Membiarkan bayi menghisap botol susu hingga tertidur amalan yang salah. Elakkannya kalau anda nak jaga gigi anak. Ia tidak seharusnya dibiasakan ketika mereka bayi kerana ia boleh menjadi satu tabiat dan boleh menjadi salah satu punca kerosakan gigi.
Masalah nursing bottle caries berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap susu ini akan menyebabkan kerosakan gigi mula berlaku.
BILA SI KECIL TUMBUH GIGI
Pertumbuhan gigi bermula sejak bayi lagi. Gigi yang sihat sangat penting bagi kesihatan anak secara keseluruhan. Ketahui perkara-perkara yang perlu anda tahu apabila si manja mula tumbuh gigi dan tanda gusinya sudah kuat.
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Ia adalah salah satu milestone bayi dalam perkembangannya. Menurut Dr Halina Haron, Doktor Pergigian di Klinik Pergigian Halina di Bangsar, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui untuk memastikan gigi si manja dijaga sejak kecil lagi.
7 FAKTA GIGI SI MANJA
Bayi mulai tumbuh gigi waktu berumur 3 hingga 6 bulan. Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi antara usia enam atau tujuh bulan.Malah ada yang tumbuh gigi pertama selepas umur setahun.
Pada usia dua setengah hingga tiga tahun, anak anda sepatutnya memiliki set lengkap 20 batang gigi bayi.
Biasanya, gigi pertama yang muncul adalah gigi bawah dua depan. Gigi yang terakhir pula selalunya gigi geraham kedua iaitu terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah.
Bayi akan rasa tidak selesa seperti mulai lebih banyak air liur dan terus-menerus ingin mengunyah sesuatu, menangis, tidak mahu makan dan tidak lena tidur.
Gusi bengkak dapat menyebabkan suhu badan bayi anda meningkat, tetapi umumnya tumbuh gigi tidak menyebabkan suhu tinggi pada bayi. Anda harus menghubungi doktor anda jika suhu tinggi memang terjadi, kerana ada kemungkinan penyebab lain untuk itu.
Untuk mencegah kerosakan gigi jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botolsusu. Teh, susu atau jus dalam mulut bayi boleh merosakkan gigi dan menggalakkan pembentukan plak.
Setelah usia tiga tahun, anak sudah boleh meludah keluar, sediakan ubat gigi dan berus gigi mengikut usianya.
KENAL PASTI REAKSI BAYI BILA TUMBUH GIGI
Ads
Terdapat beberapa perubahan sikap yang dialami bayi semasa pertumbuhan gigi. Antaranya ialah seperti berikut;
1.Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah.
2.Sering memasukkan tangan ke dalam mulut.
3.Air liurnya meleleh keluar berlebihan dari biasa.
4.Tidak selera makan dan minum susu.
5.Selalu ingin menggigit untuk mengurangi rasa sakitnya.
Ads
6.Suhu badannya sedikit naik tetapi tidak melebihi daripada 39 Celsius
7.Pipi si manja menjadi kemerah-merahan, akibat lelehan air liur berlebihan.
8.Terjaga dari tidur pada waktu malam. Tidurnya menjadi tidak nyenyak.
9.Menggigit permainan dan jarinya untuk mengurangkan rasa kurang selesanya.
Ads
TIP ATASI KETIDAKSELESAAN INGIN TUMBUH GIGI
Bayi kerap kali akan banyak merengek dan gelisah ketika melalui fasa tumbuh gigi. Mama dan papa boleh bantu mereka untuk melaluinya dengan melakukan beberapa tip berikut;
Berikan teetheratau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.
Boleh memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamoldengan preskripsi doktor.
Berikan lebih susu atau air jika tidak mahu makansupaya perut tidak kosong.
Berikanmakanan yang keras dan sejuk untuk dikunyah seperti kepingan keju, buah epal atau lobak merah. Tetapi jangan tinggalkan anak seorang diri untuk mengelak tercekik.
Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
Peluk dan tenangkannya.
TANDA GUSI SI MANJA SUDAH KUAT
Jika gusi sering bengkak bererti anda mengalami pertumbuhan gigi yang tidak sihat. Anak mempunyai gizi seimbang memiliki gigi kukuh dan bersih serta gusi berwarna merah muda berkilat serta memiliki lidah yang bersih dan segar. Apabila gusi dan gigi mengalami gangguan kerosakan, ia akan menyebabkan kanak-kanak sukar hendak makan.
Gusi adalah sokongan yang menjaga gigi tetap di rahangnya. Gusi rosak apabila terlalu lama terdedah kepada plak atau bakteria dan sisa makanan yang terlekat di rongga mulut. Juga kurang vitamin C yang menyebabkan kerosakan gusi. Gusi yang tidak sihat akan mengalami keradangan, bengkak, berdarah, warna merah, dan seterusnya boleh mengakibatkan gigi bergoyang, Malah bau mulut tidak sedap (halitosis). Biasakan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Pilih ubat gigi dan berus gigi khas untuk kanak-kanak.
Jika gigi si manja hanya beberapa batang sahaja, memadai membersihkannya dengan sehelai kain kasar. Atau boleh membeli berus gigi yang menggunakan jari anda untuk memberi gigi si manja. Gunakan berus gigi yang diperbuat dari silikon yang boleh disarungkan ke jari anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Bila gigi pertama bayi tumbuh?
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Bagaimana penjagaan oral untuk bayi dan kanak-kanak?
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
Bersihkan gigi pertama yang baru tumbuh dengan meletakkan sedikit ubat gigi berfluorida pada kain lembut dan sapukan pada gigi bayi.
Jika gigi geraham sudah tumbuh, anda boleh mula menggunakan berus gigi khas untuk bayi yang banyak dijual di pasaran. Letakkan ubat gigi khas untuk bayi sebesar saiz biji kacang pis pada berus gigi tersebut.
Berus di sekitar lidah dan gusi untuk menghilangkan bakteria tersembunyi dan mengelakkan mulut bayi berbau.
Lakukan rutin ini dua kali sehari iaitu sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan pada malam hari sebelum tidur.
Bawa bayi anda berjumpa doktor gigi semasa gigi pertamanya tumbuh ataupun selewat-lewatnya semasa usia bayi setahun. Doktor gigi akan memberikan nasihat tentang cara-cara penjagaan gigi bayi kepada ibu bapa.
Seronoknya dia bermain dengan cermin. Melihat wajah dan imejnya dalam cermin pun boleh buat dia ketawa. Tapi jangan risau, ini perkembangan yang baik.
Tiap kali dia melintas di sebelah cermin, suka sangat dia memerhati. Kadang-kadang lama duduk di depan cermin sambil bersembang ikut gaya ‘bahasa’ dia dan ketawa.
BAYI TERTARIK KEPADA CERMIN KERANA TERTARIK DENGAN WAJAH
Bayi sukakan cermin kerana mereka tertarik kepada muka/ wajah. Sejak lahir, mereka suka untuk melihat dan merenung wajah ibu bapa dan pengasuh mereka.
Bayi juga suka melihat wajah yang terpampang di dalam gambar serta orang yang selesa bersama-samanya. Wajah yang dilihat dalam cermin juga tidak terkecuali!
6 KESAN POSTIF BERMAIN DENGAN CERMIN KEPADA BAYI
1-Bermain dengan cermin adalah salah satu eksplorasi atau penerokaan. Cuba dukung bayi anda di depan cermin. Bayi yang normal selalunya akan cuba menyentuh imejnya yang wujud di dalam cermin tersebut. Mereka akan belajar untuk mengenal refleksi imej di dalam cermin.
2-Apabila anda berada di depan cermin bersama bayi, bolehlah ajarnya tentang nama anggota pada wajah. Sebutkan tentang hidung, mata, mulut, pipi, dagu, telinga, kepala, rambut dan sebagainya. Bayi akan belajar tentangnya dengan cermin dan bantuan anda.
3- Visual tracking atau latihan mata untuk melihat objek yang bergerak di sekitarnya. Misalnya wajah abang atau kakaknya yang sedang bermain dan bergerak di depan cermin sambil membuat pelbagai mimik muka. Percayalah, tentu bayi anda akan suka aktiviti ini, satu latihan kognitif yang baik.
