Ini bukan satu arahan tapi ia wajar! Andaikan suami meninggal dan ibu tidak dapat memandu, semua urusan sekolah anak boleh jadi terbantut. Kesannya bukan pada diri ibu sendiri tapi pada anak-anak.
Perkongsian menerusi Facebook, Hizandie Shuaib ini benar, ibu perlu kuatkan diri dan cabar diri untuk belajar memandu.
Di kelas ganti, ada seorang pelajar yang aku tak pernah tengok. Jadi aku pun tegur dia. Budak baharu. Pindah dari sebuah sekolah yang terletak di hujung Malaysia.
Rupanya sebab kematian ayah. Ibu pula seorang suri rumah. Ujiannya bermula selepas itu.
Ads
Kematian suami. Tak pandai memandu. Anak-anak semua di asrama. Selama ini arwah suami yang uruskan bab ambil dan hantar anak-anak. Nak ke mana-mana sekalipun suami yang bawa. Bila suami tiada, stereng kereta tidak berpusing lagi.
Menjadi pengajaran kepada para isteri disini. Seorang perempuan ataupun isteri, mesti pandai memandu. Jika bukan untuk orang lain, cukup untuk diri sendiri. Tinggal di tempat orang sebatang kara.
Ads
Pindah balik ke kampung untuk bersama kembali dengan ibu-bapa. Kena bergantung harap untuk sementara dengan Si Ayah. Kerana Si Ayah sahaja yang boleh memandu untuk ke sini ke sana.
Urusan anak-anak asrama, Si Ayah yang akan bantu.
Seorang Atok, lazimnya, tak mungkin akan biarkan cucu-cucunya hidup tidak menentu.
Ads
“Saya letak duit makan untuk awak di Kantin. Lepas makan, tulis je jumlah. Awak tak banyak duit kan?.” Senyumannya berupa jawapan kepada soalan aku. Senyuman malu.
Akur dengan kekurangan diri. Bila aku beritahu pasal boleh makan setiap hari di kantin, bergenang air mata dia. Entah apa yang bermain di fikiran dia waktu tu.
“Jangan risau, belajar je. Bantu mak suatu hari nanti. Bab makan di sekolah, Allah akan sentiasa ada untuk aturkan supaya awak tak kelaparan,”
Sumber: FB Hizandie Shuaib
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak zaman sekarang sememangnya petah dan bijak berbicara. Namun kepetahan dan kebijakkan anak ketiga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, Ibraheem Adham Aliff Syukri atau Baem ini mengundang respon positif netizen.
Semalam ini di instagramnya, Datin Seri Nur Shahida memuat naik video Baem yang menyatakan hasrat untuk membayar duit van jenazah ibunya bila ibunya telah kembali ke rahmatullah nanti. Kelakar namun Baem sememangnya anak bijak. Ikhlas menunjukkan rasa sayang yang tidak terhingga pada ibunya.
Budak-budak zaman sekarang kalau berbicara langsung tak jaga hati mak yang duduk depan dia ni.
Tak tahu nak sedih ke nak gelak bila Baem dah sibuk cerita nanti bila mama mati Baem nak bayar duit van jenazah mama. Ammar tak payah bayar biar Baem yang bayar. Siap offer nak jaga yusoff!!???….
Kalau korang jadi saya korang nak sedih ke nak ketawa? Ke atau ada perasaan lain?
Terkedu dengan kata-kata Beam yang jujur namun percaya si kecil ini sudah pun menunjukkan keikhlasan hatinya malah mempamerkan rasa tanggungjawabnya biarpun masih kecil.
Baem Pandai Ambil Hati
Melalui perkongsiannya yang lain, Datin Seri Shahida sebelum ini juga turut menyifatkan Baem seorang anak yang pandai mengambil hatinya.
Paling pandai ambik hati. Mudah-mudahan sampai besar ya @baemadham_terlajaklaris sayang mama macam ni. Paling susah hati kalau mak dia merajuk. Saya ni sejenis yang tak pandai nak ambik hati, tak pandai nak memujuk apatah lagi memuji orang, walau happy pun simpan dalam hati. Bila ada anak yang pandai ambik hati ni berbunga-bunga je rasa.
Para pengikut Datin Seri Shahida di instagram juga memberikan respon yang positif malah memuji niat murni Baem ini.
Sebenarnya niat dia nak pikul tanggungjawab pada Datin cara anak-anak explain nak tunjukkan sayangnya dia kat datin. Beruntung datin ada anak-anak yang sentiasa sayangkan datin. Lagi pun datin didik anak-anak datin dengan baik dan sempurana. Moga datin dan keluarga sentiasa bahagia hingga ke jannah.”
“Bagus Baem.Sungguh-sungguh dia nak bayar urusan van jenazah mama dan nak jaga Yusof.”
