Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata kedua ibu bapa. Malah kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak.
Berikut antara doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk memastikan anak kita mempunyai sahsiah yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Yang penting jangan jemu mendoakan anak soleh.
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
Ads
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
Ads
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikurniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Selepas kehadiran cahaya mata pertama, pelakon Dazrin Kamarudin mengakui rutin hariannya kini berubah 360 darjah.
Menurut Dazrin, tanggungjawab menjaga dan menguruskan anaknya, Dasuki Dazrin tidak dilepaskan kepada isteri sahaja, sebaliknya dia turut mengambil peranan tersebut bagi meringankan tugas isteri.
“Sejak dah jadi bapa ni lebih sebulan lalu, memang semua rutin saya berubah. Tidur malam pun dah tak macam dulu kerana setiap dua jam saya kena bangun buatkan susu dan menukar lampin anak.
“Isteri tidak pernah menyuruh saya berbuat demikian, tetapi saya sendiri sebagai bapa mahu mengambil tanggungjawab tersebut kerana mahu meringankan beban isteri.
“Sebelum ini saya tidak dapat bantu sangat kerana terikat dengan jadual penggambaran. Jadi bila dah selesai semua, barulah saya dapat cuti untuk bersama isteri dan anak.
Dalam pada itu, Dazrin turut memberitahu tentang keterbukaannya mendedahkan anak kepada umum. Malah dia juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk orang luar mendekatinya putera sulungnya itu.
“Saya tak kisah dan tak letakkan sebarang syarat kepada orang luar untuk mendekati anak saya. Bagi saya memang fitrah orang sukakan baby, tak kiralah dia baby artis atau orang biasa sekalipun.
“Jadi bila kita bawa baby keluar, memang akan ada orang yang datang tegur atau nak sentuh baby sebab memang baby akan mudah menarik perhatian.
“Mungkin ada sesetengah ibu bapa tak suka anak mereka disentuh orang luar, tetapi saya tak kisah kerana saya percaya mereka tidaklah keterlaluan sehingga boleh memudaratkan baby. Bagi saya mudah saja, kalau tak nak orang pegang-pegang anak kita, baik duduk rumah saja dan tak perlu bawa keluar,” kata Dazrin.
Sumber: Sinar Harian dan ig Dasuki Dazrin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di ketika kita dilanda dengan bekalan makanan yang agak terhad, belajarlah untuk berjimat cermat. Salah satunya adalah menggunakan semula minyak masak selepas digunakan.
Pun begitu elakkan menggunakan minyak yang sama berkali-kali. Tidak disarankan untuk kesihatan sekeluarga.
Macam mana nak bersihkan minyak? Tip ringkas yang dikongsikan oleh @senz.malaysia ini cukup mudah. Jom ikuti langkahnya.
Selepas masak, jangan terus dibuang minyak masak. Boleh sahaja digunakan asalkan tidak berkali-kali digunakan.
Ini caranya untuk membersihkan minyak yang kotor dan boleh digunakan semula.
Bahan:
1 sudu makan tepung jagung
Air
Campurkan sekali dan kacau sampai sebati.
Panaskan minyak yang digunakan tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
Kemudian angkat dan keluarkan kepingan tepung tadi.
Adat kalau berumahtangga pastinya ada pasang dan surut. Lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Bergaduh kecil-kecil itu biasa, cepat-cepatlah minta maaf pada pasangan jangan sampai rasa itu hilang. Bila rasa sudah hilang, hilanglah seri dalam rumah tangga.
“Hilangnya SERI dalam rumahtangga…”
Bila kita dah tak lagi bergurau senda dengan pasangan, bila kita dah tak lagi bergelak ketawa dengan pasangan, bila kita dah tak lagi bermanja dengan pasangan, bila kita dah tak lagi bercerita bertukar pandangan dengan pasangan, bila kita dah tak lagi berkongsi perasaan dengan pasangan, maka disaat itulah SERI di dalam rumahtangga kita sebenarnya dah HILANG…
Kau kau, aku aku…kau dengan cara kau, aku dengan hal aku…
Masing-masing ada kehidupan sendiri walaupun tinggal sebumbung…masing-masing bawak hal sendiri walaupun tido sekatil…komunikasi dan kemesraan seperti pasangan lain itu tiada dalam rumahtangga yang dah hilang serinya…
Seri dalam rumahtangga tu apa…?
Kemanisan berumahtangga…rumahtangga yang penuh dengan gurau senda, gelak ketawa…isteri manja dengan suami, suami melayan karenah isteri…usik mengusik sesama suami isteri…
Beratnya tanggungjawab dan banyaknya kewajipan tidak akan menghalang kita untuk menjadikan rumahtangga kita itu BERSERI-SERI…
Namun, pudarnya rasa, kuatnya pendam perasaan dan banyknya bebanan yang akan mengakibatkan SERI itu semakin hilang…
Ada yang mugkin kata, sebelum kawin xpela nak buat semua tu, bila dah kawin mesti lain…sebenarnya, kita ni perlu sentiasa bercinta dan menyayangi pasangan, bukan ketika tak dapat lagi dan sebelum kawin sahaja…
Nature hidup berpasangan memang perlu ada rasa antara kita dan dia…klu tiada rasa, maka kehambaran hubungan akan terasa… Check balik, adakah rumahtangga kita masih ada SERI…? ✌️
Kredit: Firdaus Shakirin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.