Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Malah ada ibu bapa yang sudah merancang bagaimana ingin mendidik anak sehinggalah jenis makanan yang bagaimana mereka perlu sediakan. Semuanya untuk kebaikan anak-anak mereka.

Namun tak semua yang faham dan ambil berat tentang perkara ini. Bagi orang sekeliling “alah tak apa” yang menyebabkan kerosakkan pada anak-anak tersebut. Tentu sekali si ibu dan ayah yang penat menjaga, mendidik akan kecewa kerana anak-anak mereka akhirnya keliru.

“Jangan Rosak Anak Orang” Orang Sekeliling Punca Anak Tak Hormat Ibu Bapa!

Salah satu punca anak tidak hormat kepada ibu ataupun tidak hormat kepada ayah adalah apabila adanya individu yang menggalakkan anak berbuat demikian baik secara sedar ataupun tidak.

Salah satu punca anak berbohong kepada ibu ataupun berbohong kepada ayah adalah apabila adanya individu yang memberi sokongan dan dorongan untuk anak berbuat demikian baik secara sedar ataupun tidak.

“Jangan Rosak Anak Orang” Orang Sekeliling Punca Anak Tak Hormat Ibu Bapa!

IKLAN

Individu yang ‘menyumbat’ macam-macam dalam mulut anak dan kemudiannya cuba menutup perbuatan tersebut seperti dalam mesej yang dikirimkan kepada saya ini, adalah contoh individu yang menjadi ‘duri’ dalam pembinaan karakter dan keperibadian seorang anak.

Anda sebenarnya merosakkan anak tersebut.

Apa yang penting dalam sesebuah keluarga adalah ayah dan ibu yang saling bekerjasama dalam membentuk dan mempertahankan nilai dalam keluarga.

Ayah dan ibu mesti bersatu apabila menetapkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam keluarga.

Jika ayah berkata ‘ya’ dan ibu berkata ‘tidak’, ini akan mewujudkan kekeliruan dan tentangan dalam diri anak. Begitu juga sebaliknya.

IKLAN

Saya puji ayah dan ibu ini yang ingin mempertahankan nilai dan peraturan yang telah ditetapkan bersama-sama. Setiap keluarga mempunyai nilai dan peraturan masing-masing, oleh itu sebagai ‘orang luar’ hormatilah keputusan yang telah dibuat oleh ayah dan ibu untuk kebaikan keluarga dan anak-anak mereka.

Sebagai ayah dan ibu kita tidak perlu menjelaskan kepada SEMUA ORANG akan pegangan dan nilai keluarga kita MELAINKAN kepada individu yang turut sama membantu mengasuh atau menjaga anak kita. Ini perlu kita lakukan supaya individu tersebut mengasuh anak kita dengan nilai yang sama agar tidak wujud kekeliruan pada anak.

Contohnya terangkan kepada individu tersebut pendapat dan peraturan yang kita tetapkan tentang penggunaan skrin. Terangkan tentang kekhuatiran kita berkenaan penggunaan skrin yang berlebihan dan konten yang tidak sesuai.

IKLAN

Tidak ada anak yang memberontak kerana tidak diberikan telefon tetapi ramai anak yang rosak kerana dibiarkan menggunakan skrin tanpa batasan dan tanpa pemantauan.

Sebagai ibubapa bertegaslah dengan pendirian dan pegangan anda kerana apa yang anda lakukan bukannya untuk memudaratkan orang lain malah ia dilakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak anda.

Stick to your guns.

Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI