Ruam lampin merupakan masalah biasa yang sering dialami oleh bayi. Perkara ini sering dan normal terjadi bagi bayi yang berumur 12 bulan ke bawah. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi radang dan kemerahan di kawasan lampin, termasuklah paha, punggung dan bahagian kemaluan.
Ruam lampin boleh dirawat di rumah sahaja, dan boleh sembuh dengan cepat jika dirawat dengan betul dan baik.
Ruam lampin sering terjadi kerana kerengsaan. Pendedahan terhadap air kencing dan najis untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif bayi terutamanya jika bayi menggunakan lampin yang kurang penyerapan.
Ads
Lampin yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rengsa akibat bergeser dengan kulit bayi. Lapisan permukaan lampin yang kasar juga boleh menyebabkan geseran dan menyebabkan ruam.
Ads
Menurut Dr Samhan, 1/3 bayi akan mengalami ruam lampin. Ibu bapa pasti akan berasa sayu dengan apa yang dihadapi bayi mereka. Terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk elakkan bayi daripada terkena ruam lampin. Mari lihat video perkongsian mengenai tip elakkan ruam lampin.
Setiap pasangan yang bakal mendapat bayi pastinya teruja dengan kehadiran si comel di dalam rahim. Si kecil inilah bakal penyeri rumahtangga kelak. Bila disahkan hamil, tentu sekali persiapan untuk menyambut si kecil dilakukan dengan penuh teliti. Segala barang keperluan akan di beli.
Kebanyakan ibu dan ayah akan membeli barang kelengkapan bayi serta baju bayi setelah mengetahui jantina bayi tersebut. Namun pastinya ramai yang mengalami situasi dimana keputusan scan menunjukan jantina mungkin perempuan, tetapi apabila lahir sebaliknya.
Sama seperti ibu ini, dia telah melakukan imbasan jantina (scan) sebanyak 2 kali untuk melihat jantina bayinya dan 2 kali jugalah keputusan menunjukan bayinya mungkin bayi perempuan.
Segala kelengkapan telah dibeli. Yelah, bila baby girl mesti teruja nak belikan barang warna pink.
“Sekali keluar lelaki pula Alhamdulilah. Ibu dah beli baju semua Pink”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu memerlukan masa sendiri untuk berehat dan memberi keutamaan kepada diri sendiri. Apa jenis aktiviti terpulanglah kepada si ibu. Sama ada mahu tidur, keluar shopping atau melepak dengan teman-teman rapat. Sebagai suami, sesekali berilah peluang kepada isteri untuk memanjakan diri sendiri. Sebenarnya, itulah cara mereka recharge untuk dapatkan semula tenaga yang hilang dek menguruskan keluarga.
Mempunyai tiga orang anak dan menguruskan bisnes, bukan tugas mudah. Baru-baru ini, Vivy Yusof berkongsi fotonya bercuti di Bali bersama teman-teman rapatnya. Disebabkan itu, usahawanita ini menerima pelbagai mesej dari netizen di media sosial yang mengatakan dia sanggup meninggalkan anak-anak untuk berseronok. Tidak berdiam diri, Vivy mengambil keputusan untuk membuat perkongsian di laman Instagramnya untuk menjelaskan mengapa dia berbuat begitu.
Kata Vivy, dia tidak terganggu dengan semua teguran itu kerana ibunya juga merasakan perkara yang sama iaitu dia perlu berehat. Katanya lagi, dia tidak nampak sebarang kesalahan jika ibu mahu menikmati waktunya yang lain kerana hal ini sebenarnya membantu para ibu untuk menghilangkan tekanan yang dirasai. Selagi tidak melampau, suami pun tak ada masalah dan anak-anak dijaga dengan baik, tidak bererti seorang ibu itu teruk jika tak bersama anak-anak 24/7.
Katanya lagi, sepanjang percutian ini dia banyak membuat panggilan video bersama keluarganya dan ketika keluar membeli-belah, dia cari barang-barang yang anaknya suka.
“Seorang ibu tu, tetap seorang ibu walau di mana dia berada.”
Pulang dari bercuti, Vivy meluangkan masa dengan anak-anaknya dan berkongsi cerita tentang apa yang mereka lakukan. Di dalam kapsyen yang mengiringi foto percutiannya itu, Vivy turut memberi sokongan kepada semua ibu dan menghormati cara mereka mendidik anak-anak.
“Susah nak besarkan anak-anak, tapi lebih teruk kalau cara kita dikecam oleh para ibu juga.”
Pa&Ma merasakan ‘me time’ untuk seorang iu itu perlu. Letih jadi ibu sebenarnya. Macam-macam kena buat. Suami sekarang pun lebih terbuka dan tidak kisah membenarkan isteri mereka untuk sesekali menikmati waktu lapang sendiri atau keluar bersama teman-teman. Terima kasih para suami! Sebenarnya cara ‘me time’ setiap wanita itu berbeza, kalau anda rasa tak sanggup nak tinggalkan anak-anak untuk bercuti, carilah cara lain untuk berehat sebentar dari tugasan seorang ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan ambil kisah! Sebagai ibu bapa, anda perlu mengenal pasti tanda bahaya bila anak jatuh terlentang, jatuh kepala belakang atau depan yang boleh mengakibatkan berlakunya gegaran otak.
Gegaran otak adalah kecederaan otak traumatik ringan (traumatic brain injury, TBI) yang disebabkan oleh trauma pada kepala akibat terjatuh, kemalangan kereta atau kecederaan sukan.
Hentakan kepala bayi jenis ini membimbangkan kerana ia menyebabkan otak mengalami kesukaran kognitif sementara dan boleh mengakibatkan hilang kesedaran.
Bagi kanak-kanak kecil, gegaran otak boleh menjadi masalah utama kerana bayi atau kanak-kanak tidak dapat menggambarkan perasaan mereka. Ini bermakna ibu bapa perlu memantau dengan teliti sebarang gejala dan kesan gegaran otak pada bayi.
Malangnya, adakala simptom gegaran tidak selalu berlaku secara serta-merta selepas terjatuh atau kemalangan. Ia mungkin berlaku selepas beberapa jam atau beberapa hari kemudian.
Berikut antara beberapa simptom dan gejala yang boleh anda perhatikan pada anak, seperti:
Gegaran otak bayi
* Menangis apabila anda menggerakkan atau memusingkan kepala bayi
* Meragam
* Perubahan mendadak dalam tabiat tidur bayi, seperti tidur lebih banyak atau kurang daripada biasa
* Muntah tanpa sebab yang kukuh
* Benjolan atau lebam di kepala
Gegaran otak pada kanak-kanak kecil
Terdapat perbezaan antara hentakan kepala bayi dan kanak-kanak kecil. Ini kerana kanak-kanak kecil mempunyai kognisi dan kemahiran lisan yang lebih baik. Anak mungkin boleh memberitahu simptom atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk bahawa mereka mengalami sesuatu yang luar pelik.
* Sakit kepala
* Loya atau muntah
* Perubahan tingkah laku
* Perubahan mendadak dalam tabiat tidur, sama ada lebih atau kurang
* Menangis berlebihan tanpa sebab
* Hilang minat bermain, makan atau melakukan aktiviti kegemaran mereka
Gegaran otak pada anak 2 tahun ke atas
Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 2 tahun selalunya boleh menyuarakan bahawa mereka mengalami gejala luar biasa atau memberitahu diri terjatuh dengan kuat.
Tanda bahaya anak jatuh terlentang adalah:
* Pening atau ada masalah keseimbangan
* Penglihatan berganda atau kabur
* Kepekaan kepada cahaya dan bunyi
* Mudah mengelamun
* Sukar fokus dan mengingati peristiwa baru terjadi, kekeliruan
* Perubahan mood – seperti cepat meragam, kebimbangan, kesedihan atau kegelisahan
* Mengantuk, sukar tidur atau perubahan lain dalam corak tidur
Bilakah anda perlu membawa mereka untuk pemeriksaan doktor atau menghantar ke bilik kecemasan? Perhatikan anak anda dengan teliti untuk simptom yang disenaraikan di atas.
Jika si kecil terjaga, aktif dan kelihatan seperti biasa, anak anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah.
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mungkin mengalami gegaran otak atau tanda pendarahan dalam kepala bayi, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Ini amat penting jika anak:
* Muntah-muntah
* Hilang kesedaran selama lebih dari 1-2 minit
* Sukar untuk disedarkan
* Mempunyai sawan
* Anak mata si kecil mengembang atau tidak simetri selepas kecederaan