Bersalin secara pembedahan kedengaran mengerikan kerana ramai bimbang tentang cara yang betul menjaga luka jahitannya. Untuk makluman anda, sebenarnya, luka pembedahan caesarean dan luka semasa bersalin normal, tidak jauh beza daripada segi rawatan dan penjagaannya.
Kedua jenis luka bersalin ini menyakitkan dan perlu dijaga dengan baik kerana terdapatnya risiko jangkitan kuman jika tidak dirawat dan dijaga dengan sempurna.
Lakukan pergerakan daripada awal
Menurut kajian, pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan major boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Malah, pada masa yang sama, ia turut mengurangkan risiko darah daripada menjadi beku.
Jarang sekali benang jahitan terbuka sekiranya anda bergerak. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan jururawat atau ahli keluarga apabila anda mahu bangun daripada katil atau bergerak selepas pembedahan. Malah, beberapa hari awal setelah kelahiran anda masih memerlukan bantuan untuk bergerak.
Ambil makanan berzat
Tubuh kehilangan bendalir, mineral dan protein semasa proses kelahiran. Jadi, anda perlu menggantikannya untuk kembali sembuh. Makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti daging, ayam, ikan dan buah-buahan kerana ia kaya dengan mineral.
Sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Lobak merah mengandungi antioksidan berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli pula ada zat besi yang mampu meningkatkan tahap hemoglobin.
Ads
Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan anda mengalami sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan. Keadaan ini akan memberikan tekanan pada perut dan luka pembedahan yang boleh menyebabkan anda berasa sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari tetapi diambil sedikit demi sedikit dalam satu-satu masa.
Ambil suplemen
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada ibu yang bersalin secara normal. Kehilangan darah ini menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh berkurangan lalu menyebabkan luka lambat sembuh.
Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meningkatkan paras hemoglobin dalam tubuh dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan.
Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya bagi memastikan anda berasa selesa dan lebih senang bergerak.
Ads
Menyusu susu ibu eksklusif
Menyusu susu ibu terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, tubuh akan mengeluarkan hormon oksitosin yang membantu proses pengecutan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
Terdapat posisi penyusuan khusus untuk ibu caesarean menyusukan anak. Jadi, pelajari dan praktikkan agar anda dan bayi sama-sama selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.
Pastikan luka kering dan bersih
Untuk tempoh masa tertentu, biarkan luka terdedah kepada udara selepas anda mandi. Paling tidak pun, gunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan bahagian berkenaan. Jangan sesekali menggaru luka atau menyapu sebarang jenis ubat tanpa mendapat saranan daripada doktor. Dibimbangi ia boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman.
Memakai bengkung
Anda boleh menggunakan khusus untuk ibu bersalin caesarean jika mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk digunakan bagi mengurangkan kesakitan di bahagian pembedahan terutamanya semasa batuk dan bersin.
Ads
Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang.
Hindari aktiviti menyakitkan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh menimbulkan kesakitan. Jadi, cuba elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.
Elak ubatan tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat. Ada sesetengahnya boleh memberikan kesan sampingan seperti mengganggu proses pengecutan rahim dan boleh menjadi punca pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang. Jika mahu mengamalkan ubat tradisional, dapatkan nasihat doktor dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ibu pertama kali mengandung mereka masih dalam fasa nak belajar sesuatu yang baru. Mungkin apa yang kita buat sebelum mengandung terpaksa dihadkan.
Bagi sesetengah wanita, apabila disahkan mengandung ada yang langsung tak boleh buat kerja berat, kena rehat yang cukup ataupun alahan hingga hampir bersalin. Namun ada bakal ibu yang rezekinya langsung tiada alahan dan kuat seperti sebelum mengandung.
Dalam hal ini kita tak boleh nak bandingkan setiap orang tak sama. Perkongsian dari Fizah Sobri mengenai pengalamannya bersalin anak pramatang dua tahun lalu kerana terlalu aktif waktu hamil boleh dijadikan pengajaran bersama.
Pengajaran untuk mak-mak mengandung. Terutama yang pertama kali mengandung.
Jangan terlalu gagah memandu. Tak kira manual atau auto
Jangan rajin sangat kemas rumah kalau tak larat . Biarkan je dulu, buat sikit-sikit
Kalau tak larat masak jangan paksa diri. Suami pun boleh tolong atau beli yang siap masak.
