Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini pepatah yang selalu digunakan untuk mengambarkan setiapa apa yang dilakukan mesti bermula dari awal. Begitu juga bab mendidik dan membesarkan anak-anak.

Seperti kisah ibu ini, Puan Nik Sarahida Saadan, yang mempunyai 5 orang anak antara usia 12, 11, 9 dan 7 tahun caranya mendidik anak adalah dengan disiplin. Hanya guna teknik ini, alhamdulillah nampak hasilnya hingga sekarang.

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!

Kongsinya lagi, pendekatan ini adalah sesuai kerana anak rasa tak stres dan saling berlumba untuk buat perkara yang baik. Sejak mereka kecil lagi, kami suami isteri dah mendidik anak mengemas kerana papanya seorang yang pengemas dan disiplin.

Pakaian sekolah mereka, semua diuruskan anak-anak. Saya hanya pemerhati dan ajar apa patut mereka buat. Mungkin orang tengok cara saya dan suami tegas, tapi inilah yang buatkan anak jadi seorang bertanggungjawab dan berdisiplin.

Anak dah tahu rutin masing-masing

Kerja harian anak-anak sebelum papa balik kerja. Lepas anak-anak balik sekolah, rumah memang macam kapal karam. Semua akan keluarkan buku nak siapkan kerja sekolah dan nak susun buku ikut jadual.

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!Jadi bila dah petang, sebelum papa sampai rumah dan sebelum papa bertukar….anak-anak dah faham apa tugas mereka nak buat untuk pastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas.

Mama akan jadi supervisor. Boleh tahan sakit kepala juga kerana perlu bagi arahan pada ‘5 tentera’ ni. Mereka memang 24 jam dengan mama, jadi mama marah lah mcam mana pun, bagi anak-anak dah macam mama geletek-geletek je mereka..

Jadi daripada mama sakit kepala, maka mama tarik nafas panjang-panjang lepas tu tukarkan nada kepada gurauan tapi tegas.

IKLAN

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!Tips galakkan anak suka mengemas :

1. Jadikan kerja harian macam mereka sedang bermain (sebab anak-anak ni suka kita bermain dengan mereka)

2. Jadikan anak-anak sebagai kawan, ajak mereka sama-sama kemas lepas sepahkan.

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!

3. Jangan terlalu serius, jaga nada.

4. Biar mereka enjoy dengan apa yang mereka tengah kemas.

IKLAN

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!

5. Bagi tugas masing-masing, biar mereka rasa ada tanggungjawab untuk siapkan tugasan.

6. Sentiasa puji bila mereka buat kerja dengan bagus.

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!

7. Bila anak-anak buat sepah, jangan kita kemaskan untuk dia, sebaliknya minta anak-anak sendiri yang kemaskan balik.

8. Bagi reward kalau buat kerja dengan cemerlang.

IKLAN

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!

Contoh paling simple :

Bagi bintang dalam buku harian masing-masing ikut prestasi atau siapa siap dulu boleh datang cium mama..(nampak macam remeh kan, tapi anak-anak suka. Buktinya anak sulung darjah 6 pun masih berlumba nak siapkan sebab nak cium mama.)

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!Ini je tip ringkas dari saya sebagai ibu kepada 5 anak. Tak perlu rasa nak pening-pening, nak jerit-jerit sepanjang masa. Penting kena disiplinkan mereka sejak awal kerana bila dah masuk alam persekolahan automatik anak-anak akan faham dengan sendirinya. Semoga bermanfaat untuk semua.

Kagum Cara Ibu Ini Disiplinkan Anaknya Buat Kerja Rumah. Sekarang Semua Boleh Harap!

#mamakuasa5
#anak2saraedfrida

Kredit: Nik Sarahida Saadan

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI