Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa anak bongsunya, baby Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah setelah sebulan lebih berada di hospital kerana kondisi bayi ketika itu pramatang.
Shuib sempat merakam saat teruja anak-anaknya yang lain apabila mengetahui adik bongsu mereka bakal pulang ke rumah. Orang yang paling teruja tentu sekali Talita, anak kedua dalam keluarga.
Melalui Insta story yang dikongsi, Talita nampak teruja dan sempat mengemas barang keperluan bayi dan disusun kemas di bahagian rak troli bayi.
Talita sanggup berjaga malam apabila ditanya oleh ayahnya walaupun terpaksa berjaga setiap 3 jam demi untuk menjaga adik bongsu kesayanganya. Malah dia tidak kekok menjelaskan tentang barang keperluan bayi.
Ads
Menurut perkongsi di laman Instagram Arwah Siti Sarah pula, anak-anak sangat teruja menanti kepulangan adik bongsu mereka setelah sekian lama berada di wad hospital.
“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari-hari tanya pasal Ayash.
“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawak balik Ayash.”
Ads
Melalui perkongsian tersebut juga, Shuib turut berterima kasih kepada semua yang tak putus-putus mendoakan kebaikan buat mereka sekeluarga. Tambahnya lagi, kepulangan Ayash ibarat pengganti arwah di rumah tersebut.
:”Terima kasih kepada smua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.
Ads
“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah.”
Rata-rata warga maya bersyukur akhirnya baby Ayash pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat dan mendoakan semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ibu dan bapa mana yang tidak gembira bila melihat prestasi anak-anaknya yang mampu menguasai pelbagai subjek dengan baik di sekolah. Satu kebanggaan atas usaha selama ini.
Pun begitu untuk menguasi kesemua subjek terutama Matematik dan Bahasa Inggeris khususnya bukan satu hal yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari anak bahkan kedua ibu bapa itu sendiri.
Bagi menguasai kedua subjek ini dengan baik, banyak usaha yang perlu dilakukan, namun tip ini boleh ibu bapa aplikasikan bapa anak sejak awal lagi iaitu di ketika anak masih bayi. Cuba praktikkan sebaik mungkin.
Berkomunikasi sejak awal
Melatih anak sejak kecil amat perlu. Maka diketika anak baru pandai bercakap, gunakanlah Bahasa Inggeris dengan perkataan paling mudah untuk anak kita ikuti. Misalnya, menunjukkan benda-benda disekeliling seperti ‘car’, ‘book’ atau ‘ball’.
Kemudian usahakan menambah jumlah perkataan ini dengan membacakan buku cerita dalam Bahasa Inggeris ini kepada anak kecil kita. Biar anak ingat setiap perkataan dengan intonasi yang baik. Jadi bukan hanya jalan cerita yang baik disukai anak bahkan anak mula faham satu persatu.
Gunakan sebagai bahasa utama di rumah
Di rumah pula, bagi mengurangkan kekeliruan pada anak, gunakanlah satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di rumah. Gunakan hanya perkataan yang mudah dan senang anak ingat disertakan dengan perbuatan supaya lebih senang anak faham.
Jika kesemua ahli keluarga menggunakan satu bahasa sahaja dengan penguasaan penuh, lama kelamaan anak akan turut mengikutinya.
Program kesukaan berbahasa Inggeris
Tidak dinafikan program-program kesukaan anak kita hampir kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi pilihlah program yang tepat dan sesuai serta penggunaan perkataan yang mudah untuk anak.
Antara program yang baik untuk anak adalah Blippe yang sentiasa memperkenalkan pelbagai perkataan mengikut aktiviti yang dilakukan. Di sini anak-anak boleh turut serta belajar.
Kira benda di sekeliling
Bagi menguasai Matematik pula, mulakan langkah mengira apa jua benda yang berada di sekeliling anak. Biar anak mula faham dengan nombor dan biasakan anak melihat nombor-nombor ini.
‘Game’ mengira
Bagi anak yang besar pula, setiap kali keluar makan, mulakan ‘game’ tambah atau darab pada anak. Tanyakan soalan tambah dan darab mudah supaya anak lebih berminat. Beri anak ganjaran anak dengan makanan kesukaan atau mainan kesukaan jika anak dapat menjawab dengan betul.
Hari Bahasa Inggeris & Matematik
Tetapkan satu hari seperti hujung minggu untuk ibu bapa menggunakan hari Bahasa Inggeris atau penguasaan Matematik untuk anak. Cara ini membuatkan anak mudah mengingat malah dapat menarik perhatian anak-anak.
Jangan paksa sebaliknya lakukan aktiviti ini secara santai sebagai bonding bersama anak-anak.
Kumon sebagai pilihan
Jika punya peruntukan lebih, ibu bapa disarankan memilih Kumon sebagai pusat pembelajaran dan perkembangan minda anak selepas sekolah bagi kanak-kanak menguasai dua subjek ini iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris.
Kumon Malaysia yang merupakan sebuah pusat perkembangan minda dan pusat pembelajaran yang terkenal ini sememangnya menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka.
Malah di Kumon, kanak-kanak dilatih dan diajar untuk menguasai subjek Matematik dan Bahasa Inggeris dengan begitu baik mengikut potensi diri masing-masing.
Tidak hairanlah, Kumon diterima ramai malah sehingga kini mempunyai lebih 200 pusat Kumon di seluruh Malaysia dengan menawarkan program Kumon kepada kanak-kanak berusia 4 sehingga 17 tahun.
Kaedah pembelajaran Kumon yang terinspirasi daripada kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1958 di Jepun. Kaedah ini memfokuskan kepada cara pembelajaran kanak-kanak mengikut potensi yang ada pada mereka, jauh sekali untuk memaksa anak-anak untuk belajar.
Di Kumon, anak-anak terbukti berjaya menyerlahkan potensi mereka dengan penguasaan dua subjek ini, objectif utama program Matematik Kumon ini adalah untuk membantu para pelajar menyelesaikan masalah Matematik dengan tepat dan pantas.
Malah Program Matematik Kumon menawarkan 20 tahap kertas kerja yang berkesan bermula dari peringkat 6A (Mengenal nombor sehingga 10) sehinggalah ke peringkat O (Pembeza dan Integrasi Lanjutan serta Persamaan & Perbezaan).
Manakala Program Bahasa Inggeris Kumon pula direka untuk membina kemahiran menguasai bahasa tersebut untuk kepentingan akademik dan kejayaan pada masa hadapan. Kebanyakan ibu bapa Kumon mendapati bahawa program ini sangat berkesan untuk membina asas akademik yang kukuh serta memupuk pelajar untuk berdikari.
Keyakinan daripada ibubapa ditambah pula prestasi cemerlang anak-anak, tidak hairanlah Kumon turut dipilih sebagai penerima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2023.
Kumon telah dianugerahkan sebagai Pusat Pendidikan Berprestij Untuk Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma serta Pusat Pembelajaran Inovatif Matematik & Bahasa Inggeris Untuk Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma. Syabas!
Mulakan langkah pertama anda dengan menempah janji temu di Pusat Kumon terdekat anda hari ini dan Ujian Diagnostik untuk anak anda!
P.S. Kini, anak anda boleh mempelajari Kumon secara atas talian menerusi “Kumon Connect’. Akses lembaran kerja dan ikuti pembelajaran anak anda secara digital pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tiba-tiba menangis kuat dan terus diam. Ingatkan tiada apa-apa serius tetapi Allah lebih menyayangi anak kecil ini.” Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang ditunggu selama 7 tahun kini dah kembali ke penciptaNya.
Tambah pula dia satu-satunya anak yang menceriakan pasangan suami isteri. Hanya sempat bersama 3 tahun lebih saja, takdir Allah tiada siapa dapat menolaknya.
Menerusi perkongsian di FB Mr Wan Cai Official, berkongsi kisah yang cukup sedih mengenai pemergian anak syurga buat ibu ayah ini.
7 tahun menunggu cahaya mata. Pulangnya seorang anak tunggal kepada Maha Pencipta.
Sayang tidak semestinya memiliki.
Reda walau tersakiti. Jatuh air mata melihat seorang ayah menunaikan bakti terakhir buat anaknya.
Sebak melihat kasih seorang ibu membawa kesyurga. Bayangkan kesedihan yang dilalui oleh mereka.
10 tahun melayari bahtera perkahwinan. Dikurniakan cahaya mata selepas 7 tahun menanti. Kebahagiaan yang hadir sudah terhenti.
Anak yang dikasihi kini telah pergi. Hanya kenangan selama 3 tahun 6 bulan tersimpan rapi.
Allahuakbar! Jasad terbujur kaku ini dikenali dengan dengan nama panggilan adik fazly.
Baru berusia 3 tahun 6 bulan dan anak tunggal dalam keluarganya.
Asbab kematian jatuh ketika main motosikal mainan
Punca kematiannya asbab terjatuh sewaktu sedang bermain motosikal mainan bateri.
Berkemungkinan kepalanya mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan kuat ketika terjatuh.
Kejadian malang yang menimpa adik Fazly berlaku pada 16 ogos sekitar 08.00 pagi.
Ketika itu adik fazly sedang bermain motosikal mainan tersebut dengan ditemani oleh ibunya dihadapan rumah.
Adik fazly dikatakan terjatuh ke belakang dari motosikal menyebabkan kepalanya terhantuk dilantai simen.
Selepas terjatuh adik fazly berteriak menangis seperti menahan kesakitan yang amat sangat.
Si ibu yang panik terus mendapatkan adik fazly untuk melihat kesan kecederaan yang dialami oleh anaknya.
Si ibu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang ada dikepala adik Fazly. Namun adik fazly dikatakan tiba-tiba berhenti dari menangis dan tidak sedarkan diri.
Si ibu yang panik cuba memanggil nama anak kesayangannya itu sambil mengoyangkan tubuh badannya.
Tetapi adik Fazly tidak menunjukkan sebarang tindak balas walaupun si ibu memanggil namanya.
Si ibu yang ketakutan telah menghubungi suaminya yang ketika itu sedang berkerja.
Si suami yang pulang kerumah menjadi semakin panik bila melihat keadaan anaknya.
Adik Fazly terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setelah si bapa tiba dirumah.
Jantung terhenti selepas 20 minit terima rawatan
Dalam perjalanan ke hospital pasangan suami isteri ini tidak putus-putus berdoa. Mereka berharap adik Fazly dapat diselamatkan. Mereka mahu melihat adik Fazly membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Kerana bagi mereka adik Fazly adalah kunci kebahagiaan dalam keluarganya. Si bapa yang membawa adik fazly tiba dibahagian kecemasan hospital sekitar pukul 10.00 pagi.
Adik Fazly bergegas dibawa masuk ke dalam wad kecemasan untuk dirawat. Namun pasangan suami isteri ini menerima perkhabaran duka.
Anak kesayangan mereka tidak dapat diselamatkan. Jantung adik Fazly terhenti setelah 20 minit menerima rawatan.
Waktu kematiannya dicatit pukul 10.20 pagi bertarikh 16 ogos 2022. Si ibu dan si bapa tidak dapat menahan sebak.
Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah tiada. Jasad adik fazly telah dibawa ke unit forensik untuk diambil ujian saringan covid-19 sebelum dibedah siasat.
Punca kepada kematian adik Fazly masih lagi dalam siasatan.
Ibu bapa adik Fazly telah dimaklumkan oleh pihak doktor forensik. Ujian makmal akan mengambil masa sebelum punca sebenar kematian adik Fazly diketahui.
Lalu ibu bapa adik fazly telah menghubungi talian hotline kami. Mereka mahu mendapatkan bantuan pengurusan untuk jenazah anaknya.
Kami menyatakan kesediaan untuk membantu. Sudah semestinya kami tidak akan menolak.
