Pertama kali hamil, maka segala-galanya menjadi kali pertama. Ketika hamil menghampiri tarikh jangkaan bersalin, pasti anda tertanya-tanya apakah ada cara untuk membantu diri melancarkan proses bersalin.
Sedikit sebanyak pasti ada yang rasa gusar dengan kesakitan kontraksi yang bakal ditanggung sebelum berjaya melahirkan bayi.
Jangan terlalu panik. Ada cara yang boleh dilakukan untuk mempermudahkan proses bersalin. Namun anda perlu ingat bahawa setiap proses kelahiran adalah berbeza antara satu sama lain walaupun anak-anak itu datang daripada ibu yang sama.
Telur ayam kampung
Telur ayam kampung sememangnya sinonim sebagai makanan yang membantu dalam pemulihan tenaga. Jika diambil bersama minuman coklat, ia sangat membantu terutamanya semasa proses meneran.
Untuk itu, anda perlu ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ia ke dalam secawan minuman coklat panas. Kacau dan kemudiannya minum. Sebaik-baiknya, ia dilakukan selepas anda mendapat tanda-tanda awal bersalin.
Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk mengamalkan makan telur ayam kampung separuh masak sepanjang tempoh kehamilan bagi membantu diri kekal bertenaga.
Ads
Kurma
Sememangnya kurma kaya dengan pelbagai khasiat dan baik diamalkan sepanjang usia kehamilan. Ia juga adalah sejenis buah boleh membekalkan tenaga segera.
Pakar perubatan pun yakin dengan manfaat amalan pemakanan kurma di kalangan ibu hamil kerana ia dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Malah ia juga dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim.
Oleh itu, bawa bekal beberapa biji buah kurma ke dalam bilik bersalin dan jadikan ia sebagai makanan pembekal tenaga sebelum anda memasuki fasa akhir kelahiran.
Ads
Minyak kelapa dara
Pengambilan minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) sepanjang kehamilan dipercayai berupaya memberi kesan yang positif dalam proses kelahiran.
Ia boleh diambil dalam bentuk kapsul atau cecair. Ramai di kalangan wanita hamil mengambil langkah menyapu minyak kelapa dara di bahagian perineum dengan tujuan mahu mengelakkan risiko koyakan semasa bersalin.
Bendi
Sayur yang mempunyai lendir setelah dimasak ini dipercayai boleh membantu dalam proses bersalin. Malah ia juga boleh menjadi penawar kepada masalah sembelit, diabetis dan jaundis.
Ads
Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam rebus, dimasukkan ke dalam masakan berkuah atau ditumis sebagai hidangan sayur.
Bagi yang mungkin mengalami masalah buasir semasa hamil, anda sangat digalakkan untuk mengamalkan memakan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.
Air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Itulah yang sering diperkatakan orang.
Pengambilan air kelapa sepanjang tempoh kehamilan baik kerana dapat membantu menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tidak sedih dan risau apabila si kecil yang baru sahaja dilahirkan terpaksa ditahan di wad kerana masalah kesihatan. Namun apa yang boleh dilakukan adalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar si kecil terus diberikan kesembuhan.
Setelah 14 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU), bayi kepada selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi akhirnya dibenarkan pulang. Berita gembira itu dikongsikan oleh Oki menerusi akaun Instagramnya.
Oki bersyukur kerana akhirnya anak bongsunya itu dapat pulang ke rumah buat pertama kali sejak ia dilahirkan pada 16 November lalu.
“Alhamdulillah, tak lupa syukur selalu kami panjatkan kepada Allah akhirnya baby Sulaiman Allah izinkan kondisinya semakin membaik dan sudah boleh berkumpul dirumah bersama kakak-kakaknya.
“Mohon terus bantu doa agar Allah bantu melancarkan proses pemulihan Baby Sulaiman ya sahabat,” katanya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto bayinya yang selamat berada di rumah.
Pun begitu, Oki memberitahu Sulaiman masih perlu menjalani beberapa rawatan susulan.
“Baby Sulaiman masih terus melakukan rawat jalan. Saya pun masih menunggu beberapa hasil pemeriksaan, yang terus terang selalu membuat hati ini berdebar-debar.
“Takut, cemas, berharap , husnuzon terus bercampur menjadi satu,” luahnya lagi.
Terdahulu, difahamkan Sulaiman mengalami masalah pernafasan sejak dilahirkan.
Oki melahirkan Sulaiman dengan berat 2.7 kilogram (kg) pada 16 November lalu secara pembedahan.
Dia yang mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Semoga baby Sulaiman terus diberikan kesembuhan!
Sumber: Gempak & IG okisetianadewi
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Popular, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia nampaknya bakal menimang cahaya mata yang ketiga nya. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan (Nur Afrina Ariana dan Nur Aurora) dan seorang anak angkat perempuan(Darwisyah).
Almy Nadia telah memuatnaik status di instagramnya berkenaan luah hatinya setelah ditegur gemuk. Ikuti perkongian dari beliau;
Harini 2 lelaki cuba tegur kami “Dah makin gemok dan besor” 1st suami jawab dia mengandung. 2nd kami jawab salah ka mengandung gemokk!!”
Klu korang jadi tempat kami apa korang rasa yerk!!! Memang zaman skrg semua nak yg kurus mulus,wlpn mengandung lps lps bersalin ka… klu korang di tempat kami apa yg korang akan jawab yerk… kami taktau nak jawab atau ckp apa terkedu sat
Rata-rata netizen yang memberikan pendapat bahawa gemok itu tak salah lagipun Almy sedang mengandung. Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
Gemuk tak salah, yang salah mulut yang tak beradab tegur
Badan manusia tak sama
Walaupun gemuk tetap cantik
Janji sis bahagia
Sumber: Instagram Almy Nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
9 Ogos yang lalu, pelakon Erynne Erynna mengumumkan kepada warga maya bahawa dia telah selamat bersalin seorang anak perempuan. Dalam posting terbarunya pula, Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah berkongsi pula pengalaman melalui proses bersalin yang pertama buatnya.
Menurut Erynne yang merupakan pelakon kanak-kanak popular satu ketika dahulu itu akui dia sudah mula rasa kontraksi sehari sebelumnya namun cuba untuk membiarkannya seketika.
“Mula-mula saya rasa mild contraction pada 8 hari bulan jam 5 pagi tapi saya biarkan je sebab takut ia hanya false alarm ke apa. Yelah sebab tak ada tanda apa apa like ketuban pecah atau spotting ke apa jadi saya biarkan.
“Tapi saya tak boleh tidur sampai pagi kerana makin sakit and saya kira setiap 8 minit saya akan rasa kontraksi. Lepas tu sekitar jam 10 pagi saya telefon hospital dan beritahu apa yang saya rasa dan mereka menasihati saya untuk datang je terus hospital pergi emergency department,”katanya.
Erynne berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut dia memuat naik fotonya ketika berada di hospital.
Menurut Erynne dia cuba bertenang dan mengambil masa untuk diri sendiri supaya mandi sebelum ke hospital.
“Bagaimana pun typical me. Saya mandi dulu, kemas bilik, ambil masa saya sendiri dan tunggu suami saya letak semua hospital bag dalam kereta and so we went.
“Dalam 11 pagi tu sampai emergency department mereka bawa terus ke dewan bersalin untuk periksa kontraksi dan jantung baby semua.
“Contraction still mild and baby pun okay jadi mereka bawa saya ke bilik dahulu untuk tukar baju dan bersedia semua,”katanya lagi.
Setelah diperikasa bukaan Erynne ketika itu baru saja 2cm dan dia diminta untuk melakukan senaman ringan dengan berjalan-jalan.
“Tidak lama lepas itu, doktor datang dan periksa berapa bukaan dan masa tu baru 1.5-2cm macam tu tapi dah boleh rasa kepala baby so baby memang dah betul engaged so doctor suruh saya jalan jalan buat exercise and tunggu sampai bukaan 4cm then baru boleh masuk labor room.
“Jadi, inilah gambar saya ambil masa saya jalan and exercise dekat hospital dengan si suami disisi.
“By the way, masa saya jalan-jalan doktor ternampak saya dan dia buat tanda bagus dan masa tu saya macam terharu la juga sebab masa tu contraction dah start makin sakit and makin kerap,” katanya lagi.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.