“Kanak-kanak diusia macam ni kurang faham tentang perasaan tapi dorang belajar melalui tindakan. Bagus Baem ni dikelilingi orang yang baik-baik. Sebab tu dia cuba tunjuk kelakuan yang baik.”
“Anak-anak semua ikut kelakuan ibunya yang serba sederhana, cakap yang baik-baik, dengan diberi ketaatan solat 5 waktu. Alhamdulillah suka tengok datin @shahidadherbs.”
Semoga Baem terus menjadi anak yang bijak dan bertanggungjawab buat abang, kakak dan adiknya. Bukan hanya Baem anak yang bijak, malah pasangan VIP ini turut mempunyai tiga anak lain, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra dan Yusof Al Qardawi yang kesemuanya comel, bijak malah mendengarkan kata-kata ibu dan bapanya.
Kredit: @shahidadherbs
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdahulu, Siti Norhidayah atau mesra disapa sebagai Dayah yang merupakan balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey telah memuatnaik sebuah video berkongsi tentang dia dan anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdepan dengan gangguan sihir. Menurutnya, perkara ini bermula sejak suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lepas.
Di dalam videonya juga, Dayah bertanya kepada orang ramai sekiranya mempunyai informasi tentang pakar perubatan Islam yang boleh membantu mereka.
“Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik & sihir yang boleh mengubati/merawat masalah yang dayah & hamzah disihir & ganguan mistik.”
Pakcik sedih tengok keadaan anak saudara
Menerusi akaun Facebook Mohd Azmier Zmier yang merupakan abang kepada Dayah telah meruntun hati ramai orang apabila dia berkongsi tentang keadaan anak saudaranya, Hamzah.
Menurut Mohd Azmier, dia sedih melihat keadaan Hamzah yang tidak larat untuk memegang sudu semasa makan kerana menjadi mangsa sihir sejak masih bayi.
“Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau (individu hantar sihir) buat anak ayahjang.”
Tak boleh tidur lena, asyik menangis
Tambahnya lagi, Hamzah banyak menderita sejak pemergian Abam Bocey meninggal dunia ketika dia masih bayi sehingga menginjak usia 4 tahun.
Hamzah sering diganggu pada setiap malam dan membuatkan dia sukar tidur dan asyik menangis.
“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby. Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital.”
Sistem urat saraf rosak!
Angkara sihir yang dihantar oleh individu tersebut, anak saudaranya menanggung sakit yang menyebabkan sistem urat saraf dalaman Hamzah rosak.
“Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah. Apa ucuk aku buat pasal kau!
Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku.”
Bertambah sedih dan kasihan apabila dia melihat sendiri bagaimana perbuatan syirik tersebut membuatkan anak saudaranya seperti nyawa-nyaa ikan sehingga mulut berbuih.
“Ni aku dah tak boleh tahan dengan kau, kau sanggup buat pada budak memang kau tak ada telor! Sampai dah nak nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih.
Budak bukan lawan kau! Mari sini kau, berlawan dengan aku! Apa kau nak sebenarnya ya penyihir! Allah bersamaku, kau bermain dengan syaitan.”
Sebagai seorang pakcik, sudah tentu hatinya sakit apabila melihat sendiri penderitaan yang ditanggung oleh anak saudaranya itu. Mohd Azmier tetap mahu berikhtiar untuk membantu Hamzah kembali sihat dan pulih dari sihir.
“Sabar ya sayang, ayahjang akan usaha sihatkan ucuk untuk ucuk sihat boleh menulis dan melukis memegang macam orang biasa. Orang yang sihir anak ayahjang ini akan terima balasan Allah.”
Didoakan semoga Dayah dan keluarga terus kuat untuk melalui ujian ini. Tiada lain yang yang menjadi harapan melainkan untuk melihat Hamzah kembali pulih seperti sedia kala.
Enam bulan setelah pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ternyata perasaan sayang dan rindu terhadap arwah masih tetap kuat di hati Shuib dan anak-anaknya. Secara luarannya, mungkin ramai lihat Shuib seolah tenang tetapi dalam hati tiada siapa tahu.
Genap 11 tahun usia perkahwinan pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya.
Dengan kapsyen yang menyentuh hati, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung. Lagu nyanyian arwah, ‘Tinggalkan Diriku’ menjadi muzik latar untuk perkongsian tersebut.
Bukan hanya Shuib saja yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama. Antara rakan-rakan arwah dan Shuib yang menitipkan doa dan ucapan itu adalah Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Datin Rebecca Nur Al Islam dan ramai lagi.
Rata-rata warganet menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Bawa anak-anak ziarah kubur
Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib dan anak-anak membersihkan kubur arwah dan menggantikan bunga serta meletakkan sedikit batu.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.
Kredit: Instagram @shuibsepahtu
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!