“Ismail Dah Pandai 2 Bahasa, Perlu Ke Bahasa Ketiga?” Baru 3 Tahun, Rihana Tanya Pendapat Ramai

Share

Selebriti, Rihana Petra berkongsi perkembangan anak sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra yang baru berusia 3 tahun namun sudah mahir bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Russia.

Rihana yang kini menetap di London mengakui Ismail Leon lebih fasih bertutur menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibundanya, bahasa Russia.


“Akhirnya Leon bercakap dua bahasa sekaligus, dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Rusia. Dan sebenarnya tak hairan sangat sebab dia banyak menggunakan bahasa Inggeris di mana-mana, dan bahasa Rusia hanya digunakan di rumah.”

Menurut bekas ratu cantik Moscow ini, Ismail Leon dalam masa yang sama pandai membezakan penggunaan bahasa jika di rumah dan di luar rumah. Ternyata Ismail Leon tidak keliru namun penggunaan bahasa Rusia masih lagi perlu diperbaiki.

“Setakat ini dia pandai membezakan bila di rumah perlu bercakap bahasa Rusia. Di luar atau di sekolah dia akan berbahasa Inggeris dengan kanak-kanak lain. Tetapi kami masih perlu mengupah ahli terapi pertuturan untuk bahasa Rusia… Leon masih belum menyebut banyak bunyi dengan baik dan kami perlu berusaha untuk itu.”

Tambahnya lagi, dia masih memikirkan lagi sama ada perlu atau tidak untuk mengajar bahasa ketiga atau cukup sekadar dua bahasa buat seketika ini. Malah Rihana turut memohon pendapat ramai sekiranya ada ibu bapa lain mempunyai pengalaman mengajar anak lebih dari dua bahasa.


“Kami sedang memikirkan tentang bahasa ketiga – patutkah kami mulakan sekarang, semasa dia kecil dan menyerap segala-galanya seperti span, atau kita harus menunggu – sekurang-kurangnya biarkan dua bahasa itu menetap di kepalanya”

“Berapa banyak bahasa yang anak anda tahu dan pada umur berapa mereka mula mempelajarinya? Boleh kongsi”

Kredit: rihanapetra

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang

 

 

IKLAN