Betullah orang cakap, kehadiran anak ini mampu mengubah kehidupan jadi lebih baik. Begitu juga yang dirasai oleh Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan dan isterinya Nadifa Adnan.

Sejak kehadiran permata hati mereka, Muhammad Zayne Danial, 7 bulan semuanya berubah. Mat Dan yang ditemui bersama isterinya ketika sesi fotografi cover Majalah Pa&Ma isu Februari berkongsi keterujaan mereka melihat Zayne membesar.

Mat Dan Mahu Zayne Pandai Dialek Terengganu Dan Bahasa Inggeris. Baru Betul Anak Kacukan!

Sama seperti ibu bapa lain yang pertama kali dikurniakan anak, begitulah apa yang kami rasa. Mat Dan akui paling ketara perubahan hidupnya dan isteri adalah waktu tidur yang tak seperti dulu lagi.

Sebelum ada anak, kami bebas nak tidur jam berapa dan boleh rehat yang cukup. Namun bila ada Zayne, dengar je dia menangis atau terjaga tengah malam, kami tak boleh buat tak tahu.

“Nak mudah saya akan bangun bantu isteri dan buat apa yang patut. Contoh tukar lampin atau bagi susu. Biar kami sama-sama dapat rasai momen ini,” katanya.Mat Dan Mahu Zayne Pandai Dialek Terengganu Dan Bahasa Inggeris. Baru Betul Anak Kacukan!Lagi satu bila ada anak, apa yang nak dilakukan kena fikirkan anak dulu. Contoh jika nak keluar rumah persiapan kelengkapan Zayne paling utama. Ada ketikanya bila dah plan nak keluar tiba-tiba Zayne tidur, niat itu terpaksa dibatalkan.

IKLAN

Mat Dan juga tak boleh berpisah lama dengan anak dan cepat rindu bila terpaksa berjauhan lama dengan anak.

Nak merancang jadual kerja juga saya dahulukan Zayne. Lebih-lebih lagi kalau terpaksa kerja luar kawasan dalam tempoh yang lama. Semuanya saya susun semula dan fikirkan keutamaan Zayne. Semua ini memberikan pengalaman berbeza buat saya dan isteri.

Zayne tak banyak karenah

Anak kacukan Mat Saleh dan Melayu ini juga nampaknya dah makin membesar dengan sihat. Kini beratnya dah hampir mencecah 9 kilogram.

IKLAN

 

Mat Dan Mahu Zayne Pandai Dialek Terengganu Dan Bahasa Inggeris. Baru Betul Anak Kacukan!Nadifa jelaskan Zayne mula meniarap pada usianya lima bulan dan kini semakin kerap ketawa bila diagah. Dia juga sudah pandai mencapai semua barang yang ada di hadapannya dan terus memasukkannya ke dalam mulut.

“Zayne sememangnya mudah dijaga malah dia tidak banyak kerenah. Cuma dia tidak boleh berenggang lama dengan saya. Sebolehnya dia mahu saya sentiasa ada disebelahnya,” katanya.

IKLAN

Bila dah semakin besar, nampaknya Zayne kecenderungan Zayne adalah dia suka buku. Mungkin juga semasa usianya dua bulan saya rangsang mindanya dengan flashcard yang saya buat sendiri untuk Zayne. Teruja nak siapkan flashcard sendiri dengan pelbagai karektor berwarna untuk Zayne. Kini setiap hari saya bacakan buku cerita untuk Zayne. Dia nampak berminat dan matanya fokus dengan apa yang saya tunjukkan walaupun masih belum memahaminya.

“Lagipun masa saya dirumah pun hanya dengan dia. Jadi banyaklah aktiviti boleh dibuat jika Mat Dan keluar bekerja. Seronok melihat setiap aksinya,” kongsinya yang banyak belajar tip keibubapaan dan mendidik anak melalui Dr Sheikh Muzaphar.

Mat Dan Mahu Zayne Pandai Dialek Terengganu Dan Bahasa Inggeris. Baru Betul Anak Kacukan!Walaupun berbeza adat, Mat Dan dan Nadifa bersepakat untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.

Mat Dan jelaskan dia dan isteri nak Zayne belajar adat dan budaya keluarga mereka serta bahasa ibunda mereka selain bahasa Melayu. Rugilah kalau hadkan pada satu bahasa sahaja. Kelebihan ini saya akan biasakan pada Zayne dari awal tapi tidaklah terlalu memaksa.

“Biar dia belajar ikut perkembangannya dan kami akan sentiasa menyokong mana yang terbaik buatnya,”akhirinya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI