Lembutkan hati anak sangat mudah jika ibu bapa tahu cara nak tackle mereka. Kena ingat apa yang anda lakukan, itulah salah satu senjata untuk anak lebih memahami dan mendengar kata.
Jika dari kecil anak dibiasakan dengan kelantangan suara ibu bapa, selalu dipukul sampai besar pun anak akan ingat ye. Sebenarnya banyak cara yang boleh kita buat dengan menggunakan pendekatan lebih rasional dan seterusnya menyentuh hati anak-anak.
Apa yang dikongsikan oleh Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim boleh dimanfaatkan bersama. Somga kita dapat jadi ibu bapa terbaik buat anak-anak.
Senjata melembutkan hati anak
- Sabar, solat & doa – Inilah perisai kita bila kita lemah. Inilah kekuatan kita bila kita sedih. Allah sebaik-baik tempat meminta dan mengadu. Berkomunikasilah dengan DIA.
- Mata – Senjata mata sangat bermakna. Pandanglah matanya ketika kita bercakap dan berbual dengannya. Dari situlah dia mendapat tahu bahawa kita mengambil tahu akan perihal dirinya. Dari situlah juga dia melihat akan kasih sayang dari kita. Ketika dia mengadu dan ingin benar bercerita dengan kita, maka pandanglah matanya.
- Sentuhan & pelukan – Senjata ini sangat perlu untuk mengembalikan kekuatan dalaman anak. Anak yang tidak mendengar kata, anak yang sukar dibentuk, anak yang dipinggir – ubatnya adalah dengan mendekati mereka. Sentuh dan peluklah mereka. Itu yang mereka mahukan.
- Sekeping nota – Sekeping nota seperti ucapan Terima Kasih atau Ummi Sayang Wafi, dan diselit di dalam poket baju sekolahnya sudah cukup untuk mengetuk pintu hati seorang anak. Percayalah, mereka sebenarnya sangat mudah didekati.
- Hobi – Apa kesukaan mereka? Bola? Basikal? Mewarna? Raikan. Main bersama-sama. Jikalah kita ada konflik dengan anak, cuba ‘tackle’ mereka ketika mereka sedang gembira. InshaAllah, pasti mudah memenangi hati mereka.
- 30 minit waktu bersama sebelum tidur – 30 minit sebelum anak mendapat deep sleep (tidur lena) adalah saat paling mudah memberikan mereka nasihat. Manfaatkan waktu ini.
Sumber: Ashikin Hashim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menghadapi Kehilangan Anak Tersayang. 7 Panduan Untuk Membantu Ibu Ayah
Ibu dan ayah yang baru sahaja kehilangan anak tersayang amat memerlukan sokongan dan kata-kata semangat daripada orang sekeliling. Setiap individu pasti pernah mengalami situasi dimana orang yang kita sayang telah tiada. Kematian berlaku secara mengejut dan secara tidak langsung menganggu emosi mereka.
Kejutan boleh berlaku secara berterusan dalam beberapa minit atau hari. Kejutan ini boleh mengangu keupayaan ibu dan ayah untuk bekerja atau membuat sebarang keputusan. Jadi ahli keluarga terdekat lah yang harus membantu mereka.
Sentiasa berada berdekatan untuk memberikan semangat kerana ibu muda yang baru melahirkan anak, atau baru menjaga anak paling terkesan apabila anak mereka telah tiada. Yelah.. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung 9 bulan, dijaga dan dibelai setiap hari pergi buat selamanya.
Perkongsian panduan untuk ahli keluarga dan juga ibu ayah harap dapat membantu anda apabila anda berada dalam situasi ini.
PANDUAN UNTUK BERHADAP DENGAN IBU DAN AYAH MANGSA
Barang Keperluan
Ketika menerima berita kematian, sudah tentu mereka tidak dapat membuat keputusan. Orang yang terdekat dan rapat siapkanlah barang keperluan mereka seperti baju, tudung dan sebagainya. Pilihkan baju yang sesuai untuk ke hospital atau tempat pengkebumian. Tolong bawa barang-barang penting si ibu seperti handbag dan ic serta dokumen yang berkaitan. Pegang handphone mereka jika perlu, dan ambil alih semua panggilan yang diterima. Emosi mereka ketika itu hanya dia sahaja yang tahu dan kadang-kadang tidak mahu menjawab apa-apa soalan.
Masak Makanan Yang Sihat
Ketika sedang bersedih tubuh berada dalam tekanan dan biasanya lebih lemah berbanding masa lain. Jadi masaklah untuk mereka makanan yang berkhasiat, hidangkan dan makan bersamanya. Walaupun kemungkinan besar pelawaan tersebut ditolak, pujuklah mereka dengan baik. Pesan untuk jamah sedikit makanan agar bertenaga untuk melakukan urusan yang akan datang.
Berkongsi Rasa
Kadang-kadang yang mendengar lebih baik. Jadilah pendengar yang setia. Biarkan mereka meluahkan perasaan. Apabila mereka berkongsi perasaan sedih, kecewa sekurang-kurangnya akan berasa lega sedikit. Jika mereka berdiam dan tidak mahu berkongsi, gengam tanganya dan pesan “Mengadu lah pada tuhan, sesungguhnya tuhan itu maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Perbanyakkan Membaca Al-Quran
Jika si ibu menagis dan masih tidak boleh bertenang, anda sebagai orang yang paling hampir bacalah al-quran dari mana-mana surah. Alunan bacaan al-quran sangat menenangkan jiwa. Ajak si ibu solat bersama dan perbanyakkan membaca al-quran. Jangan biarkan mereka tersebut dalam keadaan bersedih.
PANDUAN UNTUK IBU AYAH MELAWAN KESEDIHAN
Menangis lah
Menangislah untuk melepaskan kesedihan. Menangis merupakan sistem pertahanan yang diberikan Tuhan kepada manusia supaya kita berasa lega pada saat menghadapi tekanan yang hebat ini. Namun diingatkan, jangan menangis terlalu lama kerana akan menganggu emosi dan kesihatan.
Lakukan Aktiviti
Apabila kita duduk bersendirian, kita akan teringat perkara-perkara yang menyedihkan. Jadi elakkan! Jangan berada dalam keadaan ‘kosong’ kerana syaitan amat suka menganggu fikiran manusia yang bersedih. Aktiviti yang padat akan membuatkan anda leka dan tak sedar masa bergerak pantas. Lakukan sebanyak mungkin aktiviti dan kembali kepada tugasan harian anda.
Tulis Perasaan Anda Dalam Diari
Kalau anda bukan golongan yang berkongsi perasaan dengan orang lain seperti panduan di atas, anda boleh meluahkan perasaan anda menerusi penulisan. Tulis apa sahaja yang anda rasa, luahkan semua, rindu atau apa sahaja kerana buku itu milik anda. Cara ini dapat meredakan kesedihan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Prof Muhaya Pesan Jangan ‘Racun’ Otak Anak Dengan Kata Tak Elok. Sampai Besar Anak Ingat
Cuba bayangkan kalau orang layan kita teruk? Apa perasaannya dan bagaimana kita nak hadapi semua ini. Mungkin paling tidak pun kita akan diam dan jika yang berani akan membalasnya semula.
Namun pernah tak kita terfikir cara kita layan anak dengan sentiasa menjerit, marah-marah, keluarkan perkataan yang tak sedap dengar boleh buat anak simpan satu rasa yang tak best dalam hati mereka.
Bayangkan juga kalau kita sendiri (orang dewasa) dilayan begitu teruk oleh bos atau rakan-rakan. Apa perasaan kita?
Begitulah yang ditekankan oleh Prof Dr Muhaya dalam perkongsian video Macam Mana Nak Hadapi Orang Yang Layan Kita Teruk?
Menurut beliau, ada empat cara komunikasi yang perlu ditekankan iaitu:
- komunikasi fizikal
- komunikasi intelektual
- komunikasi secara emosi
- komunikasi spiritual
1-Komunikasi fizikal
Cakap dengan mata, fizikal telinga. Tetapi kurang berkesan kerana masih terselit sikap ego dalam diri.
2-Komunikasi intelektual
Komunikasi yang melibatkan orang bijak pandai cakap. Asyik nampak “Saya betul, awak salah. Ni biasanya berlaku dalam syarikat atau sesebuah komunikasi.
3-Komunikasi secara emosi
Ini adalah komunikasi paling baik dan berkesan. Jangan bercakap kalau orang tu tak sayang kita.
Contoh: Adam..ibu sayanglah awak..Tapi ayat ini macam tak best sebab ia hanya perkataan saja. Sekiranya perkataan disusuli dengan perbuatan (peluk atau sayang) itu lagi berkesan dan menusuk hati.
Biasanya ayat yang penuh emosi ini sedikit mengada-ngada. Biar nampak ada nada gurauan sikit barulah komunikasi ini lebih berkesan.
Dalam komunikasi ini ada 3 komponen penting iaitu perkataan (akal)7%, intonasi (hati) 38% dan 55% psikologi (hati).
Kualiti kehidupan bergantung kepada kualiti emosi. Mesti ingat setiap komunikasi itu bergantung pada hati dan emosi.
Bagi ibu bapa yang ada anak antara usia 3-5 tahun sekiranya anda marah ia ibarat anda ‘meracun’ anak.
Ramai ibu bapa yang meracun anak tanpa sedar. Tengking, marah-marah tu bahaya. Kesan pada emosi. Sebab itu jangan tengking dan marah anak ya. Ini yang buat anak takut dalam diam.
Bila kita buat macam ini seperti kita bunuhnya dan bukan nak membina anak menjadi seorang yang berjaya.
Anak kita akan bertindak berdasarkan imej yang kita tunjukkan pada dia. Kalau kita ‘racun’ anak dengan menyebut kata yang bukan-bukan, kutuk dengan perkataan tak elok kesianlah.
Ingat anak kecil yang selalu dimarah akan tinggalkan parut dalam diri buat selama-lamanya.
Baca al-Fatihah dan amalkan surah al-ghafir
Sementara itu, dalam perhubungan suami isteri pula, Prof Muhaya menasihatkan seeloknya gunakan gaya komunikasi spiritual.
Contoh baca al-Fatihah bayangkan orang tu depan kita, roh dia depan kita, cakap dan panggil nama dia “Saya sayang awak, saya faham awak, saya minta maaf dengan awak, terima kasih banyak-banyak.
Kalau tak tahan juga marah, bayangkan dia jadi budak kecil 5 tahun. Kecilkan dia, anggaplah jadi budak kecil ambil dan masuk dalam hati cakap I Love U, I Love U
Cara komunikasi spiritual ini bukan untuk pasangan je, orang lain atau rakan-rakan yang selalu berurusan tetapi asyik bad mood, suka-suka marah, tak layan kita dengan baik, buat cara ni.
Malah melalui pengalaman sendiri masa bekerja dulu, ketika kawan saya asyik marah-marah memang saya amalkan cara ni je. Lepas 3 hari memang nampak moodnya elok.
Ustazah Asma’ Harun juga turut pesan amalkan surah al-ghafir ayat 44 jika kita dalam keadaan macam ni. Terus sebut apa masalah tu dalam sujud atau apa saja semasa kita tengah buat. Bacalah!
Sumber: Prof Dr Muhaya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penggunaan Baby Wipes Perlu Dielakkan Jika Air Masih Ada! Ini Penjelasan Ustaz
Senang betul guna baby wipes, cepat dan mudah nak lap baby masa tukar pampers. Tapi sedarkah papa mama semua, penggunaan baby wipes perlu dielakkan jika sumber air yang mengalir masih ada. Jika papa mama nak guna baby wipes, selepas itu harus menggunakan air yang mengalir
Kadang-kadang bukan tak tahu tapi terlupa tentang hukum. Benda-benda instant nampak memudahkan papa mama tapi haruslah mengikut landasan agama yang telah ditetapkan. Perkongsian dari facebook Ustaz Syed Shahridzan boleh dijadikan panduan dan peringatan kepada papa mama semua.
HUKUM GUNA TISU BASAH (BABY WIPES)
Ustaz..mohon bg penerangan tentang mengelap kotoran dengan wet tissue boleh tak? Sebab ramai kaum ibu yang guna sewaktu tukar pampers bayi…terutama sewaktu musafir. Terima kasih banyak2 ustaz.
JAWAPAN:
Mengelap kotoran yang dalam kategori najis dengan tisu basah(baby wipes) mesti dielakkan ia tidak menepati syarat-syarat penyucian sesuatu dari najis.
Najis bayi (selain mukhaffafah) termasuk dalam kategori najis mutawassitah yang mana syarat pembersihannya mestilah menghilang ain(objek) dan seluruh kesan-kesannya iaitu bau warna dan rasa.
Syarat Penyucian
Syarat penyucian najis mutawassitah jika melibatkan air yang sedikit mestilah air itu bersifat mendatang(curah) kepada najis tidak kira dari arah mana sekalipun. Ini bermakna benda yang bernajis tidak boleh direndam ke dalam air yang sedikit, maka proses penyucian tidak sah. Perkara ini disebut di dalam kitab-kitab fiqh antaranya “Taqrirat Sadidah”:
أن يكون الماء واردا غير مورد، أي يرد الماء على النجاسة لا العكس.
Maksudnya: “Air itu hendaklah mendatangi bukan ia didatangi, iaitu air mendatangi ke atas najis bukan sebaliknya”.
.
Syarat lain yang mesti dipenuhi untuk menyucikan sesuatu benda dari najis mutawassitah adalah air itu mestilah bersifat mengalir sepertimana disebut di dalam kitab ‘al-Yaqut al-Nafis:
بجري الماء على ما تنجس بها
Maksudnya: “Dengan mengalirnya air ke atas seuatu yang ternajis dengannya(najasah)”.
Satu lagi syarat yang wajib dipenuhi menurut mazhab Syafi’ie adalah membersihkan sesuatu dari najis dengan air mutlak(air paip dan seumpamanya). Tidak boleh menggunakan air yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun, clorox dan seumpamanya. Perkara ini disebut di dalam kitab “Matan Abi Syuja'”:
وطاهر غير مطهر وهو الماء المستعمل والمتغير بما خالطه من الطاهرات
Maksudnya: “Jenis air yang suci tetapi tidak menyucikan iaitu air mustakmal dan air yang berubah sifatnya dengan bercampur dengan bahan-bahan yang suci”.
Berbalik kepada isu baby wipes, jelas ia tidak menepati syarat-syarat di atas. Ini kerana meskipun tisu itu basah tetapi sifat air itu tidak mengalir ke atas benda yang bernajis, malah tisu itu hanya sekadar basah, iaitu jika diperah sekalipun ia tidak mengalirkan air.
Syarat lain yang tidak ditepati oleh baby wipes ialah air yang digunakan bukan terdiri dari air mutlak. Ini kerana basahan tisu itu terdiri dari cecair yang bercampur dengan bahan kimia dan bukannya tulus air mutlak(air paip dll).
Cadangan
Cadangan yang terbaik, boleh menggunakan baby wipes untuk membersihkan sesuatu yang bernajis seperti kemaluan bayi, tetapi setelah menggunakan ia maka mesti dibilas dengan air mutlak yang mengalir ke atas sesuatu anggota atau benda sehingga hilang kesan-kesan najis.
.
Jika proses tersebut hanya bergantung kepada baby wipes sahaja tidak diiringi dengan bilasan, maka proses penycuian tersebut dikira tidak sah dan bayi itu terus dalam keadaan menanggung najis.
Sebagai maklumat tambahan, maksud air mengalir adalah air yang diletakkan atas sesuatu benda atau anggota, kemudian ia mampu mengajir. Sebagai contoh air di’spray’ ke atas sesuatu benda atau anggota sehingga ia nampak mengalir di atasnya. Perkara ini ada dinyatakan oleh Imam Nawawi berkenaan maksud air yang mengalir di dalam al-Majmuk, iaitu tidak sah berwuduk dengan air salji yang beku kerana ia tidak mengalir maka hendaklah salji itu dicarikan dahulu, namun jika salji itu ditekap atas anggota yang panas lalu salji itu cair(mengalir), maka sah wuduk itu.
Fakta tambahan selepas 2 jam artikel ini dikeluarkan:
Dalam mazhab syafiie ada satu hukum khusus yang dinyatakan iaitu التضمح بالنجاسة iaitu meletakkan sesuatu dengan najis atau membiarkan sesuatu itu dalam keadaan bernajis hukumnya ada haram. Menurut ulama syafi’iyyah lagi sesuatu benda yang digunakan untuk dimanfaatkan oleh manusia atau mana-mana anggota badan manusia dibiarkan dalam keadaan bernajis meskipun bayi sekali pun (yang tidak solat) dan tidak disucikan maka tidak boleh dibiarkan dalam keadaan bernajis. Ini kerana ia adalah berbuatan yang menjijikkan dan jauh dari falsafah kebersihan yang dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan yang tidak terdesak, perkara sebegini tidak sepatutnya diambil mudah.
Namun tidak dinafikan perkara seperti urusan bayi tidak lari dari keperluan mendesak seperti musafir, jalan jauh dan sakit, jika ia dalam keadaan terdesak sebegini maka ia dibolehkan (baby wipes) dan tidak termasuk hukum haram sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Syubramallisi di dalam hasyiahnya(karangan). Jadi masalah penyucian anggota bayi bukan hanya kaitan bayi itu wajib solat atau tidak tetapi atas alasan-alasan yang disebut di atas.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Sumber: Syed Shahridzan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI