Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki. Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga. Jika tidak dapat bantu banyak, sekurang-kurangnya bersolatlah. Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu.
Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih. Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.
“Setiap pagi, setiap anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” (HR. Muslim).
Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.
Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)
Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadara Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.
Sebagai seorang isteri, anda boleh mendoakan suami setiap masa dan di mana sahaja. Ia tidak mengambil masa yang lama, tetapi jika dilakukan secara ikhlas untuk kebaikan suami, dengan izin-Nya pasti pintu rezekinya diperluaskan. Berikut senarai doa dari isteri buat suami yang boleh anda pratikkan, mengikut perkongsian dari saudari.com:
Doa 1 Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Ads
Doa 2 Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
Doa 3 Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Doa 4 Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Doa 5 Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
Doa 6 Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
Ads
Doa 7 Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani)
Doa 8 Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
Doa 9 Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Doa 10 Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
Doa 11 Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
Ads
Doa 12 Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar.
Doa 13 Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalanMU yang lurus.
Doa 14 Ya Allah Ya Rabb.. Segala Puji bagiMu, yang telah mempertemukan kami dengan RamadhanMu.. Semoga kami bertemu RamadhanMu selanjutnya.
Doa 15 Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu
Doa 16 Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap perkahwinan ada jalannya sendiri. Ada yang dipenuhi bahagia, ada juga yang sarat ujian. Begitulah kisah pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam, 39, yang kini sekali lagi menjadi perhatian warga maya.
Disebalik kemewahan dan senyuman, tersimpan cerita penuh onak duri dalam kehidupan rumah tangganya.
Rebecca telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Norazam Sulaiman kira-kira 18 tahun lalu dan juga merupakan pemenang Dewi Favourite, Dewi Remaja 2005/2006 dilihat pasangan yang romantis.
Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata, yang menjadi pelengkap dan penguat semangat buat Rebecca.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Perjalanan 18 tahun bersama itu bukan mudah, malah penuh dengan ujian yang tidak semua orang mampu hadapi.
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram, Rebecca berkongsi sekeping foto suaminya dengan kapsyen yang mengundang tanda tanya. Ayat yang ditulis seolah-olah menggambarkan ada sesuatu yang sedang bergolak dalam hubungan mereka.
“18 tahun kita bersama. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah. Terima kasih yang tidak terhingga atas kenangan 18 tahun ini. Kita sedang berusaha sedaya upaya, namun ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang,” tulisnya penuh makna.
Lebih menyentuh hati, pada ruangan bio akaun Instagram miliknya kini tertulis “single mother of 7”, seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal.
Tidak hairanlah, ruangan komen di hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi. Ada yang bertanya, ada juga yang menitipkan doa agar Rebecca terus tabah. Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada tujuh cahaya mata ini, agar dia tetap kuat mengharungi badai kehidupan.
Dugaan yang hadir dalam kehidupan ada dalam pelbagai cara. Seperti yang dialami oleh Tuan Muhammad Shahrul Azlan dan pasangan Siti Nur Amira Ibrahim apabila diuji mempunyai anak yang masih kecil menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati.
Anak perempuan pasangan ini, Tuan Nur Raisha Mikayla yang kini berusia 7 bulan perlu melakukan pembedahan pemindahan hati dengan kadar segera. Dalam satu perkongsian yang dibuat di Facebook Tuan Rafa Azlanmemohon bantuan orang ramai untuk memberikan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan perempuannya itu yang berjumlah RM160 ribu.
Melalui akaun Facebook itu juga Tuan Rafa Razlan dilihat sering mengemaskini tentang keadaan anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di PPUM.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tuan Nur Raisha Mikayla Binti Tuan Muhammad Shahrul Azlan telah dilahirkan pada 4 Jun 2019 dan disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati semasa berumur 2 bulan dan telah menjalani pembedahan Kasai pada usia 79 hari untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.
Selepas pembedahan tersebut, beliau telah dimasukkan ke wad untuk proses pemulihan pada 08/12/19 doktor declare pembendahan Kasai tersebut tidak berjaya dan perlu di hantar ke PPUM pada 06/01/20 untuk proses pemindahan hati dan sekarang dalam proses workup transplant untuk pembedahan tersebut..
Insya Allah, ibu Raisha Mikayla sendiri iaitu Siti Nur Amira Bt Ibrahim akan menjadi penderma hati kepada adik Raisha.
Disebabkan masa tidak banyak untuk pemindahan hati ini, saya Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman ayah kepada anak ini memohon bantuan rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan berjumlah RM160,000 secepat yang mungkin selewatnya awal April 2020.
Doa daripada anda juga sangat diharapkan supaya pemindahan hati ini berjaya dan Raisha Mikayla sihat seperti kanak-kanak yang lain.
Sumbangan boleh diberikan melalui akaun (CURRENT ACCOUNT): 513041231892
Maybank
Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman
Nombor telefon untuk dihubungi: +60 14-399 9306
+60 14-399 9306
+60 14-399 9306
Kebanyakan tempat, terutama di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang, dan Kelantan, dijangka mengalami cuaca panas dan kering mulai bulan ini hingga Mei.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan.
“Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.
“Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada Februari hingga Mei,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Hisham berkata dalam tempoh itu, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.
Beliau berkata, bacaan suhu tertinggi yang dicatat di stesen-stesen jabatan itu seluruh negara semalam (11 Februari) adalah 36.1 darjah Celsius yang direkod di Felda Teloi Kanan, Baling, Kedah.
Selain itu, gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan, namun keadaan tersebut diramal tidak seteruk tahun lepas disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang dan dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.
Mohd Hisham berkata dalam keadaan cuaca panas dan kering, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan penggunaan air serta mengelakkan pembakaran terbuka serta mengehadkan tempoh berada di kawasan terbuka.
Katanya MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.
Sementara itu, Mohd Hisham menerusi ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang dijangka berlaku di Sarawak selama tiga hari mulai 17 Februari.
“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak pada 17 sehingga 19 Februari dan keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.