Waktu tengah malam nak tukarkan pampers anak, nak ambil pampers anak dari plastik pun boleh jadi kerja paling sukar. Dalam keadaan mamai, kerja yang mudah pun jadi payah. Mulalah tangan mengagau-ngagau cari benda tapi tak jumpa. Begitu kisahnya kalau ada anak kecil. Diy kotak-kotak terpakai antara hasil kreatif mama boleh cuba.
Hasil kreatif kakak kita ni, Puan Roslinda Mohd Rosli pasti buat ibu tak stress lagi di malam hari. Malah senangkan kerja ibu-ibu. Suami pun boleh sedar kalau stok pampers dah mula menyusut. Jom cuba!
Mudahkan Kerja Mama
Disebabkan kotak Mary Kay berlambak kat rumah, Ummi cuba mengkreatifkan diri. DIY kotak pampers untuk dua ketoi budak tu.
Ads
Lepas ni tak gaduh dengan abah dia dah sebab lupa nak bagitau pampers anak dah habis. Kuikuikui.
Pakai je kotak mana ada. Potong bahagian depan macam ni.
Ads
Tampalkan kertas pembalut hadiah, bagi kotak nampak kemas dan tak berserabut. Cantiklah sikit.
Farah yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana Childhood Studies berkongsi tentang tip keibubapaan dari kuliahnya di Instagram. Ternyata perkara ini disambut baik oleh netizen yang cukup menghargai sharing beliau.
Terbaru, Farah berkongsi mengenai menghormati kanak-kanak sebagai individu. Hormati kanak-kanak, Kadang kala tindakan kita kurang menghormati mereka sebagai individu jadi punca anak sebagai anak kurang hormati ibu bapa.
Farah Lee telah berkongsi tentang Hak Anak Sebagai Hak Individu di dalam kuliahnya yang pertama. Farah telah berkongsi perkara ini di Instagram.
“Children as individuals with individual rights…” – notes from my first class ever for my MA Childhood Studies, Oct 2nd, 2018.
Ya, hormat kanak-kanak sebagai seorang individu, kerana mereka adalah seorang individu dan patut dihormati.
Selalu tak kita buat ini pada kanak-kanak sekeliling kita.? — kita ambil barang mereka tanpa izin, kita paksa mereka kongsi mainan tanpa rela, kita suruh mereka berhenti menangis, kita perkecil masalah yang mereka hadapi, kita suruh mereka sentuh (salam) orang yang mereka enggan bersentuhan, kita tengking mereka di khalayak ramai, and the list goes on…
Tanya diri, kita suka tak orang buat macam tu dekat kita.? Kalau tak suka, kanak-kanak pun sama. Mereka juga seorang individu, mereka mempunyai perasaan dan ruang sendiri — macam kita, dan ia patut dihormati.
Jangan pelik kalau mereka membesar tak hormat kita, sebab kita mungkin dahulu tidak menghormat mereka. #Flchampioningchildhood
Sharing berkaitan keibubapaan daripada Farah rupanya dinanti-nantikan oleh para follower. Info yang dikongsikan tentunya baik dan bernas untuk dipraktikkan.
Anak-anak petah dan boleh menguasai dua atau tiga bahasa memang mengagumkan. Penguasaan bahasa ini boleh dipupuk sejak awal lagi sementelah minda mereka seperti span, menyerap apa sahaja yang dilihat. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rancangan TV Pa&Ma akan memberikan banyak tips mengenai topik ini dalam episod “ Si Cilik Multilingual.” Kami akan ke udara pada pada Selasa, 9 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran anak sememangnya cukup membahagiakan semua ibu bapa. Pun begitu ketika detik kelahirannya ada diantara kita yang terlupa melakukan perkara yang cukup penting bagi menyambut kelahiran mereka iaitu mengazankan dan juga melakukan tahnik.
Baru sahaja menimang putera keempatnya Khamis lalu, Ustaz Don turut mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cara tahnik dan juga cara mengazankan bayi sebaik dilahirkan.
Perkongsian Ustaz Don Daniyal itu melalui beberapa hantaran di Instagramnya mendapat perhatian seluruh pengikutnya. Kata Ustaz Don lagi, tak mengapa jika tidak pandai mengalunkan azan yang indah dan bertahnik untuk anak, asalkan mencubanya. Ini yang dikongsikan oleh beliau sebagai panduan untuk semua.
“Hari ni hari ke 4 kelahiran. Bila dapat anak, nak azan teruih ka?
