Jangan Stres Tengok Bentuk Badan Dah Lain Lepas Bersalin. Diana Nasir Kongsi Tip, Bagilah Dulu Masa

Share

Mengandung dan selepas bersalin akan mengubah kehidupan wanita bergelar ibu. Bukan saja tanggungjawab tapi perubahan bentuk fizikal.

Boleh dikatakan ramai wanita yang sangat risau mengenai perubahan diri lepas bersalin, tapi jika disiplin yang tinggi semua itu tiada masalah.

Bagi Diana Nasir ibu kepada kembar Anggun Darleena dan Anggun Darleesa dia mengakui berdepan perubahan fizikal bentuk badan selepas bersalin.

Diana yang baru melahirkan cahaya mata ketiganya pada 10 November lalu mendedahkan adakalanya perubahan yang berlaku menyebabkannya panik.

“Selepas bersalin kita mungkin tidak kenal tubuh badan kita sendiri tetapi berilah masa.

“Tidak mustahil selepas bersalin badan akan nampak seperti masih mengandung, fizikal badan kita akan berubah.

“Rambut pun akan lebih banyak gugur pada bulan-bulan awal berpantang, jangan panik ianya normal.

“Hormon kita sedang menyesuaikan diri.

“Kita mungkin akan berdepan dengan postpartum depression, kenali simptomnya dan dapatkan nasihat dengan segera,” kongsi Diana.

Tambah Diana, menjadi ibu akan mengubah fizikal, mental dan emosi seseorang individu itu sama ada secara kekal atau sementara.

Perkongsian Diana menarik perhatian netizen untuk berkongsi tips masing-masing ketika berpantang.

Diana kini sedang melalui proses berpantang selepas melahirkan anak ketiganya, Anggun Darniella baru-baru ini.

Sumber: astro gempak & ig diananasir

IKLAN