Bila anak kita menangis terlanggar kerusi, tersepak batu atau apa saja, kita selalu memujuk anak dengan menyalahkan objek-objek berkenaan. Tapi tanpa kita sedari kita mendidik anak untuk menyalahkan orang lain.
Kita nampak hal ini seakan remeh dan mudah namun banyak kesannya dalam perkembangan anak itu sendiri. Kita sepatutnya menjadi lebih pemaaf.
Perkongsian Muhammad Hassan ni banyak benarnya. Salah cara kita mendidik, kononnya dan pujuk anak. Tak mengapa, lepas ni kita sama-sama tukar cara.
PUNCA ANAK SUKA SALAHKAN ORANG LAIN
Ads
Pesan saya kepada isteri. Jika anak jatuh tangga, tersadung lantai biasanya anak akan menangis. Dan kebiasaan kita akan marah tangga, marah batu untuk senyapkan anak.
Sebenarnya ini salah, kita telah ajar anak untuk menyalahkan orang lain jika lakukan kesalahan. Kena rotan cikgu nanti mereka akan salahkan cikgu, rosakkan barang orang lain nanti dia mengatakan barang dah nak rosak.
Ads
Sebenarnya perbuatan di atas kita telah didik psychology anak untuk memberi pelbagai alasan jika gagal. Gagal jawab exam anak salahkan soalan, gagal temuduga anak salahkan bakal bos, gagal dalam perkahwinan anak salahkan pasangan. Akhirnya mereka tidak sedar ego sedang menguasai diri.
Ads
So kepada ibu bapa hentikan salahkan perkara lain untuk menenangkan anak, sebaliknya didik anak untuk memaafkan orang lain hatta memaafkan tangga, batu, kucing, adik, abang atau sesiapa pun.
Sifat pemaaf buatkan anak-anak sayang semua orang.
Moga bermanfaat.
Kredit: Muhammad Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah tiba masanya ibu bapa untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak kerana sering kali kita lihat ketika makan, berjalan-jalan di pusat membeli-belah pasti suami, pasangan mahupun anak-anak akan melayan perasaan di hadapan skrin masing-masing.
Bonding yang sepatutnya tercipta akhirnya terpisah akibat asyik melayan gadjet. Gadjet juga sepatutnya dihadkan pemberianya pada anak-anak terutama anak yang masih kecil.
Jangan penat untuk melayan anak-anak kerana masa bersama anak-anak ketika mereka masih kecil sangat singkat. Ikuti perkongsian Tuan Ariff Ismail tentang bagaimana dia mencipta bonding bersama ahli keluarganya tanpa gadjet.
HARI TANPA GADGET
Hari ni baru berkesempatan untuk membuat penulisan di fb. Maklumlah 2-3 hari lepas sibuk di kampung.
Balik kampung ramai ramai ni seronok, anak anak buah, sepupu sepapat semua berhimpun. Maka terkeluar lah memori kami masa zaman kanak kanak.
” weh zaman kita mana macam diorang ni, sibuk main hp, kita dulu dah habis segala bunga arwah nenek, binatang binatang kita tangkap “.
Luah seorang kakak sepupu saya, betul lah tu zaman sekarang budak budak lebih kepada indoor aktiviti dan gadget. Hari pertama ok lagi, bila hari kedua pon sama, apa lagi salah seorang dari kami keluarkan arahan.
” Hari ni semua budak budak tak boleh main hp “.
Maka kami heret mereka ke kandang kerbau dan kambing. Bagi diorang rasa jadi budak kampung.
Sambil sambil tunggu giliran lembu korban kami, mak pak sedara sibuk melayan karenah anak anak buah.
Bawak naik kandang kambing, sampai ada yang tergolek jatuh. Bagi kambing makan tengok kambing, lihat suasana kampung. Nampak keseronokan di wajah mereka.
Dah penat mereka main kambing dan giliran lembu korban kami selesai, apa lagi kami bagi diorang tengok pulak orang melapah dan mengagihkan daging korban. Cuma nya bila ada anak anak ni soalan soalan akan banyak di tanya.
Kita mak bapak, pak cik mak cik, jangan malas jawab. Layan kan je soalan soalan diorang. Tu tanda sel sel otak mula berhubung. Baru lah anak anak seronok dengan dunia tanpa gadget.
Kesimpulan nya, mulai dari semalam kami akan praktis satu minggu satu hari tanpa gadget.
Boleh dikatakan 66% ibu bapa pernah mengalami ‘Parental Burnout’ dan 2/3 daripada jumlah ini adalah para Ibu.
‘Parental burnout’ tidak sama seperti ‘burnout’ yang dialami di tempat kerja. Jika kita mengalami ‘occupational burnout’ kita boleh ambil cuti tanpa gaji, ‘sabbatical’ ataupun letak jawatan, cari kerja di tempat lain.
Dengan ‘parental burnout’ kita tidak ada pilihan, kita tidak dapat melarikan diri dari tekanan dan kelesuan sebagai seorang Ibu ataupun ayah. Kita perlu terus ‘bekerja’ dan memikul tanggungjawab yang sama, di tempat yang sama dengan orang yang sama di sekeliling kita. Bayangkan.
Individu yang mengalami ‘parental burnout’ merasa sangat letih dan lesu dari segi fizikal, emosi dan mental.
Dia merasa ‘fed-up’. Dia merasa ragu akan keupayaan diri sendiri untuk memikul tanggungjawsab sebagai seorang ibu ataupun ayah, maka dengan itu ingin menjauhkan diri dari si anak.
Ada yang sampai ke tahap terdetik bahawa adalah lebih baik sekiranya anak itu tiada kerana dia tidak menyusahkan anak dan tidak membebankan dirinya sendiri. Keseronokan sebagai seorang ibu atau ayah semakin terhakis. Dia mula rasa gelisah, rasa bersalah, rasa malu, rasa marah. Bercampur baur semuanya.
Dia sendiri tidak suka berada dalam keadaan burnout ini dan tidak memilih untuk merasa atau berfikir begitu.
TETAPI
Ramai ibu bapa yang mengalami burnout ini memilih untuk simpan sendiri tekanan, kesukaran dan derita yang dialami kerana mulut manusia ini terlalu cepat menghukum, terlalu cepat menilai berdasarkan acuan sendiri.
“Keadaan kamu tidaklah seteruk mana. Ada yang lebih teruk.”
“Mak-mak kita dulu anak 10 relek saja, orang sekarang anak baru sorang dah stress.”
“Syukurlah ada anak, ramai orang yang bertahun-tahun kahwin tak ada anak tau!”
Macam-macam lagi dinilainya tanpa empati. Lebih baik diam dan simpan sahaja. Biarlah ditanggung sendiri daripada diluahkan.
“Atau mungkinkah aku sememangnya tidak layak menjadi seorang ibu.”
Individu yang mengalami ‘parental burnout’ ini bukanlah manusia yang tidak bersyukur mempunyai anak ataupun manusia yang jauh dari Tuhan. Tidak sama sekali. Mereka sudah sampai ke tahap tidak mampu lagi menanggung tekanan kerana kekuatan dan ketabahan yang ada sudah semakin susut.
Sedikit kekuatan yang tinggal itu tidak seimbang dengan tekanan yang semakin menggunung.
Jadilah pendengar yang baik sekiranya ada ibu atau ayah yang meluahkan perasaan tentang tekanan atau burnout yang dihadapi.
Empati!
Empati!
Empati!
Walaupun anda tergolong di antara 30% yang tidak pernah mengalami ‘burnout’ itu, teruskan menjadi pendengar yang baik kerana dengan hanya mendengar anda boleh membantu si ibu mengeluarkan apa yang membelenggu.
Anda boleh membantu si anak juga kerana ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ yang kronik BOLEH mengabaikan anak dan boleh menjadi kasar dan punitif.