Anak lelaki Azan anak perempuan iqamah ka?? Atau macam mana? Telinga kanan dan kiri kiKira serentak kah??
Kalau azan saja boleh ka? Antara persoalan yang timbul. Jangan takut.
1. Tak salah tanya soalan yang bersesuaian. Dan tak salah kalau gelabah masa dapat anak. Standard la kawan-kawan. Benda melibatkan hidup mati. Sapa yang relaks, rezeki dia. Sapa gelabah, rezeki dia jugak. Tak semestinya gelabah, tak bersedia.. kan?? Ok jangan gaduh na.
2. Kalau sekarang baru nak tau and anak dah dewasa, sebahagian ulama MENASIHATKAN (menunjukkan bukan wajib, tetapi lebih baik dan lebih harmoni untuk masa depan) agar kita mohon maaf kepada anak atas kekhilafan kita. Its ok. Islam zaman Ibu Bapak saya bukan macam sekarang. Ilmu Islam di mana-mana. Dulu susah. Apatah lagi nak amal. Dakwah susah dulu. Its ok. Benda tak payah buat ghaflah.
Jadi, boleh dak ‘cheq’ nak share tang sini contoh.(Bukan yang terbaik. Sebagai panduan ringkas saja) Masa kelahiran anak saya ke 4. Boleh na.
Hadisnya ialah “Abu Rafi’ berkata; “Aku melihat Nabi Muhammad ﷺ melaungkan azan pada telinga kanan Hasan Bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah Bt Rasulillah ﷺ”. HR Imam At-Tirmizi.
Jadi apa hukum azan pada telinga anak masa lahir?? HUKUM NYA SUNAT. Tak berdosa. Tak dak masalah kalau terlepas dah. Tak payah gaduh kalau tak pandai atau baru nak tau. Sebab SUNNAH Nabi Muhammad ﷺ untuk mengeratkan hubungan. Bukan memutuskan silaturahim atau timbul pergaduhan. Ok. Chill-Chill saja.
Sapa buat, untung. Sunnah-sunnah masa nak azan tu pulak apa?
1. Ada wudhu. Tak dak takpa. Sebab contoh bagi yang sambut anak sendiri, boleh jadi terpegang isteri, dah batai wudhu. Atau nak amik anak dari nurse kan, boleh jadi tersentuh tangan, batai wudhu. Kalau baru nak p amik, baby kena settle cepat sebab nanti dia sejuk. Keep baby warm. Jadi, sapa ada wudhu, lagi cantik. Takdak kalu, no hal. Relaks. Confiden kena ada.
2. Mengadap kiblat Sekarang semua hospital dah terer. Tanya ja kiblat mana. إنْ شَآء الله staff akan tunjuk. Lagi satu, bab ni, yakin ja dengan staff yang duduk situ. Tak payah lah time tu kita nak jadi ahli falak pulak. Sangka baik dengan saudara Islam. Done. Benda simple.
3. Azan telinga kanan
4. Iqamah telinga kiri. Ini boleh tengok macam mana dalam video ni na.
Ok. Terima kasih semua sudi amik manfaat. Saya hanya berdoa agar Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran untuk anak-anak saya dan keluarga kami. Semoga Allah merahmati semua,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran terdahulunya, Ustaz kesayangan ramai ini juga turut berkongsi beberapa video cara beliau melakukan tahnik kepada anak keempatnya itu.
Malah Ustaz Don juga turut berkongsi cara bagaimana untuk belajar melakukan tahnik kepada anak sendiri. Ini yang turut dikongikan oleh beliau.
How To Tahnik Anak Sendiri Step 1 Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dapat macam dalam botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)
Step 2 Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nanti nak doa, mudah Allah kabul)
Step 3 Mula dengan Al-Fatihah
Step 4 Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)
Step 5 -Selawat Syifa -Selawat Kamilah (nanti dengaq dalam video na)
Step 7 Amik Kurma. Kunyah-kunyah sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nanti tengok video macam mana nak masukkan dalam mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
Step 8 Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran
Step 9 Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yang saya baca. Itu dari Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
Step 10 Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh – ikhlas – tawadhuq – berharap Allah dengaq n perkenankan – sungguh-sungguh.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Semoga Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran kita & kebajikan kita petang Jumaat ini,” kongsinya lagi.
Satu perkongsian yang cukup padu untuk panduan kita bersama. Malah penambahan beberapa video dan cara bertahnik secara terperinci turut dikongsikan Ustaz Don agar semua suami lebih berasa yakin untuk cuba kepada anak sendiri kelak.
Terdahulu, Ustaz Don yang menyambut kelahiran putera keempatnya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT dengan anugerah terindah itu. Lebih membuatkan bapa penyayang ini teruja bila mana tarikh kelahirannya anaknya itu jatuh pada hari lahir anak ketiganya.
Tahniah buat Ustaz Don dan isteri. Satu kegembiraan yang pastinya membahagiakan seluruh ahli keluarga.
Ustaz Don mendirikan rumah tangga bersama Dr Husna Zahary pada tahun 2012. Dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman. Kini Dr Husna juga sarat mengandung anak keempat mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ddaniyaldbiyajid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah dalam satu kejadian di Taman Anggerik, Sepang reda dengan pemergian anak ketujuhnya itu serta tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas pemandu bas berkenaan.
Tak salahkan pemandu bas sekolah
Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, berkata keluarganya sudah lama menggunakan perkhidmatan pemandu bas berkenaan untuk menghantar anaknya berulang-alik dari sekolah.
Beliau berkata, walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, beliau memahami kejadian itu tidak disengajakan oleh pemandu bas berkenaan.
“Saya belum lagi bertemu dengan pemandu bas berkenaan, sebab dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi.
Tapi dia sudah menghubungi saya dan minta maaf atas apa yang berlaku dan saya maafkan.
“Saya pun tidak boleh salahkan pemandu bas, ketika keterangan yang diberikan kepada polis pun saya beritahu supaya pemandu ini tidak diapa-apakan. Tiada dendam pun saya simpan untuk pemandu bas ini, dia pun sudah lama menjadi pemandu bas iaitu kira-kira 25 tahun.
“Saya tiada masalah dengan dia (pemandu bas), begitu juga dengan suami, kita terpaksa reda dan tidak boleh berdendam,” katanya kepada pemberita, ketika ditemui di kediamannya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya untuk ke sekolah.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), dekat sini, Wan Kamarul Azran berkata, mangsa keluar rumah dan mengekori kakaknya yang sedang menaiki bas untuk ke sekolah.
Wan Kamarul Azran berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Nak cepat, tak perasan adik ikut belakang
Sementara itu, menceritakan mengenai kejadian menyayat hati itu, saksi kejadian yang juga kakak ketiga kepada mangsa, Nurul Aishah Mohamad Kassim, 13, berkata beliau berada di tangga bas berkenaan untuk memberikan duit poket kepada adik kelimanya yang pada ketika itu sudah berada di dalam bas.
“Lepas saya bagi duit pada adik, saya turun daripada bas. Saya nampak bas itu bergerak dan melihat Zahida (mangsa) sudah berada di bawah bas. Saya terus menjerit dan mengambil adik yang pada ketika itu sudah terperosok dibawah bas. Tindakan itu diambil kerana saya takut Zahida akan digilis kali kedua dengan tayar belakang bas berkenaan.
“Nenek dan jiran yang mendengar jeritan saya kemudiannya terus keluar dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum jiran menolong kami menghantar Zahida ke klinik berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata, selepas pemandu bas berkenaan menyedari kejadian itu, beliau terus meminta maaf berulang kali kepada nenek dan memaklumkan tidak menyedari Zahida berada di bahagian kiri bas terbabit.
“Selepas meminta maaf, nenek menyuruh pemandu bas itu menghantar murid lain yang berada di dalam bas berkenaan ke sekolah sebelum terlambat. Pemandu bas berkenaan sangat bertanggungjawab kerana selepas menghantar kesemua murid itu, beliau datang ke rumah bertanyakan keadaan Zahida.
“Dia sekali lagi meminta maaf, kerana tidak nampak Zahida dan kejadian itu tidak disengajakan. Mak kata tidak mengapa, dia tak salahkan pakcik berkenaan atau pun saya. Kerana kami berdua tidak perasan Zahida keluar dari rumah,” katanya.
Adik yang manja
Mengenangkan semula keletah adik bongsunya itu, Nurul Aishah berkata Zahida adalah seorang adik yang manja dengan semua orang dan sangat rapat dengan ayah serta neneknya.
“Saya memang rapat dengan Zahida, dia memang suka ‘mengekor’ walaupun ke mana sahaja saya pergi, saya juga selalu bergurau dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.
“Pemandu bas berkenaan sudah ditahan semalam dan selesai memberi keterangan kepada pihak polis. Dia juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.