Membantu pengurusan terakhir untuk adik fazly adalah tanggungjawab kami. Adik fazly adalah satu amanah kiriman Allah.
Jadi kami harus tunaikan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah adik fazly telah kami uruskan cara yang paling sempurna.
Buat ibu dan bapa adik fazly. Banyakkan bersabar. Redakan pemergian anak tunggal mu itu. Allah memilih adik Fazly kerana Allah sayang. Ada hikmah disetiap ketentuan yang berlaku.
Salam takziah dari kami unit khas van jenazah. Al-Fatihah buat adik fazly!
Berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia, semua negara mula mengambil langkah pencegahan awal sebagai salah satu usaha mengekang wabak ini dari terus berleluasa dan mengelakannya daripada memberi kesan negatif kepada rakyat.
Terbaru kerajaan juga telah mengumumkan akan membawa pulang rakyat Malaysia di Itali dan Iran kerana kedua-dua negara berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal.
Sesi persekolahan ditutup sehingga diberitahu
Bagaimanapun bagi rakyat Malaysia yang berada di Sejong, Korea, Mohd Razif Sawal keadaan di kawasannya masih lagi terkawal walaupun Korea antara lokasi yang mencatatkan angka yang agak tinggi.
“Di sini keadaannya lebih kurang Malaysia. Walaupun angka akibat jangkitan COVID-19 sentiasa bertambah tetapi belum ada lagi arahan rakyat kena kuarantin di rumah. Aktiviti harian berjalan seperti biasa.
“Cuma sekolah sahaja ditutup sejak 2 Mac lalu dan belum tahu lagi bila akan dibuka untuk sesi pembelajaran. Macam isteri saya pun yang kini sedang menyambung pengajian di universiti, kelas pun dibatalkan dan digantikan dengan kelas live streaming di rumah,” kongsi bapa kepada dua anak berusia 11 tahun dan 3 tahun.
Boleh beli seorang satu mask sahaja
Menurut Razif lagi, berdekatan kawasan tempat tinggalnya dah ada 35 kes direkodkan. Kalau diikutkan memang risau. Jadi sebagai langkah pencegahan setiap kali keluar rumah memang akan pakai mask sepanjang masa dan bersihkan tangan.
“Malah dalam setiap lif di apartmen dan bas turut disediakan hand sanitizer untuk orang awam.
“Disebabkan permintaan mask di pasaran meningkat dan tidak cukup menampung permintaan rakyat di sini, kerajaan Korea telah mengehadkan dan mengetatkan pembelian mask untuk setiap individu.
“Untuk beli mask sahaja perlu disertakan dengan Alien Registration Card, yang mana setiap seorang hanya boleh beli satu sahaja setiap kali membuat pembelian. Stok mask agak susah untuk dapat di sini.
“Biasanya farmasi akan buat jualan mask pada hari Sabtu dan waktu ini memang ramai akan beratur untuk mendapatkan mask. Hanya seorang individu akan dapat beli satu sahaja. Jika ada 4 ahli keluarga dan mewakilkan pada seorang yang membeli tetap tidak boleh.
“Kalau nak beli 4 kena beratur 4 orang. Setiap orang perlu tunjukkan Alien Card masing-masing.
“Boleh dikatakan untuk mendapatkan satu mask saja pun terpaksa beratur panjang dan mengambil masa 2 jam,” jelasnya.
Kata Razif lagi, oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan mask, sebagai langkah penjimatan dan mengurangkan risiko jangkitan ini, isteri dan anak hanya berada di rumah sahaja.
“Jika nak beli barang atau nak selesaikan urusan tertentu hanya saya seorang yang keluar. Tapi apabila pulang ke rumah terus akan mandi,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan kes kematian akibat COVID-19 seluruh dunia hampir mencecah 5,000 mangsa, menurut statistik daripada Worldometer berkaitan wabak tersebut.
Setakat Jumaat (13 Mac), angka kematian direkodkan sebanyak 4,979 kes seluruh dunia manakala angka jangkitan positif COVID-19 mencecah 134,702 kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, iaitu merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!