Bakal-bakal ayah jangan anggap isteri kita kuat. Walaupun sebelum itu seorang yang aktif.
Pengalaman yang cukup terkesan.
Satu masa dulu boleh kata saya agak aktif. Lepas kahwin pernah gugur sekali sebab berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan!
Lepas 6 bulan, Alhamdulillah, mengandung lagi. Teruja. Turun tangga naik tangga perlahan. Setengah jam kalau nak turun atau naik tangga.
Masa ni belajar PJJ secara part time di UTHM. Gagah jugak! Hujung minggu bawa kereta ulang alik pergi kelas. Kulai-Batu Pahat. Masa ni hamil dalam 11 minggu. Waktu ini rasa dah kuar tapi akhirnya berlaku juga pendarahan masa kat kelas. Suami nak tak nak kena datang ambil.
Esoknya kena masuk wad. Jalan dah terbuka. Sedihnya Allah yang tahu kerana doktor cakap mungkin akan berlaku keguguran. Esoknya periksa semula laluan dah tertutup. Masa tu rasa syukur dan gembira sangat.
Akhirnya dapat juga jalani kehidupana sebagai ibu mengandung secara normal. Tak mahu ambil risiko saya tangguhkan semester belajar sebab tak boleh bawa kereta jauh.
Bayi kecil darui usia kandungan
Masa kandungan 29 minggu, rasa teruja nak tau bayi lelaki atau perempuan. Waktu tu mula la episod yang tak dijangka mungkin kesan dari pendarahan di awal kandungan.
Bila scan, baby kecil. Doktor pelik. Betul ke 29w? Tapi saya rasa memang betul. Rujuk klinik kesihatan yang selalu buat pemeriksaan.
Follow up seminggu, bayi memang kecil dari usia kandungan. Terus rujuk ke hospital. Ingat untuk refer je sekali terus kena tahan wad.
Uri tak lekat betul kat dinding rahim. 2 minggu kena tahan wad.
32 minggu bila scan aliran darah terbalik . Terus kena emergency czer. 17-june-17. Baby boy. 800g. 2.40pm
Anak saya besar tapak tangan, saya macam berkira-kira. Boleh ke si kecil ni survive? Lama saya kumpul kekuatan. Sampai jumpa satu kumpulan yang sangat membantu-Baby Premature Malaysia – NICU.
Perjalanan untuk Adam Muhammad Hadi Bin Mohamad Hanis waktu itu penuh cabarannya. Tujuh bulan berada dalam wad dan langsung tak balik rumah. Boy 800g 32w 2d 17-6-2017 Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis
Nicu 51days. 2bulan scn a3. Naik semula nicu semingg sbb rsv virus. Turun scn sebulan . Berat drop . Transfer scn a3 . Smpai genap umur 7bulan,discharged. Tujuh bulan berada dalam wad. Maksudnya 7 bulan anak tak balik rumah langsung. Dan akhirnyaaa . He’s back walaupun dengan oksigen. 2minggu kat rumah waktu tu banyak perubahan positif.
Andainya sakit anak boleh dipindahkan, semua ibu bapa pasti sanggup. Tapi apakan daya, itu adalah takdir yang telah ditentukan. Percayalah setiap ibu bapa yang terpilih dengan ujian anak sakit ini, Allah tahu kita mampu menghadapinya.
Walaupun di dunia kita diuji, di sana nanti pasti ada ganjaran yang Allah akan berikan. Seperti perkongsian ibu ini, Puan Norunajwa Safiei pemergian anaknya yang berjuang dengan sakit kanser darah akan menjadi kenangan buat selama-lamanya.
Penyakit yang paling ditakuti Allah uji pada anak
Tarikh 4 Februari setiap tahun adalah tarikh Hari Kanser Sedunia. Izinkan saya berkongsi kisah anak Syurga saya Adam yang diuji sakit kanser.
Sewaktu dimaklumkan anak menghidapi sakit kanser darah (leukimia) hati bagai tidak percaya. Lutut rasa lemah. Kepala rasa sakit bagai di hempap batu yang besar. Penyakit yang paling ditakuti akhirnya di alami oleh anak sendiri.
Hanya air mata sebagai peneman
Air mata sentiasa menjadi peneman. Anak saya juga sering menangis. Mungkin masih terkejut dengan suasana wad yang sangat asing baginya. Akhirnya, atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya tanamkan dalam diri yang saya perlu positif.
Perlu kuat di hadapan anak agar anak lebih kuat semangat. Walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Tapi saya cuba kelihatan tenang dan bagaikan tiada apa yang berlaku. Sentiasa layankan dan hiburkan hatinya.Berusaha untuk buat mereka tersenyum. Saya tidak mahu anak saya sedih. Tipulah jika saya tidak menangis. Tapi elakkan menangis di hadapannya.
Pengorbanan buat anak
Lama kelamaan anak saya juga semakin positif. Dia sentiasa tersenyum walaupun menanggung sakit yang dihadapinya. Sakit kanser bukan seperti sakit demam biasa. Tapi terlalu banyak ujian yang dialaminya selepas kimoterapi seperti ulser, demam, sakit badan. Bergantung kepada antibodi masing- masing.
Ujian yang dilalui buat saya lebih belajar. Belajar erti sebuah pengorbanan, kasih sayang dan kesabaran. Pengorbanan seorang ibu yang amat kasih dan sayangkan anaknya. Juga kesabaran dalam menjalani hari-hari bersama mereka.
Tanggal 27 Ogos Allah jemput kembali pada-Nya
Sungguh, kadangkala runtun hati saya sebagai seorang ibu bila melihat rawatan yang diterimanya di kala umur masih kecil begitu. Namun, bila memikirkan itu salah satu usaha, saya perlu juga kuatkan hati.
Akhirnya tanggal 27 Ogos 2020 anak saya pergi jua. Walaupun berat, tapi saya sekeluarga redha dan ikhlas. Berbaik sangka dengan Allah. Ada hikmah atas perancanganNya. Sakit cuma asbab.
Hakikatnya masa mereka telah tiba. Allah lebih sayangkan mereka. Hilang sudah segala kesakitan mereka. Buat ibu bapa yang diuji anak sakit kanser atau sakit lain, moga kalian sentiasa di permudahkan urusan.
Diberikan kekuatan dan kesabaran. Hanya kepada Allah kita memohon. Anggap ini sebagai satu ujian dan hikmah. Jika ada keluarga atau rakan yang mengalami situasi yang sama, berikanlah kata semangat. Kata semangat juga mampu untuk membuatkan mereka lebih kuat.
-Mama Wildan Syurga Muhammad Adam Furqan-
Kredit: Norunajwa Bt Safiei
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana-mana wanita yang pertama kali bersalin, perlu tahu bahawa urutan adalah rutin yang sangat penting dalam amalan berpantang.
Sejak daripada dahulu hingga kini, urutan selepas bersalin masih diamalkan kerana banyak manfaatnya kepada anda apabila ia menunjukkan kesan positif.
Berikut adalah antara kebaikan dan kepentingan urutan selepas bersalin yang patut anda tahu.
Melegakan sakit badan
Proses kehamilan dan kelahiran adalah sesuatu yang memenatkan. Tanpa anda sedar, ia memberi tekanan kepada bahagian tubuh tertentu terutamanya bawah abdomen, belakang, dan pinggang.
Selepas bersalin, bahagian berkesan masih tertekan kerana ia digunakan sepanjang anda menjaga dan menyusukan bayi. Sesetengah posisi penyusuan jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan ketidakselesaan badan.
Urutan akan membantu anda untuk lebih relaks selain melegakan kesakitan yang dialami.
Melancarkan perjalanan darah
Urutan lembut di seluruh badan mampu melancarkan perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.
Dengan teknik yang betul, ia berupaya mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim.
Mempercepatkan proses pemulihan
Urutan yang dilakukan di bahagian tertentu tubuh dapat membantunya sembuh segera. Dapatkan tukang urut bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko.
Melancarkan pengeluaran susu ibu
Urutan diyakini berkesan dalam mengatasi masalah berkaitan pengeluaran susu ibu.
Ada benarnya kerana apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.
Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.
Mencegah tekanan
Urutan dapat membantu anda berasa relaks. Selain sentuhan dan tekanan urutan lembut, aroma daripada minyak herba juga membantu anda berasa lebih tenang.
Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin menguruskan bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan yang demikian, risiko meroyan dapat dikurangkan.
Membentuk tubuh
Urutan juga dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul semasa kehamilan. Malah dengan pemakaian bengkung, ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan dan membentuk tubuh agar kelihatan langsing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.