Semasa sedang hamil, ibu tidak perlu gusar memikirkan tentang susu badan. Tidak perlu buat stok susu untuk bayi yang bakl dilahirkan. Ia hanya akan menyebabkan rasa stres yang membuatkan kehamilan anda terganggu.
Menurut Pembimbing Penyusuan, Nor Azura, tiada keperluan untuk mengepam susu badan dalam tempoh kehamilan. Ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi kerana kontraksi awal mungkin akan tercetus.
Ikuti penjelasan lanjut mengenai hal ini.
PAM UNTUK ADAKAN SUSU SEBELUM BERSALIN?
Acapkali saya terbaca soalan dari ibu hamil atau saranan dari orang lain untuk mengepam semasa hamil kononnya untuk mengadakan susu semasa hamil lagi,tapi yang saran pun tak pernah buat benda tu.Saya nak ingatkan,
Dan tolong jangan suggest kat orang lain untuk pam masa dia pregnant ya.Ia boleh mencetuskan kontraksi awal pada si ibu dan boleh merbahayakan si ibu dan bayi.
Ads
Tiada keperluan untuk hasilkan atau keluar susu sebelum anda hamil.Bayi yang akan minum susu tu pun dalam rahim lagi,jadi kenapa nak risau susu belum keluar,bukan.
Yang penting,selepas lahir segera susukan bayi,susukan dengan kerap,pastikan lekapan baik,pelbagaikan posisi menyusu,perhatikan cara bayi menyusu,kenalpasti cara bayi cukup susu dan sebagainya.
SUSU TAK KELUAR MASA PREGNANT,PERLU RISAU TAK?
Wanita yang hamil kerap menjadi sasaran penjual milkbooster kononnya produk mereka harus diambil seawal si ibu hamil lagi bagi memastikan si ibu mampu menghasilkan susu atau penting untuk mereka mengambil produk tambah susu sejurus melahirkan.
Wanita yang saya kasihi,Tuhan menjadikan tubuh kita ni unik dan lengkap dengan sistemnya sendiri..Tuhan berikan kita hormon yang pelbagai dan tiap satunya ada fungsi di setiap fasa kita lalui.
Hormon Progesteron tinggi semasa kehamilan kerana ia diperlukan semasa proses ini dan ia berfungsi menghalang prolaktin untuk menghasilkan susu lebih banyak.Progesteron dirembeskan dari Plasenta atau Uri.Jadi,tak perlu risau jika anda sudah mencapai penghujung kehamilan,tapi susu masih belum keluar.
Kerana itu juga tidak hairan jika wanita hamil yang masih susukan anak,susunya boleh berkurangan atau kering walaupun demand vs supply diteruskan,ini kerana hormon kehamilan bertentangan dengan hormon menyusukan.Jika mahu menyusukan bayi hingga dua tahun,sila rancang kehamilan anda.
Apabila selesai proses melahirkan,uri juga sudah dikeluarkan.Ketika ini badan akan mengalami proses penurunan hormon Progesteron yang mendadak.Tiada lagi penghalang bagi hormon Prolaktin untuk dirembeskan,iaitu Progesteron tadi.
Maka susu akan keluar juga untuk bayi anda walaupun anda tidak mengambil sebarang produk.Kuncinya,silalah susukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan.Rangsangan dari mulut kecil bayi ini sangat Powerful,ia RANGSANGAN TERBAIK sekali bagi payudara anda.
Dia beri bayi kita mulut kecil mungil tapi sangat berkuasa untuk mengeluarkan susu dari payudara. Dia beri kita proses hamil dan melahirkan,Dia juga berikan kita sistem dan hormon untuk tubuh kita menghasilkan susu secara semula jadi.
Hebatkan Sang Pencipta kita?
Jadi apa perlu kita buat semasa hamil ni?
Banyakkan membaca,hadiri kelas penyusuan,fahamkan proses kehamilan dan menyusukan. Banyak lagi kita perlu belajar selepas bayi dilahirkan nanti. Tarik suami sekali untuk sertai dan belajar sama-sama.
Darah beku pada paru-paru atau pulmonary embolism ialah salah satu punca kematian wanita selepas bersalin di Malaysia. Ia boleh dicegah awal, 12 kategori ini perlu sentiasa waspada.
Kita kerap kali mendengar kematian wanita selepas bersalin akibat sesak nafas. Sesak nafas, mungkin asbab kematian yang kelihatan umum tetapi ia berkemungkinan besar disebabkan oleh Pulmonary Embolism atau ringkasnya disebut PE. Ia sepatutnya diberikan perhatian serius di kalangan ibu selepas bersalin!
12 KEADAAN IBU BOLEH MENINGKATKAN RISIKO PULMONARY EMBOLISM
Hampir semua ibu yang hamil dan bersalin mempunyai risiko untuk mengalami pulmonary embolism kerana darah ketika ini lebih pekat daripada kebiasaannya.
Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa dan selepas bersalin menjadi lebih tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan ini;
Ibu mempunyai berat badan melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2.
Bersalin menerusi pembedahan.
Ibu berumur lebih daripada 35 tahun.
Ibu yang melahirkan kandungan kembar.
Mengalami masalah air ketuban banyak atau polihidramnios.
Ibu yang mengalami dehidrasi atau kurang air dalam badan.
Ibu yang pernah mendapat penyakit darah beku sebelum dan semasa mengandung atau pada kandungan terdahulu.
Tumpah darah semasa bersalin (melebihi satu liter).
Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin.
Penyakit yang menyebabkan darah menjadi likat seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome.
Ibu melalui pembedahan semasa mengandungatau selepas bersalin seperti pembedahan appendisitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
Ibu hidap penyakit pra eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein) semasa hamil dan berterusan selepas bersalin.
SALAH SATU PUNCA KEMATIAN WANITA SELEPAS BERSALIN
Menurut Dr Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pantai Hospital Ipoh, pulmonary embolism ialah keadaan di mana kehadiran darah beku secara tiba-tiba di dalam saluran darah ke paru-paru.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian wanita hamil dan selepas bersalin iaitu dalam masa kira-kira enam minggu selepas bersalin. Selain darah tinggi dan tumpah darah, Pulmonary Embolism ialah antara penyumbang tertinggi kematian wanita selepas bersalin di Malaysia.
Darah wanita hamil adalah lebih pekat daripada biasa. Pembesaran bayi dalam akan menekan saluran darah utama yang terdapat pada badan ibu menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar. Ini akan menyebabkan darah beku akan terbentuk di saluran darah pada betis (deep vein thrombosis).
Selain itu, terdapat juga beberapa sebab lain seperti melahirkan melalui pembedahan juga boleh menyebabkan darah beku terbentuk kerana kurangnya pergerakan selepas bersalin.
IBU LEPAS BERSALIN JANGAN TAKUT BERGERAK
Menurut Dr Dharmini, kurangnya pergerakan selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko terjadinya pulmonary embolism.
“Apabila darah beku berkumpul pada bahagian betis, si ibu akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan berasa sakit pada betis ketika berjalan. Gejala ini perlu diberi rawatan awal. Jika tidak, darah beku pada dalam saluran darah dibahagian kaki si ibu boleh ‘dislodge’ dan bergerak bila-bila masa dan menyangkut di saluran darah yang halus di paru-paru.
“Ini boleh menyebabkan saluran darah di dalam paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism dan boleh menyebabkan kematian secara tiba- tiba,” kata Dr Dharmini.
5 TANDA AWAL PULMONARY EMBOLISM
Menyedari bahaya pulmonary embolism dan keupayaannya meragut nyawa, para ibu yang dalam tempoh minggu pertama selepas bersalin terutamanya sekali yang berisiko tinggi perlu berwaspada dan peka tanda-tanda awal pulmonary embolism. Antara simptom awal adalah seperti berikut;
Kembang atau bengkak kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki kiri)
Sukar untuk bernafas.
Sakit dada.
Batuk berdarah.
Denyutan nadi yang sangat laju.
Sekiranya anda mempunyai simptom ini, segera dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor yang merawat biasanya akan menjalankan pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.
BOLEHKAH PULMONARY EMBOLISM DIELAKKAN?
Kebanyakan mangsa yang mengalami pulmonary embolism maut sebelum sempat sampai ke hospital. Oleh itu, rujuklah kepada doktor dengan segera terutamanya jika ada mengalami simptom awal. Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, anda boleh berusaha untuk mengelakkan pulmonary embolism melalui beberapa langkah.
Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
Aktif bergerak dan berjalan. Jangan hanya berbaring di katil dan jauhi sifat ‘ibu manja’ yang takut atau malas untuk bergerak!
Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh.
Suntikan ubat suntikan pencair darah sekiranya dirasakan perlu.
Menurut Dr Dharmini, amalan pantang tradisional yang dilakukan secara sederhana seperti bertungku, bertuam, berdiang, berurut dan mandi air suam semasa dalam pantang amat membantu untuk mengelakkan terjadinya darah beku pada ibu. Walau pun ia baik, ibu perlu mengelakkan ia dilakukan pada bahagian luka caesarean bagi mengelakkan jangkitan kuman dan luka lambat sembuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tompok berwarna kebiruan atau kelabu kehitaman ini mungkin menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa. Mana tidaknya warna seperti lebam, bimbang menyakitkan si manja!
Tanda seolah-olah lebam dan ini selalunya wujud pada bahagian punggung, belakang. Tidak terkecuali bahagian dada, betis, kaki dan tangan. Malah ada sesetengah bayi turut mendapatnya pada bahagian muka!
Menurut Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik & Pensyarah Pediatrik Monash University, ramai ibu bapa salah faham mengenai tanda lahir ini. Ada yang bimbang ia akan menyakitkan si manja. Berikut ialah perkongsian beliau;
Ramai yang tersalah faham dengan tanda lahir ini.
MONGOLIAN SPOT
Ia dinamakan Mongolian spot.
Ia sejenis tanda lahir yang telah terjadi sejak dalam kandungan di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen berterusan berada di dalam lapisan kulit yang paling dalam menyebabkan warnanya menjadi kebiruan / kelabu kehitaman.
Ia selalunya timbul di bahagian punggung, belakang, namun boleh juga dilihat di bahagian lain tubuh. Mongolian spot ini akan beransur pudar dan hilang apabila anak meningkat umur hingga remaja.
TIADA KAITAN DENGAN MASALAH KESIHATAN
Tiada kaitan dengan sebarang masalah kesihatan seperti sesetengah tanda lahir lain seperti ‘haemangioma’ atau ‘cafe au lait spots’.
5 INFO MENGENAI MONGOLIAN SPOT
#1: Ia juga dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau slate gray nevi.
#2: Banyak berlaku pada bayi yang mempunyai kulit gelap berbanding berkulit cerah.
#3: Tiada bentuk tertentu dan sering terdapat di bahagian bayi seperti punggung, belakang badan, lengan, paha dan betis.
#4: Mempunyai kelebaran 2 hingga 8sm.
#5: Permukaannya nipis, tekstur licin sama seperti kulit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau macam mana susah pun anak kita untuk minum air yang cukup setiap hari, mak ayah perlulah pandai memujuk agar anak minum jumlah air mencukupi. Menekan air sendiri di mesin penapis air antara salah satu tarikan buat anak kecil kita minum air yang cukup.
Tidak hanya minum air kosong mencukupi, sesekali pastikan anak minum air mineral. Bukan anak sahaja bahkan juga untuk orang dewasa. Mengapa? Ini jenis yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan mengenai air mineral.
Cerita air tak habis lagi. Ada 3 jenis air mineral yang betul-betul tinggi dengan mineral. 1 saya dah kongsi semalam, air Spritzer. Harini sambung kongsi lagi 2 jenis air.
Ketiga-tiga jenis air ni, ada kandungan mineral yang berbeza. Tak boleh banding pun mana paling bagus, mana paling baik, sebab semua ada kekuatan masing-masing.
1. Evian – Datang dari kawasan pergunungan Alps. – Tinggi kandungan magnesium berbanding Volvic dan Spritzer.
2. Volvic – Datang dari kawasan gunung berapi. – Tinggi kandungan kloride berbanding Evian dan Spritzer.
3. Spritzer – Datang dari kawasan hutan hujan, 420 kaki bawah tanah, di Taiping. – Tinggi kandungan silika berbanding Evian dan Volvic.
Jadikan air mineral Spritzer sebagai salah satu minuman mingguan untuk anak kita minum. Walaupun rumah kita dah ada air mineral atau air putih, tetap jugak kita bagi anak minum, sekurangnya seminggu sekali. Kita pun minum sekali lah ye dengan anak-anak.
Air mineral pun ada label tau. Ada 53mg silika dalam 1 liter air Spritzer. Kandungan silika dalam air ni, yang paling tinggi antara semua air mineral yang ada di Malaysia.
Fungsi utama silika dalam air macam ni, untuk singkirkan logam aluminium yang ada dalam badan.
Aluminium datang dari mana? 1. Bekas makanan yang kita guna, periuk aluminium, makanan dalam tin, aluminium foil. 2. Rokok dan asap rokok 3. Deoderan 4. Sunscreen 5. Dan sebagainya
Badan kita dan anak-anak memang setiap hari terdedah dengan logam aluminum sebenarnya, tanpa kita sedar kan.
So lepas ni kita ajak semua ahli keluarga minum air mineral Spritzer k. Cari yang botol hijau tau. Yang tulis air mineral.
Bukan botol biru, yang itu air minuman. Tak sama kandungan silika dengan air mineral Spritzer ni.
Tapi yang pasti, semua air ni, masih tak boleh lawan air zamzam yang paling mulia kan. Korang tengok gambar k, jenis air mineral yang betul tinggi dengan kandungan mineral. Air macam ni ada je sebenarnya di 7E atau pasaraya. Cuma kadang, kita takut nak ambil apesal air ni kayangan sangat.
Lepas ni dah tahu lah kan sebab apa mahar air macam ni tinggi sikit berbanding air lain. Sebab kandungan mineral yang ada dalam tu buat air ni lebih berkualiti untuk diminum. Kita sama-sama belajar sesuatu yang baru setiap hari k.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.