Pasti ada ibu yang tertanya, apa lubang kecil di tepi telinga anak ni”. Adakah ia mendatangkan bahaya pada anak kecil. Bukan apa, kadang-kadang ada keluar cecair dan ia merisaukan anda sebagai ibu bapa.
Melalui perkongsian dari Dr Ezzairy M.Sallih, keadaan ini boeh diatasi jika ia memberi ketidakselesaan pada anak.
Berikut antara perkongsiannya
Ibu muda ini sangat bimbang. Anaknya yang mulai masuk ke alam sekolah kerap alami masalah pada telinga. Ada cecair yang keluar daripada lubang kecil di hadapan telinga. Busuk. Adakalanya berbau.
Firasatnya, ia adalah amat berbahaya. Perlu segera dilakukan sesuatu. Ditutup atau dijahit sahaja lubang itu supaya ia tidak lagi mengeluarkan cecair.
Namun hakikatnya, ia bukanlah seperti itu untuk kami merawat penyakit ini. Tidak perlu untuk ditampal mahu pun dijahit.
IKLAN
‘Preauricular sinus’ atau bukaan lubang kecil yang biasanya ada di kawasan depan telinga (sila rujuk pada gambar) biasanya berlaku akibat masalah kongenital. Maknanya ia berlaku semenjak lahir lagi, dan bukan disebabkan kuman, kemalangan atau pun kecederaan.
Cumanya apabila berlaku jangkitan di kawasan tersebut, maka kulit luarannya akan menjadi kemerahan sebagai tanda berlakunya jangkitan, membengkak yang berisi cecair nanah dan sakit apabila ditekan dari luar.
Apabila keadaan ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan? Langkah terbaik adalah seperti ini :
IKLAN
1. Bawa berjumpa doktor untuk diperiksa. Kami akan berikan ubat antibiotik yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan lebih serius.
2. Jika pembengkakan pada kantung sinus tersebut sudah mengandungi nanah (doktor boleh mengenalpasti keadaan ini melalui pemeriksaan klinikal), kami akan lakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut.
3. Pesakit akan diberi surat atau memo untuk melakukan cucian di kawasan pembedahan sehingga ia benar-benar bersih dan luka sudah mulai tertutup.
IKLAN
4. Apabila masalah ini berlaku secara berulang-ulang, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan mengeluarkan keseluruhan kantung sinus tersebut atau juga dipanggil sebagai ‘excision of preauricular sinus’. Pembedahan ini boleh dilakukan sama ada secara bius setempat atau biusan penuh, bergantung kepada keadaan dan toleransi pesakit.
Semoga tulisan kali ini dapat memberi ilmu baru buat kalian.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermacam-macam perisa dan warna, kebanyakan lolipop antara yang menjadi kesukaan kanak-kanak tak kira berapa harganya.
Ada juga ibu bapa yang menjadikan ia sebagai hadiah untuk pujuk anak dari tak buat perangai dengan niat untuk beri kegembiraan pada anak. Tapi anda harus juga berhati-hati kerana ia mungkin boleh membawa maut.
Perkongsian dari Dr Nor Aniza Ali mengenai bahaya lolipop pada kanak-kanak sehingga tertelan sekali dengan batang plastiknya.
Awas lolipop, bukan selalu membawa keseronokan kepada anak-anak.
Ibu bapa dan penjaga perlu beri perhatian betapa BAHAYAnya makanan ringan ini.
Antara kes yang berlaku baru-baru ini akibat bergurau dengan kawan-kawan sewaktu menikmati lolipop, seorang kanak-kanak tertelan lolipop bersekali dengan stick ( batang plastik).
Doktor menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan batang yang tersengkang di peti suara. Amat berisiko tinggi masuk ke salur pernafasan dan paru-paru.
Namun semuanya selamat, apabila pasukan doktor berjaya juga mengeluarkan lolipop tersebut dengan scope.
Jadi berhati-hatilah kepada semua ibu bapa. Apa yang kita beri anak makan, pantaulah dulu. Kadang-kadang ia akan menjadi punca yang tak dijangka.
Kegembiraan menyambut orang baru dalam keluarga bertukar sedih apabila anak yang dikandung selama 9 bulan akhirnya dijemput ilahi selepas sebulan dilahirkan. Lagi sedih, selama sebulan dilahirkan, setitik susu ibu tak dapat dirasai anak syurga ini.
Walaupun reda dengan pemergian anak sulung, namun dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati pasangan suami isteri ini. Kisah anak syurga yang diberi nama Nur Medina Safiyya ini telah dikongsikan oleh ibunya di Facebook Nabiela Bella.
Al-Fatihah anak syurga mama dan baba
ALFATIHAH. Diberikan kekuatan untuk malam ini untuk bercerita tentang bidadari kecil kami. Allah pinjamkan bidadari kecil dalam rahim mama 9 bulan. Adik aktif sangat dalam rahim mama. Adik kuat sebab sampai perut 9 bulan mama bawak adik naik motor ja dari Baling ke Penang hari-hari sebab kerja. Kereta adik tak sampai lambat sebab covid. Adik kuat dalam rahim mama syg.
Di tahan dalam wad
5/10/2020 pada pukul 11.57 pagi lahir lah NUR MEDINA SAFIYYA ke dunia ini. Mama happy tengok adik sihat. Nurse mintak mama susukan adik tapi mama masih tak dak susu. Tapi nurse cakap biasa la sebab anak sulung. Tak sabar mama tunggu baba ambil kita. Pukul 3 petang sebelum tolak masuk wad doc cakap adik hypo sebab adik ketar. Kurang gula. Adik dimasukkan ke nicu untuk diberi rawatan. Mama masuk wad. Orang lain semua anak di sisi tapi mama berpisah dengan adik.
6/10/2020 mama boleh discharge. Mama tunggu baba datang ambil mama untuk tengok adik. Mama tengok adik dah sihat. Mama tengok anak mama special sebab cuping telinga terbelah. Doc cakap petang adik boleh balik tapi kena tunggu keputusan darah untuk tengok kuning. Mama pun pergi makan. Pukul 4 mama naik untuk ambil adik tapi doc cakap kuning adik tinggi 120. So depa terpaksa tahan adik. Doc sedapkan hati mama. Esok boleh dah balik kalau kuning turun. Mama balik dengan baba dengan harapan esok mama boleh bawak adik balik.
Usus bermasalah, dijangkiti kuman
7/10/2020 bermulalah kisah sedih dalam hidop mama baba. Keesokan hari adik kekurangan darah. Darah putih. So adik kena tambah darah putih tapi still tak boleh balik.
8/10/2020 adik kekurangan darah lagi. Mama pun tak pasti tapi darah pamplet apa tah. So adik masih tak boleh balik dalam masa yang sama usus adik bermasalah. Kata doc dijangkiti kuman. Allahu dugaan yang bertimpa-timpa.
9/10/2020 doc telefon pukul 2 pagi suruh datang hospital sebab oksigen adik menurun. Adik kena tambah darah merah. So diorang perlu darah ibu untuk cari darah sesuai untuk adik. Adik dah start pakai intubet di mulut. Sedihnya hati mama syg.
10/10/2020 doc cakap kamu kritikal syg. Doc cakap usus kamu makin teruk. Perut pun makin bengkak. Adik kena buat pembedahan dengan segera di Hospital Alor Star tapi oksigen adik pun tak elok. Doc takut kamu meninggal dalam ambulans. Dalam masa yang sama kalau tak hantar kamu akan meninggal sebab jangkitan kuman di usus kamu akan merebak ke paru-paru. Allah ..pilihan apa yang mama ada syg. Doc sarankan biarkan adik smpai stabil baru boleh hantar.
“Adik macam nak bagitahu adik sakit”
12/10/2020 doc cakap adik dah tak dak harapan. Kita kena berdoa untuk adik. Allahu hancur berkecai hati mama syg. Mama macam dah nak gila bila dengar macam tu. Mama pergi kat adik mama mintak adik bangun. Mama kocak adik sampai adik bangun. Ya allah keajaiban tuhan adik bgun. Adik tengok mama baba. Adik kuat sangat. Mama mintak adik kuat jangan tinggal mama. Adik macam nak bagitahu yang adik sakit. Mama tahu adik sakit tapi mama tak sanggup kehilangan adik.
13/10/2020 doc call cakap adik stabil. Dah nak hantar adik ke Hopital Alor Star untuk operation. Happynya mama syg. Adik kuat sangat. 14/10/2020 adik selamat operation buang usus adik yang mati tu tapi doc cakap still kena buat operation yang ke-2 untuk betul-betul tengok kuman dah tak dak baru diorang sambung usus tu. Ya adik kuat ja time tu.
17/10/2020 adik selamat operation kali ke-2 untuk sambungkan usus adik. Alhmdulillah adik kuat. Kalau adik dah ok adik dah boleh minum susu. Mama lega dengar syg. Dari hari ke-4 kamu dilahirkn setitik susu belum masuk dalam perut adik. Hari-hari doc call suruh mama pi Hopital Alor Star. Ulang alik mama dari Baling ke Alor Star sebab mama tak boleh ada dengan syg sebab covid. Setiap kali mama pegi mama merayu untuk tengok kamu tapi tak boleh. Hanya kecemasan saja mama boleh tengok adik.
25/10/2020 doc call urgent nak darah mama untuk adik. Hari tu doc bagi kesempatan untuk tengok anak mama. Adik bukak mata happynya mama tapi mama sedih tengok keadaan adik. Tapi mama kuatkan hati mama bukan senang nak jumpa bidadari mama kan.
Ada kuman di paru-paru
1/11/2020 doc call nak darah mama. Mama pergi dekat adik tapi doc tak bagi masuk. Mama merayu syg untuk jumpa kamu. So doc tu hanya bagi tengok sekejap saja. Mama tengok kamu. Kamu dah nampak sihat. Comel ja alhmdulillah.
2/11/2020 doc call suruh mama baba datang hospital sebab adik kritikal. Ada kuman baru dekat paru-paru adik. Mama pun tak tahu dari mana kuman-kuman ni ada. Doc cakap adik makin merosot, adik start pakai oksigen yang tinggi sebab tiba-tiba drop bnyak. Darah adik pun drop. Doc tu bagi mama baba tengok adik. Mama baba baca surah-surah untuk adik Mama baba suruh adik kuat. Adik mema g kuat dalam sakit adik tetap bukak mata untuk mama baba. Mama babatak tahu tu la kali terakhir kita jumpa syg.
4/11/2020 pukul 12 tengahari doc call adik makin merosot. Suruh segera datang hospital. Mama terus call baba suruh balik dari kerja. Ambil cuti, prepare barang untuk tidur sana. Pukul 3 mama bertolak dari Baling. Dalam pukul 3.50 doc call tanya ada di mana. Dia cakap cepat nak amik darah. Anak tengah buat cpr. Menangis mama syg. Mama harap sangat kamu kuat. Mama sampai pukul 5.
Mama baba tak sempat jumpa buat kali terakhir
Kali ni mama rasa lain. Rasa yang adik dak tak dak tapi mama sedapkan hati yang adik tetap ada. Tapi bila mama tengok dekat katil adik ada tirai, machine pun dah off. Ya mama tahu adik dah tinggal mama baba syg. Kaki mama lemah. Mama terduduk syg. Baba papah mama untuk kuatkan diri untuk tengok adik. Doc cakap adik dah tak dak. Dalam pukul 4.15. Mama lambat syg. Mama berulang kali minta maaf dengan kamu sebab mama baba lambat. Mama riba kamu puas-puas. Mama cium kamu puas-puas. Sebulan kamu lahir baru mama riba kamu syg. Setitik susu mama kamu tak minum sebab kena puasa. Sayu hati mama syg. Hati mama sakit sangat tapi mama redha. Adik dah tak rasa sakit.
Kamu dah lama bertahan. 9 bulan dalam perut mama adik kuat. Sebulan kamu berjuang seorang diri lawan sakit tanpa mama baba di sisi. Mama baba puas hati dari awal adik tak dak. Allah berikan kekuatan untuk kami uruskan adik dari mandi sampai ke liang lahad.
4/11/2020 pukul 10.45 malam adik selamat dikebumikan. Specialnya NUR MEDINA SAFIYYA orang tak pernah kenal adik tapi rezeki adik murah. Ramai orang beri sumbangan untuk adik. Ramai orang mendoakn adik. Adik dah pergi dengan tenang. Adik rehat la puas-puas ya. Mama baba sentiasa rindukan adik walaupon perit tapi mama redha syg. Nanti kita jumpa di syurga ya syg. NUR MEDINA SAFIYYA penghuni pertama rahim mama, anak syurga mama baba.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara paling ditakuti semua wanita selepas melahirkan anak pastinya bimbang perut tidak kembali kempis dan rata seperti dahulu. Ditambah pula dengan kesan-kesan strechmark di perut yang tidak surut. Semua ini buat ibu makin bimbang.
Benar, nak kembalikan perut seperti zaman anak dara dahulu bukanlah mudah. Bukan hanya mengambil masa namun aturan pemakanan dan cara berpantang juga harus tepat. Namun ini yang boleh wanita berpantang lakukan ketika sedang menjalani proses berpantang.
Jangan sesekali abaikan pantang dan ikut rutin wajibnya. Petua tradisional ini harus anda cuba untuk membantu anda kembali langsing.
Santan Kelapa Tanak santan kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Jadam
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.Bagi yang tidak tahu, jadam merupakan satu bahan yang diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukkan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.
Nasi Tanpa Air
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam hingga 3 jam kemudiannya.
Campuran Herba
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Buah Delima
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!