Keibubapaan

“Kalau Sayang, Latihlah Anak Ringan Tulang,” Mahu Bekalkan Anak Dengan Kemahiran, Rita Rudaini Ajar Anak Memasak!

Share

Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Sebolehnya ibu mahukan anaknya bukan hanya bijak bahkan lengkap dengan segala kemahiran. Bagi pelakon, Rita Rudaini, biarpun mempunyai anak lelaki namun dia sama sekali tidak akan membiarkan dua anak lelakinya itu tanpa ilmu didada.

Awal-awal lagi Rita sudah pun mempersiapkan dengan ilmu akhirat dan duniawi untuk kedua anak lelakinya. Bukan hanya wajib mengemas katil bahkan kini Rita mula mengajar anak-anaknya mengendalikan segala hal di dapur termasuklah memasak.

Kata Rita menerusi satu hantarannya diinstagram, bukan hanya dia, bahkan dua anaknya meminta untuk diajar memasak.

“Tadi depa mintak suh ajaq masak…so mommy bagi benda senang buat, macaroni cheese untuk dinner.

“Lepas tu Arjuna cakap ‘mommy nanti ajar la adik cuci pinggan’. Mommy cakap ‘bagi tangan adik kuat dulu nak pegang pinggan berat’,” tulisnya di instagram.

Bahkan video yang dikongsikan Rita menerusi instagram itu jelas menunjukkan anak-anak Rita, Rayyan dan Arjuna sedang memasak dengan selesa malah siap menyanyi.

Kata Rita lagi menerusi entri yang sama, jika sayangkan anak, terapkanlah ilmu di dapur agar anak senang dikemudian hari nanti. Bukan hanya di dapur, bahkan biar mereka ringan tulang membantu segala kerja di rumah.

“Kalau sayang anak, dari kecik kena latih depa ringan tulang, nanti depa lebih cepat matang and independent. Lepas tu kita pun bila tua nnti taklah penat kan.

“Takkan tua-tua nak jadi hamba anak dan anak jadi raja. Kalau kesian dan sayang anak, ajaq depa independent so kalau depa kat mana-mana pun depa tak terkapai-kapai,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Perlis ini juga turut berpesan pada kedua anaknya agar sentiasa menjadi kuat untuk diri sendiri dan keluarga kelak.

“Hampa dapat mommy yang wanita besi ni hampa pun kena jadi strong untuk jaga mommy, diri dan family hampa nanti,” kongsinya lagi.

Terdahulu, menerusi perkahwinan Rita bersama bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak, Rita dikurniakan dua cahaya mata yang sentiasa menjadi penguat dirinya, Airit Rayyan Rizqin, 12 dan Airit Qaqa Arjuana, 10 tahun. Semoga kedua-duanya terus menjadi penguat ibunya.

Artikel berkaitan:Mahu Anak-Anak Lebih Berdikari, Rita Rudaini Ajar Anak Basuh Kasut & Kemas Katil Sendiri

Boleh Jadi Sebab Terjemputnya Segala Rezeki, Rita Rudaini Didik Anak Kongsi Rezeki Dengan Kucing

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @ritrud727

IKLAN