Mana-mana anak kecil tak kan lepas memasukkan barang ke dalam mulut. Lagi-lagi kalau ada mainan di tangan. Di larang macam mana pun, si kecil semakin buat.
Selain memasukkan barang ke dalam mulut, anak akan suka dengan mainan-mainan yang berwarna terang. Biasanya yang terang itulah yang akan jadi pilihannya. Namun menurut Dr Taufiq Razif, mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam berbahaya untuk anak. Ikuti penjelasannya.
Paling bahaya adalah mainan lama yang berwarna KUNING, MERAH dan HITAM.
Kenapa?
Ads
Dr Andrew Turner daripada University of Plymouth mendapati unsur bahan kimia berbahaya paling banyak pada mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam!
Mainan lama ni tinggi kandungan kimia berbahaya seperti kadmium kerana kadmium diperlukan untuk membuat mainan yang berwarna warni.
Ads
Mainan lama ni banyak unsur kimia berbahaya seperti plumbum, kadmium, selenium dan bermacam lagi dibandingkan mainan moden kerana zaman dulu kawalan untuk mainan tak seketat zaman sekarang.
Jadi hati-hati bila ziarah ke rumah orang tua atau saudara mara yang banyak barang mainan lama ye.
Ads
Jangan bagi anak masukkan ke dalam mulut terutamanya mainan lama yang berwarna kuning, merah dan juga hitam.
p/s : Mainan baru pun lebih kurang sama je. Elakkan anak kita gigit atau masukkan ke mulut selagi boleh kecuali kita yakin mainan tu selamat untuk anak kita sebab banyak kes keracunan plumbum tanpa sedar daripada mainan yang digigit ni.
Tantrum adalah salah satu perkara yang biasa bagi kanak-kanak dua tahun ke atas. Pada fasa ini ibu ayah perlu lah banyakkan bersabar kerana ia ada kaitan dengan perkembangan otak si manja.
Ibu ini telah berkongsi mengenai tantrum yang dihadapi oleh kanak-kanak. Katanya, tantrum ialah sesuatu yang biasa buat anak kecil. Ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengatasi dan mengawal keadaan.
ANAK TANTRUM? WAJIB AMBIL TAHU NI
Ada ke ibu ayah yang anaknya tak tantrum?
Kalau ada, mungkin anak patung, anak kucing atau anak tekak.
Ingat lagi saat anak belum lagi lahir ke dunia, betapa kita berikrar nak menyayangi anak tanpa syarat. Saat anak lahir, ya Allah pipi gebu fluffy bak pau tu mengundang segunung rasa sayang kita yang memandang.
Langsung tak terfikir wajah mendamaikan jiwa itu mampu ‘throw tantrum’ dengan tenaga bak rasaksa. Tak kira di rumah, mahupun di tempat awam, tantrum tetap sesuatu episod ngeri buat ibu bapa/ penjaga.
Hanya kerana mainan tercalar sebesar kaki kuman, suara tangisnya ditekan ke pitch tertinggi.
Saya sendiri waktu mula jadi ibu dan mengadap siri-siri tantrum anak memang berkecai rasa jiwa. Kesabaran benar-benar teruji.
Tau tak siapa yang bertanggungjawab menjadikan anak kiut kita itu bertukar macam anak hulk?
AMYGDALA
Puncanya adalah Amygdala (amik-dah-la).
Amygdala bukan seorang gadis rusia mahupun seekor bakteria. Ia adalah bahagian otak yang terletak di himesfera bawah. Bahagian inilah yang mencetus tantrum anak.
Bahagian ini jugalah yang mendorong kita yang dewasa bertumbuk hanya kerana berebut parking dan mencaci maki di laman sosial. Otak inilah penyebab seseorang bertindak tanpa berfikir. Bertindak terburu-buru dan betul-betul ikut navigasi nafsu.
Walaupun ia menjadikan kita seperti seorang manusia yang teruk, tapi Amygdala ini jugalah yang bantu kita bertindak mempertahankan diri kita bila diancam bahaya.
Tanpa Amygdala, kita mungkin dengan selamba menghampiri seekor ular yang sedia mematuk atau buat tak tau je kalau ada penjenayah mengacu pistol.
Dalam buku Whole Brain Child tulisan Dr Daniel Siegel ada menjelaskan bagaimana otak berfungsi waktu anak TANTRUM.
Beliau mengandaikan otak ibarat rumah 2 tingkat.
Tingkat bawah adalah ruang emosi. Ruang yang dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, bilik tv dan dapur.
Manakala tingkat atas adalah ruang rasional dan logik. Ruang terletaknya bilik yang kita gunakan untuk mengurus diri dan berehat.
Waktu anak kecil, tingkat atas ni tak lengkap lagi. Bumbung masih lopong, ruang masih kosong, dinding pun belum berlepa.
Masuk usia 20-an, barulah tingkat atas otak kita siap. Itupun masih ramai manusia dewasa yang dah berusia tapi otak ‘tingkas atas’ masih tak siap-siap’.
Nak tengok otak tingkat atas tu siap atau tak, kita lihat seseorang tu kawal emosi. Kalau seseorang nampak ‘cool’ walau menghadapi situasi yang menekan, itulah tanda otak ‘tingkat atas’nya siap dan berfungsi dengan baik.
Kalau kita sering mengalami kebanjiran emosi sepanjang dewasa, marah, sedih dan kecewa yang tidak disembuhkan, berkemungkinan kita perlukan sedikit masa untuk jadi penyabar.
BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI BILA ANAK TANTRUM?
Bayangkan di tangga yang memisahkan tingkat atas dan tingkat bawah, terdapat pagar keselamatan di antaranya.
Bila anak menangis sepenuh hati akibat terlalu kecewa cerita Paw Patrol di tv dah habis, badan akan bertindak balas dengan mengeluarkan tenaga yang amat banyak.
Tenaga yang terlalu banyak tu akan menutup rapat pintu keselamatan sehingga anak tak mampu nak masuk ke tingkat atas, iaitu tingkat rasional.
Cakaplah apa sahaja ayat nasihat, bawaklah Dr Fadilah Kamsah sekalipun untuk bagi motivasi, fikiran anak tetap tak mampu rasional.
Waktu itu, bantulah anak. Bantu dengan kawal dulu emosi kita.
Jiwai sikit watak seorang pelawak dan penghibur tanpa mengharapkan anak kita dan-dan-tu terhibur.
Percayalah, waktu tantrum, anak sendiri rasa terseksa mengawal emosinya yang dah bertukar jadi rasaksa.
Cuba :
1) Samakan paras mata kita dan anak.
2) Maniskan wajah kita pada anak, seperti wajah nurse yang kita nak lihat waktu kita sakit.
3) Nyatakan perasaannya.
“You look so upset.
How big is it?
This big or thiiiisss bigg?”
4) Kalau masih marah, tarik perhatian pada benda lain.
Tunjuk buku cerita favorite anak ke, bawak pergi jalan kat luar ke atau apa sahaja yang dapat alihkan fokusnya.
Cuma, kadang-kadang sebab terlalu marah dengan kita, walaupun fikirannya mula rasional, dia masih ada rasa geram yang berbaki.
Waktu ini mungkin kita boleh tinggalkan dia sementara.
“I think you still upset with me. I should leave you here. Please come to me once you feel ok.”
6) Waktu anak diasingkan, boleh la PANCING anak.
Buat-buat baca buku cerita kuat-kuat, makan biskut kegemaran dia atau tonton kartun kegemarannya.
Bila perasan dia intai-intai kita, terus ajak dia join apa yang sedang kita buat.
Bila dia dah mula mesra dengan kita, waktu itulah kita boleh peringatkan kembali peraturan yang perlu anak ikuti.
Tapi awas! Kadang-kadang anak gunakan otak rasional iaitu otak tingkat atasnya untuk tantrum juga. Ia adalah saat anak tantrum untuk mendominasi kita.
Tantrum untuk dapatkan mainan yang dia nak dan tantrum melebih-lebih depan ayah untuk minta ayah membela nasibnya dari kena marah dengan mama.
Tantrum kerap berlaku pada anak usia 2 tahun. Waktu anak banyak kehendak tapi belum tahu nak menyatakannya atau tak capai standard yang mereka harapkan.
Kentalkan hatimu ayah, ibu. Menghadap tantrum itu langsung tak mudah. Tapi bila dah terbiasa, lama-lama jadi tak susah.
Pukul dan marah mungkin shortcut berkesan pada awal-awalnya. Tapi ia tidak membantu anak membina sistem kawalan diri dan emosi.
Taknak kan, anak jadi macam kita. Dah besar pon, tapi tingkat kedua otak masih lopong sana sini. Sikit hal marah! Tak kena sikit, bocor dinding rumah ditumbuk kita. Sobs!
Bantu anak bina ‘tingkat kedua’ otak dengan baik. Ia sangat membantu anak menjadi dewasa yang tahan tekanan.
Sweetnya gelagat anak Datin Diana Dianelle ini! Aurora buka kedai main masak-masak bersebelahan dengan abangnya Muhammad atau panggilan mesranya Che Mad selepas Che Mad berkhatan. Akrab sungguh kedua-duanya!
Muhammad, 5 tahun telah selamat bekhatan. Diana memuat naik gambar Muhammad sedang berehat di atas katil. Yang sweetnya, si adik, Nur Aurora, 3 tahun setia menemani abangnya dengan bermain di sebelah. Main masak-masak (pretend play) menjual makanan seperti nasi lemak, air tembikai,kopi dan ayam goreng.
Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bia melancong ke negara matahari terbit iaitu Jepun, pasti pujian diberikan kerana tahap kebersihan serta disiplin rakyat di sana. Bukan sahaja rakyatnya bangga dengan negara mereka bahkan sangat memandang tinggi penggunaan bahasa ibunda negara itu.
Bukan itu saja bahkan kemajuan teknologi serta sistem pendidikan di sana juga patut dijadikan inspirasi kerana mereka sering dilihat sentiasa berada di hadapan negara lain.
Sistem pendidikan mereka juga lebih menerapkan tentang moral berbanding perkara lain yang melatih rakyat Jepun untuk mengutamakan disiplin sedari masih kecil.
Berkongsi tentang pemerhatian sepanjang menetap di Jepun, Dr. Fitri Yusof yang merupakan seorang doktor falsafah berkongsi di laman Twitter miliknya tentang tahap pendidikan di Jepun.
Ikuti perkongsian beliau ini;
TAHAP PENDIDIKAN DI JEPUN
Ini benda yang saya selalu perhatikan semasa duduk di Jepun. Saja kongsikan.
1. Masa Tadika (Yōchien)
Mak bapa hantar lagi, tapi aktiviti dia main dan moral. Belajar cuci tandas, gosok gigi, susun selipar. Jalan dalam kereta tolak. Lintas jalan angkat tangan/bendera kuning.
2. Shōgakkō (6 hingga 12 tahun)
Masa ni baju ikut suka hati. Tak ada lagi baju uniform. Tapi kerja sekolah dah mula banyak. Main pun banyak. Sekolah biasanya walking distance, cikgu akan tunggu kat simpang dan greet anak-anak.
3. Chūgakkō (12-15 tahun)
Waktu ni dah ada baju uniform. Ni kira dah shonen la ni. Sekolah pagi, petang tu ada aktiviti kokurikulum. Dan ya, loceng sekolah bunyi memang sama macam dalam cerita Jepun.
Kōkō (15-18 tahun)
Ada sekolah biasa, ada sekolah private. Sekolah private biasa ada link dengan Uni. Baju putih biasa masa summer, masa winter pakai baju hitam.
Daigaku (Uni, 19tahun) atau Senmongakko (Sekolah Vokasional)
Jepun umur legal minum arak adalah 20 tahun, jadi 1st year Uni (19 tahun) takkan minum arak walaupun ada majlis meraikan diorang. Diorang lebih kepada menikmati setiap usia tu dan explore life di Uni. Ada enjoy bukatsu.
Jujurnya, jepun antara terbaik la kalau nak enjoy hidup di dunia. Tapi tulah, hidup bukan hanya matlamat dunia. Cabaran muslim kat sana banyak.
Apa Malaysia boleh belajar dari Jepun dari segi pendidikan?
1. Penekanan moral di awal pendidikan, bukan akademik.
2. Jarak sekolah yang walking distance dan keselamatan. Negara akan jimat masa, tenaga dan petrol yang banyak kalau sekolah walking distance.
3. Bebanan kerjaya guru. Cikgu kat sana enjoy kot. Mungkin kena kaji gaji guru tadika, gaji para guru mencukupi tak. Supaya cikgu tak fikir dah side income job dan fokus mendidik anak bangsa.
Bila anak-anak seronok, tak adalah ‘drama’ bila tiba masa nak ke sekolah kan? Bila dah dilatih dari kecil tentang nilai moral, anak-anak akan membesar menjadi individu yang beradab, tinggi disiplin dan sentiasa positif.