Sakit belakang selalu dialami para ibu khususnya selepas bersalin dan ketika menyusukan anak. Malah ada yang mengaitkan dengan proses bersalin atau menyusu.

Ada ibu yang mengadu sakit belakang semasa menyusu walau pun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Apa lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sakit belakang?

Menurut pakar laktasi IBCLC, Rita Rahayu Omar, keluhan wanita tentang sakit belakang adalah biasa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita hamil. Lazimnya, sakit beransur hilang selepas dua minggu melahirkan. Walau bagaimanapun, ia boleh kembali menyerang apabila anda mula mendukung bayi setiap hari.

Kenapa Ramai Yang Sakit Belakang Ketika Menyusukan Anak? Ini Komen Pakar Laktasi

BERAT ANAK SEMAKIN BERTAMBAH
Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat berlebihan menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Jadi, sakit belakang yang anda alami mungkin bukan sepenuhnya disebabkan oleh amalan penyusuan susu ibu.

Menjaga bayi boleh memberikan tekanan kepada belakang tubuh. Asalnya, anda mungkin mengangkat atau mendukung bayi seberat 3 hingga 4kg. Apabila bayi mencecah usia setahun, beratnya dianggarkan 8kg. Kemudian, beratnya meningkat
11 – 13kg. Jadi, kesemua berat ini menambah tekanan kepada belakang tubuh ibu!

Kenapa Ramai Yang Sakit Belakang Ketika Menyusukan Anak? Ini Komen Pakar Laktasi

POSISI PENYUSUAN PERLU SEIRING POSTUR BADAN
Kebanyakan ibu baru secara tidak sengaja menjadikan masalah sakit belakangnya lebih teruk seperti tidak mengamalkan posisi penyusuan yang baik semasa menyusu tanpa disedari.

Sebagai contoh, anda mungkin terlalu fokus untuk memastikan bayi melekap dengan betul sehingga salah duduk. Ia memberi tekanan kepada leher dan otot atas bahagian belakang tubuh sewaktu anda menunduk. Wanita yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa hamil cenderung untuk mengalami semua sakit yang sama selepas bersalin terutamanya jika sakit itu teruk atau bermula pada awal usia kehamilan.

Jika anda melahirkan bayi secara caesarean, tunggu sehingga minggu keenam kelahiran atau sehingga mendapat kebenaran doktor sebelum mula melakukan senaman. Tambahan pula, risiko sakit belakang adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda dan bagi mereka yang berat badan berlebihan.

Kenapa Ramai Yang Sakit Belakang Ketika Menyusukan Anak? Ini Komen Pakar Laktasi


2 LANGKAH ATASI SAKIT BELAKANG
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang:

#1 BERHATI-HATI DENGAN POSISI DAN POSTUR TUBUH
Kedudukan tubuh ketika mendukung dan memberi bayi makan akan memberi kesan kepada apa yang bahagian belakang rasai. Sematkan dalam minda setiap hari:

  • Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak.
  • Duduk tegak. Fikirkan tentang postur apabila menyusukan bayi. Jika anda sakit belakang bahagian bawah, gunakan ganjal bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai. Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat letak tangan dan gunakan banyak bantal sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan.
  • Pelajari cara untuk posisikan diri ketika menyusu dan sentiasa rapatkan bayi ke payudara dan bukan sebaliknya. Cuba pelbagai posisi penyusuan yang berbeza-beza.
  • Jika anda mengalami ketegangan di bahu dan bahagian atas belakang, posisi berbaring mungkin boleh memberi keselesaan.
  • Sentiasa bengkokkan lutut sewaktu mengangkat objek dan bayi daripada posisi berlutut bagi mengurangkan tekanan kepada bahagian belakang. Biarkan orang lain mengangkat objek berat terutamanya jika anda bersalin secara caesarean. Anda tidak sepatutnya mengangkat objek yang lebih berat daripada bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh lapan minggu.

Kenapa Ramai Yang Sakit Belakang Ketika Menyusukan Anak? Ini Komen Pakar Laktasi

#2 BERSENAM SECARA BERANSUR-ANSUR
Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibilitinya. Berenang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada sendi. Lakukan senaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang dan abdomen. Biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.

Kenapa Ramai Yang Sakit Belakang Ketika Menyusukan Anak? Ini Komen Pakar Laktasi

Sumber: Majalah Pa&Ma

[ Artikel berkaitan: Doktor Jelaskan Punca Sakit Belakang & Cara Untuk Atasinya]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI