Jumlah kelahiran hidup di negara ini merekodkan peningkatan 13 peratus iaitu 105,961 kelahiran berbanding suku tahun kedua tahun lalu dengan 93,799 kelahiran.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berdasarkan Laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun kedua 2023, bayi lelaki melebihi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,214 kelahiran bayi perempuan.
Beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 20,477 kelahiran atau 19.3 peratus, manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 357 kelahiran atau 0.3 peratus.
“Usia ibu antara 30 sehingga 39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi pada suku tahun kedua 2023 iaitu 53,679 atau 50.7 peratus, diikuti oleh ibu berusia 20 sehingga 29 tahun sebanyak 42.3 peratus.
“Ibu berusia 40 tahun dan lebih pula mencatatkan 5.2 peratus, manakala ibu berusia kurang daripada 20 tahun sebanyak 1.8 peratus,”
Beliau berkata, bangsa Melayu menyumbang 68.4 peratus atau 72,500 kelahiran hidup daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun kedua 2023 berbanding tahun lalu sebanyak 69.7 peratus.
Katanya, kelahiran hidup bagi Bumiputera lain dan bangsa Cina masing-masing meningkat kepada 12.9 peratus dan 9.1 peratus berbanding 12.6 peratus dan 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2022.
Bangsa India pula katanya, merekodkan penurunan kepada 3.8 peratus pada suku tahun kedua 2023 berbanding tahun lalu sebanyak 3.9 peratus.
“Sebanyak 50,239 kematian direkodkan pada suku tahun kedua 2023 iaitu peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding suku tahun kedua 2022 sebanyak 49,893 kematian.
“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 28,495 manakala 21,744 kematian bagi perempuan,” katanya.
Mohd Uzir berkata, bagi tempoh yang sama, Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,765 kematian atau 15.5 peratus, manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 73 kematian atau 0.1 peratus.
Ads
Dari segi usia pula katanya, bilangan kematian berusia 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 35,415 kematian atau 70.5 peratus, diikuti usia 41 sehingga 59 tahun sebanyak 19.6 peratus.
Bilangan kematian berusia 15 sehingga 40 tahun pula mencatatkan sebanyak 7.6 peratus, manakala yang berusia 0 sehingga 14 tahun sebanyak 2.3 peratus.
“Bangsa Melayu menyumbang 52.9 peratus atau 26,610 kematian daripada jumlah kematian pada suku tahun kedua 2023 berbanding pada 2022 sebanyak 52.7 peratus.
“Kematian bagi bangsa Cina meningkat kepada 26.2 peratus pada suku tahun kedua 2023 berbanding 25.8 peratus pada suku tahun kedua 2022.
“Bagi Bumiputera pula, jumlah kematian menurun kepada 10.2 peratus berbanding 10.8 peratus pada tahun lalu, manakala bangsa India kekal pada 8.1 peratus,” katanya.
Selain itu beliau berkata, kematian disebabkan COVID-19 menurun kepada 74.4 peratus pada suku tahun kedua 2023 iaitu daripada 660 kematian pada suku tahun kedua 2022 kepada 169 kematian.
Katanya, kematian disebabkan COVID-19 menyumbang 0.3 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian pada suku tahun kedua 2023.
Ads
“Johor merekodkan kematian COVID-19 tertinggi iaitu 37 kematian, manakala tiada kematian direkodkan di Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.
Mohd Uzir berkata, jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun kedua 2023 dianggarkan sebanyak 33.4 juta iaitu meningkat 2.1 peratus berbanding suku tahun kedua 2022 sebanyak 32.7 juta.
Katanya, jumlah penduduk lelaki meningkat daripada 17 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun kedua 2022, manakala perempuan meningkat daripada 15.7 juta kepada 15.9 juta bagi tempoh yang sama.
“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warga Malaysia adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, penduduk berusia 0 sehingga 14 tahun atau usia muda, menurun kepada 7.5 juta pada suku tahun kedua 2023 berbanding 7.6 juta pada suku tahun kedua 2022.
Katanya, komposisi penduduk berusia 15 sehingga 64 tahun atau usia bekerja, meningkat daripada 22.8 juta kepada 23.4 juta berbanding suku tahun kedua 2022.
“Komposisi penduduk berusia 65 tahun dan lebih atau usia tua meningkat daripada 2.4 juta kepada 2.5 juta bagi tempoh yang sama,” katanya.
Seronok bergelar ibu membuatkan ramai teruja untuk membeli pelbagai produk untuk si manja mereka. Dalam keterujaan tersebut, ibu kena tahu memilih produk yang sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit lembut dan sensitif.
Jangan mudah terpengaruh dengan faktor cantik dan menarik tanpa mengambil tahu apa bahan-bahan yang tak sesuai untuk kulit anak. Risiko bayi terkena alergi atau masalah kulit lain sangat tinggi.
Tahukah ibu, produk yang mengandungi bahan kimia seperti paraben perlu bayi hindari demi memastikan kulit mereka tidak berisiko mempunyai masalah alergi dan sebagainya. Paraben adalah bahan pengawet yang murah dan berkesan untuk menghalang pertumbuhan acuan dan bakteria yang merosakkan produk tetapi berpotensi membahayakan kulit lembut si manja anda.
Produk Paraben Dan Bahan Kimia Yang Berbahaya
Memang ibu bapa sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk membeli produk penjagaan kulit bayi agar kulit si kecil mereka kekal lembut dan gebu. Namun, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk untuk bayi anda.
Pastikan sebelum membeli produk penjagaan diri si manja, ibu dan ayah buat beberapa langkah ini ya.
Langkah 1: Baca Label Terlebih Dahulu
Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa setiap kali ingin membeli sesuatu produk, termasuklah produk penjagaan kulit bayi. Ini bertujuan untuk memastikan produk tersebut tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna atau bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.
Selain itu, periksa juga bahan dan ramuan, deskripsi penggunaan, tempoh luput, tempat dan nama kilang pembuatan serta jika terdapat apa-apa amaran pengunaannya.
Langkah 2: Jenama Produk Yang Diiktiraf
Pilih jenama produk bayi yang diiktiraf oleh dermatologi dan pakar pediatrik
Langkah 3: Testimoni
Semak komen daripada ibu bapa yang berpengalaman menggunakan produk bayi tersebut.
Segalanya Untuk Bayi Anda
Bila bercakap tentang produk penjagaan kulit bayi, perkara pertama yang ditanya oleh pengguna ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. NIVEA telah mengeluarkan produk terbaru iaitu NIVEA BABY, rangkaian produk bayi yang diiktiraf oleh dermatologi dan pakar pediatrik yang bebas daripada paraben dan pewarna. Selain itu, NIVEA BABY mengandungi bahan-bahan yang mesra kulit untuk mengurangkan risiko alahan serentak juga mengekalkan kesihatan dan kelembutan kulit bayi.
Produk yang boleh didapati antaranya ialah:
NIVEA BABY Head to Toe Shampoo & Bath
NIVEA BABY Head to Toe Shampoo & Bath mengandungi Chamomile yang membantu melindungi kelembapan kulit halus bayi. Produk 2 dalam 1 yang direka khas untuk membersihkan kulit halus dan rambut halus bayi dan yang paling penting tidak memedihkan mata bayi.
NIVEA BABY Gentle Touch Moisturizing Lotion
NIVEA BABY Gentle Touch Moisturizing Lotion di formulasi dengan Aloe Vera (lidah buaya) yang melembapkan dan melindungi kulit bayi dan mengimbangi kelembapan kulit bayi.
