buat arwah Siti Sarah, semoga Allah mencucuri rahmat ke ats rohnya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleha.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Ogos 2021 yang lalu setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen disebabkan oleh penyakit wabak COVID-19.

Pemergian Siti Sarah telah meninggalkan empat orang anak yang kini di bawah jagaan suaminya, Shuib Sepahtu.

IKLAN

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu

Beli Takada Electric Thermos Pot – 3.8L (ISB-38HM)

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/takada-electric-thermos-pot-38l-isb-38hm-20031124?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef2d43″ color=”#ffffff” size=”6″]Takada Electric Thermos Pot – 3.8L (ISB-38HM)[/su_button]

 

Mama jom rileks jap, klik link ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI