Bila anak makin besar terasa cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah makin lincah dan petah bercakap. Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah boleh berlari dan sentiasa menjadi penghibur hati.
Pandai merajuk, pandai ikut apa yang kita cakap, makin mesra dan keletah yang tak kan pernah buat kita kering gusi dan terhibur. Masa kecil ni lah masa terbaik untuk kita luangkan masa bersama mereka.
Banyak lakukan aktiviti luar bersama anak-anak untuk ajar mereka ” explore ” sesuatu yang baru. Dia nak pegang pasir biarkan, mereka nak masuk dalam air biarkan. Mereka sedang belajar sesuatu yang baru.
Ads
Bila kita luangkan masa bersama anak, waktu terasa begitu laju bergerak. Rasa macam baru satu malam pergi bercuti, tapi hakikat nya dah 4 hari tanpa kita sedar waktu berlalu. Tawa, tangis, gurau senda serta ragam anak menjadi pengubat keletihan kita.
Rasa setiap detik dan waktu begitu berharga. Bila dengan anak ni, kita rasa nak hari hari bercuti bersama mereka. Mencipta memori indah bersama anak. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak.
Ads
Tak perlu kita berhabis beribu ringgit, anak ni kita bawa pergi main tepi pantai pun mereka dah seronok. Kalau rasa tak mampu bawa melancong ke luar negara, bawa bercuti dalam Malaysia pun jadi lah.
Yang penting ” moment ” bersama mereka. Kenangan yang sangat indah bila boleh luang masa dengan anak. Jangan bagi alasan ” tiada masa ” dan ” kurang mampu “. Esok esok mereka dah besar mereka cakap tak ada masa dan tak ada duit nak jenguk kita jangan tanya kenapa!
Ustazah Norhafizah Musa, penceramah bebas berkongsi kepada ibu bapa rahsia untuk mendapat anak bijak dunia dan akhirat.
Memiliki anak-anak yang bijak dan berakhlak sentiasa menjadi impian di dalam hati setiap yang bergelar ibu bapa. Maka, berusahalah para ibu bapa untuk mengikut segala tips dan panduan yang dikongsikan oleh pakar cerdik pandai dalam bidang keibubapaan.
Segala ilmu dan info yang diperolehi akan dicuba pada anak. Alhamdulillah bagi yang berjaya tapi tak semua ibu bapa akan mendapat hasil yang sama walaupun melakukan amalan yang sama.
Jangan putus asa wahai ibu ayah. Berikut antara rahsia yang dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa bagaimana nak mendapat anak bijak dunia dan akhirat.
1. Sentiasa jaga hubungan dengan Allah
Kalau kita nak anak baik dan cemerlang, kitalah yang kena memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. Ibu ayah hendaklah selalu kembali kepada Allah dengan rajin taubat nasuha. Mengerjakan solat sunat taubat meminta ampun pada Allah.
“Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, kejahilan, kealpaan dan kecuaian kami terhadap anak-anak, ampunkan tangan-tangan kami yang sering melakukan dosa. Janganlah kesalahan kami jadi tempias kepada anak-anak kami.”
Hanya Allah yang membuka pintu hati anak-anak kita. Dia jua yang menyampaikan aura kita kepada anak-anak. Kita boleh pesan, nasihat dan bebelkan anak-anak tapi yang sampaikan dalam hati mereka adalah Allah SWT.
Kalau kita banyak bergelumang dengan dosa dan buat salah silap, frekuensinya tak akan sama, ia tak sampai dan masuk ke dalam hati anak kerana yang masukkannya adalah Allah SWT. Allah hendak melihat ibu bapa luar biasa mendekatkan dirinya kepada Allah.
2. Buang segala kerunsingan & kerisauan terhadap anak-anak
Berserah diri dengan Allah SWT. Memang hati ibu bapa sentiasa risau memikirkan anak-anak. Tetapi sebaiknya bertawakal kepada Allah untuk menjaga anak-anak kita selepas melakukan yang terbaik untuk mereka.
Semoga dengan sentiasa bertaubat nasuha, memohon keampunan serta berserah kepada Allah, akan bertambah senang dan mudah perjalanan kita untuk mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah.
3. Berdoa sepanjang masa
Bukankah doa ibu ayah terhadap anak adalah doa yang paling mustajab. Gunakan kelebihan ini untuk berdoa sepanjang masa. Tak perlu tunggu waktu lepas solat baru nak berdoa. Sentiasa doakan anak-anak di depan mereka.
Sebut dengan jelas apa yang kita doakan untuk anak. “Ya Allah permudahkanlah perjalanan anakku dalam menjadi seorang tahfiz satu hari nanti. Ya Allah jaga anak-anakku, lindungilah mereka daripada perkara-perkara buruk.”
Dengan berdoa ia akan membuatkan kita rasa tenang dan lapang. Nikmat bercakap dengan Allah membuatkan semua masalah hilang dalam kepala. Segala kerisauan sudah dicabut oleh Allah kerana kita sudah cukup tenang dan bahagia dapat meluahkannya dengan Allah SWT.
4. Jadi role model
Tunjuk contoh pada anak-anak. Biasanya ramai antara kita agak gagal menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Jangan biarkan anak kehilangan role model dalam hidup mereka. Contohnya, kita suruh anak sabar tapi kita sendiri cepat naik angin dan marah-marah atas perkara yang remeh.
Akibatnya anak jadi keliru siapa yang hendak dicontohi sebenarnya. Sepatutnya kita tunjukkan cara hidup sebagai ibu ayah yang ikut akhlak Nabi Muhammad saw.
Antara contoh yang anak nak lihat pada ibu ayah ialah yang mengamalkan cara hidup Islam iaitu peribadi yang tenang dan bahagia. Itu harapan anak-anak walaupun dia tak tahu dan tak pernah cakap pada ibu bapa.
Anak-anak nak tengok ibu ayah yang manis wajahnya, ceria dan bahagia walaupun ada banyak masalah, tanggungjawab dan komitmen tapi biarlah disorokkan depan anak-anak. Senyum dan pikatlah hati anak-anak.
5. Hati mesti suci & bersih
Hati walaupun tidak boleh dilihat pada mata kasar tapi ia boleh direfleksikan pada kata-kata, perbuatan dan tindakan. Orang yang mempunyai hati berpenyakit sentiasa akan merasa sakit hati, benci, dengki pada masalah-masalah kecil, kawan-kawan sekeliling dan sebagainya.
Kalau hati tak bersih memang boleh nampak di luar. Kalau hati kita berpenyakit, kasihanlah pada anak-anak sebab dijaga dan dibesarkan oleh ibu ayah yang mempunyai penyakit hati. Anak-anak akan membesar dalam kesengsaraan kalau mempunyai ibu atau ayah yang mempunyai hati berpenyakit. Bersihkan hati kerana Allah, InsyaAllah anak-anak akan dapat impak yang positif.
6. Didik anak tanggungjawab bersama
Tugas mendidik anak bukan hanya terletak pada bahu ibu atau ayah seorang sahaja. Kedua-duanya kena bekerjasama dan bersepakat. Kena ada kata kunci dalam mendidik anak-anak. Suami isteri tak boleh bergaduh dalam bab mendidik anak. Kalau tak sefahaman dan selalu bergaduh, ia boleh bagi kesan pada anak-anak.
7. Tunaikan hak-hak sebagai ibu ayah
Sebagai ibu bapa kita mesti tunaikan tanggungjawab mendidik anak dengan baik. Terus perbaiki diri untuk menjadi ibu bapa yang baik. Soal keputusan apa yang akan jadi pada anak-anak, kita tawakal sahaja pada Allah SWT.
Kalau tak tawakal kita akan duduk dalam kerisauan. Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Segala yang berlaku pasti baik menurut ilmu Allah. Apa pun keadaan anak kita sekarang, itu adalah yang terbaik untuk kita.
Setiap usaha kita buat walau sekecil mana pun, Allah nilai dengan sebaik-baiknya. Allah sebenarnya nak bagi pahala kepada kita melalui anak. Jadi, bersabarlah menghadapi kerenah anak-anak yang banyak ragamnya.
8. Memperkasa akidah tauhid dalam diri anak-anak
Jangan fikir anak anda yang masih bayi tak perlu diperkenalkan pada Allah. Masa peringkat umur 0-6 tahun, cakap apa sahaja dengan dia tentang akidah tauhid. Sentiasa sebut tentang kewujudan Allah. Dia masih fitrah, walaupun nampak tak faham atau tak ambil tahu tapi bila tiba masanya anak akan faham.
Peranan ibu bapa adalah untuk bersama anak-anak dalam proses mereka mengenal Allah. Ia mengambil masa yang lama, jadi penting untuk ibu bapa sentiasa memberi nasihat dan bimbingan. Ingatkan anak-anak supaya jangan sekali-kali mensyirikkan Allah. Sejak kecil biasakan mereka jangan jadi penakut, atau kagum dengan kuasa lain yang kononnya hebat dan bila diminta buat sesuatu mahukan upah. Ajar mereka buat semuanya kerana Allah. Ingatkan berulang-ulang kali. Jangan jemu!
Sebagai orang tua, kita sepatutnya bersama-sama dengan anak mendukung cita-cita mereka nak jadi orang yang mampu beri manfaat kepada orang lain bila besar nanti. Hati anak-anak sangat tulus dan bersih, mereka hanya harapkan pada ibu ayah untuk mencorakkkan diri mereka sama ada menjadi baik atau sebaliknya.
Sumber foto: Facebook Ustazah Norhafizah Musa (Official)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan guna minyak masak berulang kali. Ini bahaya! Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakannya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Berikut adalah pesanan Dr Ahmad Samhan untuk ibu-ibu faham dan tak ulangi lagi kesilapan yang sama.
✅ Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
✅ Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
✅ Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
✅ Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
✅ Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
✅ Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.
Di rumah, saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.
Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.
Kongsikan info penting ini pada yang lain supaya lebih ramai tahu bahaya guna minyak masak berulang kali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan influencer, Duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam serta anak comel mereka, Rina seringkali menarik perhatian ramai dengan telatah comel mereka.
Si comel Rina pula, anak campuran Malaysia Korea ini seringkali menarik minat wargamaya. Walaupun baru berusia setahun lebih, Rina dilihat semakin membiasakan diri dengan sekelilingnya.
Terbaru, menerusi Tik Toknya, Maryam turut berkongsi resipi bawang goreng yang menjadi petuanya sejak dulu dalam memulihkan masalah batuk selesema.
Malah kongsi Maryam lagi, resipi bawang goreng istimewanya itu turut disukai Rina dan juga suaminya.
“Bawang putih sangat baik untuk kesihatan. Membantu meningkat imuniti dan kurangkan batuk pada bayi.
“Membantu mencegah darah tinggi pada orang dewasa. Tapi susah nak makan kan? Cuba masak macam ni.
“Bagus sebagai snek dan boleh dimakan bersama nasi,”ujarnya berkongsi.
Bahan-bahan:
Bawang putih 20-30 ulas
Minyak
3 sudu madu (Oligosaccharide)
1 sudu kicap
Potong dadu bawang putih dan goreng sampai garing.
Panaskan kuali, masukkan madu dan kicap kemudian masukkan dadu bawang putih.
Taburkan dengan bijan. Siap!
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya Rina dan Ryzal yang makan dengan begitu bersahaja. Nampak sedap.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya turut menyuarakan hasrat untuk mencubanya memandangkan khasiatnya yang sememangnya diyakini baik.