Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selama-lamanya. Penyataan itu memang tidak dapat disangkal lagi buat seorang bapa tunggal yang membesarkan 8 orang anak-anaknya secara sendirian setelah kematian isteri tercinta dua tahun yang lalu.
Satu luahan hati yang cukup menyentuh perasaan dibuat oleh seorang gadis di Twitter sempena ulangtahun ayah tersayang. Dalam perkongsian yang dibuat itu menceritakan tentang ketabahan dan kecekalan bapanya yang mesra disapa Walid menggalas tanggungjawab menjaga dan membesarkan mereka 8 beradik dengan anak yang bongsu ketika itu baru sahaja menjangkau usia 5 tahun.
Ads
Tak kekok uruskan anak-anak & rumah tangga
Menurut gadis tersebut, walidnya seorang lelaki yang hebat, 3 tahun ketiadaan isteri tercinta, sikitpun tidak kurang kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak. Meskipun bekerja untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga, anak-anak tidak pernah diabaikan.
Malah kerja rumah yang lazimnya dibuat oleh isteri juga tidak kekok dilakukan oleh walidnya itu.
Dalam perkongsian itu juga, gadis ini menitipkan doa supaya segala urusan walidnya itu dipermudahkan dan diberikan kesihatan dan pengakhiran yang baik. Dia turut menyeru agar yang membaca ceritanya ini juga akan mendoakan syurga buat bapanya itu. Tak lupa juga untuk doakan arwah ibunya yang telah meninggal dunia.
Empat termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 317, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba Tapah dengan bantuan dari Balai Gopeng dikejarkan ke lokasi.
Katanya sebaik tiba, pihak bomba mendapati sebanyak tujuh kenderaan terbabit iaitu dua treler, sebuah lori, Perodua Axia dan Myvi, pacuan empat roda jenis Pajero dan Honda Accord dengan keseluruhan 14 mangsa terbabit.
“Tiga yang maut adalah dari pacuan empat roda iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lagi adalah wanita dari Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Dua lelaki Melayu yang menaiki salah satu treler cedera ringan, begitu juga seorang lelaki Cina yang menaiki Honda Accord cedera ringan.
“Seorang perempuan dewasa Melayu dan seorang lelaki Melayu dari Perodua Myvi cedera parah, serta dua lelaki Melayu dari Perodua Axia cedera ringan,”
Katanya lagi, pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dari Perodua Myvi, Pajero dan Honda Accord menggunakan hydraulic cutter.
Jurucakap itu memaklumkan, identiti kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Operasi tamat pada pukul 1.48 pagi.
Sumber: Bernama, Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nasi makanan rugi orang kita. Sehari tak dapat nasi, boleh pening kepala ‘masuk angin’ kan? Dalam nasi, ada kandungan arsenik yang banyak jika dibandingkan dengan bijirin lain, atau sayur dan buah-buahan.
Tapi apa tu arsenik? Arsenik adalah sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada juga arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.
Perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan ini mengenai tip kurangkan arsenik dalam nasi sangat-sangat bermanfaat terutama buat ibu yang memang setiap hari masak nasi.
Dalam beras, hampir 10 – 20 kali lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain kerana ia terendam dalam sawah padi, ditakungi air dan tanah sentiasa, dan juga disembur dengan racun serangga yang mempunyai arsenik buatan.
Menurut WHO, pendedehan kepada arsenik dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain jika terdedah pada arsenik seperti sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.
Berbalik kepada nasi yang kita suka makan hari-hari tadi, jika cara pemilihan, pengendalian beras dan cara memasak yang betul diamalkan, kita dapat kurangkan kandungan arsenik dalam nasi ya.
Setiap jenis beras mengandungi kandungan arsenik yang berbeza. Beras basmati mengandungi kandungan aresnik yang paling rendah berbanding beras-beras lain. Beras perang biasanya mengandungi arsenik lebih dari beras putih (basmati atau biasa).
Kalau beras organik aci tak?
Sama je organik ke tak organik, sebab arsenik ni pun dah secara semulajadi ada dalam tanah dan air tempat takungan padi kan, cuma mungkin kurang sikit berbanding beras biasa.
Mari kita masuk bab cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurang dalam nasi yang kita dan keluarga makan di rumah.
1. Basuh beras sampai air basuhan jernih
– Basuh,basuh dan basuh sampai jernih ya. 10 kali basuh baru nak jernih pun, buat je. Arsenik ni larut air, makanya lagi banyak ia tersingkir jika kita basuh berkali-kali.
2. Rendam beras
– Rendam beras semalaman mampu kurangkan kandungan arsenik lebih banyak berbanding hanya dibasuh berkali-kali. Cubalah ya.
3. Lebihkan air sewaktu memasak
– Gaya kebanyakan atuk nenek kita masak nasi macam ni lah tau. Lebihkan air waktu masak nasi, bila nasi dah hampir nak masak, buang air yang berlebihan, dan masak macam biasa. Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurang sampai 50% ya!
4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak
– Ini adalah cara paling baik untuk kurangkan kandungan arsenik sehingga mencecah 80%.
Tak dapat buat no 4, kita cuba nombor 3.
Tak dapat buat no 3, kita cuba nombor 2.
Tak dapat buat no 2 kita cuba nombor 1 pun jadi lah.
Yang penting kita ada usaha untuk masak nasi yang terbaik buat keluarga, kan ibu ayah?
Sumber: Mazliana Mazlan
Bantu saya #share cara masak nasi untuk kurangkan arsenik ya, moga lebih ramai ibu ayah dapat sediakan nasi yang lebih baik untuk keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbanding anak perempuan yang gemar dimanja oleh ayah, lain pula kisahnya dengan anak lelaki. Anak lelaki yang bersifat lebih ‘cool’ mahu dilayan lebih mesra oleh ayah.
Malah anak lelaki paling mahukan aktiviti yang fizikal sama seperti ayahnya. Jadi belajarlah memahami anak kecil kita.
Apa mak ayah perlu lakukan? Perkongsian Dr Redza Zainol ini wajar kita ketahui untuk memastikan anak lelaki kita lebih istimewa dan bertanggungjawab dalam segala hal.
Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya.
1. Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayah: – bermain lawan-lawan – memeluk ayah
2. Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil dan remaja dulu. Pada setiap cerita itu, pasti ada ilmu yang mereka dapat kutip.
3. Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja. – membaiki sesuatu – ajarkan subjek matematik – ajar cara menyepak bola – ajar main badminton dan kayuh basikal
4. Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.
5. Suka ikut ayahnya keluar rumah. Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka. Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.
5 perkara ni jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak. Kita lelaki sibuk tak kira masa. Sungguh, saya pun begitu.
Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah. Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.
Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya.
Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.