Kehadiran cecair atau lendir daripada hidung, tekak dan mulut si kecil biasanya disebut sebagai kahak (mucus) atau hingus merupakan perkara biasa. Tetapi, bayi akan berasa tidak selesa dengan kehadiran lender ini kerana mengganggu pernafasan mereka.
Lendir ini umumnya memainkan peranan dalam memastikan bayi sihat dengan membantu mengekalkan kelembapan pada hidung, mulut dan tekak bayi. Ia juga melindungi bayi dengan menghalang kuman daripada masuk ke dalam tubuh si kecil.
Akan tetapi jika lendir tersebut berlebihan, lendir ini perlu dikeluarkan kerana ia boleh menyebabkan hidung dan tekak bayi tersumbat. Lendiran ini juga boleh menandakan bahawa terdapatnya penyakit atau jangkitan pada badan anak.
Ads
Sebagai ibu bapa, tidak perlu khawatir kerana terdapat cara untuk membuang lendir ini daripada tekak atau hidung anak. Ibu bapa juga haruslah tahu juga punca mengapa terdapat lendir di tekak dan hidung anak.
Ads
Menurut Dr Nurul Husna, ibu bapa tidak boleh boleh biarkan bayi sesak nafas. Ibu bapa harus pantau dan rawat anak yang sesak nafas. Jom lihat cara hilangkan kahak bayi yang dikongsikan oleh Dr Nurul Husna melalui video di akaun TikToknya.
Punya keluarga yang ramai memang seronok. Pasti meriah dengan adik-beradik yang ramai dan punya macam-macam karenah. Itu mungkin yang dirasakan buat penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru tiga hari lepas ibunya melahirkan seorang adik perempuan.
Ibu kedua penyanyi itu, Hazelina, 43, melahirkan anak ke-11, pada Khamis lalu . Bapa mereka, Yusry Ishak ketika dihubungi berkata, bayi seberat 3.39 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada jam 6.55 pagi.
Yusry berkata, proses kelahiran anak ke-11 ini memberi dugaan besar kepada isterinya apabila terpaksa berada di bilik bersalin hampir lapan jam.
“Ini satu-satunya proses kelahiran yang saya lihat isteri seakan sedang bertarung nyawa. Saya kasihan melihat keadaannya yang terpaksa bertahan hampir lapan jam di bilik bersalin .
“Selalunya kurang dari dua jam dia sudah melahirkan anak, tapi kali ini proses kelahiran luar biasa. Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk ‘tutup kilang’ seperti yang disarankan doktor, ” katanya.
Menurut Yusry, isterinya sudah dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor, hari ini.
Yusry berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menambah zuriat lagi, tetapi usia isteri sudah mencecah 43 tahun. Dia juga akan membawa isterinya ke hospital untuk melakukan pembedahan kecil bagi mencegah kehamilan.
“Soal zuriat ini adalah rezeki Allah. Namun, disebabkan usia isteri yang semakin meningkat serta doktor juga menyarankan supaya isteri tidak lagi hamil, saya ikut saja.
“Lagipun masa menantikan isteri bersalin timbul rasa insaf dalam diri dan tidak mahu isteri hamil lagi kerana kasihan melihat keadaannya yang letih. Mujurlah saya ada di sisinya ketika itu. Saya juga bakal menimang cucu hujung tahun ini. Jadi nak tambah anak pun rasa tak sesuai,” katanya.
Ketika dihubungi oleh akhbar Harian Metro, Aiman Tino berkongsi rasa teruja apabila menerima kehadiran adik baru dalam keluarga mereka yang diberi nama Nina Delisya.
Aiman ketika dihubungi berkata, perasaan itu berbeza berbanding kali terakhir dia menerima adik baru ketika berusia 18 tahun.
“Perasaan itu berbeza berbanding sebelum ini. Mungkin sebab saya sendiri sudah dewasa dan lebih matang, jadi rasa lebih teruja berbanding ketika zaman remaja,” katanya kepada Harian Metro.
Aiman bagaimanapun perlu menjaga jarak dengan adiknya yang baru berusia tiga hari itu memandangkan wabak Covid-19 yang melanda negara sekarang.
“Kalau nak ikutkan, rasa geram dan nak gomol saja. Tapi, disebabkan situasi sekarang, saya pun berjaga-jaga. Selalunya, selepas mandi baru saya akan dekat dengan dia,” katanya.
Menurut Aiman, kehadiran anggota baru dalam keluarganya itu menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan rumah mereka.
“Sebelum ini, kami 11 beranak dan sekarang bertambah lagi seorang ahli keluarga. Bertambah meriahlah lagi.
“Itu belum lagi kira kakak dan abang yang sudah berkahwin kerana sekarang mereka menetap di tempat lain. Kalau tidak, sudah macam Hari Raya,” katanya
Selain Aiman dan Fara, Yusry dan Hazelina dikurniakan lapan lagi anak iaitu Mohd Aidil, 24, Nurfarazira, 23, Nur Isfasha, 17, Mohd. Haikal, 13, Nur Alya Mahsuri, 10, Nur Qaseh Mahsuri, 8, Mohd. Ikhwan, 5 dan Nur Nina Izara, 4.
Tahniah diucapkan kepada keluarga Aiman Tino dan Fara Hazel dengan kedatangan adik baru dalam keluarga. Pasti lebih meriah kehidupan mereka sekeluarga dengan kehadiran Nina Delisya.
Penyanyi, Akim Ahmad meluahkan rasa berbangga setelah menimang cahaya mata lelaki beberapa hari lepas. Menurutnya, dia memang mengimpikan untuk memiliki zuriat lelaki memandangkan anak sulungnya perempuan.
Malah Akim menganggap ini merupakan rezeki yang tidak ternilai buat mereka sekeluarga.
“Saya anggap ini rezeki buat kami sekeluarga. Bila dapat anak lelaki ini, bolehlah nanti ajak main bola sama-sama. Saya sebelum ini pernah cakap pada Stacy, teringin nak azankan anak.
“Bila anak perempuan lahir, kita akan iqamahkan, tetapi jika lelaki, kena azankan. Itu yang sering saya mahukan.
“Alhamdulillah, Allah kurniakan kami dengan kehadiran Isa setelah menunggu lama. Sedikit pun saya tak menangis sewaktu Isa berada dalam dakapan buat pertama kalinya.
“Perasaan yang berbeza semasa Eishal dilahirkan. Isa buat saya lebih bangga kerana akhirnya ada anak lelaki,” katanya.
Tambahnya lagi, dia dan isteri memang mengimpikan untuk memberi nama anak dengan nama nabi.
“Saya memang teringin nak letak nama nabi pada anak lelaki. Ada beberapa nama yang telah disenarai pendek, tetapi akhirnya saya dan Stacy pilih Isa sebab dekat dengan nama anak kedua kami, Eishal.
“Sebutannya hampir sama. Malah, Isa kalau digabungkan dengan Bella (nama anak sulung) akan menjadi Isabella.
“Nama itu dirasakan sesuai untuk anakanda kami ini dengan harapan, mudah-mudahan hubungan mereka adik-beradik akan sentiasa akrab dan saling sayang-menyayang,” katanya.
Betullah orang kata, bila ada anak automatik dari tak pandai apa-apa boleh jadi pandai. Mungkin sebelum ini rasa kekok tapi bila sama-sama urus dan belajar dah tak ada masalah.
Bagi sesetengah bayi ada yang lebih rapat dengan ibu atau ayah. Tapi jika kena caranya ayah akan jadi geng anak kerana si ayah sebenarnya lagi pandai manjakan anak. Betul ke?
Seperti yang dikongsikan oleh Elfira Loy melalui video suaminya, Faris Khairul Anuar mendodoikan Muhammad Rayyan Khalaf, nampak usaha Faris untuk pastikan si kecilnya tidur dengan lena.
Walaupun dalam keadaan mengantuk usahanya itu boleh dipuji dan pandai mengendalikan situasi itu.
Menurut Elfira, ada dua versi cara Faris dodoikan Rayyan iaitu dalam keadaan mengantuk dan tak mengantuk. Namun nampaknya dua-dua cara ini Rayyan selesa.
Perkongsian ini menarik perhatian peminatnya dan memuji usaha Faris membantu Elfira menjaga bayi.
Pengorbanan Ayah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!