Nak pastikan rumah perfect tanpa bersepah bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi jika ada anak kecil. Baru kemas sekejap, ada lagi yang lain. Walaupun tak lah sampai sakit mata, akan berlaku juga.
Bila ada orang cop macam-macam pada wanita bergelar ibu, itu sebenarnya lumrah. Nak tak nak memang kena hadap. Cuma bagaimana nak kawal aktiviti ‘sepah’ mainan dari anak-anak kenalah guna psikologi atau teknik pujukan.
Cara ini sangat perlu bagi membolehkan ibu rasa kurang stres dengan keadaan rumah selain mengelakkan kata-kata yang kurang enak dari orang sekeliling.
Pandangan dari Izzati Liyana sebenarnya betul mengenai keadaan rumah bila ada anak. Ini bukan untuk menakutkan tapi realiti yang setiap wanita bergelar ibu kena lalui.
Ads
Jujurnya, rumah orang yang ada anak kecil ni, bukanlah rumah yang bersedia untuk menerima kunjungan tetamu. Apatah lagi secara mengejut.
Bersepah, tunggang-langgang, lantai tercemar, baju tak berlipat, dinding comot.
Kalau kita tetamu, kalau hati bukan jenis memahami dan berbaik sangka, tak payah lah datang. Jenis membawang, lagi lah.
Di sebalik rumah yang macam kapal karam tu, ada seorang perempuan yang macam bela saka. Bila-bila masa boleh meletup.
Ads
Baru kemas, dah sepah balik. Dah tu, dia seorang je yang kemas pulak tu. Yang tukang sepahnya ramai. Semua kerja, harapkan dia. Baru buka mulut, kena cop asyik membebel.
Sakitnya hati!
Ads
Dulu masa Kak MJ masih bujang, berazam la konon nak jadi lain dari yang lain. Akan usaha juga rumah kemas ala English Style. Anak taknak comot. Superwoman. Konon.
Walaupun ramai yang mengetahui Rebecca mempunyai pembantu rumah, mereka tidaklah disuruh untuk buat semua kerja. Apa yang boleh dilakukan sendiri, akan dibuat seperti biasa.
Sebelum ini juga Rebecca pernah berkongsi yang dia menganggap pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri dan tidak membezakan mereka.
Layanan untuk pembantu rumah sama rata. Jika dia sibuk, tugas jaga anak mereka yang buat.
Jika ada masa luang sikit apa salahnya buat apa yang patut. Sekali-sekala raikan mereka, lagilah mereka rasa dihargai.
Dalam pada itu, ramai yang memuji cara Rebecca menguruskan rumah tangga dan menjaga suami dan anak-anak. Tiada alasan anak ramai tak boleh memberi komitmen yang baik.
Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.
Sumber: ig Rebecca Nur Al Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu, kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri. Kenapa? Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga.
Fizikal yang penat ditambah pula dengan mental yang letih boleh membahayakan kesihatan ibu dan memberikan kesan kepada keadaan sekeliling. Isteri dan ibu perlu bertenang setiap hari, ikuti perkongsian dari Puan Umm Zainab;
Isteri dan ibu perlu bertenang, setiap hari
Ada satu kes rujukan psikiatri bagi menilai kesihatan mental seorang wanita pertengahan 30an yang menggoncang bayinya sehingga mengalami inflicted brain injury (shaken baby syndrome).
Wanita itu mendakwa mendengar suara-suara dari dalam kepalanya yang membenci diri sendiri, membenci anak-anak, membenci suami. Lama kelamaan wanita itu mulai rasa sakit kepala, teramat sangat. Dia mudah berasa marah bila mendengar suara bayi kecilnya menangis.
Hasil multiple medical screening, mengesahkan wanita itu bebas daripada sebarang penyakit atau keadaan yang boleh mengakibatkan poor judgement eg:- ketumbuhan yang menekan cerebral cortex ataupun ketumbuhan di bahagian badan lain, kanser (dan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi), penyakit melibatkan gangguan hormon seperti hyperthyroidism ataupun penyalahgunaan dadah dan alkohol. Perbuatan yang dilakukannya hanya berpunca daripada ketidakstabilan keadaan mental.
Ini bukanlah kejadian pertama ibu mencederakan anak kerana hilang pertimbangan diri. Kejadian ini sudah kerap berlaku bahkan ada yang melibatkan kematian.
1) Bagaimana hal seperti ini boleh berlaku?
Kerana para isteri, para ibu ini ada sindrom kepenatan yang berterusan (constant fatigue) sebab mereka tidak ada masa untuk make sense, come to term, merasional dan mewaraskan diri sendiri. Seperti berkerja terus menerus, dalam tidurpun masih berkerja. Walaupun jasad berehat, emosi berkerja.
Ada kisah sedih tentang ibu yang bila hendak buang air di tandas rumah, terpaksa tidak tutup pintu tandas sampai batas aurat dan kesopanan kepada anak yang sudah besar hampir mumaiyiz pun diabaikan kerana anak yang kecil menangis macam kena dera kalau ibunya masuk tandas tutup pintu. Dalam hatinya ada rasa sesal dan malu, tapi apakan daya dia perlu hidup begitu sekurang-kurangnya sehingga anak kecilnya boleh menghadapi saat getir ditinggalkan di luar tandas. Inilah yang menyumbang kepada keletihan emosi ibu walaupun jasad direhatkan.
Ada juga ibu yang berkongsi kerisauan tentang berat badan makin naik, bentuk badan berubah sebab tiada masa hendak bersenam di rumah. Suaminya pula kata, “Awak buat kerja rumah itu kira macam bersenamlah”. Memanglah berpeluh turun naik tangga ke depan ke belakang menyapu, kutip baju kotor, memasak, uruskan anak tapi hormon dopamine dia gagal mewujudkan rasa teruja, excitement untuk work out sebab minda dia sudah register itu semua sebagai rutin, akibatnya penghasilan serotonin berkurang, dan tidak dapat bertindak balas sebaiknya dengan endothropin untuk beri rasa gembira dan keseronokan berkerja (working / working out as pleasureable activities).
Dia buat kerana dia sudah lali, hafal, ibaratnya kalau pejam matapun sudah tahu di mana bakul baju kotor, bekas garam gula, setting oven. Yalah, kalau ke hulu ke hilir dengan uniform dapur, mana sempat hendak excited letak yoga mat sambil berzumba mengikut rentak irama.
Bila waktu makan pula, dia makan segala macam, tidak ada portion diet, tidak ada control intake. Makan macam kerja buruh binaan sebab banyak guna tenaga untuk kerja fizikal, dalam masa yang sama mental letih juga, badan jadi lesu. Sekali lagi, sebab hormon serotonin dia kurang dan tidak berfungsi dengan baik, selera dia tiada regularity, menyebabkan dia mudah lapar, rasa sentiasa hendak mengunyah, makan banyak pun susah kenyang.
Ada ibu yang tidak sempat minum air selepas makan, langsung terlupa. 2-3 jam kemudian baru teringat. Padahal dalam masa yang sama dia sudah susukan anak dengan susu badan sehingga kenyang. Sebab dia tidak teruja dengan aktiviti yang dijalaninya, dengan hidup. Bila keterujaan tiada, dopamine kurang, serotonin level juga tidak memuaskan. Akibatnya fikiran bercelaru sehingga aktiviti ringkas seperti minum air pun boleh terlupa (more serotonin means more energy and clearer thinking as serotonin is a monoamine neurotransmitter that is thought to be responsible for the sense of well being and happiness). Ada yang pergi kedai makan hendak makan lauk pedas-pedas tapi end up order nasi goreng cina supaya boleh share dengan anak kecilnya. Makanlah apapun dia payah hendak teruja.
2) Apa yang kaum ibu ini perlukan untuk merasa lebih baik (feeling better, feeling good about herself), tidak terseksa sendirian walaupun dia tetap perlu menjalankan tugas seorang isteri dan ibu?
Masa bertenang. Sehari sekali paling kurang.
3) Bagaimana untuk memberi masa bertenang?
Masa bertenang tidak perlukan kos yang tinggi atau mewah, pergi bercuti atau melancong merata, upah pembantu rumah atau nanny dan caretaker. Masa bertenang adalah tempoh bersendiri. Walaupun dalam rumah sahaja.
Benar, ibu-ibu zaman ini memang suka kalau suami bagi voucher spa, sauna ataupun bagi cash suruh shopping atau bagi masa suruh tengok wayang tapi kalau tidak mampu semua itu baik dari segi kewangan ataupun masa (spa paling kurang 2 jam, shopping 4-5 jam, tengok wayang 3 jam – kalau ada anak kecil menyusu badan ataupun yang clingy sebab sudah terbiasa dengan ibunya sahaja, susah untuk keluar sendirian lama-lama) berilah masa isteri, ibu bertenang 15-30 minit sehari pun jadilah.
4) Ada contoh aktiviti yang boleh dibuat untuk masa bertenang?
Ada. Antara caranya, bapa ambil semua anak, bawa naik kereta, sementara ibu bersendirian di rumah, tanam pokok bunga atau brisk walk, work out, jogging pusing taman. Bapa bawa anak pergi playground sementara ibu di rumah minum kopi secawan sambil makan pisang goreng. Ataupun biar isteri sendirian dalam bilik, membaca novel atau main mekap-mekap, cuba-cuba baju (ini personal choice saya)
manakala suami bawa anak ke bahagian lain rumah, buat aktiviti bersama anak-anak tanpa ibu mereka. Boleh juga biar isteri mandi dengan tenang, dia hendak scrub ke dia nak long shower ke tanpa ada anak ketuk pintu sambil jerit-jerit macam kena picit menyeru nama ibunya.
5) Ada pantang larangkah untuk masa bertenang?
Tidaklah sehingga pantang. Tapi kalau boleh janganlah pula beri alasan anak tidak biasa berenggang dengan ibunya untuk tidak beri si ibu masa bertenang. Kalau suami sudah cakap begini, beri masa bertenang 30 saat pun naluri ibu akan merasa serba salah. Golongan ibu-ibu ini memanglah dia nampak macam ada kuasa magik, bila anak nangis dia ambil, didukung, anakpun senyap. Jadi asal anak menangis sahaja, para bapa pun buat kesimpulan anak hendak ibunya. Sebenarnya tidak. Ibu ini dia refleks, dengar anak menangis meraung, dia akan angkat.
Anakpun bila sudah terbiasa bila menangis ibu dukung, pujuk, dia pun refleks – berhenti menangis bila ibu datang. Cuba kalau anak itu menangis jauh daripada ibu, si ibu tidak dengar anak menangis, ibu pun tidak akan refleks angkat anaknya, anak pun tidak akan refleks berhenti menangis bila diangkat ibunya, bapapun tidak akan nampak seolah cuma ibu yang memiliki super power untuk menghentikan tangisan anaknya. Sekali sekala dalam kehidupan anak itu dia akan belajar bahawa ada cara lain dan orang lain yang boleh menghentikan tangisannya selain daripada cara ibu, dukungan ibu, pelukan ibu.
6) Selalu dengar orang perjuangkan me time. Apa beza me time dengan masa bertenang?
Masa bertenang ini berbeza dengan masa untuk diri sendiri, me time. Jangan keliru masa bertenang dengan me time. Nanti orang kata isteri zaman sekarang asyik hendak tuntut me time sahaja seolah tidak ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Bukan. Me time itu kelapangan, bersifat ganjaran. Untuk memberi kerehatan. Masa bertenang pula adalah keperluan, bersifat hak. Untuk menata kewarasan. Untuk mewajarkan pertimbangan. Supaya para ibu tidak dihanyut emosi yang keletihan, yang menyuruh mencederakan anak, meninggikan suara kepada suami, atau mudah mengancam menuntut talak.
7) Pentingkah masa bertenang?
Penting. Macam hak asasi isteri. Berilah isteri hak dia berkadaran dengan usia, berkadaran dengan waktu, berkadaran dengan peredaran zaman. Walaupun sudah beranak pinak beberapa orang sekalipun. Dia perlu masa menata hati dan perasaan, menimbang baik buruk keputusan dan pekerjaan yang dikerjakan sehari-harian.
A contemplation of the day. Waktu muhasabah atau waktu dia boleh pilih sesuatu untuk dilakukan sambil berfikir dalam ketenangan. Waktu yang dia boleh buat revision tentang matlamat hidupnya, misalnya untuk sesetengah ibu suri rumah, tujuan asal dia berhenti kerja atau memilih untuk tidak berkerja untuk menjaga anak di rumah. Bagi ibu berkerja pula, justifikasi menghantar anak ke taska atau di bawah jagaan pengasuh. Waktu untuk dia improvisasi visi hidupnya. Ataupun masa untuk dia menghayati kekesalan sebab dia tertinggi suara pada anak atau termerungut dengan tugasnya sebagai ibu. Masa untuk dia motivate diri, kumpul semangat, cari kekuatan, reasoning kemarahan.
Para suami, sungguh tidak rugi berbuat baik kepada isteri. Isteri yang dilayan dengan baik, rumahtanggapun akan jadi baik – anak-anak terjaga baik, makan pakai keluarga dalam keadaan baik, isteri bercakap lemah lembut dengan perkataan yang baik-baik, sentiasa bermood baik, rajin menjaga bentuk badan dan kesihatan dengan baik. Sebab kehidupannya baik, menjadikan dia isteri yang baik, membentuk anak-anak yang baik, memberi manfaat kepada suami yang baik. Menghasilkan kitaran hidup yang baik-baik. Saling melengkapi dengan kebaikan.
Berbuat baiklah. Tidak kira lelaki perempuan, suami isteri, anak ibu bapa. Jadi orang baik. Layan orang dengan baik. Terutamanya orang yang baik dengan kita. Semoga baik-baik belaka hendaknya.
Bila anak dipuji, sesekali kita tak tahu nak respon macam mana kan? Cuma lebih banyak terfikir yang pujian tu hanyalah sekadar untuk mengambil hati kita, jadi untuk membalasnya biasanya kita akan terus-terusan untuk menafikannya kan?
Bagi mendapat penjelasan lanjut, perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini boleh dijadikan panduan. Kalau rasa serba salah nak jawab macam mana, tip ini boleh mama papa buat ye!
❌Eh mana adaaa, depan orang je anak saya duduk diam. Kalau tak buas jugak tuu. Panjat sini sana, haaaa tak berhenti.
❌ Ishhh taklah, nampak sopan sebab datang rumah orang, haa kalau dekat rumah dia lah paling banyak buat sepah, rumah kejap simpan lepas tu berselerak lagi, haa ni lah juaranya.
❌ Oh biasa-biasa je, mana ada rajin, dekat rumah saya suruh buat apa-apa malas jugak. 10 kali suruh barulah bergerak.
Betulkah tindakan kita ni? Nak mengiyakan nampak sangat berbangga, tapi takkan nak biarkan saja pujian itu tergantung sebegitu? Cuba bayangkan bila anak-anak mendengar respon kita, perasaan mereka bila kita hebahkan kelemahan mereka?
Anak pasti terkilan dan percaya apa yang didengarnya. Kita pula menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu. Sedangkan itu aib mereka. Tanggungjawab kita untuk melindungi, menasihati secara personal sehingga mereka berubah bukan berbangga dengan kelemahan mereka.
Apa yang kita cakap mungkin dapat membuatkan diri kita kelihatan rendah diri ketika dipuji, tapi lebih kepada menghiris perasaan anak-anak bila didengari. Apabila sentiasa diulang-ulang, ini menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka dan ibu langsung tak menghargai perubahan mereka.
Sebenarnya, setiap kata-kata yang yang keluar dari orang lain merupakan satu doa. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan
“Sebut dan kata yang baik-baik supaya yang baik-baik juga yang akan datang dalam hidup kita.”
Sebaliknya, bila dipuji senyum, syukur pada Allah dan jawab
✅” Haaza min fadhli rabbi”
Ini semua dari kurniaan dan kelebihan Tuhanku.
✅”MaasyaAllaah, laa quwwata illaa billaah”
Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud.
✅ Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Jadi, tiap kali ada yang memuji atau mengungkap kata-kata yang manis didengar, ucapkanlah ayat di atas semoga dapat akan memberi kebaikan buat diri sendiri dan yang mendoakan. Supaya kita terbit rasa syukur kepada Allah, dijauhkan rasa sombong, bongkak, bangga diri kerana semua ini berlaku dengan pertolongan dari Allah. Dalam masa sama kita juga tidak melukai hati mana-mana insan yang mendengarnya.
Setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan. Carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil.
Subur-suburkanlah kebaikan itu. Tapi, jangan sampai berlebihan memuji anak, sampai anggap sesuatu kebaikan itu terjadi adalah disebabkan diri sendiri. Kita lupa sebenarnya ALLAH lah yang menjadikan perkara itu terjadi.
Sesungguhnya kita tak berdaya. Kita hanya makhluk lemah. Hakikatnya semua dari Allah.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.