Jangan buat beberapa aktiviti ketika hamil terutama bila sudah masuk trimester kedua. Walaupun semasa hamil, ibu boleh terus melakukan aktiviti senaman yang digemari tetapi ada beberapa aktiviti yang mesti dihentikan terus.

Ibu hamil tetap boleh melakukan aktiviti senaman untuk mengekalkan tubuh badan terus sihat dan bertenaga untuk melalui fasa kehamilan yang makin mencabar.

Bagaimanapun ada beberapa aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh ibu hamil. Sebaiknya rujuk kepada doktor pakar yang merawat anda untuk nasihat yang terbaik sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.

Aktiviti tak boleh buat semasa trimester kedua?

Sebaik-baiknya, anda perlu mengelakkan sebarang aktiviti yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh ataupun membahayakan kawasan abdomen semasa hamil.

Jangan Buat Aktiviti Ini Ketika Trimester Kedua Kehamilan
Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

Risiko untuk kecederaan sebahagiannya bergantung kepada tahap kemahiran anda juga. Namun, ingatlah bahawa keupayaan anda untuk menyeimbangkan diri akan menurun kerana keadaan kehamilan dan pusat graviti anda juga telah berubah.

IKLAN

Anda juga pasti ingin mengikuti langkah berjaga-jaga semasa mengembara pada altitud yang tinggi, di mana pada keadaan sedemikian, kurang oksigen untuk anda dan bayi. Dengan berada pada aras 8,000 kaki ke atas, misalnya, boleh menyebabkan kesakitan altitud dan meletakkan bayi dalam risiko.

Berikut merupakan senarai sesetengah aktiviti yang boleh menimbulkan masalah semasa kehamilan:

IKLAN
  • Naik alat permainan di taman hiburan: Meluncur air dan beberapa alat permainan n lain di taman hiburan adalah dilarang sama sekali untuk ibu hamil, kerana pendaratan kuat atau permulaan dan hentian tiba-tiba boleh membahayakan bayi.
  • Berbasikal: Menunggang basikal bukanlah senaman yang baik terutama untuk mereka yang baru ingin memulakannya. Namun, penunggang yang berpengalaman boleh meneruskan berbasikal sehingga tempoh trimester kedua mereka. Ini kerana, semasa hamil, pusat graviti mereka berlaku perubahan sehingga boleh menjejaskan keseimbangan dan membuatkan berbasikal itu bahaya. Namun, tunggangan basikal pegun (indoor) adalah alternatif yang selamat.
  • Sukan lasak: Bola sepak, bola keranjang, bola tampar dan hoki meletakkan anda dalam risiko yang tinggi untuk mendapat kecederaan, iaitu semasa mengambil bola ataupun membaling bola dari dan kepada pemain lain, atau kemungkinan terjatuh semasa bermain.
  • Menyelam: Aktiviti ini berbahaya kepada bayi anda untuk berendam ke dalam air secara paksa.
  • Gimnastik: Sekali lagi, terdapat risiko untuk anda terjatuh dan meningkatkan trauma kepada abdomen anda.
  • Menunggang kuda: Walaupun anda seorang penunggang kuda yang baik, adalah tidak berbaloi untuk anda mengambil risiko menunggang kuda semasa hamil.
  • Tab mandian panas dan sauna: Berendam di dalam tab mandian panas dan jakuzzi atau duduk di dalam sauna boleh membahayakan janin anda yang sedang membesar di dalam perut. Ini kerana pemanasan berlebihan adalah berkait denggan kecacatan kelahiran.
  • Berlari: Jika anda bukan seorang pelari sebelum disahkan hamil, ini bukan masanya untuk mula berlari. Jika tidak, anda masih boleh meneruskannya namun perlulah dilakukan secara sederhana. Bermula dari trimester kedua, iaitu apabila risiko untuk terjatuh meningkat, anda perlu berlari dengan berhati-hati. Elakkan berlari dalam cuaca panas melampau dan minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang semasa berpeluh.
  • Selam skuba: Ini adalah aktiviti yang amat dilarang! Semasa anda berada di permukaan air, buih air boleh membentuk dalam aliran darah, yang boleh membahayakan diri anda dan kandungan.
  • Meluncur salji: Risiko yang sama untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
  • Meluncur: Risiko yang sama untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
  • Tenis: Permainan tenis yang sederhana adalah selamat untuk anda main sebelum hamil. Akan tetapi, anda mungkin menghadapi masalah dengan keseimbangan dan hentian tiba-tiba jika bermain semasa hamil, jadi berhati-hatilah! Kebanyakan wanita merasakan sukar untuk bermain dengan baik kerana perut yang semakin membesar semasa trimester kedua dan ketiga.
  • Meluncur air: Aktiviti lain yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.

WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

Jangan Buat Aktiviti Ini Ketika Trimester Kedua Kehamilan

IKLAN

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.

Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.

Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI