Malam penuh gemilang di Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 menyaksikan detik bersejarah apabila penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, diiktiraf sebagai Biduanita Negara yang ketiga dalam sejarah industri seni tanah air.
Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu juga sekaligus menyaksikan Siti, 43 secara rasminya dianugerahkan gelaran Biduanita Negara ketiga dalam sejarah industri hiburan tempatan.
Sempena gelaran Biduan Negara itu, Siti membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Ads
Selaras dengan penerimaan anugerah berkenaan, Siti mengumumkan akan melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah pada Khamis, 14 November 2024.
Ads
Ads
Untuk rekod penyanyi wanita pertama Malaysia yang memegang gelaran Biduanita Negara ialah Allahyarhamah Puan Sri Saloma pada tahun 1978. Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pula menerima penghormatan selaku Biduanita Negara kedua pada tahun 2006.
Manakala, gelaran Biduan pula pernah dianugerahkan kepada Allahyarham Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.
ASN 2024 adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan dalam bidang kesenian negara, sekali gus melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertaraf dunia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dugaan bertimpa ibu bapa Al Fateh apabila selepas kehilangan anak sulung dalam tragedi menyayat hati di sebuah taska, pasangan suami isteri ini sekali lagi diuji apabila salah seorang daripada tiga bayi kembar mereka pula dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Keadaan ini sekali gus meruntun perasaan ramai, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang memahami betapa peritnya menanti harapan di sisi katil hospital.
Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri, 41, memaklumkan bahawa anak keduanya, Maryam Al Khawla yang kini berusia tiga bulan, berada dalam keadaan tenat dan semakin lemah.
Menurut beliau, keadaan Maryam Al Khawla kritikal ketika ini amat membimbangkan dan memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.
Beliau dan isteri, Sabrina Hakiem, 41, memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan serta keselamatan bayi mereka.
“Mohon semua yang mengenali saya dan isteri mendoakan kesembuhan dan keselamatan anak kami, Maryam Al Khawla (kembar nombor dua).
Keadaannya tenat dan semakin lemah. Semoga ada keajaiban dan syifa’ atas berkat doa kalian semua. Hanya doa kalian yang kami pinta. Doakan kami terus kuat menempuh ujian ini,” katanya.
Difahamkan, Maryam Al Khawla dirawat di Hospital Melaka sejak dilahirkan pada 24 Oktober lalu kerana lahir secara pramatang.
Sudah lebih 90 hari bayi kecil itu berada di hospital di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan, sekali gus menjadikan keadaan Maryam Al Khawla kritikal sebagai perhatian ramai.
Menurut Mohd Fikry, doktor memaklumkan terdapat jangkitan kuman dalam darah anaknya yang menyebabkan keadaannya semakin lemah.
“Doktor sedang melakukan yang terbaik untuk merawat anak saya,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Sabrina menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Februari tahun lalu menerusi kurniaan khas Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hasil rawatan tersebut, Sabrina yang juga seorang guru selamat melahirkan tiga bayi perempuan secara pembedahan di Hospital Melaka pada Oktober tahun lalu.
Bayi pertama dilahirkan seberat 1.8 kilogram pada jam 9.40 pagi, diikuti bayi kedua seberat 1.78 kilogram pada jam 9.42 pagi dan bayi ketiga seberat 1.93 kilogram pada jam 9.46 pagi.
Kisah pasangan dari Alor Gajah ini sebelum ini pernah tular di media sosial menerusi tanda pagar #JusticeForAlFateh, selepas anak sulung mereka, Allahyarham Muhammad Al Fateh, meninggal dunia di sebuah taska.
Pada September 2024, media melaporkan bayi berusia lapan bulan itu meninggal dunia selepas dipercayai didera oleh pengasuh, termasuk disumbat botol susu ke dalam mulut serta ditutup muka dengan bantal sehingga mengakibatkan kematian.
Lebih meruntun hati, Muhammad Al Fateh merupakan zuriat yang dinantikan selama 13 tahun oleh pasangan ini.
Kehilangan tersebut meninggalkan luka yang amat dalam, dan kini mereka sekali lagi diuji dengan kesihatan anak-anak yang masih kecil.
Bagi ibu bapa, melihat anak terbaring lemah dengan bantuan mesin dan wayar perubatan bukanlah perkara mudah.
Ia menguji kesabaran, ketahanan emosi dan keimanan, selain menuntut kekuatan luar biasa untuk terus berdiri demi keluarga.
Pa&Ma mendoakan agar Maryam Al Khawla kritikal ketika ini terus kuat berjuang, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan.
Semoga ibu bapa Al Fateh juga terus diberi ketabahan, kekuatan serta ketenangan hati dalam menempuh ujian berat ini.
Sesungguhnya, doa yang ikhlas daripada orang ramai adalah penguat paling besar buat mereka ketika ini.
Seorang warga emas berputih mata apabila apabila kerugian RM974,000 selepas ditipu sindiket pelaburan saham tidak wujud, bulan lalu.
Tanpa sedar, mangsa telah menekan pautan sehingga melibatkan kerugian hampir 1 juta! Memetik laporan Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, mangsa yang berusia 67 tahun tertarik dengan iklan pelaburan saham ketika melayari laman Facebook pada 4 Disember lalu.
“Mangsa telah menekan pautan yang diberikan seorang wanita lalu dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp dan diminta untuk memuat turun satu aplikasi.
Menurut Zulkafli, mangsa menyedari ditipu selepas semakan dilakukan di Google mendapati pelaburan tersebut tidak wujud dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu.
“Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan semakan sebarang bentuk tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.
“Semakan perlu dilakukan melalui Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya.
“Mangsa kemudian melakukan 16 transaksi pembayaran dalam talian ke tiga akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM974,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Seorang anak kecil pergi meninggalkan dunia dalam usia yang masih mentah, baru tujuh tahun… Perginya bukan kerana sakit, tapi kerana lemas dalam suasana bercuti yang sepatutnya membawa ceria, bukan duka.
Ahmad Firdaus Iqbal, anak bongsu daripada dua beradik, menghembuskan nafas terakhir pagi Selasa selepas beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Melaka. Beliau dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu selepas ditemui lemas di kolam renang sebuah rumah inap kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana.
Menurut Sinar Harian, berita pemergian Ahmad Firdaus disahkan sendiri oleh ayahnya, Encik Ahmad Ridzuan Supian, 36, selepas tular poster pemakluman yang dimuat naik oleh pihak Sekolah Kebangsaan Rinting 3, Johor – sekolah tempat arwah menimba ilmu.
Hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh keluarga akhirnya menjadi kenangan paling menyayat hati. Niat asal untuk meluangkan masa berkualiti bertukar menjadi tragedi apabila Firdaus ditemukan tidak sedarkan diri dalam kolam renang. Pasukan paramedik yang hadir memberi bantuan kecemasan sebelum menghantarnya ke hospital dalam keadaan kritikal.
Empat hari dirawat dan dipantau rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun takdir Allah mengatasi segalanya. Pada pagi Selasa, si kecil itu menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ibu dan ayah yang setia menunggu dengan linangan air mata.
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem, jenazah diserahkan kepada keluarga pada jam 12.05 tengah hari dan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk disemadikan.
Firdaus merupakan anak yang ceria, disenangi ramai dan aktif di sekolah. Pemergiannya turut diratapi warga SK Rinting 3, rakan-rakan serta guru-guru yang mengenalinya sebagai anak yang ringan tulang dan suka membantu.
Peristiwa ini mengingatkan kita betapa pentingnya keselamatan anak-anak di kawasan kolam renang, lebih-lebih lagi ketika bercuti.
Beberapa langkah penting untuk ibu bapa ambil perhatian:
Pastikan kolam renang diawasi pengawal keselamatan atau lifeguard
Sentiasa berada berhampiran anak-anak ketika mereka bermain air
Gunakan jaket keselamatan, bukan sekadar pelampung lengan
Ajarkan anak teknik menyelamat diri dalam air
Peka dengan tahap kedalaman kolam dan peraturan keselamatan tempat penginapan
Marilah kita semua hadiahkan Al-Fatihah buat arwah Ahmad Firdaus Iqbal. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan anak-anak syurga, dan ibu ayah yang ditinggalkan diberi kekuatan untuk meneruskan hidup.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.