Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak sebaik sahaja gigi tumbuh. Tabiat membersih mulut harus disemai dari sejak lahir.Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
Bagaimana pula teknik memberus gigi yang betul untuk ibu ayah gunakan ketika memberus gigi anak? Ikuti perkongsian daripada doktor pergigian ini.
Ramai ibubapa tanya
“Doktor..anak saya sudah sangat gosok gigi..tu sebab giginya rosak. Boleh tolong ajar caranya tak?”
Berikut adalah 5 teknik gosok gigi anak kecil kita. Kadang-kadang kena paksa ye:
Wanita mengandung dan baru melahirkan anak selalunya akan menitikberatkan amalan berpantang. Itu tak boleh ini tak boleh supaya dapat kembali cergas dan bertenaga. Tapi adakah kita terfikir rehat yang cukup, emosi stabil sangat penting untuk proses pemulihan bagi wanita lepas bersalin.
Ini yang selalu diambil ringan oleh ibu lepas bersalin. Ada yang sekadar seminggu atau dua minggu berehat dan selepas itu mulalah buat kerja rumah atas alasan tertentu. Ya betul isteri perlu buat tapi adakah suami fikir kesan jangka masa panjang ini jika biarkan isteri buat semua urusan rumah tangga masa dalam pantang?
Berikut antara kupasan yang diberikan oleh Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh yang berlaku kini dan mungkin salah satu punca yang memberi tekanan dalam diam buat seorang wanita bergelar ibu.
Saya fikir amalan ‘berpantang’ selepas bersalin perlu dijenamakan semula agar lebih bersifat mesra syariat dan mengikut fitrah insaniah yang tepat.
Wanita bersalin bukan sekadar perlu diperingatkan agar melangkah perlahan, tidak boleh membaca, makan dan minum sekadarnya, memakai stokin sepanjang masa, mengikat tocang ketat-ketat, berpilis di dahi, mesti berurut, bertungku dan berdian dan mandi dengan dedaunan wangi. Ini untuk sihat tubuh badan (mungkin) dan supaya kembali cantik (?).
Yang wanita bersalin mahu ialah perkongsian tanggungjawab dan bantuan menguruskan diri, anak-anak serta bayi yang baru lahir. Seluruh tubuh yang sakit tidak memungkin mereka berjalan ke hulu dan ke hilir, membongkok dan mengiring melakukan rutin harian, walaupun yang mudah…apatah lagi mengejar anak yang lasak.
Badan yang masih lemah amat perlukan rehat yang panjang. Ibadah khusus pun Allah rehatkan, ada yang sehingga 60 hari. Bagaimana pula mereka dibiarkan memasak untuk makan sendiri? Apatah lagi menjaga 2-3 anak kecil serentak sewaktu badan masih belum mampu berdiri dan memasak untuk suami pula? Kadangkala mereka jugalah yang berkejar ke jemuran bila guruh berdentum atau renyai mula merintik.
Bila melakukan semua urusan rumahtangga, mereka ditegur pula kerana tidak prihatin terhadap tubuh sendiri yang perlukan rehat. Bila minum terlebih kerana haus dan kepenatan mereka disindir pula nanti perut buncit menggelebeh. Bila bayi disuakan botol susu, mereka diperli malas menyusui bayi sendiri sedangkan si ibu jugalah yang menyempurnakan urusan rumahtangga dan kurang masa yang ada untuk proses penyusuan.
Justeru, yang wanita bersalin mahu ialah waktu rehat untuk proses penyembuhan yang lancar, bantuan ahli keluarga untuk meringankan rutin harian kerana mereka belum dapat mengurus sepenuhnya dan yang penting juga, agar mereka tidak terlalu tertekan dengan situasi SAKIT, SUSAH, KELIRU, MENGANTUK, PENAT dan LAPAR.
Al-Faatihah buat bayi-bayi syurga yang dibunuh bonda mereka. Maafkan ibu kalian. Kalau mereka dihormati, pasti mereka lebih menyayangi.
Pelakon, Zizie Izzete berkongsi cara dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa 44 hari selepas melahirkan anak perempuannya 1 Mac lalu.
Zizie, 40, berkata dia perlu kuat untuk melawan nafsu makan biarpun keadaan dalam biliknya dipenuhi dengan manisan.
“Dalam masa sama badan akan bakar lebih banyak kalori dalam satu hari. Memandangkan saya melalui pembedahan dan senaman bukanlah pilihan untuk beberapa bulan awal selepas bersalin,” katanya.
Zizie juga mengakui untuk tampak lebih menawan dia perlu menurunkan lagi 10 kilogram dan berharap usahanya itu berjaya.
Setiap pasangan suami isteri, masing-masing mengharapkan kelahiran cahaya mata yang normal dan sihat. Siapa sahaja yang tidak mahu memiliki bayi yang cukup sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau komplikasi. Namun, tidak semua berpeluang memiliki kelahiran seperti yang disangka. Ada pasangan yang mungkin ditakdirkan akan memiliki bayi dengan kelahiran pramatang.
Bagaimana anda boleh bertindak dalam menjaga bayi pramatang? Adakah ia sukar dan anda fikir anda tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menjaga bayi pramatang? Jangan risau. Sekiranya anda tahu langkah yang betul dan bersedia, ia bukanlah satu perkara yang sukar. Ia hanya perlu diberi perhatian dalam satu tempoh masa tertentu untuk memelihara kesejahteraan tubuh bayi tersebut sahaja. Ikuti perkara-perkara yang perlu anda tahu seperti berikut jika memiliki bayi pramatang.
Sekiranya anda memiliki bayi pramatang, dia mungkin tidak kelihatan atau berkelakuan seperti bayi yang lain. Sekiranya purata bayi lain mempunyai berat sekitar 3.17 kg, bayi pramatang mungkin mempunyai berat sekitar 2.26 kg atau mungkin juga kurang daripada itu.
Saiz tubuhnya juga adalah lebih kecil. Memandangkan jumlah lemak yang dimilikinya juga adalah sangat sedikit, kulitnya juga mungkin kelihatan agak nipis sehingga boleh menampakkan salur dan pembuluh darah.
Pada kebiasaannya, bayi pramatang akan dimasukkan ke unit penjagaan rapi neonatal (NICU) agar penjagaan terbaik dapat diberikan kepadanya. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mempelajari segala kemahiran yang diperlukan apabila tiba masanya untuk anda membawa pulang bayi ke rumah. Perhatikan bagaimana doktor dan jururawat melakukan setiap perkara, dan bertanya kepada mereka sekiranya terdapat sebarang persoalan.
Semasa di NICU, anda akan menentukan sekiranya bayi anda disusukan dengan susu ibu atau susu formula. Susu ibu semestinya pilihan terbaik untuk setiap bayi. Walau bagaimanapun, susu ibu perlu diperkayakan dengan protein, vitamin, dan mineral tambahan untuk memenuhi keperluan nutrisi yang tinggi oleh bayi pramatang. Ia biasa akan dicampurkan dengan human milk fortifier, sejenis produk nutrisi yang berfungsi menggalakkan tumbesaran sihat untuk bayi pramatang.
Di hospital, bayi pramatang biasanya akan belajar untuk menghisap, menelan dan bernafas untuk makan secara selamat. Di hospital, bayi pramatang akan diberikan susu sebanyak 5 ml dalam setiap 3 jam. Sekiranya bayi sudah mula boleh disusukan secara penyusuan badan atau susu botol, bayi tersebut akan mula dibenarkan pulang ke rumah bersama anda. Di rumah, perhatikan isyarat bayi anda. Anda mungkin perlu mengubah waktu dan kuantiti susu yang ingin diberikan memandangkan perut bayi anda sudah mula membesar.
Bayi pramatang anda mungkin memiliki sistem imun yang agak lemah. Sila ambil langkah berjaga-jaga berkenaan kebersihan persekitaran rumah anda agar kesihatan bayi anda kekal terjaga. Pastikan mereka yang datang berziarah mencuci tangan mereka terlebih dahulu dengan sabun dan air suam bersih sebelum mereka memangku bayi anda, dan begitu juga diri anda. Pastikan tahap kebersihan ini kekal terjaga dalam semua aspek termsuklah semasa penyediaan susu bayi.
Jika rumah anda berada dalam keadaan yang dingin, pakaikan bayi anda dengan pakaian yang boleh mengekalkan suhu badannya. Bayi tidak cukup bulan memiliki jumlah lemak badan yang sedikit, oleh itu pakaian yang sesuai amat diperlukan agar bayi anda tidak kesejukan. Pastikan juga pakaian tersebut selesa, bukannya cantik luaran semata-mata.
Menjaga bayi pramatang menjadikan anda sebahagian daripada golongan ibu bapa yang sangat prihatin dan amat berhati-hati dalam melakukan setiap perkara, terutamanya jika ia berkaitan dengan bayi anda. Jangan risau, pasukan kesihatan ibu dan bayi di hospital akan sentiasa membantu anda menjaga bayi anda, dan tidak akan meninggalkan anda keseorangan. Dapatkan nasihat daripada mereka dan sentiasa merujuk kembali kepada mereka sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang timbul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.