Anak-anak yang dilayan sebegini oleh ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ menjadi lebih sukar untuk dikawal, hiperaktif dan agresif.
Anak-anak ini kemudiannya terus dihukum disebabkan oleh perangai mereka yang sukar dikawal, maka jadilah ia kitaran negatif yang tiada kesudahan, baik bagi ibu dan ayah yang mengalami ‘burnout’ ataupun anak itu.
Ramai yang tidak faham dan ramai yang tidak cuba memahami. Cari orang yang boleh memahami untuk bercerita ataupun orang yang melalui perkara yang sama. Cari grup yang menyokong dan bukannya menghubungi entah sesiapa.
Jangan bergantung pada media sosial untuk meluahkan kerana terlalu ramai yang tiada empati atau hanya akan meninggalkan emoji ketawa.
YANG PALING PENTING, suami dan isteri saling bantu membantu dalam memikul tanggungjawab.
Lebih parah, ‘burnout’ yang tidak ditangani boleh menjadi antara punca kepada masalah mental yang lebih serius seperti kemurungan dan kecelaruan. Dapatkan bantuan profesional ya.
Gigi susu anak dah mula goyang-goyang sebenarnya mak ayah boleh cabut sendiri di rumah tanpa perlu ke klinik gigi. Tapi mungkin ramai yang takut nak buat kerana tiada pengalaman atau tak tahu cara yang betul.
Dr Azila Mohd Kasim dari Klinik Pergigian Azila Bangi berkongsi prosedur yang betul untuk anda lakukan ini di rumah. Lepas ni kalau si kecil merengek gigi dah bergoyang bolehlah cuba cabut sendiri di rumah.
Mencabut gigi susu anak berbeza dengan mencabut gigi kekal. Gigi anak yang sudah sangat goyang sebenarnya dapat dicabut sendiri.
Anda tak perlu terburu-buru mencabutnya, kecuali gigi kekal sudah terlihat muncul di permukaan atau gigi susu sudah sangat goyang.
Cabutan gigi dapat dilakukan di rumah. Namun, harus dalam keadaan bersih dan steril.
Umumnya terdapat dua kategori jenis anak yang mengalami gigi goyang, menurut American Dental Association.
Pencabutan gigi di rumah hanya boleh dilakukan pada kategori anak pertama.
Tapi hindari melakukan pencabutan ketika akar gigi susu masih kuat. Ini akan membuat akar gigi susu patah dan tertinggal, juga menimbulkan rasa sakit.
PROSEDUR PENCABUTAN GIGI
2. Kemudian, minta anak untuk menggoyang-goyangkan gigi yang sudah goyang sama ada dengan jari atau lidah.
3. Jika anak tidak merasa sakit, gigi sedia untuk dicabut. Beri sokongan kepada anak untuk melakukan cabutannya sendiri.
4. Lilitkan gigi anak dengan benang bersih, pastikan anak memegang gigi kuat-kuat.
5. Beri kesempatan kepada anak untuk menarik giginya agar dirinya dapat mengawal seberapa besar rasa sakit yang mampu dia terima.
6. Ingatkan untuk menarik gigi dengan gerakan memutar supaya gigi tercabut.
7. Setelah gigi tercabut, letakkan kapas / gauze pada bekas pencabutan lalu ditekan untuk menggigit gauze untuk menghentikan perdarahan.
8. Beritahu anak adalah normal bila mengalami sedikit perdarahan.
9. Kemudian, anda boleh memberi ais batu untuk mengurangi rasa sakit dan membantu menghentikan perdarahan.
10. Gauze steril yang sejuk juga dapat mengurangi ketidakselesaan yang terjadi.
Tidak perlu dengan benang dan pintu kerana ia akan menambah rasa trauma.
Ceritakan pengalaman anda mencabut gigi susu anak dirumah
Sekian, bantu saya kongsikan ilmu cabut gigi susu sendiri ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!