Benar sama sekali. Setiap kali ada yang ‘mencuit’ dengan kata-kata negatif pada anak kita, hati seorang ibu mudah sensitif. Bapa juga sama. Tetap terasa kerana itulah darah daging kita.
Dimata kita, anak kitalah paling comel dan baik. Itu lumrah ibu dan bapa. Siapa lagi yang tidak mengagungkan anak kecil kita jika bukan kita.
Perkongsian seorang bapa, Adam Kevin ini benar-benar belaka. Tak perlu peduli anak orang lain. Kita jaga sebaiknya anak kita.
Viral eh pasal anak Neelofa tunjuk muka. Saya pun tak kenal siapa Neelofa tu. Cuma benda ni buat saya teringat keadaan wife saya masa mula-mula lahirkan anak kami.
Lepas anak kami dilahirkan, ada la beberapa orang datang melawat dia. Bila nampak je muka anak kami, muka orang terus berubah.
“Hmm..ingatkan anak cina ni putih gebu la. Hitam ikut mak dia.”
“Kami mai jauh-jauh ni nak tengok la kacukan anak Melayu Cina. Rupa Melayu laa.. ikut mak dia banyak dari pak. Lepas ni kena tukaq nama Melayu la. Haha..”
Ads
Wife saya sentap sangat dengan kata-kata orang melawat tu. Terus dia bagitau ummi yang dia taknak siapa-siapa datang lawat dia dah.
Jangan kata orang luar, saya sendiri pun wife sampai terfikir yang saya takkan sayang dan suka anak kami sendiri sebab warna kulit dan rupa berbeza. Kesan kata-kata orang tu sangat mendalam buatnya.
Dalam otak dia fikir, saya akan biar dia membesarkan anak sorang-sorang tanpa saya sebab warna kulit anak hitam ikut dia. Tak nampak macam anak Cina pun.
Saya macam terkejut. Memang betul masa lahir dulu, anak kami kurus kering sebab kuning lama dan diletakkan bawah lampu biru tu. Tapi saya tak pernah rasa tak suka ke apa. Tak pernah terlintas langsung.
Ads
Mestilah saya sayang anak saya sebab tu darah daging. Comel ke tak kira belakang. Hitam ke putih kira belakang sebab cinta dan sayang tak kenal semua tu.
So what kalau muka Melayu pun? Tak berdosakan? Dah wife saya Melayu. Takkan nak keluar macam Arab pula? Huhu.
Bila jadi parents ni, baru saya faham bahawa anak sendirilah yang paling comel di mata ibu bapanya.
Bab anak ni memang parents especially ibu sangat sensitif. Jangan cakap wife, saya sendiri pun sensitif bila melibatkan anak.
Ads
Benda paling sakit buat parents apabila lihat anak disakiti. Kalau orang sakiti kita tak apa. Jangan sesekali sakiti anak kita. Haha..macam tu lah.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Memberi nasihat adalah proses pengajaran yang berpanjangan dan tiada limitasi usia. Apabila bergelar ibu bapa, memberi nasihat adalah salah satu tugas rutin yang menjadi kewajipan utama pada anak-anak.
Setiap ibu bapa sudah tentu mahu membesar dan mendidik anak-anak menjadi insan yang baik dan berakhlak. Justeru menasihati mereka tanpa jemu salah satu pelajaran penting yang mesti diberi keutamaan.
Namun menasihati anak bukan boleh main redah bila-bila masa sahaja kerana jika tak kena waktu, ia ibarat mencurah di atas daun keladi sahaja. Anak nampak mendengar tapi satu apa pun sampai ke dalam hatinya.
Menurut perkongsian Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy, maksud nasihat BUKAN tegur kesalahan atau marah dan ada waktu efektif untuk ibu bapa menasihati anak-anak.
“Mama tak marah! Mama cuma nasihat!”
Itulah skrip biasa yang sering kita dengar atau kita sendiri yang sebut dengan suara tinggi ketika mendepani kerenah anak.
Selalunya waktu anak pecahkan pinggan, anak sepahkan mainan, anak bangun lewat, anak melawan cakap, anak khusyuk bermain ‘game’, anak berkelahi, anak berlama-lama dalam bilik air, anak buang masa, anak malas, anak degil, anak protes dan sebagainya, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Buang masa dan buang tenaga.
Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat. BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak.
Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
4 waktunya adalah:
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan.
Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung.
Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.
Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen.
Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha.
Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah” Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
3. WAKTU MAIN BERSAMA
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.
Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli. ‘Involved parents are caring parents’.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.
4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima.
Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa.
Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan.
Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.
Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak.
Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Walaupun sedang melalui fasa penuh cabaran dalam kehidupannya, pelakon cantik Anna Jobling tetap meletakkan ibu tercinta, Ariz Arop, di tempat paling istimewa di hatinya.
Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, Anna berkongsi momen manis di InstaStory dengan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada insan yang melahirkannya.
“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan). Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulis Anna dengan penuh rasa kasih.
Bintang drama popular Setia Itu Mahal ini juga mengakui setiap ucapan yang diterima pada hari lahirnya amat bermakna buat dirinya.
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” luahnya.
Walau dikelilingi isu dan konflik, anak kacukan Melayu-Inggeris ini tetap berasa bertuah kerana mempunyai insan-insan yang sentiasa memberi sokongan padu.
“Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi insan hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu,” kongsinya lagi.
Namun, di sebalik ucapan manis ini, hubungan antara Anna dan ibunya masih dalam kemelut selepas pendedahan mengenai perintah injunksi yang diterima pada Disember tahun lalu.
Apa pun yang berlaku, kasih seorang anak terhadap ibunya tidak akan pernah luntur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stok sayur atau lauk basah yang selalu jadi keutamaan ibu-ibu. Bukan apa jika nak masak semua keperluan dah ada lagi senang. Tak adalah bila nak masak baru nak keluar beli barang dapur.
Tambah lagi dengan keadaan wabak Covid, nak keluar acapkali pergi pasar atau pasar raya pun risau. Jadi sebagai memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan, panduan menyimpan sayur dan lauk basah dikongsikan oleh Cik Puan Lily.
Sebenarnya dah ramai yang berkongsi tip untuk mengekalkan sayur atau lauk basah sentiasa segar. Ada yang membalut sayur-sayuran dengan kertas atau tisu sebelum disimpan dalam peti. Sementara bagi lauk mentah pula simpan dalam bekas serta macam-macam cara lagilah.
Kali ni idea Cik Puan Lily adalah menggunakan plastik zip lock dan membungkus dengan tuala kecil. Istimewanya lagi kesegaran sayur dan lauk basah tahan berbulan-bulan. Idea yang bijak!
Sebenarnya sayur-sayur dalam gambar ni semua dah berbulan pun. Tapi masih segar. Beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengekalkan sayur supaya sentiasa segar dan tahan lama.
Letak kain kering dalam plastic zip lock. (Tuala good morning senang). Kalau rajin potong-potong sayur tu lagi bagus. Jangan basuh lagi. (Sis is malas).
Lepastu, nak tindan-tindan ke, nak perosok-perosok ke dalam esbok tu terpulang. Sangat jimat ruang.
Ikan, daging, ayam pun sis buat macam ni cuma tak ada letak kain. Kat rumah ni lagi la segala jenis mat neka ikan sungai ada. Ikan sungai kan payah nak dapat. Nak kena simpan dalam waktu yang lama buat stok. Ikan sebelum musim banjir pun ade lagi tu ha. Masih segar dan manis.
P/s: kain tu nampak buruk sebab dah bertahun guna. Lepas itu, plastik zip lock tu dah banyak kali basuh dan jemur sebab tu nampak macam buruk.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Cik Puan Lily
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.