Ke mana hendak bawa anak cuti sekolah ini? Tak tahu aktiviti apa untuk anak-anak, apa kata mak ayah ke Home of Kids yang bakal diadakan di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024 ini.
Acara istimewa dari Astro ini bermula seawal jam 10.30 pagi hingga 9.00 malam secara percuma untuk semua, khususnya peminat karektor kartun kegemaran kanak-kanak.
Astro selaku syarikat peneraju kandungan dan hiburan membawakan karakter kegemaran kanak-kanak dengan kerjasama Cartoon Network, Nickelodeon. DreamWorks, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studious, Monsta, Disney+ Hotstar, dan Viu yang pastinya membuatkan mereka teruja.
Bawa anak-anak anda untuk menerokai pengembaraan luar biasa, berjumpa dengan karakter kegemaran, dan pelajari ilmu bermanfaat menerusi kuasa hiburan.
● Peluang Bertemu Karektor Kegemaran
Apa yang paling menarik pastinya peluang untuk bertemu secara dekat dengan karakter kegemaran mereka seperti Didi & Friends, Pinkfong, Cocomelon serta SpongeBob & Patrick Star
Tidak ketinggalan juga karektor kegemaran dari Bluey & Bingo, Ultraman Arc, Upin & Ipin, We Bare Bears, Mechamato, Kung Fu Panda, dan banyak lagi dengan lebih dekat. Memang menarik!
● Permainan Dan Aktiviti Interaktif
Astro Home of Kids juga turut menyenaraikan rangkaian permainan dan pelbagai aktiviti yang bersifat interaktif bagi memberi pengalaman berbeza sepanjang berada di sini. Aktiviti interaktif seperti kraf juga persembahan mengujakan sudah sedia menanti kunjungan anda dan anak-anak ke sini.
● Permainan Zon Bertema
Terokai setiap zon di Astro Home of Kids ini dengan tema menarik seperti, Pinkfong, Didi & Friends dan banyak lagi yang menawarkan pengalaman hebat tak kurang juga kejutan buat kanak-kanak sepanjang di sini. Nantikan!
● Cenderamata Eksklusif
Tidak pulang dengan tangan kosong, pelbagai cenderamata dan barangan esklusif terdiri dari karakter kegemaran dan barangan istimewa program menanti anda terutama bagi yang mengumpul untuk simpanan koleksi. Dapatlah anda mengumpul koleksi karektor kegemaran anda nanti.
Pelanggan Astro juga boleh menebus pas bergambar secara ekslusif menerusi aplikasi My Astro untuk berpeluang bergambar bersama karakter kegemaran mereka.
Bukan itu sahaja bahkan para pelawat yang mendaftar atau menaiktaraf pakej Astro juga akan menerima barangan esklusif dari Astro.
Jangan lepaskan peluang ini untuk hadir ke acara Home of Kids di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024, bermula pada 10.30 pagi hingga 9.00 malam.
Acara hebat penuh mengujakan ini diperkasakan oleh penaja utama, U Mobile, dan penaja Bersama KFC dan Al-Kauthar Eduqid, serta penaja lain, Marigold. Pastikan kunjungan anda ke sini bersama keluarga!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Citarasa wanita sememangnya tidak sama. Ada diantara kita yang sukakan barang kemas, ada yang sukakan hiasan dalaman malah tidak kurang juga yang gemarkan periuk dan kelengkapan di dapur. Semua ini bukan satu pembaziran tetapi masing-masing punya alasan tersendiri malah ia umpama terapi bagi kebanyakkan wanita.
Jika ada sesetengah wanita yang kurang gemar memakai barang kemas, janganlah dipandang sinis kerana di rumahnya pasti ada sesuatu yang pastinya kita tidak pernah terfikir ada. Minat yang berbeza.
Namun minat mengumpul emas sememangnya dilihat sebagai pelan jangka masa panjang yang cukup menguntungkan malah jika sebarang kecemasan berlaku, emas antara aset yang pastinya dapat membantu.
Idea yang dikongsikan oleh ibu ini, Chienta Mul’aein II ini memang seharusnya dipuji. Demi minat serta memikirkan kepayahan yang pernah dilaluinya suatu ketika dahalu, dia tekad mengumpul emas. Malah paling menarik dia punya cara sendiri untuk memastikan emas terkini menjadi miliknya saban tahun.
Tak perlunya usaha yang tinggi, duit tabungan bernilai RM5 yang dikumpulnya sejak awal tahun menjadi cara terbaiknya untuk mendapatkan emas. Terbaik!
Sis nak share lagi tips untuk suri rumah.
Dari awal kahwin sis didik diri untuk simpan duit RM5, duit belanja/nafkah suami bagi.
Setiap kali balik kedai ada je note RM5 terus masuk tabung..(kalau mampu RM20 pun boleh buat). Tak kira ada baki 4 keping duit RM5 sis tetap akan simpan.
Sis hanya akan guna bila BETUL2 TERDESAK! Duit hasil meniaga, cod barang pun kalau ada RM5 sis simpan. Cukup setahun hasil dia sangat-sangat la memuaskan, tak banyak tapi ada.
Tiap hujung tahun sis shopping emas dengan duit RM5. Pernah la sis kena perli dengan pasangan suami isteri dekat kedai emas masa bagi duit RM5 ni.
Katanya “nak beli emas pun korek tabung ke?” Sis senyum je.. bila diorang keluar tanpa beli apa-apa sis cuma cakap korek tabung pun takpe ada juga hasil nya.
Sis tak malu pun p beli emas guna duit RM5 (tambah duit lain kalau terover shopping) Kedai emas tu pun tau dah ha.
Sis ada terbaca ada yang tak minat emas. Sis tak kisah cuma nak share sikit cerita sis. Dulu mula-mula kahwin pun sis tak minat emas. Time tu kemalangan dengan suami, duit tak ada. Pinjam orang tak ada yang nak tolong.
Sedih sangat, last choice sis pergi gadai cincin tunang, dapat la suami baiki kenderaan kami.
See kita rasa kita tak minat tapi fikir panjang, beli je simpan buat kecemasan kalau tak ada duit sebab emas tu beli tukar jadi duit cash. Emas makin lama makin naik.
Cincin sis masa kahwin RM400 je, sekarang harga dah dekat RM800+… Tak rugi pun.. duit ni kalau simpan habis tipu la kalau tak terguna. Sis dah try simpan duit cash.. haishh sekali keluar itu ini nak beli. Tak nak emas goldbar pun boleh.
Tapi kena ingat jangan lupa bayar zakat emas kalau dah cukup syaratnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengungguli terbitan majalah Berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak sekian lama, jenama Pa&Ma kini semakin matang dan kukuh. Buat julung kali kalinya mengadakan pelancaran majalah baru iaitu Genius Pa&Ma sempena menyambut Ulang Tahun Pa&Ma yang ke-14 tahun di KidZania, Mutiara Damansara, semalam.
Majlis pelancaran Genius Pa&Ma disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd,Syamil Fahim Mohd Fahim, Penerbit Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin dan Editor & Ketua Jenama Majalah PA&Ma & Genius Pa&Ma, Eizan Ariffin.
Menurut Eizan Ariffin, Genius Pa&Ma, membantu ibu bapa membuat persediaan sebelum anak-anak mereka melangkah ke alam prasekolah dan persekolahan yang sebenar. Pada masa yang sama berkongsi citarasa dengan ibu bapa tentang soal penampilan si anak.
Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun’, majalah Genius Pa&Ma yang dijual pada harga RM10 wajar menjadi rujukan pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika.
“Walaupun Genius Pa&Ma hanya diterbitkan sekali sahaja tahun ini, tapi kami percaya jenama ini mampu melangkah jauh kerana ia mampu mengisi ‘lopong’ keperluan ilmu ibu bapa yang mempunyai anak 3-6 tahun ini. Ia juga sesuai dijadikan sumber rujukanpengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. In Shaa Allah tahun depan, Genius Pa&Ma akan muncul lagi!,”ujarnya yang juga mengucapkan terima terima kasih ke atas sokongan para pengiklan dan pembaca Pa&Ma dan Genius Pa&Ma serta para penaja iaitu KidZania selaku penaja lokasi, Dugro dan Miszbeauty Candylicious.
Majlis diserikan dengan upacara memotong kek ulang tahun Pa&Ma ke-14, pertunjukan fesyen si cilik daripada koleksi Poney, cabutan bertuah dan magic Show oleh team Kidzania.
Sementara itu, turut diadakan majlis penghargaan kepada pembaca setia Pa&Ma dan para pengiklan yang sentiasa menyokong majalah Pa&Ma dan Genius Pa&Ma. Seramai 15 keluarga pembaca setia Pa&Ma telah diundang untuk memeriahkan majlis pelancaran ini. Manakala tiga orang pembaca Pa&Ma telah dipilih untuk menerima anugerah sebagai Pembaca Setia Pa&Ma iaitu Raja Badariah Arwee, Abdul Razak Mohammad dan Nur Fadhilah Raja.
Manakala para pengiklan yang hadir antara ialah Llittle Caliphs International Sdn Bhd, Orient Europharma (M) Sdn Bhd, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Nestle Products Sdn Bhd, Cambert Sdn Bhd, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anakku Sdn Bhd, Mydreams Concept Sdn Bhd dan i-green Sdn Bhd dan Cryocord Sdn Bhd.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak yang aktif dan cergas memang sukar duduk diam. Ada sahaja yang ingin mereka teroka dan pelajari. Jangan risau kerana ia adalah sebahagian daripada perkembangan sihat kanak-kanak. Namun, dalam masa yang sama ia juga mengundang kepada risiko kecederaan mereka.
Suka atau tidak, adakalanya kecederaan akibat terjatuh yang dialami oleh kanak-kanak semasa mereka bermain boleh menyebabkan luka seterusnya meninggalkan parut. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahu melindungi anak-anak daripada sebarang kemalangan.
Apabila si kecil menangis kerana kecederaan yang dialami semasa bermain, kita sebagai orang tua juga turut berasa sakit. Luka yang berlaku pada kulit bayi yang sangat lembut membuatkan kita panik bagaimana untuk merawat dan menghentikan kesakitan tersebut.
Sekiranya rawatan tidak diberikan dengan segera, kesan luka tersebut akan bertukar menjadi parut yang hodoh, di mana untuk kesan jangka panjang ia boleh mengganggu emosi anak itu sendiri kerana diejek oleh kawan-kawan.
Maka sangat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui cara terbaik merawat luka anak dengan betul dan berkesan supaya kulit anak cepat sembuh tanpa kesan cela hitam yang hodoh.
Terdapat banyak cara untuk menghilangkan parut namun kebanykannya agak menakutkan walaupun kepada orang dewasa seperti radiasi, pembedahan, suntikan corticosteroid, gel silikon dan sebagainya lagi.
Sebenarnya, cara paling mudah, selamat dan berkesan untuk merawat parut adalah menggunakan gel. Bahkan ia telah terbukti lebih lembut, selamat, tanpa alergenik dan boleh membuatkan parut kurang kelihatan serta melembutkan kulit. Gel juga mudah diserap untuk memulihkan kulit dan menjadikan ia lembut dan halus semula jadi.
Gel Hiruscar Kids dipercayai berkesan dalam merawat parut dan cela hitam. Seramai 98% pengguna bersetuju parut mereka semakin pudar selepas dua minggu menggunakan produk ini. Produk gel ini diperbuat daripada lima bahan yang berkesan untuk membantu memudarkan, melembutkan, melicinkan dan memperbaiki kesan parut dan cela hitam dengan berkesan.
Antara lima bahan yang digunakan dalam Hiruscar Kids adalah:
Aloe vera yang terkenal membantu memperbaiki kulit lebih lembap dan melicinkan kulit.
Allium cepa pula kaya dengan anti bakteria dapat mengurangkan parut yang hitam, memperbaiki proses pengeluaran tisu baru menjadikan tekstur kulit lebih lembut.
Ekstrak oat yang mengandungi anti oksidan menjadikan kulit lembut dan lembap.
MPS (Mucopolysaccharide polysulphate) pula melembapkan dan melembutkan parut yang sedia ada, meningkatkan penyerapan bekalan oksigen dan lain-lain nutrien kepada kulit.
Allantoin pula membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit sentiasa lembap.
Produk ini sesuai digunakan untuk semua jenis parut kerana ia cepat bertindak, mudah disapu, tidak berminyak dan berbau harum. Jangan risau untuk menyapukan ia ke atas parut di kulit anak anda yang lembut kerana ia terbukti selamat dan tidak merengsakan kulit.
Sila jawab soalan-soalan berikut dan e-melkan jawapan anda kepada pamagrup@gmail.com
(TAIP SUBJEK: CONTEST HIRUSCAR KIDS PA&MA) bermula dari 1 – 31 Julai 2015 dengan menyertakan bersama:
Nama penuh anda, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat surat-menyurat serta nama penuh anak anda dan usianya.
Apakah cara terbaik untuk merawat parut pada kulit si kecil yang lembut dan sensitif?
Apakah lima bahan utama dalam Hiruscar Kids yang membantu memudarkan, melembutkan, melicinkan dan memperbaiki kesan parut dan cela hitam dengan berkesan?
Berikan nama kolum yang dikhususkan untuk mendidik dan mengasuh anak dalam majalah Pa&Ma.
Hadiah menarik menanti pemenang:
50 penyertaan dengan jawapan yang betul akan menerima hadiah daripada Hiruscar Kids. Pembaca juga mendapat baucar sebanyak RM10 untuk pembelian produk Hiruscar Kids. Anda hanya perlu klik pada link berikut
Ingin menang lebih banyak hadiah Hiruscar Kids? Sertai peraduan di Instagram kerana ada banyak hadiah yang boleh dimenangi. Follow Instagram Majalah Pa&Ma di @majalahpama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...