Pelakon berusia 31 tahun itu memaklumkan, dia selamat melahirkan bayi secara normal pada jam 6.15 petang seberat 3.45 kilogram.
“Alhamdulillah, kami kini berempat dengan kehadiran anak lelaki kedua. Syukur, semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Ads
“Saya melahirkan bayi ini secara normal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang tiada henti. Kami sangat menghargainya,” katanya.
Ads
Dia juga turut berkongsi gambar bersama suami dan anak sulung mereka, Imran Iskandar yang kini berusia 3 tahun serta bayi berkenaan untuk tatapan peminat dan pengikutnya.
Di ruangan komen instagramnya netizen mengucapkan tahniah kepada Raja Farah dan suaminya kerana dikurniakan khalifah baru dalam keluarga mereka.
Raja Farah sebelum ini pernah mengalami masalah batu dalam hempedu ketika hamil 7 bulan. Ibu ini juga turut mengalami keadaan air ketuban semakin sedikit dan kedudukan bayi songsang pada usia kandungan 8 bulan setengah.
Dalam pada itu, beberapa minggu sebelum kelahiran keduanya, Raja Farah berkongsi dia kena melalui prosedur indius kerana mengalami gestational diabetes mellitus semasa hamil (GDM).
Sumber: ig rajafarahaziz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular di TikTok berkenaan isu anak picky eater disebabkan ibu bapa yang menyekat penggunaan gula dan garam dalam pemakanan anak dibawah usia 2 bulan.
Berkongsi tentang pemakanan anak, ibu ini menyatakan tiada penambah rasa dalam makanan bukan punca anak memilih makanan (picky eater).
NO SUGAR NO SALT BUKAN PENYEBAB ANAK JADI PICKY EATER
Khalish Affan ni saya dah buat no sugar no salt dari 6bulan sehingga 24bulan. Sekarang umur 2tahun7bulan, dah merasa masam manis masin. Affan sangat berselera makan.
Tujuan no salt no sugars ialah utk menjaga kesihatan dalaman bayi. Bukan sebab kita nak anak makan banyak. Ada anak yg banyak makan tapi lasak, berat tang tu juga kan? So begitulah. Siapa pandai buat sup ayam tanpa garam gula, lebihkan bawang sebenarnya sangattt sedap.
Ada masa kami bagi biskut, aiskrim, gula. Tapi kalau gula-gula Affan sangat tak gemar sebab terlalu manis. Kami pilih beri snack BUAH untuk kudapan Affan. Alhamdulillah sangat suka buah.
Bila rutin telah dilakukan perlu lah patuh. Rutin harian ni ibarat perkara yang kita didik anak dari kecik. Masa yang perlu anak patuh. Anak belajar bila perlu mandi, bangun dan makan.
Jika tidak, tak teratur lah masa kita. Anak pun rasa keliru dengan masa. Anak nak makan bila dia suka. Walhal perut ini, perlu di isi bila waktunya atau lapar.
Kita dewasa ni, bila skip waktu makan pagi bila masuk jam 11 perut dah berbunyi, waktu lunch kebulur dia sampai makan macam-macam.
Memang ada masa anak tak nak makan, sebab gigi nak tumbuh, mental leap, perkembangan fizikal dan lain-lain. Tapi perlu tackle dengan beri finger food. Buat nugget ayam isi nasi, buat kentang goreng berinti ke, beri pisang ke.
Ramai anak jadi picky eater adalah disebabkan sensory isu. Anak tak suka makanan yang kasar, keras. Tapi isu paling besar adalah, bila parents hanya beri anak susu sehingga 5 kali sehari. Walaupun anak dah berumur 3 tahun.
Lebih kurang 10 orang ibu mengadu di DM instagram saya. Anak picky eater taknak makan. Selepas saya tanya soalan demi soalan, ini antara punca anak jadi picky eater.
1. Kerap beri susu walaupun anak sudah setahun lebih. Selepas 2 tahun, susu hanya diberi 2 gelas sehari sahaja.
2. Anak tidak ada jadual/rutin yang tetap setiap hari. Sekejap tidur jam 9,10. Sekejap bangun jam 8, 9 ada yang anak bangun jam 11. Waktu makan juga tidak tetap menyebakan anak juga boleh makan ikut suka bila dia nak makan.
3. Hanya intro makanan yg blend sahaja. Asyik-asyik bubur dengan carrot. Kita dewasa bila demam makan bubur selalu pun bosan. Ini kan pula anak-anak. Kita tak berani nak intro finger food, nasi biasa pada anak. Anak mengunyah guna gusi bukan gigi. Bila kita tua, dah tiada gigi. Kita gigit guna gusi. By 9months dah boleh separa kasar.
4. Elakkan pemberian susu 1-2 jam sebelum waktu makan utama. Anak akan kenyang jika diberi susu dahulu. Kebanyakkan susu formula manis ada gula tambahan & buat anak kenyang.
5. Anak tak nak makan. Yep ada masa anak tak nak makan, beri apa yg anak suka selain susu. Boleh buat finger food, nugget sendiri dan pelbagai lagi.
6. Beri anak makan sambil tengok gajet. Anak tidak fokus pada makanan. Anak akan fokus pada gajet. Anak tidak belajar rasa makanan & tekstru makanan.
7. Disuap sentiasa. Ada masa kita beri anak makan sendiri supaya anak belajar merasa, hidu makanan yg mereka akan makan. Ini juga bantu tingkatkan sensori anak.
8. Bila mak takut anak tercekik. Kena bezakan nak muntah sebab rasa pelik (gagging) & tercekik. Boleh google or youtube.Biasalah bila first time makan rasa nak munta. Keep on bagi anak pegang hidu dan rasa. Kids learned everything from around them.
9. Parents tak duduk makan sekali dengan anak. Especially bila ibu ayah ada di rumah. Biarkan anak makan sorang, ibu ayah hanya duduk disebelah.
10. Tiada rules yg tegas. Perlu set rules bila boleh makan jajan, bila boleh makan manis. Berapa kali makan manis2 or jajan. Hanya kerana tak tahan anak menangis nak kan jajan kita langgar boundaries atau rules yg telah kita buat. Perlu beritahu anak sebab kenapa tak boleh makan selalu.
Jadinya ibu ayah, janganlah salahkan gula dan garam. Selagi mana kita jaga pemakananan kita dan anak-anak insyaAllah. Jadi kreatif, anak boleh jadi berselera makan.
Kita dewasa pun memang tidak digalakkan gula & garam yang berlebihan. Gula yang berlebihan juga punca muka jadi cepat nampak tua hahahah
Nak awet muda kurangkan makan & minum yang manis-manis.
Saya bukan pakar, saya hanya belajar untuk cakna tentang anak dan perkembangan anak-anak. Ummu Affan ♥️
Belum selesai tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah sudah pun kembali beraksi di atas pentas nyanyian.
Menerusi perkongsian di TikTok, ibu kepada bayi comel Rhea Akira ini dilihat sedang melakukan persiapan untuk mengadakan persembahan untuk sebuah majlis.
Menurut perkongsiannya, Shila membuat persembahan untuk mendendangkan lagu tema bersempena sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.
“Kerja pertama setelah tiga bulan, dari hujung trimester, bersalin dan berpantang. Bismillah, ayuh kita kayuh.
“Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halal la.
“Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagi temanya,” tulis Shila menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji perubahan fizikal penyanyi berusia 33 tahun itu yang kelihatan kurus walaupun baru sahaja melahirkan anak.
Biarpun belum habis pantang, Shila dilihat cukup cergas dan sihat untuk Kembali ke pentas nyanyian.
Terdahulu, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Kalau semalam kita mendengar perkhabaran Intan Ladyana telah melahirkan anak keduanya, hari ini Uqasha Senrose pula memaklumkan dirinya sudah selamat bersalin bayi perempuan. Tahniah Uqasha dan suami!
Uqasha turut meluahkan rasa syukur kerana proses bersalin berjalan lancar dan anaknya itu seberat 2.72kg telah dilahirkan pada subuh tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Memuatnaik foto di laman media sosialnya, Uqasha juga telah berkongsi nama bayinya iaitu Uqaira.
Apabila melihat foto tersebut, Uqasha tampak dalam keadaan yang baik sambil tersenyum di atas katil hospital. Suaminya, Kamal Adli juga telah memuatnaik dua keping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen berterima kasih kepada isterinya serta meluahkan rasa cinta kepada Uqasha dan Uqaira.
Paling tersentuh, doa seorang ayah buat anak perempuannya di mana Kamal mengharapkan puterinya itu menjadi anak yang hebat dan solehah.
Kamal turut menggelarkan dirinya sebagai Ayah dan Uqasha kepada anak mereka.
Pasangan Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dan mereka pernah keguguran sebanyak dua kali. Uqasha gugur kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan perkahwinan. Kemudian dia turut mendedahkan keguguran kali kedua sekitar bulan November 2022.
Tahniah sekali lagi, selamat berpantang Uqasha!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.