Joy Revfa hamil 10 minggu, tak sempat pergi honeymoon, “kali ini tiba-tiba rajin masak.” Usahawan kosmetik, Joy Revfa berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia kini sedang hamil 10 minggu.
Joy Revfa Hamil 10 Minggu, Tak Sempat Pergi Honeymoon, “Kali Ini Tiba-tiba Rajin Masak”
Ads
Menerusi hantaran di Instagram, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 37, berkata dia dan suami, Dr. Adrian Yeah tidak menyangka dikurniakan rezeki awal untuk menimang cahaya mata. Namun bersyukur atas kehadiran insan kecil dalam kehidupan mereka.
Alhamdulillah, dah masuk 10 weeks. Tak expect terlalu awal mengandung kali ni, rasa bersyukur Allah swt nak bagi rezeki awal sebelum kami honeymoon.
Tapi pregnant kali kedua ni agak mencabar sebab hari-hari loya, mual dan lemah badan. Badan rasa sejuk. Rasa nak demam tapi tak demam tapi hari-hari semakin rajin pulak nak memasak. Sebab tu. Hargailah isteri dan ibu anda, bukan senang nak melahirkan seorang manusia keluar dari rahim tau.
Mommies kat luar sana boleh bagi tip pada Joy sikit selain makan ubat, apa lagi yang boleh kontrol rasa loya ni?
Lawat kubur suami ditemani kucing putih, “Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tep.” Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di seluruh dunia. Dengan kecomelan rupa paras, perangai yang manja, dan personaliti yang unik, kucing telah mencuri hati ramai pencinta haiwan.
Bagi Norhamimah, wanita berusia 46 tahun ini, memiliki seekor kucing berwarna putih yang diberi nama Uteh bukan hanya menceriakan hidup malah menjadi peneman setia setiap kali Norhamimah Khalid ke tanah perkuburan.
Menurut Norhamimah, Uteh mula manja dengannya sejak kerap menziarahi pusara Allahyarham suaminya, Azharuddin Said yang meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan jantung.
IBU LIMA ANAK ITU BERKATA, UTEH ASALNYA KUCING BUANGAN YANG TIDAK TERURUS NAMUN MENJADI GEBU SELEPAS NORHAMIMAH MEMBERI MAKAN SERTA MENYEDIAKAN TEMPAT TIDUR BUAT HAIWAN ITU DEKAT PONDOK DI LUAR TANAH PERKUBURAN.
“Saya jumpa Uteh beberapa bulan selepas suami meninggal dunia dan ia nampak kurus, selain badan berkurap.
“Disebabkan kasihan dan sayangkan kucing, saya mandikan Uteh dan memberinya makan serta minum hingga jadi comel seperti sekarang.
“Saya sediakan juga kotak dekat pondok untuk Uteh tidur dan setiap kali datang, Uteh akan sambut saya kemudian saya berinya makan.
“Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi saya sebagai peneman seolah-olah tak nak saya sedih,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak pemergian suaminya pada 15 November 2022, hampir setiap hari dia akan ke tanah perkuburan untuk menziarah pusara.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak membawa Uteh pulang ke rumah kerana haiwan itu dilihat lebih selesa tinggal di situ.
“Saya memang sayang Uteh namun biarkannya hidup bebas kerana nampak Uteh sihat di situ (sekitar tanah perkuburan).
“Ikutkan saya tak risau sangat dengannya cuma pernah tak keruan selepas ke tanah perkuburan baru-baru ini dan tak nampak kelibatnya.
“Lima hari juga Uteh hilang… cari pun tak jumpa sampai saya nekad cari dengan muat naik hantaran dalam kumpulan WhatsApp kawasan perumahan.
“Tapi saya lega kerana tak lama selepas itu, Uteh muncul semula,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak berkongsi kisah Uteh di TikTok, ada yang menghantar kiriman mesej kepadanya dan menyatakan hasrat memelihara kucing kesayangannya itu.
“Mulanya nak bagi kemudian tak jadi lepaskan kerana berat hati.
“Jika Uteh tiada nanti, sunyilah saya kerana tiada peneman bila menziarahi kubur suami.
“Lagipun, Uteh mengingatkan saya dengan suami yang sayangkan kucing dan gemar membawa balik haiwan itu ke rumah,” katanya.
Musim cuti sekolah kebiasaannya menyaksikan para ibu yang sibuk merancang aktiviti untuk anak-anak mereka. Daripada merancang percutian keluarga, menghantar anak ke program cuti sekolah, sehinggalah memastikan masa anak diisi dengan aktiviti berfaedah.
Namun dalam mengisi masa anak-anak ketika ini, janganlah pula para bapa meletakkan sepenuhnya tanggungjawab tersebut kepada ibu atau isteri. Bapa juga mempunyai peranan yang besar dan signifikan untuk turut sama meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.
Sebenarnya, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh bapa bersama anak. Salah satu aktiviti paling mudah, tidak memerlukan kos besar dan boleh dilakukan di rumah ialah mengajak anak membaca bersama. Walaupun aktiviti ini mungkin dianggap membosankan oleh sesetengah pihak, hakikatnya ia mempunyai impak yang sangat besar terhadap perkembangan personaliti dan emosi anak, lebih-lebih lagi apabila bapa membaca buku bersama anak.
Menurut Dr Norazly Nordin, Pembantu Profesor dan Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) Cawangan Sabah, kehadiran seorang ayah dalam aktiviti pembacaan memainkan peranan penting dalam membentuk minat membaca kanak-kanak.
Dengan hanya berbekalkan sebuah buku cerita dan sedikit kemahiran bercerita, seorang ayah mampu mencipta momen istimewa yang mengikat kasih sayang serta menyemai nilai murni dalam diri anak. Kajian melaporkan bahawa aktiviti pembacaan bersama ayah berkait rapat dengan motivasi membaca dan sikap positif kanak-kanak terhadap buku.
Kanak-kanak yang mengalami interaksi membaca bersama ayah menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap aktiviti literasi serta lebih yakin untuk terlibat dalam perbincangan berkaitan cerita. Ini kerana bapa membaca buku dengan anak sering mengaitkan jalan cerita dengan pengalaman sebenar atau situasi kehidupan, menjadikan sesi membaca lebih bermakna dan mudah difahami.
Walaupun kekerapan ayah membaca bersama anak mungkin lebih rendah berbanding ibu, namun kajian menunjukkan penglibatan ayah tetap memberikan kesan positif yang signifikan terhadap perkembangan bahasa dan kognitif anak.
Aktiviti membaca bersama ayah membantu meningkatkan kosa kata, kefahaman cerita serta keupayaan berfikir secara kritis. Interaksi ini selalunya melibatkan soalan terbuka, perbincangan dan perkongsian pengalaman hidup, yang secara tidak langsung merangsang pemikiran anak dengan lebih mendalam.
Keunikan pendekatan bapa membaca buku dengan anak ini menjadikan sesi pembacaan bukan sekadar membaca teks, tetapi sebagai ruang komunikasi dua hala yang merangsang perkembangan intelektual kanak-kanak.
Apabila ayah meluangkan masa membacakan cerita kepada anak, ia memberi kesan yang sangat positif terhadap perkembangan emosi mereka. Anak akan berasa disayangi, dihargai dan selamat kerana perhatian ayah diberikan sepenuhnya tanpa gangguan.
Melalui cerita, anak belajar mengenali emosi seperti gembira, sedih, marah dan takut, serta memahami cara mengawal perasaan tersebut. Hubungan emosi yang terjalin semasa membaca bersama ayah juga membantu anak membina keyakinan diri, kepercayaan dan kemahiran membina hubungan yang sihat dengan orang lain.
Oleh itu, bapa membaca buku dengan anak bukan sahaja menyokong pembelajaran awal, malah memainkan peranan penting dalam membentuk kestabilan dan kesejahteraan emosi kanak-kanak.
Pembacaan buku cerita oleh ayah merupakan satu strategi berimpak tinggi dalam menyokong perkembangan literasi dan emosi kanak-kanak, serta wajar dijadikan amalan dalam pendidikan awal dan literasi keluarga.
Di rumah, sebagai ayah, langkah mudah boleh dimulakan dengan meluangkan beberapa minit setiap hari untuk membaca buku cerita bersama anak sebelum tidur. Pilihlah buku bergambar yang dekat dengan kehidupan anak dan berbual tentang cerita tersebut tanpa tekanan untuk “mengajar”.
Dengan suasana yang santai dan penuh perhatian, rutin membaca ini mampu membina ikatan emosi yang kuat, meningkatkan keyakinan diri anak, serta memupuk minat membaca sejak usia awal. Inilah antara hadiah paling berharga yang boleh diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya.
Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim berkongsi pengalamannya yang kini hamil empat bulan.
Menurut Sarimah, walaupun hamil dia kini suka melakukan senaman yang sesuai dengannya dan mengakui senaman itu mampu buatnya kekal bertenaga, sentiasa rasa gembira dan badan pun lebih ringan.
Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar proses kehamilan Sarimah dipermudahkan.
Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu bernikah dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015 lalu.
Sumber: ig Sarimah Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...