NIVEA BABY Soothing Caring Oil
NIVEA BABY Soothing Caring Oil di formulasi dengan Almond Oil (minyak badam) membentuk lapisan pertahanan yang licin untuk membantu mencegah kehilangan lembapan berlebihan. Ia mampu melembapkan dan menguncikan kelembapan kulit bagi daripada kekeringan. Produk ini bagus untuk urutan bayi dan ideal untuk aktiviti mengeratkan ikatan antara ibubapa dengan si manja.
NIVEA BABY No Tears Mild Shampoo
NIVEA BABY No Tears Mild Shampoo di formulasi dengan Chamomile yang lembut untuk menenangkan kulit kepala dan rambut bayi dengan bersih dan lembut. Anda tidak perlu risau kerana produk ini tidak memedihkan mata bayi.
NIVEA BABY Daily Protection Smoothy Cream
NIVEA BABY Daily Protection Smoothy Cream di formulasi dengan Calendula dan mampu melembapkan kulit bayi selama 24 jam. Selain itu ia juga membantu menenangkan kerengsaan kulit, tidak berminyak dan mudah diserap serta melembap dan melindungi muka dan badan bayi.
NIVEA BABY Soft & Cream Wipes
NIVEA BABY Soft & Cream Wipes bebas paraben dan pewarna. Ianya mampu membersihkan kulit bayi di bahagian-bahagian yang sangat penting seperti tangan, kaki, muka dan sekeliling mata. Tisu basah ini mengandungi rumusan krim lunak dan lembut dan tidak memedihkan mata bayi anda.
Ibu bapa tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan produk bayi bebas paraben, alcohol dan pewangi. Sekarang anda boleh dapatkan rangkaian produk NIVEA BABY dari farmasi dan hypermarket yang terkemuka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat anak ekzema yang tidur nyenyak dan keletihan tanpa tangisan seakan satu kelegaan buat kita sebagai ibu. Tidurnya mudah terganggu, semuanya kerana kegatalan yang dialaminya sepanjang malam.
Bagi memastikan anak kekal selesa tanpa perlu terganggu tidurnya, amalkan beberapa perkara ini ketika anda (jika punya ekzema) atau anak tidur. Tip perkongsian dari The EXzema Academy ini pasti membantu.
Betul orang cakap, tiada lagi istilah tidur nyenyak di malam hari. Tak kisahlah samada anda sendiri mempunyai masalah ekzema atau anda mempunyai anak ekzema, ia sedikit sebanyak mempengarui corak tidur harian anda.
Jadi aktiviti anda harian akan terkesan. Produktiviti anda akan terganggu. Kerja harian anda mula merosot. Betul tak? Boss mula perasan kerja anda. Anda kerap moody di rumah. OK.
Kajian menunjukkan, kesan ekzema menjadi dua kali ganda apabila menjelang malam hari. Kenapa?
Mengikut kajian, antaranya adalah, 1. Suhu badan manusia menurun, dan ini akan mengakibatkan kegatalan kepada kulit 2. Kelembapan kulit akan berkurang pada malam hari. 3. Habit manusia yang lebih suka menggaru dalam keadaan tidur, dan akan menyebabkan kegatalan lebih teruk.
Jadi apakah solusi yang sesuai untuk mengatasi masalah kegatalan, menggaru di malam hari? Bagaimana nak elak badan secara tidak sedar menggaru, dan mengakibatkan kesan kesan luka di cadar pada keesokan harinya?
Saya sharekan beberapa tips praktikal untuk anda praktiskan setiap malam ya. Please copy down and start practicing it. Malam ini juga!
1. Selalu menyapu kelembapan kepada kulit anda sebelum tidur. Apa sahaja sapuan yang boleh melembapkan, make sure pilih moisturiser yang less or no chemical seperti Shea Remedy, olive oil, evoo atau sebagainya.
2. Mandi sebelum tidur. Ini akan memastikan kulit anda sentiasa berada dalam keadaan hydrated. Lembap. dan kemudian apply teknik no. 1 di atas untuk kelembapan lebih lama.
3. Gunakan wet wrap. Jika kulit cepat sangat mengering, cuba kaedah wrap kan kulit anda. Wrapkan bahagian kulit yang bermasalah dengan kain atau bahan yang sesuai seperti tubifast sebelum anda tidur. Ini dapat mengekalkan kelembapan lebih lama untuk kulit anda.
4. Elakkan pakaian fabrik kerana ini akan menyebabkan kegatalan. Cuba pakaian yang lembut dan sejuk, seperti kain cotton.
5. Elakkan bahan bahan yang sebabkan anda alergik sebelum tidur, seperti bermain dengan binatang peliharaan, atau bermain di kawasan kawasan habuk tinggi.
6. Pakai gloves sewaktu tidur. Ini selalu klien PEP saya akan amalkan. Membantu untuk anda dan juga babies daripada aktiviti menggaru. Menggaru tetap ada, tetapi ia tidak merosakkan kulit anda walaupun anda menggaru dalam keadaan tidur.
7. Dapatkan good sleep pattern. Cycle tidur anda hendaklah dijaga dengan baik. Stopkan aktiviti aktiviti kurang berfaedah seperti bermain phone ketika tidur, melepak sehingga larut malam dan sebagainya.
Ubah kepada habit seperti membaca, bertenang, solat dan sebagainya sebagai persediaan anda sebelum tidur. Rehatkan minda anda. Nak tidur pun, takkan nak bawa gosip-gossip sekali kot kan sebelum tidur? Hihi! Fikirkan.
Klien klien PEP saya sangat enjoy selepas healing journey mereka. Sekarang semua enjoy tidur yang nyenyak. Mak hepi tidur nyenyak, anak bertambah nyenyak sejak ekzema dah ditidurkan.
Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan dapat melihat anak-anak membesar dengan sihat dan sempurna. Andai kata Allah takdirkan dengan ujian yang tak disangka-sangka, hanya doa sebagai kekuatan.
Ketumbuhan pada otak
Melalui perkongsian seorang ibu di FB Haura Crew, tiada apa yang dipinta melainkan doa orang ramai untuk mempermudahkan urusan anaknya, Nur Farha Sofea Azmi, yang kini dalam keadaan kritikal kerana ketumbuhan pada otak.
Sebelum ini, ibu kepada adik Sofea pernah memohon doa orang ramai agar kesihatan puterinya kembali sihat dan boleh bernafas seperti biasa. Ini kerana, perkembangan Sofea sekarang hanya bergantung kepada mesin pernafasan selepas menjalani pembedahan membuang tumor di otak.
Luah ibu ini juga, melihat Sofea yang berada dalam keadaan tak sedarkan diri, benar-benar buatkan hatinya luluh. Tiada apa yang dimahukan selain dapat memeluk Sofea sama seperti dia sihat.
Ya Allah, aku berserah pada-Mu Ya Allah. Andai anakku ini adalah anak syurga, aku terima Ya Allah. Engkau kurniakanlah kekuatan semangat pada aku sebagai seorang ibu dan kekuatan buat keluargaku.
Hanya setahun je Allah pinjamkan awak untuk ibu. Ibu tak sanggup tengok adik sakit lagi. Doktor cakap adik dah tak ada harapan untuk pulih. Hanya Allah saja yang tahu. Sekarang doktor tunggu keputusan ibu untuk bagi persetujuan nak buka tiub pernafasan.
Hati seorang ibu tak sanggup nak bagi persetujuan nak buka tiub pernafasan adik. Doktor cakap, bila tiub pernafasan dibuka, semuanya berserah pada Allah. Ya Allah…Engkau bagi la aku petunjuk. Engkau kuatkan semangatku untukku terima ujian engkau ni.
Ya Allah Engkau permudahkan urusan anakku NUR FARHA SOFEA BT AZMI. Semoga ada keajaiban untuk anakku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.