4- Dia akan cuba mencapai imej pada cermin tersebut dengan cara menyentuh. Ia adalah salah satu latihan motor yang baik untuknya. Dia juga tahu tentang kewujudan objek hanya pada depan cermin dan bukan di dalam cermin.
5-Bermain di depan cermin ialah bonding yang baik untuk mama, papa, bayi dan anak-anak yang lain. Ia juga membina kemahiran bersosial.
6-Si kecil belajar untuk fokus apabila bermain dengan cermin.
6 TIP PERKENALKAN PERMAINAN CERMIN KEPADA BAYI
*PASTIKAN ANDA HANYA MENGGUNAKAN CERMIN KHAS UNTUK BAYI
Belikan cermin khas untuk bayi yang tidak pecah. Ia wujud dalam pembagai saiz dan bentuk.
Boleh juga dapatkan mainan yang mempunyai cermin.
Lekatkan di bahagian dinding- bawah(mencecah lantai) supaya bayi boleh melihat cermin semasa aktiviti merangkak atau bermain. Jika cermin tersebut berbentuk memanjang, eloklah ditampalkan dalam kedudukan memanjang
Boleh juga dilekatkan pada sudut tepi di dalam katil bayi dengan mengunakan velcro. Tanggalkan apabila bayi tidur.
Sentiasa periksa sekiranya cermin retak atau pecah. Pastikan ia ditanggalkan sekiranya retak atau pecah.
Jangan tinggalkan bayi seorang diri apabila bermain. Pastikan sentiasa memantau bayi untuk mengelakkan kemalangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa sedar kita sebagai mak ayah telah meningkatkan risiko bahaya pada anak sendiri bila menggunakan tiga benda yang dianggap wajib ada dalam kehidupan seorang bayi.
Maklumlah bila tahu akan dapat cahayamata, kita jadi teruja dan sediakan pelbagai keperluan asasnya. Tanpa pengetahuan rupanya barangan tersebut jika digunakan boleh meningkatkan risiko bahaya pada si manja.
Menurut Dr Taufiq Razif, tiga benda comel yang sering digunakan oleh kebanyakan ibu bapa pada bayi mereka meningkatkan risiko bahaya pada keselamatan anak.
#1 – Sarung Tangan Bayi / Baby Mittens
Ramai mak ayah tak tahu yang bayi ni sebenarnya gunakan jari jemari mereka ni untuk merangsang otak mereka. Makin banyak sentuhan dan rangsangan taktil, makin cepat berkembang otak anak kita.
Sebab tu la sebaiknya pakaikan mittens ni jarang-jarang je dan sebaiknya jangan pakai dah untuk anak yang dah nak masuk umur 1 bulan. Biar je anak kita meneroka dunianya dengan jari jemari comelnya.
#2 – Walker
Ramai mak ayah belikan walker supaya anak cepat berjalan. Salah tu! Walker ni la membuatkan rangsangan otak dan otot kaki anak kita jadi makin berkurang.
Berguling, merangkak dan bermain di lantai lah yang sebenarnya menjadi asas untuk anak kita berjalan. Yang paling saya takutkan, walker ni la antara penyebab terbanyak kecederaan pada anak-anak.
Banyak kes anak melecur masuk ke kecemasan bila tersimbah air panas yang si comel di capai sendiri masa tengah naik walker ni. Di US pun kira-kira 14,000 kanak-kanak cedera setiap tahun disebabkan walker ni.
#3 – Bantal
Yang ni paling ramai tak tahu. Tahu tak bantal ni boleh meningkatkan risiko bayi kita meninggal secara tiba-tiba / sindrom bayi mati mengejut (Sudden Infant Death Syndrome).
Tanpa sedar, bantal hiasan tu semua boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas!
Sebab tu sebaiknya elakkan la pakai bantal kecuali kita memang yakin boleh pantau 24 jam tapi tak mungkin la kan? Saran saya, bila nampak anak dah lena tu, alihkan la bantal tu semua kecuali anak kita dah berumur 2 tahun ke atas.