Bila kasih ayah tak pernah kuat bergema, tapi diam-diam membentuk seluruh hidup anaknya. Dia bukan ayah yang banyak cakap.

Tapi setiap tindakannya  jadi prinsip hidup. Setiap langkahnya  jadi petunjuk jalan. Itulah Pok, ayah kepada pelakon dan personaliti media sosial, Mekyun. Kisah inspirasi ini dikongsikan oleh pempengaruh ini menerusi instagram miliknya.

Simple je orangnya  pakai T-shirt lusuh, selipar Jepun, naik motor kapcai. Tapi siapa sangka… lelaki yang kelihatan sederhana itu pernah mengetuai Briged Artileri Roket Malaysia. Seorang Brigedier Jeneral. Seorang wira negara.

Tapi bagi Mekyun, Pok lebih daripada gelaran dan pangkat. Pok adalah akar kekuatannya, tiang pendirian hidupnya, dan cermin kasih yang tak pernah diminta balas.

“Kalau Orang Tanya, Macam Mana Boleh Jadi Diri Mekyun Hari Ini , Jawapannya Sebabkan Pok.”

Dalam satu coretan Instagram sempena Hari Bapa, Mekyun menulis penuh jujur:

 

“Macam mana Mekyun boleh jadi diri Mekyun hari ini? Jawapannya simple. Sebabkan Pok.”

Sejak kecil, Pok tak pernah manjakan anak-anak dengan kata-kata manis, tapi dia beri sesuatu yang jauh lebih penting  nilai hidup.

Ads

“Pok ajar kami tentang disiplin. Tentang hormat. Tentang berani bersuara tapi tetap merendah diri. Dan semua tu, bukan dia suruh… dia tunjuk.”

Pok bukan jenis yang suruh belajar berjaya, dia tunjuk macam mana usaha tu kena dibuat.
Kalau anak jatuh, Pok bukan orang pertama datang peluk, tapi dia orang pertama berdiri di sisi, diam-diam pastikan anak bangun semula  sendiri.

“We didn’t just learn leadership and courage from him Pok led by example and we followed.”

Tak pernah lupa jadi ayah.

“Kalau Orang Tanya, Macam Mana Boleh Jadi Diri Mekyun Hari Ini , Jawapannya Sebabkan Pok.” “Kalau Orang Tanya, Macam Mana Boleh Jadi Diri Mekyun Hari Ini , Jawapannya Sebabkan Pok.”

Walau sibuk dengan tugas negara, walau tanggungjawabnya besar, Pok tak pernah hilang daripada hidup anak-anak.

Ads

Dia ajar bahawa kasih seorang ayah bukan hanya ada bila senang, tapi juga waktu dunia terasa berat atas bahu.

“Pok sentiasa utamakan keluarga. Walau sibuk berkhidmat untuk negara, Pok tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang Ayah.”

Dan di balik setiap langkah Pok, ada Mok — ibu yang tak pernah berhenti berdoa, menyokong, dan mengisi ruang dengan kasih yang tak pernah habis.

Mereka berdua – dua jiwa yang membentuk seluruh fondasi hidup Mekyun.

“Didikan dan kasih dua insan ni. Itulah yang bentuk siapa Mekyun hari ini.”

Ads

 

“Pok, terima kasih. Terima kasih sebab jadi contoh kekuatan, dan cinta yang tak pernah bersyarat. Segala prinsip dan kekuatan yang Mekyun ada hari ini, semuanya bermula dari rumah. Semuanya bermula dari Pok.”

 

“Kalau Orang Tanya, Macam Mana Boleh Jadi Diri Mekyun Hari Ini , Jawapannya Sebabkan Pok.”

Ada kasih yang tak perlu disebut hari-hari. Tapi bila dikenang, buat dada anak sebak.
Kerana dari mata seorang anak perempuan, ayah bukan sekadar lelaki pertama dalam hidupnya. Dia adalah pelindung senyap. Adalah pendorong dalam diam. Dan tetap akan jadi hero selamanya.

“Selamat Hari Bapa, Pok. You’ll always be my greatest Pride & Hero.”

“Kalau Orang Tanya, Macam Mana Boleh Jadi Diri Mekyun Hari Ini , Jawapannya Sebabkan Pok.”

Kadang ayah tak banyak cakap, tak pandai tunjuk kasih sayang. Tapi hatinya, sentiasa penuh ruang untuk anak-anak.
Dan anak-anak… akan sentiasa simpan semuanya dalam hati — sampai bila-bila.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads