Keibubapaan

Jerebu Makin Teruk! Tadika, Taska Masih Beroperasi, 3 Kawasan Semenanjung IPU Membimbangkan

Share

Keadaan jerebu Sarawak yang semakin membimbangkan sejak semalam membuatkan ibu bapa perlu lebih berjaga-jaga, terutama mereka yang mempunyai anak kecil, anak menghidap asma atau mempunyai masalah pernafasan. Bukan sahaja beberapa kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, malah tiga kawasan di Semenanjung turut mencatatkan keadaan sama.

Dalam situasi seperti ini, ibu ayah disarankan sentiasa memantau bacaan IPU sebelum membawa anak keluar rumah atau menghantar mereka ke tadika dan taska.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, stesen di IPD Serian merekodkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu 183.

Kawasan lain di Sarawak yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Samarahan dan Kuching dengan bacaan 172, Sri Aman 164, Sarikei 158, Mukah 152, Bintulu 137 serta Sibu 109.

Sementara itu, empat kawasan lain di negeri berkenaan masih berada pada tahap sederhana iaitu Samalaju dengan bacaan 97, Miri 85, Kapit 66 dan Limbang 55.

Jerebu Sarawak: 3 Kawasan Semenanjung Turut Catat IPU Tidak Sihat

Keadaan jerebu bukan sahaja tertumpu di Sarawak.

Semalam, 13 Ogos, tiga kawasan di Semenanjung turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Johan Setia di Selangor mencatatkan bacaan 154, manakala Cheras di Kuala Lumpur merekodkan bacaan 127. Shah Alam pula mencatatkan bacaan IPU 108.

Situasi ini sekali gus memberi peringatan kepada ibu bapa supaya tidak mengambil ringan perubahan kualiti udara, terutama apabila anak mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

Baca lagi:ย Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending:ย Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi:ย Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Tadika, Taska Sarawak Masih Dibenarkan Beroperasi Jika IPU Cecah 200

Foto Kredit: Gambar Roystein Emmor

Dalam perkembangan berkaitan jerebu Sarawak, Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Sarawak dibenarkan terus beroperasi sekiranya bacaan IPU mencecah 200.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, langkah tersebut dibuat bagi menampung keperluan ibu bapa yang bekerja dan memerlukan tempat untuk menempatkan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, kehadiran anak ke pusat berkenaan tetap bergantung kepada budi bicara serta pilihan ibu bapa masing-masing.

Dalam masa sama, pihak tadika dan taska perlu memastikan persekitaran yang lebih selamat dan terkawal disediakan mengikut Prosedur Operasi Standard yang sewajarnya.

Bagi kanak-kanak yang menghidap asma, mempunyai masalah pernafasan atau gangguan kesihatan lain yang memerlukan perhatian khusus, ibu bapa juga perlu memaklumkan keadaan kesihatan serta keperluan penjagaan anak kepada pihak tadika atau taska.

Langkah tersebut digariskan susulan situasi jerebu semasa di Sarawak.

Jerebu Sarawak: Anak Asma Perlu Diberi Perhatian Lebih

Buat ibu ayah yang mempunyai anak menghidap asma, keadaan jerebu Sarawak seperti ini perlu dipandang serius.

Pendedahan kepada udara tercemar boleh menyebabkan sesetengah kanak-kanak mengalami batuk, nafas berbunyi, sesak nafas atau rasa tidak selesa ketika bernafas.

Justeru, ibu bapa disarankan memastikan ubat atau inhaler yang telah diberikan oleh doktor sentiasa tersedia dan mudah dibawa.

Sekiranya anak dihantar ke tadika atau taska, maklumkan juga kepada guru dan pengasuh mengenai keadaan kesihatan anak supaya mereka lebih bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah.

Aktiviti luar yang terlalu lama juga wajar dikurangkan ketika bacaan IPU berada pada tahap tidak sihat.

Artikel trending: โ€œSaya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubahโ€ Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Ibu Ayah, Sentiasa Semak Bacaan IPU

Sebagai panduan, bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara berada pada tahap baik.

Bacaan 51 hingga 100 pula dikategorikan sebagai sederhana, manakala bacaan antara 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.

Bacaan IPU antara 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dianggap berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Jadi, sepanjang keadaan jerebu Sarawak berterusan, ibu ayah digalakkan menyemak bacaan IPU secara berkala sebelum membawa anak keluar rumah.

Lebih-lebih lagi bagi anak yang mempunyai asma atau masalah pernafasan, persediaan awal penting supaya kesihatan mereka sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Jika anak mula menunjukkan tanda sukar bernafas, batuk semakin teruk atau keadaan kesihatannya membimbangkan, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan.

Sumber: Berita RTM Sinar Harianย  Utusan Borneo

Jom sertai Edutainment Fest 2026! ๐ŸŽˆ Festival kanak-kanak yang menggabungkan pembelajaran ๐Ÿ“š dan keseronokan ๐ŸŽจ sambil memberi pendedahan tentang kepentingan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak ๐ŸŒŸ ๐Ÿ“… Tarikh: 5โ€“6 September 2026 โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam ๐Ÿ“ Lokasi: Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur Lebih menarik, 500 peserta terawal yang mendaftar akan menerima: ๐Ÿ’ฐ Akaun Simpan SSPN bernilai RM30 ๐ŸŽ Goodies istimewa ๐Ÿ“œ Sijil penyertaan Daftar sekarang dan bawa anak-anak menikmati pengalaman belajar yang menyeronokkan! ๐Ÿ‘‡ https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/

ย 

ย 

Published by
Nor Yusoff