Isteri sangat gembira bila suaminya tolong dalam urusan rumahtangga walaupun hanya cuci tandas sahaja! Bernilainya pertolongan kecil suami dimata isteri. Isteri tidak mengharapkan bulan bintang, cukup sekadar memahami dirinya penat dan sama-sama membantu dalam urusan menguruskan rumahtangga.
Isteri sent gambar ini ketika saya outstation. Entah bila dia snap gambar yang saya sedang cuci tandas.
Bagi saya cuci tandas ini tidaklah rasa apa-apa yang besar sangat, lagi pun dah biasa cuci tandas di tempat kerja. saya terkesan sangat apabila isteri cakap yang dia rasa gembira sangat bila saya ringan tulang kat rumah.
Saya mula beri perhatian dalam hal ini. Sekecil perkara yang saya buat ini pun buatkan hati seorang isteri gembira. Sedangkan banyak perkara dalam rumah kebiasaanya isteri yang lakukan. Saya sebak sangat,jika nak outstation semua keperluan saya disediakan,pakaian,berus gigi disusun dengan baik,hatta kasut mana yang sesuai untuk saya outstation pun dah tersedia didepan pintu.
Ads
Bukanlah untuk memuji isteri berlebihan, tetapi inilah hakikat ramai isteri yang baik melayan suami agar suami redha kepada mereka.
Alangkan gembiranya seorang isteri jika suami sentiasa beri perhatian kepadanya dan ambil peduli tentang penat lelah dia uruskan rumatangga, apatah lagi jika suami bimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Sebaliknya begitulah isteri berusaha buatkan suami tenang melihatnya.
Rupanya dalam rumahtangga kita jangan fikir apa pasangan perlu buat untuk saya,tetapi kita kena fikir apa lagi yang perlu saya buat untuk gembirakan pasangan.
Ads
Tahu tak,jika kita berusaha untuk gembirakan keluarga ini,الله akan gembirakan kita dalam banyak perkara dan buatkan kita rasa bahagia bersama keluarga.
Dalam sesebuah keluarga, peranan seorang ayah sangat penting. Ayah bukan hanya bertanggungjawab mencari nafkah, rezeki untuk keluarga malah selaku ketua keluarga ayah juga bertanggungjawa mendidik anak-anak.
Jangan dilepaskan tanggungjawab itu di atas bahu seorang isteri. Sama-sama ambil tahu tentang anak-anak setiap hari. Ayah yang sentiasa bersama anak-anak akan melahirkan anak-anak yang hebat.
UNTUK RENUNGAN SEMUA AYAH / BAPA / WALID / PAPA / DADDY
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar ‘membuat’ anak.. astaghfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah di atasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..( tak kiralah berapa isterinya ).
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Di datangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi dan di kuasai oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer…
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya’qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
Tahukah anda di dalam al-Quran ada lebih banyak kisah mengenai ayah dan anak berbanding ibu dan anak?
Kisah Luqmanulhakim dan anaknya, Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf (serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Nuh dan anak2nya, Kisah Nabi Luth dan anak2 perempuannya, Kisah Sheikh Madyan dan 2 orang anak perempuannya dan beberapa lagi yang lain.
Ini menunjukkan ayah memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam Islam. Sudahkah kita memainkan peranan kita wahai bapa-bapa sekalian?
Tepuklah dada dan tanyalah Iman sebelum Allah bertanya kepada kita akan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua dalam keluarga…
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri dan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang prihatin dengan urusan pengasuhan yang dikuasai oleh ibu-ibu dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.
Allahuakbar.. !!! Wallahua’lam.
Sumber: TRB
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya tugasan menyediakan makanan di rumah adalah menjadi tanggungjawab wanita, iaitu kaum isteri. Tetapi sebenarnya, pada pandangan mata seorang wanita melihat lelaki rajin memasak adalah lebih hot.
Lelaki rajin memasak vs bertukang
Berdasarkan satu kajian, dikatakan lelaki rajin memasak adalah lebih menarik pada pandangan individu wanita berbanding lelaki yang melakukan tugasan pertukangan atau yang bersifat kelakian.
Ini adalah berdasarkan kajian dilakukan oleh saintis daripada London ke atas 20 pasangan Australia untuk menentukan jenis tugasan apa yang boleh meningkatkan keghairahan individu wanita terhadap individu lelaki.
Responden lelaki yang terlibat dikehendaki melakukan tugasan seperti pertukangan sendiri sehinggalah kepada tugasan membuat kek, membancuh kopi serta mengisar bahan masakan. Manakala responden wanita pula dinilai dari aspek tindak balas fisiologikal, emosi dan mental.
Hasil kajian
Daripada kajian yang dilakukan, didapati sebanyak 57.5 peratus responden wanita lebih terangsang apabila pasangan mereka membancuh kopi atau membuat kek berbanding melakukan tugasan pertukangan menggunakan gerudi atau gergaji, iaitu sebanyak 55 peratus.
Individu wanita terlibat juga dikatakan lebih gembira apabila pasangan mereka memasak berbanding melakukan tugasan rumah yang lain, termasuk menggosok baju atau memasang perabot.
Kajian juga menunjukkan tujuh daripada 10 wanita lebih menyukai apabila menerima kopi yang dibancuh sendiri oleh pasangan berbanding pemberian hadiah atau pelukan kasih sayang daripada pasangan.
Apa kata pakar
Menurut pakar perhubungan dan sexologist, Dr Nikki Goldstein, beliau tidak terkejut dengan hasil penemuan yang diperolehi daripada kajian. “Sebagai wanita, saya bersetuju dengan hasil kajian.”
Walau bagaimanapun, beliau mengakui perkara ini mungkin memberikan kejutan kepada lelaki. Ini kerana kebanyakan lelaki berasa bahawa seseorang individu wanita akan terangsang dan ghairah apabila melihat lelaki melakukan tugasan berbentuk kelakian.
Bagi Dr Nikki, melihat lelaki berada di dapur dan menunjukkan tahap kreativiti mereka merupakan satu perkara yang menarik. Ia memerlukan lelaki berfikir diluar kotak dan ini sudah tentu amat menarik bagi wanita.
Lelaki boleh melafazkan ‘Saya sayangkan awak, saya peduli tentang”, tetapi apabila mereka melakukan sesuatu seperti membancuh kopi, ia menunjukkan bahawa mereka mengambil berat.
Dr Nikki menyarankan agar setiap pasangan untuk meluangkan masa bersama di dapur untuk menguatkan hubungan. Dalam masa yang sama ia membantu untuk setiap pasangan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian bersama.
Kesimpulan
Sebenarnya, individu lelaki memang merupakan antara mereka yang sangat hebat ketika di dapur. Lihat sahaja kebanyakan tukang masak sama ada di kedai makan biasa, restoran mahupun hotel, adalah lelaki.
Jadi, kaum lelaki sekalian, why not untuk anda sekali sekala menunjukkan skil memasak kepada pasangan anda? Manalah tahu ia mungkin boleh membantu mengeratkan lagi hubungan dan si dia bertambah sayang kepada anda. Tiada salahnya mencuba, bukan?
Fasa struggle nak ajar anak biasakan duduk dalam carseat ini sekejap je. Paling lama menangis pun tak delah sampai satu jam non stop.
Menerusi perkongsian Puan Fadzielah Ayub, kita sebagai parents ni kena kental. Tahan dengar tangisan anak meronta nak keluar dari carseat itu lebih baik dari kita yang menangis menyesal tidak letakkan anak dalam carseat.
Saya ibu direct feed. Untuk tahun pertama, saya duduk di sebelah baby dan hanya keluarkan baby untuk menyusu. Kemudian letakkan balik baby dalam carseat. Mak-mak yang direct feed je faham bila menyusu on demand, takde specific masa. Lagi-lagi kalau next rnr jauh lagi.
Bila anak dah start solid food, senang. Bekalkan finger food untuk anak alas perut.
Bila ada anak-anak kecil, kena expect perjalanan akan jadi lama walaupun dekat. Sebab kena banyak berhenti. Bagi anak lepaskan tenaga dan bergerak di rnr.
Bila anak duduk dalam jangka masa lama, anak akan bosan dan rimas. Menangis dan memberontak untuk keluar dari carseat. Itu normal. Sebab mereka perlu lepaskan tenaga mereka yang biasa aktif bermain itu.
Kadang-kadang sehabis baik mana pun kita berjaga, kemalangan boleh jadi tak kira masa atau keadaan. Boleh jadi disebabkan kecuaian kita ataupun orang lain.