Kalau anak main-main dengan makanan itu tanda dia dah bosan dengan makanan yang sama. Mungkin mama boleh pelbagaikan makanan untuk anak-anak. Resipi ini sesuai untuk anak yang dah tumbuh gigi. Bentuk yang cute juga boleh tambat hati anak. Kalau buat sendiri tentu berkhasiat untuk anak-anak. Ikuti perkongsian dari ibu ini;
Campurkan semua bahan sampai jadi doh. Air tu masuk sikit-sikit jangan sekaligus ya. Takut lembik. Agak bila dah jadi doh, canaikan nipis dan bentukkan ikut suka.
Ads
Yang paling mudah untuk anak pegang. Sapukan dulang dengan unsalted butter, bakar biskut pada suhu 150c(bergantung pada oven masing2 ya) selama 15-20minit.
*Crackers ni mcm crackers yg kite selalu mkn, tak cair di mulut
*Acuan boleh dapatkan di kedai bakery
*Sesuai untuk anak yang dah tumbuh gigi sebab biskut ni keras
Gluten ialah protein yang terdapat di dalam tepung dan beberapa jenis gandum lain. Makanan yang disenaraikan sebagai “bebas gluten” adalah khusus untuk mereka yang tidak boleh menerima gluten.
Golongan yang tidak mempunyai toleransi terhadap gluten akan menghasilkan tindak balas imun yang tidak normal apabila gluten dicerna oleh badan.
Perkara yang paling biasa dialami oleh individu yang mempunyai ketidaktoleransian terhadap gluten adalah, penyakit seliak. Ia merupakan tindak balas negatif dalam sistem pencernaan akibat pengambilan gluten.
Bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap gluten, mama boleh cuba resepi yang dikongsi oleh ibu ini. Selamat mencuba!
Antara menu #glutenfree untuk baby iffat.. orang kedah kan.. mami dia banyak jamu cucoq jela habuan snacking.
1. Finger food labu 2. Cekodok ubi kentang + ayam 3. Cek mek molek inti puree kurma 4. Cucoq badak ubi keledek tak dak inti 5. Lempeng pisang
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. Semoga baby kita semua terhindar dari segala penyakit yang berbahaya dan semoga immune baby kita kuat.
Resepi finger food labu manis:
Labu manis
Tepung beras
1. Kukus labu sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar labu sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan finger food ikut bentuk yg diingini.
4. Goreng seperti biasa
Resepi Cekodok ubi kentang + ayam :
Ubi kentang
Unsalted butter ( ub )
Isi Ayam potong dadu
Mixed herb
Bunga kobis/brokoli
Carrot yg disagat
Tepung ubi/tepung beras
1. Kukus ubi kentang, isi ayam & bunga kobis sehingga lembut. saya kukus asing.
2. Lenyek ubi kentang semasa masih panas bersama UB. Sejukkan suhu bilik.
3. Isi ayam dah sejuk saya carikkan bagi lagi halus.. nak blend isi ayam tu pon boleh. Ada homemade stock ayam lagi bagus. Boleh skip rebus isi ayam.
4. Lenyek bunga kobis. Sejukkan suhu bilik.
5. Apabila semua dah sejuk. Satukan ke semua bahan ke dalam ubi kentang tadi trmasuk mixed herb dan tepung
6. Tepung agak² ja. Adunan jangan terlalu lembik. Jangan terlalu keras.
7. Bentukkan dan goreng. Kalau banyak boleh frozenkan.
Resepi cek mek molek inti kurma:
Ubi keledek ( ikut suka warna apa² pon )
Tepung beras
Puree kurma
1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan bulat² . Lenyekkan sedikit.
4. Masukkan puree kurma. Bentukkan seperti kuih cek mek molek.
5. Goreng seperti biasa.
Resepi cucur badak ubi keledek tiada inti:
Ubi keledek ( ikut suka warna apa² pon )
Tepung beras
1. Kukus ubi sampai lembut. Lenyekkan.
2. Biar ubi sejuk baru masukkan tepung beras
3. Bentukkan bulat² then leyekkan sedikit macam buat cucur badak.
4. Goreng seperti biasa.
Resepi Lempeng Pisang:
Pisang 2 biji
Minyak masak 1 sudu
Telur sebiji
Organic gluten free flour 2-3 sudu ( seperti dlm gambar last sekali ) boleh jgak nk guna tepung beras
1. Blend ke semua bahan sehingga sebati semua.
2. Kalau cayaq tambah tepung sikit lagi
3. Sapu pan dengan minyak dan Panaskan
4. Tuang adunan ke dlm pan.
5. Tunggu sehingga masak dua2 belah.
Lembut ja. Sedap pulak tu. rasa manis buah.. dah tak pyh nak tambah² gula. Kesihatan baby pon terpelihara.. inn shaa Allah.
Bagi yang pernah mencuba mee celup Thai pasti tidak cukup makan semangkuk sahaja bukan? Pasti bertambah lagi dan lagi.
Resipi mee celup Thai yang dikongsikan oleh Maya Miera ini memang terlajak power.
Tidak hairanlah perkongsiannya mendapat sehingga 8 ribu perkongsian di facebook. Resipi tanpa rahsia dan mudah ini katanya confirm sedap. Ayuh cuba!
RESEPI MEE CELUP THAI
Lepas ni tak payah p kedai siam dah, sedap dari makan dekat kedai. Rugi sapa tak cuba, saya memang cerewet kalau makan mee celup yang tak sedap haha. Hampa kena try resepi ni confirm sedapp!
BAHAN BAHAN:
1 labu bawang putih (ditumbuk)
3-4 Akar ketumbar (ditumbuk)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Halia ketuk
Tulang daging 2kg
1 keping Gula melaka
Kicap cair
Sos ikan
Kicap pekat
Garam secukup rasa
Ajinomoto (kalau nak buh)
Gula
Sup bunyut
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya letak hampir 3 liter)
Ayam rebus dan diracik
Meatball
Megi/bihun celur
Hirisan daun ketumbar
Kangkung celur
Kacang tanah
Chili flakes
Cili sambal ( cili padi merah+cuka+garam+gula diblend)
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan tulang daging, air, sup bunyut, halia, gula putih, gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan. Kalau masak dapur biasa, bila air mendidih baru masukkan perisa-perisa serta kicap.
4. Rebus ayam dan carik carikkan halus.
5. Celur mee/bihun/megi dan celur jugak kangkung.
6. Sediakan semua bahan-bahan, sedia untuk dihidangkan dan makan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak bila makanan berasaskan coklat, ia antara pilihan nombor satu. Kalau kek yang berasaskan coklat tu, sekejap boleh habis. Biasanya kek coklat moist antara jadi pilihan anak-anak.
Bagi resipi kali ni, mama boleh cuba buat resepi Premium Royal Thai Buttercake perisa coklat. Kek yang gebu, tak muak dijamin seisi keluarga suka. Tak percaya boleh cuba resepi dikongsikan Ummu Yusuf.
-mix butter, gula ising, gula halus & ovalette sampai betul-betul kembang dan menjadi warna putih
-kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, mix sekejap
-seterusnya, masukkan tepung naik sendiri + baking powder powder +serbuk koko berselang seli dengan susu full cream + creamy esen vanilla, mix sekejap sampai sebati
-kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan, mix sekejap lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan udara yang ada dalam adunan kek.
-Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
-Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing.-masing.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.