“Kadang-Kadang Mak Tak Boleh Nak Follow Cara Kri.” Bonda Rozita Tetap Tegur Datuk Aliff Syukri

Share

Ibu mana sanggup lihat anaknya susah atau dihina oleh orang luar. Begitu jugalah bagi bonda Rozita, ibu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering berdepan dengan pelbagai kontroversi.

Walaupun Datuk Aliff dah bergelar suami dan bapa, nasihat dari seorang ibu tak pernah sedikit pun kurang dari ibunya. Respek sungguh cara bonda Rozita ini.

Mungkin bagi sesetengah orang, apabila anak dah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, kiranya tanggungjawab tu dah kurang tapi tidak bagi bonda Rozita.

Dia mengakui Aliff Syukri kadang-kadang perlu sentiasa diingatkan biarpun pendapat mereka tak sama. Namun sebagai ibu, bonda Rozita tak pernah jemu menegur anaknya.

 

Manja dengan panggilan Kri, bonda Rozita pun kadang-kadang tak boleh nak ikut cara Aliff Syukri. Tapi sebagai ibu saya tahu niatnya buat sesuatu perkara itu.

Marah tetap marah tapi disebalik perangainya itu, dia seorang anak yang baik.

Lagipun dia seorang yang selamba. Jika dia nak buat, memang dia akan buat, Tak peduli apa orang nak cakap. Satu kelebihan yang ada pada Kri, dia sangat bijak berniaga.

Macam kes lagu Si Bobo tu, saya memang betul-betul marah dengannya. Tapi dia jelaskan itu sekadar kerja.

Biarpun sikapnya nampak agak gila-gila, bonda Rozita memuji Aliff Syukri. Sikapnya yang pemurah dan suka membantu orang susah serta ahli keluarga tak pernah dilupakannya.

Menurut bonda Rozita, Aliff Syukri tetap manja dengannya. Bab menyakat, bergurau tak payah cakaplah.

“Bila saya bebel padanya, boleh pulak dia membebel pada saya. Yang penting kami sama-sama tak ambil hati dan sentiasa gembira,” katanya.

Semoga bonda Rozita sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan keluarga ini kekal selamanya.

IKLAN